07
Oct
08

KOLEKSI KERIS!

oleh Sampugita

Sebagai seorang anak melayu, anda seharusnya tahu dan menghargai signifikasi keris sebagai lambang kemelayuan. Koleksi keris yang dipaparkan dalam buku ini adalah antara yang paling lengkap pengisiannya. Boleh didapati dengan harga RM250. Keluarannya amat terhad.

Keris adalah senjata lama yang telah ditemui sejak kurun ke 5 di Indonesia. Monumen atau artifak yang mensahihkan kewujudan dan penemuan tersebut boleh dilihat di patung Borobudur. Di dalam era penjajahan dan perdagangan silam, para pedagang, pendekar malah sesiapa sahaja akan membawa Keris sebagai senjata persendirian untuk melindungi diri dari ancaman musuh.

Di tanah Melayu pula Keris menjadi lambang kemegahan orang Melayu. Lambang kedaulatan raja-raja ini memiliki pelbagai jenis dan rekabentuk.

Memperkenalkan Buku Koleksi Keris yang Pertama Seumpamanya. Mengupas dengan terperinci berkaitan dengan sejarah Keris, pembuatan, penjagaan dan seterusnya seni hulu. Buku ini bukanlah hanya sebagai sumber maklumat dan sejarah, ia juga boleh dijadikan cenderamata kepada VIP dan sebagai koleksi. Ia adalah cetakan terhad yang mengumpulkan pelbagai koleksi Keris yang dimiliki oleh ahli-ahli persatuan PSPDK.

Buku setebal 314 mukasurat ini mengupas setiap jenis keris yang pernah dijumpai dan di miliki oleh ahli Persatuan Seni Purba Dan Kraftangan Kelantan. Ia di tulis oleh seorang penggiat seni yang tidak asing lagi iaitu En Zakaria Abdullah.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli buku ini bolehlah layari laman blog dibawah :

http://mindaintelligent2u.wordpress.com


34 Responses to “KOLEKSI KERIS!”


  1. 7 October,2008 at 10:38 pm

    Salam Aidil fitri sahabatku Raktamrittika….Maaf zahir batin
    Keris sekarang banyak buatan China..kena awas sbb mengandungi Melamin..

  2. 7 October,2008 at 11:56 pm

    macam best je … dah baca ke. bolehla kongsikan dengan saya

  3. 8 October,2008 at 12:24 am

    KERIS bukan sebarang keris ada Keris Taming Hadhari, ada Keris Isyamuding Pemuda Ameno dan Keris Telanjang Ameno tapi dah hilang lut dan bisa.

    Camana kalu acu nak berkeris setelah pasang kuda2 silat, tiba2 oghe bedil atas dahi?

    Selamat Puasa 6 Syawal.
    Guana adalagi ko ttupat tawar cecah nnise cair?

  4. 4 Sampugita
    8 October,2008 at 12:31 am

    Salam,

    Terima kasih saudaraku raktamrittika kerana menghantar post berkenaan dengan Buku Koleksi Keris ini.

    Buku tersebut adalah terbitan ‘PERSATUAN SENI PURBA DAN KRAFTANGAN KELANTAN” (PSPDK) dan ditulis berdasarkan pengalaman saudara penulis ( Tok Ayoh Cikgu Ya ) dari ilmu yang ditimba selama lebih 40 tahun penglibatannya di arena Keris. Sehinggalah beliau di lantik sebagai Penasihat Persatuan merangkap Pakar Rujuk Keris di Kelantan mahupun di seluruh Nusantara.

    Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli buku ini bolehlah layari laman blog dibawah :

    http://mindaintelligent2u.wordpress.com

    P.S: Kalau dah tak sabar nak beli,.. telepon jer Saudara Raktam… Habis Cerita.. hahaha..

  5. 8 October,2008 at 1:12 pm

    jgn bagi hishamuddin pondan baca..
    habis di hunusnya (saya rasa..hishamuddin tu terlebih tgk THUNDERCATS la..) tu pasal dia suka hunus keris

  6. 6 Musafir Kelana
    9 October,2008 at 12:35 am

    Salam buat sahabatku Raktamrittika & rakan2 pengunjung blog ini,

    Bercakap pasal keris ni, saya pun nak kongsi sikitlah pandangan tentang budaya sebahagian masyarakat Melayu yang masih mengamalkan adat mencium keris pusaka warisan nenek moyang mereka. Adat2 seperti ini dipraktikkan terutamanya semasa sesuatu majlis atau upacara resmi diadakan umpamanya pada hari pertabalan raja2, semasa perhimpunan agung UMNO dsb.

    Senario ini jelas menunjukkan betapa besarnya makna keris di dalam kehidupan bangsa Melayu. Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, keris bukan sahaja dinobatkan sebagai salah satu alat kebesaran sesebuah negeri, malah yang lebih penting lagi ia merupakan suatu alat persenjataan paling ampuh yang wajib dimiliki terutamanya oleh para hulubalang Melayu suatu waktu dahulu.

    Dikatakan keris telah mula digunapakai sebagai senjata pertahanan diri lebih kurang 600 tahun dahulu. Sejak itu, keris telah mengalami berbagai inovasi dalam seni rekabentuk dan ukirannya. Namun begitu, kebanyakan pembuat keris masih lagi mengekalkan nilai2 estetika Melayu yang tinggi dalam pembuatan keris mereka sehingga membolehkan masyarakat hari ini untuk terus menghargai seni budaya senjata yang unik ini.

    Secara umumnya, keris diperbuat dari campuran logam seperti besi, tahi bintang, nikel dsb. Manakala sebilah keris terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu bahagian hulu, pendongkok (atau dokok/dulang2 keris/memendak) yang dipasang melekap pada pangkal hulu keris dan seterusnya ialah bilah keris yang boleh diklasifikasikan mengikut jenis2 loknya samada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus. Selain itu, bagi sesetengah pembuat keris atau empu, mereka mungkin memasukkan juga unsur2 magis atau penunggu kepada senjata itu kerana dipercayai boleh memberikan lebih kekuasaan kepada si pemakainya.

    Bagaimanapun, saya lebih tertarik untuk membahaskan tentang semangat yang berada di sebalik sebilah keris yang sangat kurang dibicarakan. Seperti yang kita tahu, keris berasal dari besi iaitu sebagai bahan utama pembuatannya. Sedang besi itu pula berasal dari zat besi. Dan apakah pula yang berada di sebalik zat besi? Sudah tentulah Allah swt, justeru Dialah yang berada di sebalik segala sesuatu kejadian. Tapi, berapa ramaikah yang menyedari hakikat ini? Sedangkan apabila Allah menciptakan sesuatu sudah pastilah ada sebab musababnya untuk kita analisa dan fahami agar lenyaplah segala bayang keraguan dari hati kita.

    Sebagaimana yang diketahui umum bahawa besi sering dikaitkan dengan pelbagai sifat atau ciri2 positif pada diri manusia umpamanya semangat waja, berani, teguh pendirian, nilai2 kepahlawanan, kesatriaan dsb. Lantaran itulah, logam besi sangat bernilai terutamanya di era2 kegemilangan kesultanan Melayu dahulukala kerana keris bukan sahaja sebagai senjata tetapi juga menjadi lambang kekuatan dan kekuasaan sesebuah kerajaan. Sebagai contohnya lagenda Keris Tamingsari dalam sejarah kesultanan Melayu Melaka yang masih disebut2 hingga ke hari ini kerana pernah dikaitkan dengan Pahlawan Hang Tuah yang sangat terkenal itu.

    Demikianlah hebatnya “semangat besi” yang menjadi pemangkin kepada berbagai peristiwa hebat yang pernah berlaku di sekitar kesultanan Melayu nusantara suatu masa dahulu, sehingga mereka berjaya dimartabatkan sebagai kerajaan yang penuh wibawa dan termasyhur di serata dunia lebih2 lagi di bidang perdagangannya. Manakala, jika ditinjau lebih lanjut, faktor keamanan dan keselamatan yang sangat dititikberatkan pemerintah pada ketika itu yang sebenarnya banyak menyumbang kepada kecemerlangan sektor perdagangan mereka sehingga banyaklah khidmat pendekar2 ulung dilantik sebagai pegawai pertahanan mereka. Maka, dengan adanya sistem keselamatan yang sistematik dan bertanggungjawab seperti itu, para pedagang tentunya merasa amat selesa untuk menjalankan segala aktiviti perdagangan mereka di sesebuah negeri itu.

    Pendek kata, banyaklah lagi jika mahu diperkatakan tentang peranan pahlawan2 Melayu dalam menjamin kesejahteraan dan kestabilan kerajaan Melayu dahulu seperti yang boleh dibaca dari buku2 sejarah di sekolah. Namun, apa yang pastinya mereka bukan hanya berbekalkan sebilah keris tetapi juga semangat juang yang tinggi yang turut dipupuk dalam diri mereka dalam melaksanakan sebarang tugas yang diberikan.

    Persoalannya sekarang masih adakah lagi semangat itu dalam diri anak2 Melayu sehingga mereka berupaya melihat apa yang ada di sebalik keris yang selalu disanjung dan dibangga-banggakan itu? Dan sekiranya semangat itu sudah lama hilang dari diri mereka, maka apakah keris masih layak dikatakan sebagai simbol keagungan dan kebesaran bangsa Melayu pada hari ini?

    -Fikir-fikirkanlah-

    Wassalam.

  7. 9 October,2008 at 9:08 am

    Bagaimana dengan sajak saya nih:

    SAJAK KAPAK KECIL*

    setelah dipertemukan batu asahnya, ia lulus
    mengilir roma siapa saja. tajam yang lama
    tersimpan menyalurkan berani dari dalam
    bukan dendam

    si kecil adukan waja dari Khurasan
    tempaan pandai besi tertua, hulunya meranti merah
    atau teras palas bukit berapit akan menerjah
    tempurung kepala kamu perusuh

    dalam tersembunyi upaya menakik,
    mengupas celupar yang diam, menusuk
    dialak angin amarahmu!

    Kota Bharu,
    18 Jan 2002.
    * dari antologi NEGERI DI BAWAH BULAN (Pdp 2008)
    kapal kecil@ kapak bungkus @ kapak terbang hanya milik klate kita!
    badik anak lier, lagu mana pulak?

  8. 8 Raktamrittika
    9 October,2008 at 2:20 pm

    Salam buat semua di atas!

    Terima kasih daun keladi! Keris melayu ni kalau dikenali secara ilmiah dan spiritual memang akan nampak jelas relevannya sebagai LAMBANG orang2 melayu.

    Walau pada hakikatnya ia bukan senjata tempur utama dalam peperangan dahulukala!
    Orang zaman dulu, berperang lebih suka guna parang, golok, kapak dan buku lima.

    Apapun, tuan punya topik Saudara Sampugita lebih arif!

    Wassalam.

  9. 9 Musafir Kelana
    9 October,2008 at 4:49 pm

    Salam Raktamrittika,

    Aku rasa kurang tepat jika dikatakan keris hanya berfungsi sebagai lambang atau simbol semata2 kerana ia memang pernah digunakan sebagai senjata peperangan di zaman pemerintahan Kesultanan Melayu dahulukala. Buktinya sila baca petikan dari artikel di bawah ini yang aku dapati dari website: en.wikipedia.org/wiki/keris.

    Use

    Kris has a cranked hilt, which serves as a support for stabbing strike. At the same time it allows the strength of the wrist to add pressure on the blade while slashing and cutting. A kris has no special protection for the hand, except for the broad blade at the hilt, which offers minimal protection. In rare cases a kris may have its blade forged so the blade’s axis lies at an angle to the hilt’s axis. The intention is to get the blade automatically turning to slip past the ribs. This works poorly and makes the weapon less durable.[citation needed]

    Krisses were worn every day and at special ceremonies, with heirloom blades being handed down through successive generations. Yearly cleanings, required for as part of the spirituality and mythology around the weapon, often leaves ancient blades worn and thin. In everyday life and at events, a man usually only wore one kris. In the Malay literature, Hikayat Hang Tuah, the warrior is depicted as wearing two keris, one short keris and one long keris. Women sometimes also wore krisses, though of a smaller size than a man’s. In battle, a warrior carried three krisses: his own, one from his father-in-law, and one as a family heirloom. The other krisses served as parrying daggers. If the warrior didn’t have another kris to parry with, he used the sheath. Krisses were often broken in battle and required repairs. A warrior’s location determined what repair materials he had. It is quite usual to find a kris with fittings from several areas. For example, a kris may have a blade from Java, a hilt from Bali and a sheath from Madura.

    In many parts of Malaysia and Indonesia, the kris was the choice weapon for execution. The specialized kris, called an executioner’s kris, had a long, straight, slender blade. The condemned knelt before the executioner, who placed a wad of cotton or similar material on the subject’s shoulder/clavicle area. The blade was thrust through the padding, piercing the subclavian artery and the heart. Upon withdrawal, the cotton wiped the blade clean. Death came within seconds.

    -Wassalam-

  10. 10 Raktamrittika
    9 October,2008 at 4:57 pm

    Salam.

    Sahabatku Musafir Kelana.

    Ambo tak kata ianya hanya sekadar lambang, cuma ia kurang praktikal sebagai senjata tempur dalam perang. Kalau demo baca di atas pun ada dikatakan bahawa ianya lebih kepada “pakaian” sahaja.

    Kalau nak tahu lebih lanjut kena lah BELI buku diatas… hehehe..PROMOSI ni!

    Wassalam.

  11. 11 Musafir Kelana
    9 October,2008 at 5:19 pm

    Salam.

    Sahabatku Raktamrittika,

    Aku setuju ia memang kurang sesuai sebagai senjata tempur dalam peperangan. Tapi, walau apapun ia memang pernah dijadikan senjata dalam peperangan di zaman dahulukala. Kalau demo baca betul2, memang ada disebutkan dalam artikel di atas sebagai berikut:

    “In battle, a warrior carried three krisses: his own, one from his father-in-law, and one as a family heirloom. The other krisses served as parrying daggers. If the warrior didn’t have another kris to parry with, he used the sheath”

    Wassalam.

  12. 10 October,2008 at 12:56 am

    Salam,

    Sahabat pembaca sekalian,

    Keris adalah senjata purba yang pernah dipertikaikan asal usulnya oleh pengkaji Keris antarabangsa. Ada yang menyatakan ia datang dari Indonesi, ada pula yang kata datang dari India, dari Thailand, dari Filipina dan banyak lagi tempat termasuklah di Afrika Selatan. Tapi yang nyata dan pernah dibukukan bukti kukuh, ianya berasal dari India. Pedagang India yang berdagang dan berdakwah ilmu agama Hindu telah berlabuh di Bali pada kurun ke 5. Seterusnya mereka terus berdagang di negara-negara lain. Bermula hanya dari keris pertama yang dijumpai (Sejenis Keris yang berbentuk Keris Spukal) ia dibentuk dengan cara masing-masing. Si pembuat Keris dinamakan “Pandai Besi”.

    Keris selain dari digunakan untuk berperang, ia juga membawa maruah keluarga, bangsa dan agama. Sepertimana yang di kaji oleh saudara Musafir Kelana itu adalah betul…“In battle, a warrior carried three krisses: his own, one from his father-in-law, and one as a family heirloom. The other krisses served as parrying daggers. If the warrior didn’t have another kris to parry with, he used the sheath”. Namun kita tak boleh mengkaji asal usul keris dari negara barat kerana banyak maklumat yang sebenar telah dipadamkan oleh mereka bertujuan komersial.

    Sebagai contoh, hanya terdapat 598 bilah pedang Samurai yang pernah di bina. Namun jika dihitung dengan pengakuan setiap orang yang mendakwa memilikinya adalah lebih dari 1000 bilah. Dari mana yang selebihnya itu datang? Pedang Samurai kalau dirujuk dibuku yang ditulis oleh pihak Museum of London hanya terdapat jumlah 394 bilah sahaja yang pernah dibuat. So dari mana agaknya figure 598 tu. Jawapannya ada di Museum of Tokyo. (Saya ada memiliki buku hadiah dari Museum of Tokyo yang dihadiahkan kepada arwah ayah saya).

    Berbalik kepada Keris tadi,.. kebanyakan pengkaji barat sememangnya mengkaji sedalam-dalamnya di dalam setiapkajian yang dibuat, namun apabila mereka menyebarkan fakta… jangan mudah percaya.

    Sekian, wassalam.

  13. 13 S.A.M
    10 October,2008 at 5:50 am

    Sudahku teliti komen2 kalian. Pd sudut pandanganku asal-usul kekuatan KERIS timbul dari besi KHUSANI. Kekuatan besi Khusani tiada tolok bandingannya dari segala besi yg ada dimuka bumi ini. Hanya orang yg tertentu saja boleh dapat besi Khusani dgn ilmu yg cukup tinggi utk dimiliki.

    Apakah kalian pernah dengar ‘Besi Kuning’?.

  14. 14 Raktamrittika
    10 October,2008 at 5:56 am

    Salam SAM!!

    Citer bagi habis la sahabat!..
    Besi kuning tu ada dalam simpanan Sampugita!..

    Arwah datuk kami dulu seorang “pandai besi”.
    “DAPUR” tempat membuat keris dan senjata besi lain masih ada sampai kehari ini.

    Tolong la citer apa yang anda tahu pasal besi Qus’sani/ Khusani tu.

    Wassalam.

  15. 16 S.A.M
    11 October,2008 at 5:34 am

    Al-Kisah KERIS dan SILAT.

    Diantara Silat dan Keris ada perhubungan yg sangat ampuh. Seperti ZAHIR dan Bathin, ISLAM dan IMAN, JASAD dan ROH. Kedua2nya mesti bersatu barulah sesaorang itu boleh jadi Pendekar, Pahlawan, Hulubalang dan sebagainya. Jika tempang satu maka2 sesaorang tidak SEMPURNAnya ilmu perSILATANnya.

    Diantara Silat dan Keris yg mana satu lebih TUA. Sama seperti diantara PETUA dan ILMU yg mana satu lebih TUA. Ya! Silat lebih tua dari Keris dan begitu juga Petua lebih tua dari Ilmu. Itu sebab sesaorang Pendekar, Pahlawan, Hulubalang dan sebagainya tanpa Keris atau senjata mereka masih boleh bertaruh digelanggang ‘maut’.

    Al-Kisah KERIS.

    Sampugita

    Dari sudut pandangan aku asal-usul KERIS bukanlah dari mana2 negara termasuk India secara fakta tiada langsung pun bentuk Keris diIndia wujud sahingga kini. Mungkin kebetulan org2 Melayu dahulu beragama Hindu ada kaitan dgn sejarah agama Hindu sahingga kini.

    Wujudnya Keris dan seni Silat sudah berabad zaman pd era Petrot. Petrot yg mempunyai ilmu ketuhanan yg sangat tinggi diTanah Jawa itu. Wujudnya KERIS itu timbulnya dari dalam sesaorang itu yg sangat tinggi ilmu persilatannya sebelumnya kedatangan Islam. Disini aku ceritakan serba sedikit sejarahnya….

    Diwaktu zaman Petrot (ANDOMAN) yg sangat kuat dan ampuhnya ilmu keTuhanannya (diBALI dan BOGOR2) sahingga tewasnya wali2 songo yg diutuskan oleh Allah Ta’ala ketika mengadap Petrot sahingga tibanya sesaorang wali (tidak ingat namanya) yg sangat tinggi ilmu IMAN keTuhanannya utk menentang Petrot supaya dpt disebarkan agama Islam diTanah Nusantara. Apabila jejaknya kakinya dibumi Nusantara maka2 gugur segala KAYANGAN,DEWA2 dan bergegarnya bumi itu. Satu ketika dahulu org2 Melayu sembah Dewa2 dan Kayangan dan al-kisah Bunian yg masih kita percayai walaupun sudah ratusan tahun berlalu. Dan adat istiadat masih ada lagi sahingga kini misalan KUDA KEPANG, BARONGAN, dll.. Ceritanya panjang yg pernah aku coretkan dlm lelaman MELAYU OH MELAYU 2. (Adam & Hawa). https://raktamrittika.wordpress.com/2008/09/08/panji-negara/#comments

    Kembali semula kpd kisah KERIS.

    Wujudnya bentuk Keris dan Silat dtgnya dari diri sesaorang itu yg diILHAMkan dari dalam dirinya dgn ketinggian Ilmu Ketuhanan kemudian beraleh kpd Ilmu keDUNIAan. Dizaman Petrot ilmu persilatan sudah wujud begitu juga Keris tetapi pd waktu itu tidak dipanggil Keris sebab reka bentuknya tidak sama seperti wujudnya sekarang. Pd ketika itu Keris berbentuk hampir lurus sahingga zaman kerajaan Majapahit. Apabila kedatangan wali ALLAH itu utk menentang Petrot dgn perjanjian bahawasanya sekiranya Petrot tewas maka hendaklah penganut Islam diberi kebebasan beragama. Pertarungan sengit diantara Legenda itu mengemparkan tanah Jawa. Pendekkan cerita maka tewaslah Petrot dan lari dirinya dan timbul disebuah Pulau yg dinamakan Pulau Andoman. Setelah tewasnya Petrot maka wali Allah itu padankan agama Islam dgn adat istiadat org2 ditanah Jawa yg sudah beribu tahun amalkan agama asal nenek-moyang mereka dan diserapkan dgn ilmu Ketuhanan Islam. Ditunjukkan Islam juga mempunyai ilmu perSilatan persendirian. Maka baharulah mereka memeluki agama Islam. Dari lahirlah kehebatan dunia persilatan ditanah Jawa.

    Secara umumnya, keris diperbuat dari campuran logam seperti besi, tahi bintang, nikel dsb.

    @)Tidak dinafikan sebab bukti perlu NYATA dan bukan GHAIB. Kalau dari segi Ghaib kewujud’an Keris tentu akan ditolak bulat melainkan sesaorang itu mempunyai ilmu ketuhanan yg tinggi. Termasok besi KHUSANI yg timbul dari dlm sesaorang itu bukan dari muka Bumi. Sesaorang itu yg hebat ilmunya bisa melentur besi2 hanya dgn tangan mereka tanpa perlu dicanaikan dan akan diserapnya azimat rahasia kedlm Keris itu bererti mereka telah memasoki ilmu diri mereka kedlm Keris itu. Besi Kuning pula biasanya digunakan utk kekebalan Jasad saja. Ada rahasianya tentang besi Kuning itu… panjanglah ceritanya.

    …seterusnya ialah bilah keris yang boleh diklasifikasikan mengikut jenis2 loknya samada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus.

    @)3 ertinya ALLAH, MUHAMMAD dan ADAM, 5 ertinya Rukun Islam 5 perkara, 7 ertinya ada dlm sifat2 20, 9 ertinya sembilan lubang terbuka satu lubang tertutup dan lurus ertinya SA atau ALIF. Setiap bentuk Keris ada nilainya bukan sembarangan mengikuti EMPUNYA senjata. Dan kekuatan Keris pula bergantung tingginya ilmu Silat pemilikinya.

    Selain itu, bagi sesetengah pembuat keris atau empu, mereka mungkin memasukkan juga unsur2 magis atau penunggu kepada senjata itu kerana dipercayai boleh memberikan lebih kekuasaan kepada si pemakainya.

    @) Sesaorang itu Pendekar, Panglima dll telah menyerapkan ilmu keBathinan dan Zahir kpd KERIS itu utk dirnya sendiri bukan utk org lain. Itu sebab bila mereka meninggal dunia Keris ada pemiliknya ia-itu merekalah yg sebenarnya. Keris hanya boleh diwariskan pd keturunan mereka bukan pd yg lain atau keturunan bangsa mereka. Biasanya org Bugis saja boleh turun menurun yug lain Jawa dan Bawean tidak sehebat Bugis.

    Setakat ini saja ku coretkan, sekiranya ada soalan boleh diajukan. Mudah2an dptku tambahkan lagi ceritanya. Cerita2 diatas panjang lebar hanya aku ringkaskan saja.

    Sekian.

  16. 17 S.A.M
    11 October,2008 at 1:35 pm

    Al-Kisah asal-usulnya SILAT.

    Kebanyakkan masyarakat Melayu menyangkakan asal-usul dunia perSILATan dtg dari negeri Cina seperti sejarah Hang Tuah yg dikatakan bangsa Cina dan Hang Li Po dan seterusnya kisah2 sejarah Silat. Aku kurang setuju yg Silat dtgnya dari Cina. Walhal ‘KUNG FU’ itu adalah serpihan dari SILAT. Kung Fu baru berusia ratusan tahun sedangkan Silat sudah berusia ribuan tahun (sejarah Petrot, Wali Songo dan kerjaan Majapahit) diwaktu bangsa Nusantara iaitu org Ambon, Jawa, Bawean (Boyan), Batak dan lain2 yg masihi menganuti agama Hindu atau penyembah Berhala atau juga penyembah DEWA2 dan KAYANG2AN.

    Selama ini apa yg aku tahu tentang dari kisah2 sejarah dunia perSilatan itu asal-usulnya dari KERA atau PERTAPAAN.

    1)KERA… Kononnya pd suatu masa dahulu ada sepasang suami-isteri selalu berkelahi. Siisteri selalu kena bantai siang malam oleh suaminya dgn teruk. Maka pd suatu hari seperti biasa siIsteri pergi kehutan mencari kayu api. Ketika dilihatnya ada sepasang KERA telah berkelahi dan pd masa itulah siIsteri telah mempelajari gerak-geri si Kera seni itu setiap hari sahingga dia dpt menguasai ilmu Silat dari Kera. Dan setelah mahir maka siIsteri pun pertahankan diri dari suaminya dan seterusnya bermulalah dunia perSILATan.

    Bila kita lihat DIBALI mereka menyembah berhala itu serupa wajahnya seperti KERA/MONYET. Yg masih diAMALKAN sekarang dimasyarakat kita adalah org2 Jawa iaitu KUDA KEPANG, kita perhatikan gerak geri tarian mereka BARONGAN dll bukankah serupa dgn Monyet,Kera inilah sejarah al-kisah Petro waktu ketika dahulu kita masihi agama HINDU atau menyembah DEWA2.

    2. PETAPAAN… Lahirnya gerak-geri dan rentak SILAT dtgnya dari sesaorang hamba yg tinggi ilmu dgn pertapaan yg cukup lama. Chontohnya bila org itu dlm keadaan ‘mabok kepayang’ (In Trance) seluruh angota badannya akan lenggang lenggok dan langkah2 mengikut adunan yg dirasainya yg dtg dari Batin. Tentang ini kau org tentu tahu dan faham yg pernah kita tengok dlm dunia perSILATan.
    Itu sebab Silat ada disertai ilmu keBatinan dan Zahir. Biasanya sesaorang itu Pendekar, Panglima, Hulubalang2 tidak lengkap ilmunya jarang sekali ada yg lengkap ilmu persilatannya. Jika sesaorang itu sudah lengkap dan penuh tanpa ada sedikit kekurangannya, dia akan ‘retired’ dan mengundurkan diri dan menghilangkan diri juga dari dunia persilatannya. Jika ada yg mahu menuntut ilmu darinya akan diberikan serpihannya saja sebab khuatir akan disalah gunakannya (chontohnya Wali Allah yg lawan Petrot). Sekiranya kita tahu ilmunya kita tidak akan mahu melawan atau berkelahi dgn sesiapa pun sebab ada Rahasia disebalik ilmu yg diamalkannya itu malah akan jadi seperti org BAHLUL dan BODOH yg dikatakan seperti PADI… lagi berisi lagi tunduk.DiMalaysia ada hamba itu dlm 26 jutaan rakyatnya hanya kurang seribu org yg menuntut ilmu ini dan dlm seribu itu pula hanya segelintir saja yg hampir Berjaya dan dlm segelintir pula hanya satu dua org je… yg BERJAYA!!! Bukan mudah tidak seperti ilmu2 Silat atau ilmu2 yg lain. Mereka bukan mudah dikenali sebab hanya utk ‘pakaian mereka bukan utk umum.

    Sekian sajalah makin banyak aku bercerita makin jauh pula aku pergi BAHAYA BEB……………………!!!

  17. 18 S.A.M
    11 October,2008 at 4:13 pm

    Perbezaan diantara KUNG FU dan SILAT….

    Seni Kung Ku

    Permainan Kung Fu hanya hebat dgn berdiri dgn jurusan dan pukulan dari seni binatang2 yg ditiru oleh mereka misalan Dragon, Tiger, Eagle, Snake dan sebagainya. Mereka kurang seni dari segi pergerakkan dan langkah2 itu. Kelemahan Kung Fu atau Shaolin dan lain2 apabila mereka jatuh ditanah sama ada tersungkur, baring, tiarap asalkan saja mereka terlentang diatas permukaan tanah. Disinilah kelemahan seni gerak geri mereka tidak seperti Silat. Tenaga Batin pula tidak sehebat dgn Dewa2, Kayangan, Hindu yg dilatihkan ditanah Nusantara.

    Seni Silat

    Setiap bangsa/orang2 Melayu Jawa, Bugis, Bawean, Madura, Ambon dan sebagainya ada mempunyai seni Silat dan Senjata tersendiri seperti keris, parang, tembung, lading, tombak, tumbuk lada dan lain-lain. Perbezaannya diantara Silat dan Kung Fu/Shaolin. Silat tidak seperti Kung Fu sebab seni Silat lengkap dgn jurusan, pukulan dan seni pertahankan diri. Segala gerak-gerinya sangat halus tidak seperti Kung Fu bila tersungkur mereka kurang seni utk berlawan malah bila buka langkah akan digayakan dgn gerak-geri Binatang2. Silat biasanya selalu bila berkelahi akan sangat rapat berganding kurang dari tiga jarak tapak kaki. Sekiranya jauh lebih dari tiga tapak kaki kita akan nampak Bunga2dan Langkah Lemah Lembut diikuti Langkah Garang, Bengis dll kelambangan seni Silat mereka. Jika mereka dlm keadaan begini seharusnya sesaorang itu mesti berhati2 sebab secara tak langsung ilmu keBatinan akan disalurkan kpd mangsa itu. Seni Silat asal-usul nya kejadian manusia iaitu Tanah, Ayer, Api dan Angin diikuti dgn Roh, Zat dll. Kepercayaan ini juga ada pd penganut Hindu sebelum kedatangan Islam di Jawa. Tetapi tidak selengkap ilmu Islam dari segala penjuru. Apabila gandingan Silat dgn Ilmu Ketuhanan/Islam maka lagi hebat. Gabungan dari Nabi Daud-Besi, Nabi Sulaiman- Jin & Binatang2, Nabi Adam-Tanah. Ayer., Api, Angin, Rasullah dan bermacam2 lagi. Itu sebab kerajaan Majapahit jatuh ditangan Demak dan seterusnya rakyatnya bertambah masok Islam.
    Sampai sini je..lah!

    Daeng Raktamrittika bagaimana pula cerita anda tentang Al-Kisah Silat & Keris, saya juga mahu tahu apa yg anda tahu? Kata mahu kongsi cerita jgn simpan nanti ‘terkubor’ ilmu2 bila meninggal.

  18. 19 Musafir Kelana
    12 October,2008 at 2:59 pm

    Salam buat sahabat2 sekelian,

    Terlanjur kita berbicara pasal ilmu2 kebatinan dalam seni pembuatan & pemakaian keris ni, aku pun terasa nak berkongsi sikitlah pandangan dalam hal ini. Asalnya aku agak ragu2 juga untuk membuka serba-sedikit rahsia ilmu yang aku tahu hasil dari perguruanku dengan guruku selama ini kerana dikhuatiri akan menimbulkan salah tanggapan dsb. Namun, setelah membaca ulasan S.A.M terhadap komentar aku kat atas tu, aku fikir apa salahnya aku turut serta dalam perbincangan ini.

    Aku setuju bila lok2 keris dikaitkan mengikut tafsiran ilmu makrifat seperti itu kerana bukan sembarangan orang boleh menggunakan keris2 tertentu tanpa terlebih dahulu menguasai kefahaman tentang asal-usul kejadian diri mereka sendiri. Umpamanya keris lok tujuh yang hanya boleh dimiliki oleh orang yang mahir tentang sifat2 ma’ani pada dirinya sendiri iaitu Sifat yang 7 dari Sifat 20 itu, iaitu Hayat, Ilmu, Kudrat, Iradat, Sama’, Basar & Kalam. Jadi, bagi sesiapa yang tidak memahami bahawa ketujuh2 sifat ini sebenarnya tertakluk pada jasadnya itu, maka memanglah dia tidak layak dan tidak akan dapat mengunakan keris lok 7 itu.

    Bagaimanapun, pembicaraan tentang Sifat 20 ini sangat penting untuk kita fahami sebagai orang Islam. Namun, sebenarnya ada jalan pintasnya untuk memudahkan kita memahaminya iaitu dengan mengetahui tentang Sifat Wujud itu sendiri, kerana wujud ertinya ada. Jadi, dengan adanya Sifat Wujud itu maka sifat2 yang lain itu pun ada dengan sendirinya seperti qadim (sedia), mukhalafatuhu lilhawadith (bersalahan dengan yang baru) dsb. Contohnya dengan adanya diri kita, barulah timbulnya sifat berkehendak, berkata2 dsb.

    Selain itu, perlu juga kita tahu bahawa pengajian tentang Sifat 20 tidaklah boleh difahamkan mengikut turutan seperti yang selalu diajarkan oleh orang2 tua dahulu yang menyuruh kita membaca sebagai berikut:
    pertama wujud, kedua qidam, ketiga baqa’ dan seterusnya.

    Ini kerana, sifat 20 itu terjadinya serentak dan hendaklah difahami bahawa semuanya harus berjalan serentak 24 jam siang dan malam. Sebagai contohnya, semasa kita dilahirkan dulu bukankah keluarnya seluruh anggota tubuh kita dari perut ibu secara serentak dan bukannya dengan berperingkat2 atau separuh2? Begitu juga semasa menjalankan kegiatan seharian kita contohnya ketika hendak mengambil makanan, bukankah seluruh anggota kita terlibat dalam melakukannya? Umpamanya jika kaki tidak merestui perbuatan itu, sudah tentu tidak akan sampailah tubuh kita ke tempat makanan itu berada.

    Pendek kata, ilmu mengenal Tuhan ini sangat penting kepada kita kerana Nabi telah bersabda: “Awal agama itu mengenal Allah”. Pesannya lagi “Sesiapa yang kenal dirinya maka kenallah Tuhannya”. Dan pesannya lagi: “Ibda’ binafsika” (maksudnya: Mula dengan dirimu). Maka, di situlah kuncinya. Untuk mengenal Allah kenalah kenal asal usul diri sendiri dulu. Dan untuk memahami segala sesuatu itu hendaklah kita pandai merujuk kepada diri kita dulu contohnya ilmu keris dan persilatan yang kita bincangkan di sini. Maka, barulah bertemu maksud sebenar apa yang kita kaji itu.

    Manakala Allah pula berfirman: “Aku di sebalik Adam”. Adam di sini bermaksud jasad kita sendiri dan di sebalik jasad itu sudah tentu adanya ruh. Jadi, tujuan menuntut ilmu di sini adalah untuk mengenal ruh kita sendiri kerana apabila sudah mengenalnya semua perkara pun jadi mudah dan senang. Dalam ayatNya lagi ada disebutkan: “Innalillahi wainna ilaihi raaji’uun” (dari Allah asalnya dan kepada Allah harus kembali).FirmanNya lagi : Fid dhunniya wal akhirah (maksudnya: Di dunia dan di akhirat) iaitu apa2 saja yang kamu lakukan di dunia ini mestilah untuk membawa kamu kepada kebahagiaan akhirat serta ambillah iktibar agar kamu dapat memahami maksud sesuatu perbuatan itu untuk kehidupan akhirat kamu. Demikian juga FirmanNya yang bermaksud: “Tiada daya dan kekuatan sama sekali melainkan dengan kekuatan Allah.” Jadi, hendaklah difahami bahawa tiada satupun gerak di dunia ini melainkan gerak Dia jua. Imam Ghazali mengatakan bahawa barangsiapa yang menganggap dia berkuasa atas segala sesuatu, maka setiap saat hidupnya hanya dipenuhi dengan dosa semata2 (kerana mempersekutukan Allah dengan dirinya sendiri).

    Prinsip sama juga terpakai bagi keris lok tiga yang hanya boleh dikendalikan oleh orang yang mahir kenal Allah, Muhammad & Adam pada dirinya atau mana Zat, Sifat & Af’aal pada dirinya itu. Perbicaraan kita di sini adalah tentang Zat Majazi atau Qadim Majazi atau Ruh itu dan bukannya tentang Zat Hakiki atau Qadim Hakiki itu. Justeru Allah swt (Zat Hakiki atau Qadim Hakiki) itu bersifat tunggal dan tidak boleh diadu dengan suatu apapun. Jadi, pengenalan kita terhadap Allah di sini adalah tentang mengenal ruh kita sendiri sebagaimana Allah ada menyebutkan dalam AlQuran bahawa urusan berkenaan ruh itu adalah urusanNya sendiri. Sebenarnya, ilmu ini tersangatlah luasnya dan rasanya tidak sesuai untuk diceritakan semuanya di sini. Sebagaimana Saidina Ali pernah mengatakan bahawa sekiranya kitab2 tafsir yang ditulis berkenaan dengan Surah AlFatihah itu dikendongi oleh 70 ekor unta sekalipun, namun ilmu tentang samudera AlFatihah dsb itu tetap tidak akan habis juga. Begitulah banyaknya kekayaan ilmu Allah swt yang perlu kita gali dengan bersungguh2 untuk memahaminya.

    Bagaimanapun, adalah tidak tepat untuk kita mengkelaskan sesuatu ilmu sebagai ilmu tinggi atau ilmu rendah kerana pada hakikatnya ilmu itu tahu. Tetapi, ilmu boleh dikategorikan mengikut peringkat-peringkatnya samada peringkat bawah atau atas iaitu peringkat syariat (paling bawah), peringkat tarikat (makamnya di hati iaitu dengan zikir2 untuk membersihkan hati dsb) , peringkat hakikat (berkaitan dengan pembersihan nyawa kita supaya menjadi nyawa manusia dan bukan seperti nyawa haiwan/binatang) dan peringkat makrifat (paling atas iaitu mengenal Allah itu sendiri).

    Begitulah serba sedikit berkenaan dengan ilmu2 kebatinan/ketuhanan yang dapat kuhuraikan di sini kerana ilmu2 begini tidaklah boleh diungkapkan dengan sekadar kata2. Sebab itulah ilmu2 begini juga dikatakan menjadi pakaian wali2 iaitu untuk kegunaan diri mereka sendiri. Justeru ibaratnya begini, hanya orang yang meminum air sirap itu sahaja yang dapat merasai betapa manis atau enaknya air itu. Rasa manis itu hanya dia sendiri yang mengetahuinya tanpa dapat digambarkannya kepada orang lain yang tidak merasainya.

    Sekian, wassalam.

  19. 20 Musafir Kelana
    12 October,2008 at 3:28 pm

    Salam sahabat2 sekelian,

    Berkenaan dengan besi Khosani tu, aku pun pernah mendengar tentangnya. Sebenarnya besi Khosani itu asalnya dari nur/cahaya yang berasal pula dari air… (yang tidak boleh aku nyatakan di sini kerana dibimbangi akan mendatangkan salah faham bagi orang2 yang bukan ahlinya). Besi ini juga dikenali dengan nama besi cahaya Allah khosani. Sifatnya keras seperti batu dan keras tajam seperti besi. Khasiatnya sangatlah banyak untuk diri kita sendiri dari segi perubatan misalnya, di mana jika kita tahu mengamalkan doa2 tertentu berkaitan dengannya, InsyaAllah banyak penyakit terutamanya berkaitan urat2 saraf dan sendi2 tulang dapat dihilangkan.

    Memang bagi orang2 memiliki ilmu di peringkat atas seperti ini, mereka tahu akan rahsia besi khosani ini. Sebab itulah, mereka tidak mudah dicederakan oleh sebarang senjata biasa seperti keris, pisau dsb kerana apabila diacukan kepada mereka, senjata itu akan bertukar sifatnya menjadi cair/bentuk asalnya semula. Sebab itulah juga ada didapati berbagai jenis keris yang ditempa menggunakan tangan semata2 seperti “keris picit” dll. Sebenarnya, ilmu pandai besi seperti ini telah lama wujud sebagaimana yang diceritakan di dalam AlQuran bahawa Nabi Daud a.s telah dikurniakan Allah dengan kemahiran menempa besi untuk dijadikan senjata dsb. Beliau dikatakan hanya menggunakan tangannya untuk melentur atau menempa besi2 itu mengikut bentuk2 yang diinginkan.

    Berhubung dengan silat pula, memang benar bagi golongan berilmu peringkat2 atas biasanya mereka tidak perlu menggunakan sebarang senjata kerana cukuplah dengan ilmu kebatinan yang mereka miliki itu. Prinsip “La hawla wala quwwata illa billah” itu terpakai di sini. Maka timbullah jurus2 dsb seperti silat Nasrul Haq yang pernah terkenal sedikit masa dahulu. Berbeza pula dengan Kung Fu yang lebih menekankan kekuatan fizikal semata2. Sebab itulah, dikatakan bahawa Jet Li iaitu legenda Kung Fu yang sangat terkenal itu telah mendapat kecederaan parah sehingga membawa kepada kematiannya apabila beliau bertarung dengan tokoh silat terkemuka dari Indonesia iaitu (kalau tak silap aku namanya) Dicky Zulkarnain. Diceritakan bahawa Jet Li telah mencabar tokoh silat itu untuk menguji kehebatan ilmu kebatinan dalam persilatan yang heboh diperkatakan itu. Namun, akhirnya beliau mengalami luka dalaman yang begitu teruk sekali dan dikatakan bahawa sendi2 tulangnya telah retak dan tidak mampu dipulihkan lagi yang akhirnya telah menamatkan riwayatnya sebagai seorang tokoh seni Kung Fu di benua ini.

    Manakala berkaitan dengan besi kuning itu pula, dikatakan besi kuning terjadi hasil dari patukan burung belatuk semasa ia membuat sarangnya. Diceritakan bahawa ia memang sukar untuk diperolehi kerana selalunya ia dijaga oleh orang2 halus/bunian. Jadi, hanya orang2 yang mengetahui tentang rahsianya sahaja akan dapat memilikinya. Dan memang benar khasiatnya adalah untuk ilmu kebal bagi si pemiliknya. Manakala pantang larang dalam penjagaannya juga agak banyak dan rumit. Jadi, sebelum aku bicara lebih lanjut pasal besi kuning ni, aku nak tanya Sdr. Raktamrittika atau Sdr. Sampugita sikitlah. Besi kuning dalam simpanan demo tu besar mana saiznya dan macamana pula cara demo menyimpannya?

    o.k. lah, sebelum aku berhenti setakat ini, soalan aku yang terakhir demo pernah tak dengar tentang besi lilih dan besi bab?

    Wassalam.

  20. 21 S.A.M
    13 October,2008 at 1:40 am

    Musafir Kelana,

    Bukan Jet Li yg sebenarnya BRUCE LEE…. dan Dicky Zulkarnain betul…!

    Dan aku terpanggil utk menyahut cerita2 mu itu terutama tentang Sifat2 20, Syari’at, Tarikat, Hakikat & Makrifat dan lain2. Namun aku rasa memang benar bukan disini utk dibicarakan dan Muzakarah.

    berkenaan dengan Surah AlFatihah itu dikendongi oleh 70 ekor unta sekalipun,

    @) AlFatihah ada TUJUH JIN kalau salah bacaannya. Itu sebab ada orang bawa zikir, “lain yg dimahukan, lain pula yg dtg”.

    ……hanya orang yang meminum air sirap itu sahaja yang dapat merasai betapa manis atau enaknya air itu. Rasa manis itu hanya dia sendiri yang mengetahuinya tanpa dapat digambarkannya kepada orang lain yang tidak merasainya.

    @)..melainkan sesaorang itu sudah sama2 rasai….

    Aku juga mahu tahu dr Sdr. Raktamrittika atau Sdr. Sampugita tentang Besi kuning dalam simpanan demo tu besar mana saiznya dan macamana pula cara demo menyimpannya?

    @) Tips! Dizaman dahulu tiada kenderaan dari buatan Besi seperti sekarang ini. Tentu ada cara ujiannya utk mengetahui keASLIANnya sebab Arwah Ayah ku pernah memilikinya dan setelah meninggal Besi Kuning itu lesap dan dikatakan kembali kpd asal-usulnya atau Tuan Empunya… Tentang Besi Khusani ada berlainan ceritanya. Tetapi aku tidak mahu memiliki?

    ……..soalan aku yang terakhir demo pernah tak dengar tentang besi lilih dan besi bab?

    @) … Aku tak pasti sangat, “adakah utk SUSUK” (seperti lebih halus dari peniti) sama ada kuning keEMASan dan kePERAKan kalau bukan dgn hormat dipersilakan keterangannya.

  21. 22 Musafir Kelana
    13 October,2008 at 12:34 pm

    Salam S.A.M,

    Ya betul, maaf aku tersilap. BRUCE LEE sebenarnya tu…

    Sorry ye kepada peminat2 JET LI, aku dah tersilap taip kat atas tu. Terimakasih S.A.M kerana membetulkan kesilapan aku tu.

    Pasal besi lilih & besi bab tu, aku akan tulis sebentar lagi ya pasal sekarang ni tengah busy dengan kerja sikit…

    Wassalam.

  22. 23 Musafir Kelana
    14 October,2008 at 12:02 am

    Salam sahabat2 semua,

    Berkenaan dengan besi lilih tu, ia adalah sejenis besi yang sangat sukar ditemui dan hanya orang2 yang mengetahui tentang rahsianya sahaja yang boleh memilikinya. Dikatakan ia hanya boleh ditemui dari kawasan2 gua di tempat punca2 air mengalir. Sekiranya ada ditemui pun, besi ini sangat sukar untuk diperolehi kerana alirannya yang tidak putus2 dan susah untuk dipotong dengan peralatan/senjata biasa seperti pisau, gunting dsb. Bagaimanapun, bagi orang yang tahu bagaimana untuk memotongnya, maka dapatlah ia memilikinya. Manakala dari segi khasiatnya pula, ia biasanya digunakan untuk ilmu kebal bagi si pemakainya.

    Seterusnya, pasal besi yang lagi satu tu, ia ada kaitannya dengan sami2 Buddha. Besi ini dikatakan banyak digunakan untuk tujuan ilmu hitam/sihir. Dan tidak sesuailah rasanya untuk ku ceritakan semuanya di sini tentang rahsianya itu. Kerana dibimbangi akan “disalahgunakan” oleh orang2 yang punya niat tidak baik terhadap orang lain.

    Sekian, wassalam.

  23. 24 Musafir Kelana
    14 October,2008 at 12:04 am

    Salam sahabatku Raktamrittika,

    Berhubung dengan kesilapan ambo menaip nama “JET LI” tu, ambo harap sudilah kiranya demo membetulkannya bagi pihak ambo dengan menukarnya menjadi “BRUCE LEE”. Bukan apa, ambo takut peminat2 Jet Li marah kat ambo pulak….. maklumlah Jet Li tu pelakon popular abad ini, kan?

    Terimakasih.

    Wassalam.

  24. 25 Musafir Kelana
    14 October,2008 at 2:03 am

    Salam sahabatku Raktamrittika,

    Apa khabar?. Awat hang senyap jer 2,3 hari ni. Hang o.k. ke?. Ada apa2 masalah ke?. Kalau tak keberatan, citerlah sikit….

    Wassalam.

  25. 26 Raktamrittika
    14 October,2008 at 2:10 am

    Salam!

    Saudara Musafir Kelana.

    Raktamrittika mengamanahkan ambo sebagai kawannya untuk menyelia Blog ini buat beberapa hari. Dia ada kerja teramat penting yang perlu dibereskan.Tambahan pula Notebook beliau mengalami kerosakan selepas hari raya baru-baru ini.Akan ambo beritahu beliau tentang kekhuatiran saudara.

    Terima kasih.

    Wassalam.wrt.wbh.

    -fadhil-

  26. 27 S.A.M
    14 October,2008 at 4:17 am

    Jet Li permainannya memang menarik TAI CHI. Dari renunganku ia bukan berasal dari binatang2 seperti Kung Fu. Tai Chi ini mengunakan unsur tenaga Batin seperti pernah ku coretkan diatas ia itu “‘mabok kepayang’ (In Trance) seluruh angota badannya akan lenggang lenggok dan langkah2 mengikut adunan yg dirasainya yg dtg dari Batin”. Pukulan Maut dari ANGIN. Jika kita tahu asal-usul angin tak perlu lawan Jet Li ‘KUNCI’ je…! Habis cerita, jgn sangka mudah ya!.

    Jarang sekali aku tengok para Satria, Pendekar, Panglima dsbnya mempunyai empat unsur kebatinan ia-itu Tanah, Ayer, Api & Angin. Selalunya cuma tiga saja diantara empat unsur itu kalau ada pun yg mempunyai empat unsur itu pun jarang sekali mungkin satu dlm seribu org.

    Seperti aku katakan diatas, “Jika sesaorang itu sudah lengkap dan penuh tanpa ada sedikit kekurangannya, dia akan ‘retired’ dan mengundurkan diri dan menghilangkan diri juga dari dunia persilatannya”. Sebab sudah tahu ‘kunci’ segala Ilmu dan tidak akan sesekali pun digunakannya walau apa pun terjadi pd dirinya dgn teruk malah dia lebih rela dipukulnya daripada memukul org lain. Sekiranya dia terlepas pukulan tanpa diduga atau disengajakannya maka2 sangat bisa kpd org yg terkena itu dan tiada ada sesuatu apapun dpt mengubatinya. SiDia tidak perlu belajar seni Silat sebab sudah tahu asal-usulnya. Biasa org begini bukan mudah disentuh jika ada sesiapa mahu sentuhnya siPengacau akan tercegat disitu tanpa dpt bergerak, ‘CRAMP’. Itu sebab org begini akan menghilangkan diri dan menjauhkan dirinya dari org ramai.

    Terima kasih kpd Raktamrittika, Musafir Kelana dan lain2 sebab membuat aku mengingat kembali ilmu2 persilatan dan sejarah Melayu dan sebagainya aku suka cerita begini drp cerita Politikus. Aku ini sikit masa dahulu ada mengambil berbagai ilmu termasok ilmu perempuan. Sekarang ini semuanya aku sudah lupuskan dan tidak mahu lagi melainkan yg satu je…. ia-itu ilmu MATI…..

    Sekain Wasalam…

  27. 28 S.A.M
    14 October,2008 at 5:39 am

    Musafir Kelana,

    Besi LILIH!!!! susah untuk dipotong dengan peralatan/senjata biasa seperti pisau, gunting dsb. Bagaimanapun, bagi orang yang tahu bagaimana untuk memotongnya, maka dapatlah ia memilikinya.

    @) Terima Kasih aku rasa aku tahu macam mana nak ‘potong’. Sekiranya berlaku pd suatu hari akan ku gunakan PETUAnya. he..he..he..! Adventure dlm hutan aku pernah mandi dan minum air dari Bukit2 dan gunung2 yg mengalir tak tahu pula tentang besi Lilih….! Kalau dpt hanya utk tahu je sama ada pulangkan atau berikan pd anak2 aku. Aku sudah tidak mahu semua ini lagi.

    ….pasal besi bab tu, ia ada kaitannya dengan sami2 Buddha. Besi ini dikatakan banyak digunakan untuk tujuan ilmu hitam/sihir.

    @) Aku pernah memiliki ‘minyak dagu’ dari Buddha kegunaannya utk gadis2. Dlm minyak itu ada sesuatu yg halus seperti ‘jarum’ (Tak tahu pula kalau itu besi bab). Jika minyak dagu berkurangan ia akan penuh kembali ada syarat2nya dan cara2nya utk penuhkan. Masih lagi disimpan tapi kurasa sudah tidak ada “power’ lagi.

  28. 29 S.A.M
    14 October,2008 at 5:50 am

    Daeng Raktamrittika.

    Aku masih menunggu imbal-balas mu tentang al-kisah KERIS dan ‘Silat’ dari komen aku dan Musafir Kelana. Sekiranya anda sudah baca Koleksi Keris adakah ada persamaan ceritanya dgn coretan aku.
    Jika ada atau tidak ada berilah komen sikit…….?

  29. 14 October,2008 at 1:00 pm

    Salam Raktam, SAM, Musafir Kelana.

    Maaf kerana dah lama ambo tak masuk jenguk bolg ni,.. bz sikit akhir2 ni menyiapkan paperwork new biz.

    SAM, saya juga pernah mendengar cerita yang telah di ceritakan saudara tu. Tapi saya tidak menyatakan ianya cerita palsu, cuma ianya diceritakan secara lisan berpandukan dari cerita turun temurun. Apa yang diceritakan didalam buku ini ada yang hampir menyamai dengan apa yang saudara ceritakan. Tetapi ia lebih menjurus kepada kesenian buatan keris itu sendiri. Kalau merujuk kepada cerita arwah saya, 44 hari diperlukan duntuk membina sebilah keris mengikut cara sebenar. Tetapi kebanyakannya tidak mengikut cara sebetulnya.

    Musafir,.. besi kuning, besi leleh dan pelbagai jenis keris dan pedang kami di letakkan dalam frame seperti frame burung cenderawasih. Kami bukannya memuja benda2 tersebut tetapi kami tak mahu ianya di sentuh oleh sesiapa sahaja yang ingin melihat dari dekat benda-benda tu. Kami menyimpannya di Muzium Persendirian di rumah.

    Saya tak nafikan, ada yang menyimpan barang2 seperti itu dalam kain kuning, di asapkan pada setiap malam Jumaat. Namun bagi saya ia adalah ciptaan Allah taala yang sama seperti benda-benda lain.

    Saya mohon maaf kerana memberikan komen yang ringkas. Kerana saya terpaksa mengejar dateline yang diperuntukan.

    Sekian,

    P.S: Tak rugi pun kalau anda beli buku tersebut kerana ilmu yang kita dah miliki belum tentu cukup dan tak pernah cukup.

  30. 31 S.A.M
    14 October,2008 at 2:45 pm

    sampugita,

    Ada sebahagian cerita saya dari Lisan ke Lisan (Perguruan Silat), ada dari buku2 sejarah Indonesia dan ada pula dari Ilmu Ghaib (Ketuhanan). Kalau dari cerita Ilmu Ghaib selalunya sukar mahu diterima sebab tiada bukti sahih. Biasanya manusia mahu bukti yg wujud bukan mustahil. Sedangkan dlm Sifat20 Wujud lawannya Mustahil.

    …….ada yang menyimpan barang2 seperti itu dalam kain kuning, di asapkan pada setiap malam Jumaat.

    @) Ya! benar ada disimpan dlm kain kuning, merah, putih dan hitam disapukan dgn sedikit minyak atar. Ada pula disimpan tempat2 khas seperti buluh perindu, barang purba dan sebagainya. Dan dijampi serampi pd waktu tertentu mengikut masanya misalam bulan Purnama dan mlm Juma’at.

    Walau bagaimana pun saya ada buat tempahan melalui Ramzu Yusoff ramzuinfinity@yahoo.com utk menambah Ilmu pengetahuan dlm bidang sejarah Melayu. Utk generasi akan dtg terutama sekali anak2 saya.

    Sekian Terima Kasih.

  31. 32 S.A.M
    19 October,2008 at 12:16 am

    Daeng tiada berita terkini ke? Senyap je… dlm beberapa hari ini?.

  32. 2 November,2009 at 10:30 pm

    nak tahu pasal negeri kedah dan kelantan sila….
    http://www.sejarahnagarakedah.blogspot.com

    nak tahu pasal silat….
    http://www.themalaypress.com

    INI KENA AMBIK MASA SIKIT DIA PUNYA BLOG 3 HARI 3 MALAM OOO….
    INI ADALAH PENULISAN ILMIAH KAJIAN….MEREKA..

    cikgu english aku kata..dia pernah ke Holland(belanda)
    di sana ada MUSEUM OF HAGUE,..tersimpan senjata keris melayu..taming sari..siap ada tulisan lagi…kat keris tu..BOLEH JADI BETUL..

    keris tu tersimpan RAPI KAWALAN KETAT.dalam bilik bawah tanah…nak masuk kena bayar..
    DAN JUGA SCROLL/MANUSCRIP LAMA…

    OK…

  33. 34 okki
    3 November,2009 at 11:19 pm

    saya sudah hampir 11 tahun mendalami ilmu tenaga dalam. apa bisa anda mendeteksi kira bagaimana perkembangan ilmu yabg ada pada diri saya saat ini. atas perkenan dan bantuan anda , saya sampaikan terimakasih.


Leave a reply to Musafir Kelana Cancel reply


HARI INI

  • 50,102 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

October 2008
S M T W T F S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project