08
Sep
08

MELAYU OH MELAYU 2

Sahabat saya Musafir Kelana memberikan satu pandangan yang cukup menarik berkenaan isu melayu yang cuba saya ketengahkan semalam. Berikut adalah “komentar” beliau yang ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan:

Salam Raktamrittika,

Saya berpandangan topik ini agak menarik untuk dibahaskan tapi ia memerlukan suatu horizon pemikiran yang benar2 matang untuk memahami signifikannya terhadap pembangunan sosial dan hubungan kemanusiaan di negara ini. Dan untuk mencapai tujuan itu aspek2 yang banyak menjurus kepada penyerangan berbentuk emosi sewajarnya dihindari terutamanya oleh kalangan umat Melayu yang berminat untuk membicarakannya.

Seterusnya sebelum kita terlajak kata dalam isu2 sensitif begini, saya fikir seelok2nya kita menarik nafas panjang dan dalam2 serta tenangkan dulu jiwa dan lapangkanlah minda seluas2nya sehingga kita sudah benar2 siap untuk menerokai susur galur keturunan bangsa Melayu sebagaimana yang disebutkan dalam artikel di atas.

Secara peribadinya, walaupun sebelum ini saya pernah terbaca beberapa artikel dan maklumat berkenaan hakikat sejarah salasilah wujudnya bangsa bernama Melayu di muka bumi ini yang saya anggap lebih kurang sama isipatinya dengan kandungan artikel di atas, namun saya masih merasakan perbincangan mengenai topik2 begini tidak cukup diadakan secara sambil lalu sahaja semata2 untuk menyampaikan ilmu kepada kumpulan yang disasarkan.

Saya menganggap maklumat seperti ini sangat berguna lebih2 lagi kepada pewaris generasi hari ini supaya mereka sentiasa mengingati peri pentingnya sejarah kemunculan bangsa mereka serta sejauh mana kemajuan2 yang telah dicapai oleh bangsa Melayu sehingga ke hari ini.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengusulkan kepada pihak2 yang berkenaan terutamanya pihak berwajib untuk mengadakan suatu ‘syllabus’ (sukatan pelajaran) khusus di peringkat persekolahan berhubung dengan perkara ini supaya generasi muda terutamanya dapat mengenali dengan lebih lanjut mengenai fakta2 sejarah yang melingkari kewujudan bangsa Melayu di seluruh pelusuk alam ini serta sumbangan2 mereka dalam setiap aspek kehidupan dari dulu hingga kini.

Saya kira langkah yang proaktif seperti ini perlu dilakukan agar bangsa Melayu hari ini menjadi bangsa yang celik sejarah asal usul mereka dan betapa besarnya kemajuan yang telah dicapai oleh bangsa Melayu bukan sahaja di negara kelahiran mereka bahkan juga di negara2 tempat mereka bermastautin.

Sebenarnya pendedahan sedemikian sangat perlu agar bangsa Melayu tidak lagi terlalu terikat dengan fahaman sempit mereka yang mendakwa bahawa mereka hanya akan berjaya sekiranya hak2 mereka sebagai bangsa Melayu tetap terpelihara seketat2nya dan tidak boleh diusik sedikitpun oleh sesiapapun jua.

Sampai bila bangsa Melayu ingin menutup mata dan minda mereka sedangkan dunia semakin pesat berubah.? Jika anak2 Melayu di perantauan boleh berjaya dalam segala bidang yang diceburi dan sudah terbukti bahawa bukan sedikit yang telah cemerlang dalam hidup mereka meskipun tidak berada di tanahair mereka sendiri. Mereka berjaya hasil dari usaha gigih dan keyakinan diri untuk maju dan terus maju. Walaupun mereka tidak dijanjikan dengan sebarang bentuk keistimewaan dan terpaksa bersaing dengan bangsa2 lain di dunia ini namun mereka terus berjaya malahan turut dikagumi oleh bangsa2 lain.

Maka, saya kira bangsa Melayu di negara ini juga perlu membuang rasa takut atau rasa rendah diri untuk bersaing dengan bangsa2 lain yang ada di sini. Bukankah sudah sampai masanya untuk kita membuktikan bahawa bangsa Melayu yang sedikit masa dulu memang terkenal dengan sejarah kegemilangan dan kepahlawanannya dulu juga boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan2nya dari bangsa2 lain.? Bukankah ada pepatah yang mengatakan “jika tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.? Jadi, jika tidak ‘dipandu uji’ manakan tahu jika bangsa Melayu memang punya daya saing yang tinggi sehingga mampu membawa masa depan negara ke era yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Pendek kata, marilah kita bersama2 meneroka alam persefahaman yang baru untuk kemaslahatan semua kaum di bumi Malaysia tercinta ini umpama kata bidalan orang tua2 “hendak seribu daya tak hendak seribu dalih” dan “di mana ada kemahuan di situ ada jalannya”.

Jujurnya saya amat bersependapat dengan MUSAFIR KELANA berkenaan isu ini. SENSITIVITI bangsa MELAYU hendaklah bertempat. Malah tujuan perkongsian ini tidak langsung bermaksud mempertikaikan  HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU di negara kita. Cuma berupa WADAH untuk sama-sama berkongsi pengetahuan dan pemahaman individu berkenaan BANGSA MELAYU.


10 Responses to “MELAYU OH MELAYU 2”


  1. 1 Musafir Kelana
    9 September,2008 at 11:36 pm

    Salam.

    Raktamrittika,

    Cantiklah ‘bendera’ tu berkibar, meliuk lintuk macam ditiup angin sepoi2 bahasa jer…

  2. 2 raktamrittika
    9 September,2008 at 11:43 pm

    Salam.

    MK!

    Hahaha.. kau nak komen pasai bendera ka pasai “komentar” ko yang aku POST kan tanpa kebenaran ni?
    Maaf la ye.. aku rasa idea ko ni elok dikongsi ngan orang lain sama. Jangan marah aaaa…

    Wassalam….. 🙂

  3. 3 Musafir Kelana
    9 September,2008 at 11:59 pm

    Salam.

    Raktamrittika,

    Awat pulak aku nak marah, lagi berbesar hati ada lah. Apa2 pun terimakasih atas kesudianmu untuk berkongsi isihati yang sama di dalam satu isu yang aku kira sungguh mustahak diketahui ramai terutamanya oleh anak2 Melayu di negara ini.

    Tengah2 aku menaip ni tup2 terpandang pulak ‘si katak’ yang comel lote yang kau letak di belah kanan blog ni, fuyoh! dia punya jelir manyak panjang noo!!!

    Last sekali, aku nak tanya pendapat hang sikit pasal krisis antara Umno dan Gerakan yang orang dok kecoh2 dua tiga hari ni, agak2 hang lah apa sebenarnya motif depa buat lagu tu?

    Terimakasih ‘in advance’ kalau hang sudi layan soalan aku ni.

    Wassalam.

  4. 4 raktamrittika
    10 September,2008 at 12:22 am

    Salam.

    MUSAFIR KELANA.

    “Last sekali, aku nak tanya pendapat hang sikit pasal krisis antara Umno dan Gerakan yang orang dok kecoh2 dua tiga hari ni, agak2 hang lah apa sebenarnya motif depa buat lagu tu?”

    Hang ni memang laa… cara hang tanya pun aku tahu hang dah tahu.

    “…..motif depa buat lagu tu?”

    Aku agaklah, yang ko pun tahu.. RACISM adalah satu2nya senjata UMNO yang selama ini paling berkesan untuk mengembelingkan UMAT MELAYU ini berkiblatkan satu matlamat:..SURVIVAL!!

    Depa sengaja melakonkan SANDIWARA politik perkauman ini sebagai serampang dua mata. Yang pertama, mereka cuba lagi sekali menonjolkan diri sebagai JAGUH bangsa MELAYU. Tapi tak leh la kasi nampak ada RESTU dari kepimpinan tertinggi negara.. HURU-HARA pulak nanti. Yang mana pada akhirnya akan kelihatanlah pada rakyat marhaen ini.. betapa hebatnya “coalation” antara BARISAN NASIONAL yang dapat mengelakkan perpecahan kaum dan menyatupadukan rakyat “multiracial”… Kot2 la cara ni dapat meraih kembali sokongan rakyat terhadap BN.

    Kedua, sebagai “DIVERT” issue terhadap ‘kegabraan’ mereka menjelang 16 SEPT. Isu RACIST ini bagi melayu jauh lebih PENTING dan SENSITIF. Tidak dapat tidak.. fokus rakyat terarah kepada isu BERBAHAYA ini. Itu kan juga KEPAKARAN UMNO!!..Setiap kali ada isu yang tidak memihak kepada mereka maka dengan sepantas kilatlah juga akan timbul isu-isu lain yang mereka BUAT, RENCANA, REKAYASA dsb untuk terus MEMPER”BUDAK”KAN rakyat dan MEMELAYUKAN melayu.

    Apapun berkenaan 16 Sept. aku sendiri tidak yakin DSAI akan berjaya membentuk kerajaan. Kerana mengikut penelitian aku, bukan itu matlamat utama Anwar. Politikal strateginya lebih besar dari sekadar menakluk PUTRAJAYA dengan simple majority..dia terlalu hebat untuk itu. He has another GREAT plan.. dan aku khuatir ianya amat2 BAHAYA.

    Lain kali jangan ler uji aku lagi..hehe. 🙂

    WASSALAM

  5. 5 Musafir Kelana
    10 September,2008 at 12:59 am

    Salam.

    Raktamrittika,

    Ko cakap: “He has another GREAT plan.. dan aku khuatir ianya amat2 BAHAYA.”

    Fuuyooh!!! hebat betul statement ko tu, macam Intelligent Officer lah pulak. Aku pun sebenarnya ada rasa ragu2 juga pasai 16 Sept. tu sebab takkanlah DSAI nak buat sesuatu yang begitu besar agendanya (pertukaran kerajaan) dengan perancangan sambil lewa atau terkocoh2 seperti yang dapat kita perhatikan.

    Lagipun takkanlah Pak Anwar merasa confident nak tubuhkan kerajaan dengan bermajoritikan MP2 yang bukan Islam semata2 untuk berada di kerusi PM. Aku pun setuju dengan hang “he’s too great for that” dan aku percaya dia takkan sesekali menodai kepercayaan bangsa Melayu dengan menjadikan kuasa politik Melayu berkurang di parlimen kerana akibatnya mungkin akan jadi lebih buruk.

    Bingo!!! What a smart idea!

    Anyway, terimakasih sahabatku kerana sudi melayan soalan2ku, bukan apa aku suka mendengar pandangan2 demo dalam isu2 semasa ni. Apa2 pun sorry ye kalau udah banyak menyusahkan hang….

    Wassalam.

  6. 6 raktamrittika
    10 September,2008 at 1:20 am

    Salam. (lagi sekali)

    MUSAFIR KELANA:

    Takde la pulak aku rasa ko ni menyusahkan..sikit pun tidak. Seronok sebenarnya berkongsi idea ni. Dan lebih seronok bila ada PERCANGGAHAN pendapat. DEBATE has alwiz been my subconcious way of thinking. Cuma aku takut orang salah anggap statement2 dan pendapat aku ni MENGHASUT! Sebab tu aku tak suka sangat publish POST yang kontroversi..cth: RACISM dan RELIGOUS SENSITIVITY.

    Kalau setakat berdiskusi macam sekarang..anytime..

    Aku pun always respect your point of view.. and i really think you are a good friend, in here and perhaps in person one day!

    TQ…gracias… ahlan wasahlan

    WASSALAM.

  7. 7 Musafir Kelana
    10 September,2008 at 1:38 am

    Salam.

    Raktamrittika,

    InsyaAllah, jika dipanjangkan usia dan ada kesempatan pasti kita boleh kamceng punya…

    Wassalam.

  8. 8 S.A.M
    10 September,2008 at 8:29 am

    Wujudnya Asal-Usul KeRumpunan Melayu,

    Org2 Melayu sudah bertapak di Sumatra – Indonesia sejak dari dahulu lagi sebelum lahirnya junjungan kita Rasullah dibumi ini. Dari mana dtgnya atau wujudnya Melayu, ‘adakah melalui laut, darat atau tersendirinya diTanah Sumatra itu. Kalau dari laut apa buktinya menunjukkan bahawa org Melayu itu dtg dari melalui laut ke situ. Dan kalau dari darat adakah melalui Malaysia ke kepulauan sekelilingnya walhal org Melayu merantau dari tanah besar Sumatra kepelusuk dunia yg pernah saya coretkan sebelum ini diruang yg lain “melayu oh melayu”.

    Begini ceritanya yg saya tahu sama ada benar atau dongeng terserah kpd individu masing2, Ya!.

    Dari segi Islam yg tiada catatan dlm Quran sebaliknya yg tersembunyi dari lapisan ayat2. Ceritanya begini waktu Adam dan Hawa mereka sebenarnya mempunyai seorang anak lelaki saja (lupa namanya) bukanlah cerita yg kita ketahui dlm Quran mengatakan tentang Qabil/Iklima dan Habil/Damina adalah anak2 yg pertama kpd Adam dan Hawa.

    Kembali kpd cerita anak lelaki yg tunggal ini. Pada satu ketika Adam telah memanggil anaknya yg tunggal ini pulang kerumah. Alangkah terperanjatnya Adam ketika itu dilihatnya ada dua anak lelaki kembar yg dtg bertemu dgnnya. Kedua2nya mengaku adalah anak kandung Adam Dan Hawa. Maka2 Adam tahu bahawa salah satu anak itu adalah anak ‘CLONE” dari hasil buatan dari Iblis. Jadi Adam mahu tahu yg mana satu Tulen atau ‘Clone’ maka2 diujinya Adam dgn berkata kpd kedua kembar itu, ‘ Baiklah utk membuktikan keBENARan salah satu dari kamu adalah anakku. Aku mahu kau berdua naik keTujuh lapis langit dan beritahu kpd ku apa yg kau lihat’. Dgn segera keduanya terus naik ke 7 lapis langit dan kedua dapat melihatnya………?(Teka apa dia?). Apabila kedua2nya kembali menghadap Adam. Maka Adam pun tanya. “Apa yg kau lihat/nampak?” Yg pertama mengatakan dia nampak…….? dan yg kedua ‘Clone’ mengatakan dia tidak nampak apa2 pun walhal dia pun tahu hanya tidak berani menyebutkannya?. Maka itu ditendangnya ‘Clone’ itu nun jauh sahingga jatuh diTanah Sumatra. Sejak itu Sumatra dipenuhi membiak anak2 ‘Clone’ ini dan ilmu2 hitam, Dewa-Dewi, Kayangan, Petrot,Barungan, Kuda Kepang, Andoman dll hasil dari wujudnya ‘Clone’ ciptaan Iblis. Jadi org2 Melayu terutama sekali org2 Jawa yg amalkan budaya tersebut sudah wujud sekian lama dahulu lagi. Maaf ya saya tidak bermaksud Jawa itu keturunan ‘Clone’ atau apa pun hanya kemungkinan saja. Seterusnya, apabila lahirnya Rasullah pd ketika itulah segala Dewa-dewi dan Kayang2an yg berterbangan jatuh tersembah bumi. Pendekkan ceritanya bagaimana wujudnya nama Pulau Andoman diLautan Hindi (Bay of Bengal). Lain kali bolehlah ceritakkan, ok!

    Pls note:

    1. Bagaimana Iblis cipta siClone ini?.
    2. Apa yg sebenarnya mereka nampak ketika di7 lapisan langit?
    3. Apa seterusnya cerita Petrot, Andoman?.
    4. Kenapa ‘Clone’ tidak mahu mengatakannya apa dia nampak?
    5. Adakah Melayu itu memang sudah wujud seperti yg diceritakan tersebut atau pendatang dari suku kaum lain?.
    6. Adakah org2 Batak dan Melayu sama atau tidak?.
    7. Adakah agama Hindu yg dianuti nenek-moyang kita sama dgn agama Batak diPulau Bali?
    8. Buktinya cerita ini ada kaitan dgn Pulau Bali adat istiadat mereka.
    9. Sejarah Indonesia banyak seperti Tankunbang Perahu dan lain yg tidak berapa saya ingat ada kaitan sebelum dtgnya Islam diSumatra.
    10. Ada kena mengena dgn cerita Wali 9 Songo tetapi tidak sama seperti yg kita ketahui, sebenarnya lain cerita tentang Wali 9 Songo dizaman Petrot, Andoman.
    11. Dan banyak lagi….. lupalah?

    Petikkan dari Musafir Kelana,

    ….hakikat sejarah salasilah wujudnya bangsa bernama Melayu di muka bumi ini. Harap maklum ya! Setakat ini saja saya dpt ceritakan bergantung pd topik kalian. Kalau kena dgn ilmu pengetahuan saya. Saya akan cuba keluarkan topik2 yg mungkin anda belum pernah dengar….. Adios Muchachos!

  9. 9 raktamrittika
    11 September,2008 at 1:40 am

    Salam

    S.A.M..

    Menarik dan penuh persoalan komen anda kali ni. KONTROVERSI memang dah jadi trademark bagi anda kerana banyaknya input yang tak ketahuan aslah dan kebenarannya. Tak mengapa bagi aku.. sebab Liberalisasi ILMU memang wujud dan perlu.. cuma jangan di liberalisasikan AGAMA sudah. Ilmu itu pelbagai; pembacaan, lisan dan pengamatan jadi terserahlah.

    Mengenai persoalan2 anda ni, aku tak berani jawab dengan logik dan spontan. Perlu aku selidiki dan meyakininya terlebih dahulu. Apapun terima kasih sebab terus2 an membuatkan aku BERFIKIR!

    Wassalam.

  10. 10 S.A.M
    11 September,2008 at 6:02 am

    raktamrittika,

    sambungan

    12. Sebelum bangsa Melayu menganut agama Islam orang Melayu adalah pengikut agama Hindu. Apakah agamanya orang Melayu sebelum anuti agama Hindu?.
    13.Mengapa hanya diSumatra saja ada SILAT/Martial Art dgn ilmu kebathinan sebelum agama Islam lagi. (Percayakah anda bahawasanya Hang Tuah itu adalah Bugis?).
    14. Asal-usul dunia perSILATan Cina adalah dari bangsa Melayu.

    Kalau ingat lagi saya akan tambah lagi, semoga pd satu masa nanti saya akan susunkan semula ceritanya… Perlukan masa utk mengingati semula.


Leave a reply to Musafir Kelana Cancel reply


HARI INI

  • 50,102 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project