26
Sep
08

ACI KE MAIN TUNDA-TUNDA?

Mesyuarat istimewa MT Umno pagi ini dijangka ‘menghurai’ Pelan 2010

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Umno mengadakan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) pagi ini – yang ketiga bulan ini – di ibu negara, dipercayai akan memfokus terhadap pelaksanaan pelan peralihan kuasa Jun 2010, yang dipersetujui lebih dua bulan lalu.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak petang semalam mengesahkan mesyuarat khas tersebut sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang “istimewa.”

“Saya percaya esok adalah mesyuarat yang istimewa. Sebarang soalan politik boleh diajukan esok,” ujar beliau di Putrajaya.

Beliau enggan mengulas lanjut tentang agenda mesyuarat tersebut dan apa yang dimaksudkan istimewa.

Pada 17 September lalu, pada sidang akhbar mengumumkan pertukaran portfolio masing-masing, Abdullah dan Najib telah mengulangi komitmen mereka untuk merealisasikan pelan peralihan Jun 2010.

mStar Online difahamkan pertemuan hari ini adalah susulan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno kelmarin dan pertemuan empat mata di antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib di Putrajaya.

Najib juga enggan menyatakan sama ada beliau telah mengadakan pertemuan khas dengan Abdullah kelmarin.

Sebaliknya beliau hanya mengatakan bahawa kedua-dua mereka sentiasa mengadakan pertemuan.

Justeru, sumber memberitahu, mesyuarat khas kali ini dipercayai akan memfokus semula ke atas pelan peralihan kuasa Jun 2010 yang diputuskan Julai lalu.

Antara lain mesyuarat itu juga akan memperincikan pelan peralihan berkenaan, termasuk kemungkinan memutuskan pelan semakan iaitu mempercepatkan pelaksanaanya -setahun lebih awal.

Mesyuarat MT telah pun mengadakan dua pertemuan sebelum ini – minggu lalu dan minggu sebelumnya.

MT pada 18 September lalu juga membincangkan isu berkenaan, dengan beberapa anggota majlis telah meminta agar pelan peralihan itu dikaji semula.

Terdapat juga spekulasi bahawa pemilihan parti akan ditunda sehingga Jun depan bagi melancarkan proses peralihan kuasa dan meminimumkan politik dalaman.

Pagi semalam, beberaja jam sebelum Najib ditemui wartawan, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak pasti sama ada Perhimpunan Agung Disember ini akan ditunda ke tahun depan.

“Saya tidak begitu tahu tentang cadangan (tunda) itu, tetapi yang jelasnya, ini satu perkara penting. Jadi saya tak dapat nak komen pada masa ini,” katanya.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika dihubungi mStar Online mengesahkan mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun beliau tidak pasti agenda pertemuan tersebut.

“Saya pun hanya dimaklumkan pagi ini (semalam),” kata beliau ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja Umno, Brig Jen (B) Datuk Husainy Hasyim juga mengesahkan mesyuarat tersebut yang akan bermula pukul 10 pagi. Seorang lagi anggota MT, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz juga mengesahkan mesyuarat berkenaan.

Kelmarin, Najib mengumumkan beliau telah membatalkan lawatan kerja selama tujuh hari ke Amerika Syarikat, yang sepatutnya bermula semalam.

PAK DOL SEJAK KEBELAKANGAN NI SUDAH TIDAK TIDUR LAGI!. SUDAH INSAF KE DIA? SUDAH BUANG TABIAT SUKA “LELAP”! TAK BOLEH LAGILAH KITA KUTUK DIA “PM TIDUR”!! BAGUS LA PAK DOL, SEKURANG2NYA NAMPAK KETARA PERUBAHAN HANG SELEPAS DI”BASUH” OLEH RAKYAT. CUMA NAK TAHU JUGA SEBAB DIA TAK TIDUR. TAK MAHU TIDUR KA TAK LENA TIDUR? MAKLUM LA KERUSI EMPUK DIA LA NI ASYIK KENA “GONCANG” BERTERUSAN BAIK DARI LUAR DAN DALAM PULAK LAGI. MANA BOLEH LENA LAGU TU! MAKA ‘PENDEKAR TUA’ NI PUN MARAH LAH AKAN DIA PADA “PENGONCANG2” (BACA: PENDERHAKA) YANG MANA DUK ADA. BERSUMPAHLAH DIA AKAN TERUS MEMPERTAHANKAN KERUSINYA.

PENDEKAR TUA NI BERPENCAK SILAT SEMULA, SEMENTARA MENANTI MAJLIS  “MANDI BUNGA” (BACA :PEMILIHAN AGONG) BERMULA DI “GELANGGANG SILAT PULUT” KELOLAANNYA. HABIS ‘BUAH’ DAH DI PERSEMBAHKANNYA, MALAH SILAMBAM PUN ADA DISELITKAN JUGA. ADA YANG BERTEPUK, AMBIK HATI ORANG TUA NI, TAKUT MERAGAM. ADA RAMAI JUGA YANG MENCEBIK, NENGOKKAN BETAPA “SUMBANG” PENCAK PENDEKAR TUA. TAPI MEREKA TAK BERANI LA “SOUND” DIRECT!! KARANG DI BUANG PULA DARI “PERGURUAN”. BILA DAH PENAT, ORANG TUA NI TAHU DIA TAK LAGI DIPERLUKAN DAN ADA URA2 DIA KAN DIGANTIKAN. TAPI DIA TAK MAU MENGAKU, PANTANG DICABAR.

JADI DIA AMBIK KEPUTUSAN, TARIKH “MANDI BUNGA” HARUS LA DITUNDA, SEBAB MAJLIS TU SEBENARNYA PUN UNTUK MENGISYTIHARKAN ANAK MENANTU DIA SEBAGAI “PENDEKAR MUDA”. RAMAI YANG TERCALON TAPI JANGAN HARAP LA DIA NAK PASS KAT ORANG LAIN.. “GELANGGANG” TU DIRASAKAN DIA YANG PUNYA. UNTUK TERUS MENGEKALKAN KUASA DAN MENJAMIN “SON IN LAW” KESAYANGANNYA MENDAPAT GELARAN YANG DICITA, MAKA TUNDA PUN TUNDALAH, APA ORANG NAK KATA PUN, KATALAH! PENGECUT KA, HAPRAK KA, BACUL KA, TADAK TELOQ KA… PENDEKAR TUA PEDULI APA? -AKU:apa aku duk mengarut ni?-


4 Responses to “ACI KE MAIN TUNDA-TUNDA?”


  1. 1 sesumpah@pokka.com
    26 September,2008 at 11:07 pm

    apa plak tak aci…
    asalkan di’wahyu’kan olen IMAM BESAR HADHARI semuanya boleh..

    paklah sepatutnya tunda parti umno ni ketengah laut dgn kapal tunda,
    dh tu bagi kat TLDM sebagai sasaran bagi ujian peluru berpandu OTOMON..
    lepas tu tinggal kat situ buat terumbu tiruan.

    nanti dlm mata pelajaran sejarah,
    boleh la tambah satu lagi jasa umno buat negara Malaysia..

  2. 2 Raktamrittika
    27 September,2008 at 12:38 am

    Wakakakakakah!!!

    Kalau cam gitu aku pun kira ACI ajelah!! Kahhakakakakakah!!!..

  3. 3 Isa
    27 September,2008 at 4:02 pm

    Salam Raktamrittika dan Selamat Berpuasa…

    Dalam isu ini, bagi saya nampak sangat perbezaan cara/sifat kerja diantara orang Melayu dan bangsa lain. Si Botak ni hanya pandai nak membodek dan menindas serta menunjuk2 kuasa yang ada, di mana bagi saya sifat bodoh dan tidak ikhlas dalam menjalankan amanat pada masyarakat.

    Apa yang dilakukan oleh Murugiah sepatutnya mendapat tabik hormat, ketana kita memerlukan orang yang berkhidmat untuk masyarakat tidak kira dari apa parti sekalipun.

    Dan Salam Aidilfitri juga kepada saudara/saudari (maaf tak tau jantina anda).

    Wasalam
    ISA (ikutsukaakuisa.blogspot.com)

  4. 4 Isa
    27 September,2008 at 4:10 pm

    Maaf, komen tadi untuk posting mengata dulang paku serpih, saya dah salah channel la….

    Sorry yeak….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: