07
Sep
08

MELAYU OH MELAYU!!

Melayu ni secara amnya merujuk kepada penutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Merata-rata kat dunia ni sebenarnya bangsa melayu ada. Bangsa Melayu merupakan antara bangsa termuda di antara bangsa-bangsa lain di dunia. Sebab tu kita tak boleh lah bangga sangat yang kita ni ” TERISTIMEWA”.

Dinamakan Melayu atau Malay adalah berasal dari para pedagang Muslim yang juga para Mubaligh yang sebahagian besarnya berasal dari pesisir India barat bahagian utara (Gujarat) hingga kebahagian selatan (Malabar) dalam abad ke 13-15 M. Dimana orang orang Malabar mempunyai Bahasa Malayalam. Bahasa Malayalam hingga sekarang masih dipakai orang Malabar dan sekitarnya yang berada di Negara Bagian Kerala, India Selatan.

Kalau saudara semua ingat, permuafakatan melayu NUSANTARA pernah mengadakan perjumpaan dan dialog dengan umat melayu seluruh dunia pada tahun 2002 /2003 dulu. Kononnya untuk mengembalikan  kegemilangan dan persaudaraan sesama melayu. Masa tu Tun Mahathir tak letak jawatan lagi. DSAI masih kat Sg. Buluh.  Lepas tu senyap. Itulah melayu, “Hangat-hangat tahi ayam”.

Hal ini dapat dibuktikan dengan begitu banyaknya kosa-kata dalam bahasa Melayu termasuk Indonesia dan Malaysia yang berasal dari India dan Arab yang merupakan bahasa induk dari bahasa orang Muslim Malabar yaitu Malayalam.

Asal Usul Bangsa Melayu?
Dipercayai berasal dari golongan Austronesia di Yunnan. Kelompok pertama dikenal sebagai Melayu Proto. Mereka berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 SM). Keturunannya adalah penduduk Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak, Batak dan Komering di Sumatera. Herannya melayu malaysia sekarang “berlagak” seolah-olah kitalah TUAN PUNYA TANAH. Tapi tak pulak mengaku keturunan orang asli, malu, jatuh ‘standard’.

Kumpulan kedua dikenal sebagai Melayu Deutero. Mereka berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 SM. Keturunannya orang Melayu di Malaysia dikatakan lebih pandai dan dan mahir daripada Melayu Proto, khususnya dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercocok tanam. Jumlah mereka lebih banyak daripada Melayu Proto. Mereka menghuni kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Masa itulah kita ‘claim’, tanah melayu ini kita yang empunya! Patut ke?

Kelompok etnik terdekat dengan melayu pula adalah Polynesian dan Micronesian. Populasi Melayu di seluruh dunia sekarang dianggarkan melebihi 300 juta. Ramai jugak kan? Dibandingkan dengan penduduk dunia yang berjumlah 8 billion.

Itu serba ringkas yang dapat diceritakan berkenaan asal usul melayu sekarang. Selebihnyanya, jika anda ada ‘input-input’ baru silalah kongsi.

Dan sejak dari zaman melayu kuno lagi, telah banyak diriwayatkan dan diceriterakan berkenaan sikap dan fe’il orang melayu. Selalunya tentang adat dan adab kesopanan Melayu dan tradisi warisan melayu. Cuma dalam banyak-banyak kelebihan melayu, ada satu yang tak ada pada bangsa lain.. malah dalam kamus mereka tak ada istilah ini…  AMUK!!

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani semua Melayu, Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya, Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya, Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya, Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal, Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali, Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keADILan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

Allahyarham Sasterawan Negara USMAN AWANG

Itulah intrepitasi seorang sasterawan melayu tentang MELAYU. Hebat ke?  Betul ke? Atau cuma “bias” seorang melayu pada bangsa sendiri?  Betul ke melayu ni “ASSABIYAH”? Pantang dicabar? Apa kena mengena KERIS dengan orang melayu? Jadi nak tanya lah sikit..

APA ISTIMEWANYA MELAYU? dan DIMANA KETUANAN MELAYU?


17 Responses to “MELAYU OH MELAYU!!”


  1. 1 S.A.M
    8 September,2008 at 3:21 am

    Interesting huh!…

    Baiklah saya ceritakan sedikit serba-serbi tentang keturunan saya ia-itu BUGIS dlm Islam (anthropology).
    Org2 Bugis adalah keturunan daripada Nabi Sulaiman yg beristeri Puteri Balqis.
    *Nabi Sulaiman adalah RAJA segala Raja kpd JIN, BINATANG dan MANUSIA melainkan Allah. Dan Putri Balqis adalah keturunan kaum Saba yg dianugerahkan Allah dgn pelbagai Ilmu kepakaran serta pengetahuan dalam bidanag pertanian dan perniagaan (perdagangan).

    Sejarah Tanah Melayu, Sultan Johor dan kerabatnya Raja2 diTanah Melayu, Kepulauan RIAU termasok Singapura dan juga Sultan Brunei adalah bangsa BUGIS sebab keturunan *Nabi Sulaiman. Jadi Tanah Melayu adalah dibawah pemerintahan bangsa BUGIS sampai sekarang ini termasok org asli atau sesiapa pun. Lagi sejarah menunjukkan bahawsanya org2 BUGIS adalah Perniaga, Perdagang, Kepakaran dlm membuat Perahu baik yg kecil atau Besar, LANUN yg menguasai Lautan Semananjung Melayu (Malay Peninsula). Tahukah anda bahawa Christoper Colombus mempunyai PANGLIMA ia-itu org Bugis yg menemaninya merantau seluruh pelusuk dunia. Kemegahan lambang Bugis dlm dunia SILAT adalah LANCHANG KUNING mereka dikenali dgn jolokkan PENDEKAR, PANGLIMA dan sebagainya. Tengoklah adat istiadat Sultan dan Raja2 dinegara kita warna KUNING menjadi simbol kemegahan mereka sebab Lanchang Kuning. Lagi satu mungkin anda tidak tahu org Bugis adalah salah satu bangsa yg perantau, mereka telah merantau keseluruhan kepulauan dari ia-itu Boreneo, Filipin, Taiwan (Formosa-Pribuminya adalah keturunan Melayu) sahingga Fiji, Tahiti, Hawai termasok org2 RED INDIAN adalah keturunan Melayu (diakui oleh ahli sejarahwan 90%).

    Akhir kata dari segi ilmu Ketuhanan Puteri Balqis adalah keturunan JIN. Bapanya Jin dan Ibunya Manusia. Jgn terperanjat Ya!

    APA ISTIMEWANYA MELAYU? Tanyalah diri sendiri. dan DIMANA KETUANAN MELAYU? BUGIS

    Apakah sebagai org Bugis saya pinjam Pantun anda,

    Watak Melayu (Bugis) menolak permusuhan
    Setia dan sabar tiada sempadan
    Tapi jika marah tak nampak telinga
    Musuh dicari ke lubang cacing
    Tak dapat tanduk telinga dijinjing
    Maruah dan agama dihina jangan
    Hebat amuknya tak kenal lawan.

    Sekian……

  2. 2 raktamrittika
    8 September,2008 at 3:35 am

    S.A.M..

    I should have known!!.. you are darn right a BUGIS!
    Coz i’m a bugis too..for the matter of fact my ancestors originated from SULAWESI and Palembang.
    My great grandfather was a DAENG! (BANGSAWAN BUGIS).

    Kaum kerabat aku dari keturunan Daeng Pattani… yang membuka daerah pattani di selatan Thai dan Daeng Kemasi di Sulawesi. Mereka berdua anak raja Bugis Kerajaan Melayu RIAU. Daeng KEMASI adalah salah seorang daripada 9 “WALI SONGO”.

