25
Sep
08

OPS SIKAP!!

Ops Sikap Perlihat Kesan Positif Turunkan Kes Kemalangan Maut

SHAH ALAM, 23 Sept (Bernama) — Ops Sikap yang dilaksanakan sempena musim perayaan memperlihatkan kesan positif dengan mencatatkan penurunan jumlah kes kemalangan maut, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata jumlah kes kemalangan maut sepanjang Ops Sikap ke-13 pada 2007 turun kepada 203 kes berbanding 213 kes pada Ops Sikap ke-11 yang dijalankan tahun sebelumnya.

“Justeru, menjadi harapan saya agar melalui Ops Sikap ke-17 ini, kehilangan nyawa akibat kemalangan maut akan dapat dikurangkan, walaupun adalah sesuatu yang mu

stahil untuk kita mencapai kemalangan sifar,” katanya pada majlis pelancaran Ops Sikap ke-17 di sini, Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PRDM) Datuk Abdul Rahman Hussin.

Ops Sikap ke-17 selama 15 hari bertemakan “Pandu Berhemat Semua Selamat” akan bermula esok sehingga 8 Okt ini dengan matlamat memastikan aliran lalu lintas yang lancar dan selamat, penguatkuasaan undang-undang lalu lintas yang sempurna dengan harapan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya ke tahap paling minimum.

Ismail berkata polis akan meneruskan pemantauan bas secara samaran, rondaan menyeluruh ke atas kawasan yang cenderung kemalangan, pemantauan melalui kamera litar tertutup dan 19 menara peninjau di jalan persekutuan serta lebuh raya.

Selain itu, Telekom Malaysia Bhd juga menyediakan talian bebas tol 1-800-88-2677 untuk kemudahan pengguna melaporkan kesesakan atau kemalangan di jalan raya, mendapatkan maklumat lalu lintas dan memohon bantuan.

Ketua Pegawai Operasi TM Retail Datuk Adnan Rofiee berkata kerjasama antara syarikat itu dengan PDRM adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporatnya.

Beliau berkata kemalangan jalan raya bukan sahaja telah meragut nyawa pengguna jalan raya bahkan 20 kakitangan TM terkorban dalam kemalangan jalan raya dari tahun 2005 hingga 2007.

Pada Ops Sikap kali ini, TM menyumbang RM250,000 untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keselamatan jalan raya termasuk melalui pengedaran 7,000 poster, 8,000 pelekat kereta, 30,000 pelekat motosikal dan 10,000 buku maklumat trafik PDRM.– BERNAMA

SEMPENA MENYAMBUT KETIBAAN SYAWAL INI, AKU INGIN TERLEBIH DAHULU  DENGAN IKHLAS MENGUCAPKAN BERHATI-HATI DI JALANRAYA. SAMADA YANG NAK PULANG KE KAMPUNG HALAMAN BINI SELEPAS KALAH “UNDI” MAJORITI DALAM “PILIHAN balik-kampung-siapa RAYA” KELUARGA ATAU YANG TERPAKSA BALIK WALAU DUIT TAK ADA SEBAB MAK KAT KAMPUNG DAH 28 KALI TELEPON SURUH BALIK JUGAK;  INGAT2  LAH YANG DIPANDU ITU BUKAN JET. SEBESAR MANA KAPASITI ENJIN ATAU SEMAHAL MANA HARGA KENDERAAN KORANG PUN, YANG PASTINYA IA BUKAN “KERETA KEBAL”. “ALAHAI..NYAWA BUKAN DIHUJUNG JARI..  ATAU DI KAKI YANG MENEKAN PEDAL MINYAK!”, KATA SAHABAT AKU YANG MEMANG “GILER” PANDU LAJU SEMUA KENDERAAN BERODA EMPAT!! BETUL.. AJAL MAUT DITANGAN TUHAN, TETAPI SETIAP YANG BERLAKU MESTI ADA PENYEBAB.. JADI DARIPADA MATI TERKANGKANG KAT ATAS TAR ATAU DALAM ENJIN LORI, BAIK MATI PERJUANGKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. OKAY LA KENGKAWAN.. AKU CUMA MENASIHATKAN SAJA, TAPI SAPER LA AKU. SO KALAU RASA NAK BAWAK LAJU2 JUGA.. JANGAN LUPA PESAN KAT ANAK BINI… MENGUCAP AWAL2! TAKUT MATI KATAK!!


9 Responses to “OPS SIKAP!!”


  1. 1 S.A.M
    25 September,2008 at 4:48 am

    Ikutkan RASA,…. BINASA jadinya.

    Ikutkan HATI,…. MATI dibuatnya.

    Ikutkan NAFSU,…. LESU dijadinya.

    Ikutkan PERASAAN F1,…. MAUT dibuatnya.

    Aku dulu saorang pelumba motosikal, sampai jatuh terheret sahingga motorsikal aku hampir terbelah dua. Body, Rim dan Engine pecah dan retak seribu.

    Sekarang bila memandu bukan ingatkan Allah aku ingatkan keselamatan anak2 dan Istriku. Biasanya kerana driver lah keluarga boleh menimpa mala petaka yg tidak diingini.

    Biar ramai peronda Polis dijalanraya dgn kehadiran mereka dpt mengelakkan pemandu2 F1 Mat Jenin merbahayakan keselamatan pemandu lain dan diri mereka.

  2. 2 Deria6
    25 September,2008 at 5:27 am

    Ikut lori… makan asap!!

    Tuan Raktam!

    Lu manyak sinis punya olang ha? kah! kah! kui!

    Wa pun cuti juga hali laya… wa balik China.

    Naik plane… olang lain bawak maaa!!

  3. 3 Sesungut
    25 September,2008 at 5:31 am

    Tuan blogger:

    Ini first time aku lawat blog tuan.. dan aku SUKA sangat sangat.

    Teruskan la wokeh!

    Aku perabih 12k upgrade keta pun tak kebal jugak lagi keta tu. Masa jalan sorang2 aku pecut la, masa bawak anak + bini, perlahan2 saja.. macam tuan kata, TAKUT MATI KATAK!

    TQ

  4. 4 TrangBulan
    25 September,2008 at 5:39 am

    Salam BOSS

    Wa boss ada blog rupanya, nanti aku cerita kat kawan2.
    Ini pun dapat tahu dari Kickdefella je.
    Bila mau jumpa lagi dengan member member STAROBA?
    Aku dah lama tak dapat invitation.
    Maklumlah, aku orang kecil.. engkau orang BESAR!!..
    Diorang jemput geng2 old boys yang ESTABLISHED saja.
    Kalau nak pergi Hari Raya gathering tu sound aku sama ok?
    Baru lepas sahur, ngantuk la pula.
    Kirim salam kat dewi kayangan and anak2 kau tu bos.

    REFORMASI!! :8

  5. 5 sesumpah@pokka.com
    25 September,2008 at 7:54 am

    “…kawan2 cakap dia memang laju”kata si ayah…
    kpd mat2 rempit,
    tungganglah dgn cermat(bukan tunggang air setan tu},
    ingatlah org tersayang..
    semoga dapat helmet baru..

  6. 6 Raktamrittika
    25 September,2008 at 8:11 am

    Salam.

    Semua yang diatas!

    Malang itu tak BERBAU..
    Malaun itu memang BERBAU..

    Banyak sangat tengok kemalangan bila tiba musim perayaan macam gini.
    TAKUT dan BADI teringatkan Auntie bini aku yang meninggal pada malam RAYA haji 2004.
    Korang ingat tak yang bas terbalik kat highway Lipis- Gua Musang, 2 orang mati tersepit tu?

    ::::
    TrangBulan.
    Aku pun tak dapat jemputan gak lagi.
    Nanti ada aku call ko.
    No phone lama lagi kan?

    Ciao!

  7. 7 sesumpah@pokka.com
    25 September,2008 at 8:29 pm

    bro raktam….

    tolong dapatkan info n penjelasan atas pertuduhan rasuah seks yg dipertuduhkan terhadap YB-PKR tu….

  8. 28 September,2008 at 11:27 am

    S.A.M kerana anak n isteri sanggup kamu melupakan allah??????????
    sedarkah kamu berkata begini

  9. 9 S.A.M
    29 September,2008 at 1:40 am

    semangatmelaka,

    Aku sedar apa yg aku katakan. Biar aku lupakan Allah, asalkan jgn Allah lupakan aku…


Leave a reply to sesumpah@pokka.com Cancel reply


HARI INI

  • 50,089 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

Top Posts

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project