    Namun macam biasalah, saudara suka BERKONTROVERSI..
    Silsilah yang saudara nyatakan diatas ada benar dan ada yang agak “mengarut”..
    SEJARAH BUGIS is something that i’ve known for years and have been well versed about it all. Any new founding is welcome though… but plzz make sure it is a valid FACTUAL input!
    Sampai sekarang aku masih seorang MELAYU BUGIS sejati, bukan hanya pada nama dan keturunan malah pada amal dan warisan.

    SALAM buat saudara.. nice knowing you!

  3. 3 S.A.M
    8 September,2008 at 4:00 am

    Daeng raktamrittika,

    Katakanlah mana satu yg benar dan mana satu yg ada yang agak “mengarut”.. mungkin saya boleh terangkan lebih lanjut…. Oh Ya!mana satu wali Songo, Legenda Syeikh Siti Jenar adalah Lambang kepujian saya.

  4. 4 raktamrittika
    8 September,2008 at 4:30 am

    S.A.M

    Kata anda:
    “Sejarah Tanah Melayu, Sultan Johor dan kerabatnya Raja2 diTanah Melayu, Kepulauan RIAU termasok Singapura dan juga Sultan Brunei adalah bangsa BUGIS sebab keturunan *Nabi Sulaiman. Jadi Tanah Melayu adalah dibawah pemerintahan bangsa BUGIS sampai sekarang ini termasok org asli atau sesiapa pun..”

    Sila nyatakan sumber anda untuk fakta ini. Dan kenyataan anda bahawa Puteri Balqis asal berketurunan JIN + Manusia bukanlah fakta sahih.. tetapi terdapat dalam hikayat. Saya juga ada membacanya. Apa nama buku tu? Ianya lebih kepada puisi dan mitos pemujaan. Kaum SABA pada waktu itu sememangnya memuja JIN dan DEWA.

    WALI SONGO yang saya maksudkan ialah SUNAN AMPEL/ Raden Rahmat dan SUNAN GIRI/ Raden Paku. Terdapat dua pendapat berbeza yang menyatakan DAENG KEMASI ini adalah salah satu daripada Wali berkenaan. Bergantung kepada sejarah jawa dan sejarah melayu riau yang berbeza. Tetapi aku lebih yakin terhadap fakta yang menyatakan SUNAN AMPEL adalah Daeng Kemasi yang melarikan diri daripada negerinya CHAMPA/ACHEH berikutan perebutan kuasa dan berhijrah ke Demak dan meninggal di Surabaya.

    Lagenda Syeikh Siti Jenar juga tidak lebih dari satu perlambangan sama seperti lagenda Hang Tuah.Ada kebenarannya tetapi telah ditokok tambah menjadikannya LAGENDA..

    Walau apapun aku tak bermaksud berbangga2 dengan keturunan disini, sebab macam yang aku selalu kata, walau pun aku ni kerabat raja (bugis), tak ada maknanya, tak kaya aku kalau tak cari rezeki sendiri, tak berilmu aku kalau tak belajar. Keturunan bagi aku hanya satu silsilah untuk dihargai dan dihormati sebagai individu. Kerana Keturunan apapun aku, tak pernah menghadiahkan aku secupak beras sekalipun!

    WASSALAM.

  5. 5 S.A.M
    8 September,2008 at 6:09 am

    Daeng raktamrittika,

    Dari tahun 1981 sahingga 1996 saya adalah seorang pengembara bukan LANUN ya!. Oleh kerana saya suka membaca geography, history, peperangan dll. Jadi dlm pertengahan tahun 1980an waktu saya berada diluar negara dan jika ada peluang saya akan cari buku diperpustkaan. Apa saja buku yg menarik perhatian saya utk dijadikan bacaan dimasa luang. Dan apa yg saya nyatakan bukanlah satu REKAAN semata2 dan terserah kpd individu utk percaya atau tidak.

    Petikkan,

    “…….keseluruhan kepulauan dari ia-itu Boreneo, Filipin, Taiwan (Formosa-Pribuminya adalah keturunan Melayu) sahingga Fiji, Tahiti, Hawai termasok org2 RED INDIAN adalah keturunan Melayu (dipercayai oleh ahli sejarahwan)”.

    @) Saya ada membacanya dlm pertengahan 1980an sama ada di International Geography, Reader’s Digest atau Almanac. Saya tidak ingat sangat malah sampai sekarang pun melusuri lelaman Internet pun belum dapat lagi. Pendekkan cerita ,para ahli sejarahwan cuba kaitkan Red Indian dgn negara Latin America seperti Mexico, Amazon (Brazil), Aztec dan sebagainya termasok negara2 lain didunia. Tetapi tiada bukti kukuh utk dipertahankannya melainkan Borneo, buktinya org2 Red Indian menggunakan senjata seperti Panah, Tombak, Perisai (Shield) dll ada kaitan dgn org Dayak Serawak tak tahu mana satu Dayak yg tiada terdapat dilain Benua. Sambil itu juga mereka jejak langkah bagaimana Red Indian boleh sampai keAmerika.

    …….Puteri Balqis asal berketurunan JIN + Manusia bukanlah fakta sahih.. tetapi terdapat dalam hikayat. Saya juga ada membacanya. Apa nama buku tu?

    @) Saya tidak tahu apa nama bukunya! Sumber saya adalah dari seorang Pendekar Bugis (Almarhum) satu perguruan agama. Belia adalah seorang yg sangat ARIF dlm segi keagamaan Islam (ilmu ketuhanan). Beliaulah yg menceritakan hal keturunan Bugis. Saya percayakan beliau sebab dlm menuntut ilmu ketuhanan kita tidak boleh amalkan bicara BOHONG walau sekecil hati Kuman pun. Dan mungkin tiada tercatat dlm sejarah Islam. Terserah kpd individu. Ok! Just for info….

    Terdapat dua pendapat berbeza yang menyatakan DAENG KEMASI ini adalah salah satu daripada Wali berkenaan.

    @) Ok! saya pun tidak pernah dengar nama Daeng Kemasi. Maaf! melainkan SUNAN AMPEL, SUNAN GIRI dll.

    SUNAN AMPEL adalah Daeng Kemasi yang melarikan diri daripada negerinya berikutan perebutan kuasa dan berhijrah ke Demak dan meninggal di Surabaya.

    @) Terima Kasih, baru saya tahu.

    Lagenda Syeikh Siti Jenar juga tidak lebih dari satu perlambangan sama seperti lagenda Hang Tuah.Ada kebenarannya tetapi telah ditokok tambah menjadikannya LAGENDA.

    @)Wali Songo menyatakan Syeikh Siti Jenar adalah seorang wali ‘murtad’. Itulah cerita yg kita dengar dari mulut ke mulut. Pendekkan cerita oleh kerana saya menuntut ilmu ketuhanan yg kebetulan memang ada kaitan dgn 9 wali2 Songo termasok Syeikh Siti Jenar tetapi bukan dari perguruan 2 wali Songo dan Syeikh Siti Jenar. Bila direnungkan sejarah mereka, Syeikh Siti Jenar sebenarnya lebih unggul dari 8 wali Songo (jgn marah ya). Setakat ini saja saya ceritakan tentang 9 wali Songo. Individu.Ok!

    Lagenda Hang Tuah..

    @) Saya tidak pasti wujudnya dizaman Majapahit?. Tetapi sekiranya benar bukanlah bangsa Cina yg digempar-gempurkan. Saya ada ceritanya sendiri ttg Hang Tuah.

    …… my ancestors originated from SULAWESI and Palembang. My great grandfather was a DAENG! (BANGSAWAN BUGIS).Kaum kerabat aku dari keturunan Daeng Pattani… yang membuka daerah pattani di selatan Thai dan Daeng Kemasi di Sulawesi. Mereka berdua anak raja Bugis Kerajaan Melayu RIAU. Daeng KEMASI adalah salah seorang daripada 9 “WALI SONGO”.

    @) Ibu saya Bugis ‘pure’ dan bapa saya pula kacukkan ada darah keturunan Cina. Jadi saya ini Bugis ‘Rojak’ walau macam mana pun anak lelaki penting yg bawa keturunan sesaorang itukan. Asal-usul keturunan saya tak dapat pastikan mungkin LANUN…. ha..ha..ha..!. Bangsa Bugis ini BENGIS dan GARANG kalau dah marah buruk, jatuh kpd keempat anak2 saya……

    Wasallam Daeng…..

  6. 7 AnakMudaParlimenBatu
    8 September,2008 at 8:30 pm

    Ko sudah menjadi penyelidik rupanya, takperlah yang penting, dari risikan ko nie, dapat menyedarkan orang melayu sekarang, dari mana asal usul kita sebenarnya, biar mereka sedar, belum tentu kita ini kaum peribumi, ingat masyarakat sekarang sama macam masyarakat zaman Tun mahadet, semuanya Yes Boss….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  7. 8 Musafir Kelana
    9 September,2008 at 12:04 am

    Salam Raktamrittika,

    Saya berpandangan topik ini agak menarik untuk dibahaskan tapi ia memerlukan suatu horizon pemikiran yang benar2 matang untuk memahami signifikannya terhadap pembangunan sosial dan hubungan kemanusiaan di negara ini. Dan untuk mencapai tujuan itu aspek2 yang banyak menjurus kepada penyerangan berbentuk emosi sewajarnya dihindari terutamanya oleh kalangan umat Melayu yang berminat untuk membicarakannya.

    Seterusnya sebelum kita terlajak kata dalam isu2 sensitif begini, saya fikir seelok2nya kita menarik nafas panjang dan dalam2 serta tenangkan dulu jiwa dan lapangkanlah minda seluas2nya sehingga kita sudah benar2 siap untuk menerokai susur galur keturunan bangsa Melayu sebagaimana yang disebutkan dalam artikel di atas.

    Secara peribadinya, walaupun sebelum ini saya pernah terbaca beberapa artikel dan maklumat berkenaan hakikat sejarah salasilah wujudnya bangsa bernama Melayu di muka bumi ini yang saya anggap lebih kurang sama isipatinya dengan kandungan artikel di atas, namun saya masih merasakan perbincangan mengenai topik2 begini tidak cukup diadakan secara sambil lalu sahaja semata2 untuk menyampaikan ilmu kepada kumpulan yang disasarkan.

    Saya menganggap maklumat seperti ini sangat berguna lebih2 lagi kepada pewaris generasi hari ini supaya mereka sentiasa mengingati peri pentingnya sejarah kemunculan bangsa mereka serta sejauh mana kemajuan2 yang telah dicapai oleh bangsa Melayu sehingga ke hari ini.

    Sehubungan dengan itu, saya ingin mengusulkan kepada pihak2 yang berkenaan terutamanya pihak berwajib untuk mengadakan suatu ‘syllabus’ (sukatan pelajaran) khusus di peringkat persekolahan berhubung dengan perkara ini supaya generasi muda terutamanya dapat mengenali dengan lebih lanjut mengenai fakta2 sejarah yang melingkari kewujudan bangsa Melayu di seluruh pelusuk alam ini serta sumbangan2 mereka dalam setiap aspek kehidupan dari dulu hingga kini.

    Saya kira langkah yang proaktif seperti ini perlu dilakukan agar bangsa Melayu hari ini menjadi bangsa yang celik sejarah asal usul mereka dan betapa besarnya kemajuan yang telah dicapai oleh bangsa Melayu bukan sahaja di negara kelahiran mereka bahkan juga di negara2 tempat mereka bermastautin.

    Sebenarnya pendedahan sedemikian sangat perlu agar bangsa Melayu tidak lagi terlalu terikat dengan fahaman sempit mereka yang mendakwa bahawa mereka hanya akan berjaya sekiranya hak2 mereka sebagai bangsa Melayu tetap terpelihara seketat2nya dan tidak boleh diusik sedikitpun oleh sesiapapun jua.

    Sampai bila bangsa Melayu ingin menutup mata dan minda mereka sedangkan dunia semakin pesat berubah.? Jika anak2 Melayu di perantauan boleh berjaya dalam segala bidang yang diceburi dan sudah terbukti bahawa bukan sedikit yang telah cemerlang dalam hidup mereka meskipun tidak berada di tanahair mereka sendiri. Mereka berjaya hasil dari usaha gigih dan keyakinan diri untuk maju dan terus maju. Walaupun mereka tidak dijanjikan dengan sebarang bentuk keistimewaan dan terpaksa bersaing dengan bangsa2 lain di dunia ini namun mereka terus berjaya malahan turut dikagumi oleh bangsa2 lain.

    Maka, saya kira bangsa Melayu di negara ini juga perlu membuang rasa takut atau rasa rendah diri untuk bersaing dengan bangsa2 lain yang ada di sini. Bukankah sudah sampai masanya untuk kita membuktikan bahawa bangsa Melayu yang sedikit masa dulu memang terkenal dengan sejarah kegemilangan dan kepahlawanannya dulu juga boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan2nya dari bangsa2 lain.? Bukankah ada pepatah yang mengatakan “jika tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.? Jadi, jika tidak ‘dipandu uji’ manakan tahu jika bangsa Melayu memang punya daya saing yang tinggi sehingga mampu membawa masa depan negara ke era yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

    Pendek kata, marilah kita bersama2 meneroka alam persefahaman yang baru untuk kemaslahatan semua kaum di bumi Malaysia tercinta ini umpama kata bidalan orang tua2 “hendak seribu daya tak hendak seribu dalih” dan “di mana ada kemahuan di situ ada jalannya”.

  8. 9 Musafir Kelana
    9 September,2008 at 12:18 am

    Salam.

    Raktamrittika,

    Menarik juga hangpa dok bercakap pasal keturunan ni, aku pun nak kongsi sikit lah.

    Menurut ceritanya dari datok sebelah mak aku, keluarga kitaorang ni dari keturunan Allahyarham Tuan Hj. Abdul Rahman Limbong yang terkenal di Terengganu sebagai salah seorang pahlawan menentang British. Dan dikatakan juga Tn. Hj. Rahman Limbong itu sebenarnya berasal dari Tanah Arab.

    Kalau ikutkan rupa atuk aku sebiji macam orang Arab dengan hidung mancung dia, begitu juga dengan pakcik2 aku.

    Manakala atuk sebelah ayah aku pulak pernah menjadi murid kepada Wali Tok Kenali semasa hayatnya. Jadi, banyaklah juga kitab2 dari karangan Tok Kenali yang diperturunkan kepada anak cucunya.

    Begitulah ceritanya, sekian sajalah serba sedikit ‘hari ini dalam sejarah’ dariku.

    Wassalam.

  9. 10 raktamrittika
    9 September,2008 at 12:45 am

    Salam.
    Sahabat2 sekelian,

    Biaqpila;
    Apa yang hebatnya? Aku sekarang cuma seorang melayu di Malaysia aka Tanah Melayu yang rasa seolah tidak berpijak dibumi sendiri. Aku tidak ada rasa BANGGA sebagai bangsa melayu dinegara ini. Maafkan aku.

    AMPB;
    Tidak le jadi penyelidik, cuma ingin berkongsi serba sedikit setakat yang tahu. Tu yang mintak “input2” baru dari korang. Boleh sama2 belajar..tak gitu?

    Musafir Kelana;
    Topik mengenai melayu ni sengaja aku sentuh agar dapat kita selusuri silsilah dan jatidiri bangsa kita. Walau hanya sekelumit pengisian yang aku ada. Aku paling cuak dengan melayu yang bersikap ‘bangga diri’ tetapi tak kenal asal-usul. Menjaja KETUANAN MELAYU dan HAK ISTIMEWA.. untuk apa?
    Bagi aku ia hanya punca melayu LEMAS dan LAYU di bumi sendiri. TQ for “Hari ini dalam Sejarah” ko tu.. menarik!! (dulu ada slot HIDM kat TV..aku paling suka masa muda2).

    Terima kasih semua.

    SALAM UKHWAH.

  10. 11 laksamana3
    8 October,2008 at 2:00 pm

    Terang dan jelas, t kasih sdr raktamrittika, semua ungkapan yg dipetik dari allahyarham adalh blh dipercayai dan ada yg tepat dgn bangsa kita.Saya pula berasal dari keturunan bentan.Walau pun saya cuba menylami dan menyiasat latar belakang keluarga saya namun ia masih blm dapt dicari.Maklumat terakhir yg saya ketahui Menteri besar Johor yg pertama adalh moyang saya dan datuk saya juga berkeja distana sebagai salah seorang pengawal diraja ketika pemerintahan Sultan Abu Bakar.Itu sebelah bapa saya,datuk saya meningal ketika usia saya 5thn.Disebelah ibu saya adalah mengikut cerita datuk saya berasal dari sulawesi merantau ke Singapura dan selepas itu menetap di Johor.Jadi tiada cerita yg tepat selepas datuk saya,namun gambar menteri besar yg pertama masih lagi ada dalam simpanan kami!

  11. 12 tokpakir
    15 October,2008 at 1:32 pm

    salam buat semua

    kalau nak ikut keturunan aku pasti aku bukan keturunan melayu, tapi aku rasa bangga sebab aku ada negara dan bangsa tempat aku dilahirkan. Bagi aku bangsa yang kita anuti bukan bertitik dari keturunan asal tapi dimana kita dilahirkan dan dibesarkan. Bangsa bagi aku macam sestem piramid bermula dari satu dan berkembang hingga hari kiamat. Adat dan budaya tempat kita berpijak pasti menjadi rutin bagi kita hingga kita dapat membentuk tamadun bangsa yang mempunyai jati diri utk bergerak maju kedepan .Aku ambil contoh negara yg sudah maju, mereka tidak begitu peduli asal usul keturunan mereka tapi menitik beratkan persekutuan bangsa yang satu. Mereka sentiasa memandang kehadapan dan mengurangkan jurang perbezaan antara mereka utk hidup dalam kesatuan spt amarika yang boleh bersatu walau berbeza kulit dan rupa tetapi bersatu hati sebaqgai satu bangsa tidak spt di negara kita , cina dengan sikap kecinaan dan india dgn keindian. Walaupun kita telah dapat membentuk teras budaya melayu dalam perlembagaan tetapi tidak dapat melupakan asal usul mereka . Mereka sepatutnya dapat menerima melayu sebagai teras spt melupakan sekolah cina dan india, bertutur dalam bahasa melayu dan menerima kebudayaan melayu sebagaimana orang meayu yg dapat melupakan asal usul mereka dan membentuk satu bangsa melayu yang bersatu. Penyatuan bangsa bukanlah sesuatu yang mustahil kerana tanpa penyatuan sejati hasad dan dengki akan menguasai diri. Lagipun bagi aku bangsa bukanlah tiket untuk kita menuju akhirat tidak spt agama yang mesti dipertahankan oleh setiap warga tanpa paksaan .

    Ini hanya pendapat aku…

  12. 13 kulupbanu
    16 October,2008 at 4:13 pm

    org bugis ni org kate keturunan lanun..betul ke?sekadar bertanya

  13. 14 S.A.M
    17 October,2008 at 7:37 am

    Tanyalah kpd Sultan Johor atau Sultan Brunei atau lain2 Sultan diMalaysia atau kePulauan Riau yg ada ikatan darah keturunan Bugis. Sudah kuberi pandangan aku tersebut diatas.

    Lanun adalah sebahagian dari wataknya ‘Lanchang Kuning’. Bukan keturunan.

  14. 15 bugisbone
    25 October,2008 at 10:51 am

    salam .

    org bugis ni org kate keturunan lanun..betul ke?sekadar bertanya ?

    Seperti Hamas di mata Uncle Sam ada lah peganas.begitu juga di mata protugis
    dan belanda kerana gagal menawan org Bugis maka mereka gelar Lanun .

    wassalam

  15. 12 October,2009 at 10:48 pm

    nama ‘bugis’ ni saya dapat dalam buku sejarah sewaktu srp-spm-stp dulu2.
    belajar di kolej islam kelang, guru tingkatan saya daeng sanusi daeng mariuk. dr daeng sanusi kemudiannya pensyarah kami di ukm. setelah tu jadi yb Pas de kelantan hingga jadi naib presiden Pas kalau tak silap saya. kini tak kedengaran cerita ttg beliau. moga masih afiat dr daeng sanusi guru saya iyu. kalau dia masih hidup usianya mungkin hampir 70. jadi sikit sebanyak barangkali dia tahu ttg sejarah orang2 di malaysia.
    ketika di tingkatan 5..ketua kelas kami namanya Ambok Dalek bin Hj Tahir, adiknya di tingkat 4 bernama Induk Simpuh hj Tahir dan seorang lagi junior…adiknya juga bernama Mohd Lapangandro hj Tahir…namanya pelik..sudah tentu ada unsur ‘kebugisan’ pada nama tu..mereka asal kluang johor dan beritahu memang daerah itu..majoriti orang2 bugis.
    suatu hari di radio ikim…saya dengar pusn Induk Simpuh hj Tahir (kini dah some body) bercerita ttg ibunya (sempena hari ibu baru2 in) mendidik baiknya menjadi manusia muslimah solehah. ceritanya amat menarik hati saya. Pn Induk juga mencerita tentang latar belakang ayahnya hj Tahir juga adalah Org Bugis totok, pejuang agama dan bangsa..sanggup berkorban apa saja demi agama, bangsa dan pendidikan anak2..insya Allah saya akan intai di google..
    saya rasa ketebalan ‘kebugisan’ mereka boleh dijadikan sorotan… namun jika besar faedah untuk kita maklumi semua tu ada baiknya kita susuri keturunan masing2.kita akan bertemu dengan keajaiban2 dengan kehendak Allah yang menjelaskan kita semua dari Adam a.s….mengapa ruparas berbeza antara satu bangsa dgn satu bangsa lain…walaupun kita tau ras, genetik dan sebagainya ……pentingnya SUBAHANALLAH.

  16. 17 am8936
    7 June,2010 at 12:36 pm

    salam,
    Kekadang seronok apabila ada pedebatan dalam mengenal sejarah melayu.tetapi apa yang kurang seronoknya ialah ada yang tidak berbangga tentang sejarah melayu seperti 5 saudara,laksamana bentan dan banyak lagi.Ada yg kata hanyalah mitos dan dogengan.Saya pun heran kenapa dan mengapa?
    Mereka lebih percaya tentang sejarah yang orang putih dari sejarah bangsanya sendiri.BERPIJAK pada dunia yg nyata.Junjunglah langit dimana kamu berpijak.Bukannya kamu pertikaikan sejarah datuk moyang kita yang kebanyyakan secara lisan dari bertulis.
    Percayalah, jika hari ini kita butakan hati tentang sejarah bangsa kita,maka generasi kita akan datang pasti tidak mengenal siapa itu hang tuah, hang jebat,tok bahaman, tok kenali,laksamana bentan dan banyak lagi.
    Banyak sejarah kita , mengajarkan akan kesetiaan,kesopanan dan mendaulatkan bangsa melayu dari jatuh ke tangan penjajah.Tapi bila mereka ini tinggal sejarah, maka diajar generasi akan datang mengenal sejarah kita supaya tidak digadai tanah tumpah darahnya kelak.

    wasalam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: