25
Sep
08

NGO @ NGOK!!

POSTER:MOB1900

KUALA LUMPUR: Barisan Bertindak Gombak yang diwakili beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan sebuah parti politik dari daerah itu hari ini membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengganggugugat kestabilan negara.

Laporan dibuat oleh Ketua Setiausahanya, Mohd Mustafa Latiff di Balai Polis Batu 6, Gombak pada pukul 10.35 pagi ini.

Barisan itu antara lain diwakili Umno Bahagian Gombak, Majlis Belia Daerah Gombak, Rukun Tetangga Gombak Setia dan Persatuan Silat Cekak Malaysia cawangan Gombal.

Mohd Mustafa yang ditemui pemberita selepas itu berkata, mereka membuat laporan polis untuk mendesak polis dan kerajaan agar menjalankan siasatan terhadap Anwar yang didakwa mereka telah mewujudkan pelbagai prasangka negatif rakyat terhadap kepimpinan kerajaan.

“Kami membuat laporan ini supaya polis dapat menjalankan siasatan yang sewajarnya ke atas beliau.

“Ini kerana kepimpinan Anwar bukan sahaja menganggu gugat kestabilan negara tetapi juga mengelirukan pemikiran rakyat dengan beberapa kenyataannya seperti isu Anggota Parlimen BN (Barisan Nasional) yang keluar parti… sedangkan perkara itu adalah tidak benar.

Beliau (Anwar) seharusnya disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat terutamanya berhubung isu mengambil alih kerajaan,” katanya kepada pemberita di pekarangan balai polis itu di sini hari ini.

Terdahulu terdapat juga dakwaan mengenai pelabur asing yang menarik balik pelaburan di negara ini berikutan dakwaan Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, kononnya akan mengambil alih kerajaan daripada BN.

Seramai 20 anggota Barisan Bertindak Gombak berkumpul di hadapan balai polis itu sejak pukul 10 pagi ini bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap tindaktanduk Anwar sebagai pemimpin.

Mereka turut membawa kain rentang yang tertulis “Anwar Ibrahim pengacau Negara, Rakyat dan Pembohong Besar” serta “Tangkap Anwar Ibrahim”.

Sementara itu, di SEREMBAN, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan dakwaan Anwar yang mempunyai senarai nama anggota Parlimen BN yang telah menyertai partinya sebagai muslihat semata-mata.

Beliau berkata, kalau benar sudah tentu Anwar sudah berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan.

“Kalau betul sudah ada perundingan di antara Anwar dengan Perdana Menteri, mengapa nak buat kenyataan pada media asing… sepatutnya, panggil sahaja wartawan tempatan ke Parlimen dan buat kenyataan serta dedahkan senarai nama itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco hari ini.

Mohamad yang melabelkan Anwar sebagai “tukang karut” disebabkan kegagalan ketua pembangkang itu untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September lepas seperti yang disasarkan, yakin jika senarai nama itu ditunjukkan kepada Yang di-Pertuan Agong, baginda akan menyiasat perkara itu untuk membolehkan pertukaran kerajaan. BERNAMA

KITA HARUS FAHAM KENAPA ALLAH TAALA MENCIPTA MAKHLUK2 DIATAS MUKABUMI YANG PELBAGAI SAIZ, RUPA, TINGKAHLAKU DAN KELEBIHAN. SALAH SATU DARIPADANYA ADALAH SEBAGAI “RUJUKAN”, UNTUK MEMBEZAKAN SIFAT2 MANUSIAWI DAN KEBINATANGAN (BUKAN KINABATANGAN). JUSTERU AKAL, YANG MERUPAKAN KELEBIHAN UTAMA UMAT MANUSIA BOLEH MEMANDU ARAH DALAM MENCAPAI VISI DAN MISI, MATLAMAT HIDUP, KEAGAMAAN DAN KEMASYRAKATAN. NAMUN JELAS ADA SEKELOMPOK MANUSIA YANG KURANG DARI SEGI AKAL FIKIRAN LANTAS SEKONYONG-KONYONG BERTINDAK DAN BERSIKAP SEPERTI HAIWAN. MEREKA TIDAK SEDAR, BAHAWA SATU NIKMAT ALLAH TELAH DITARIK DARIPADA MEREKA INI. PENJENAYAH, PEROMPAK, PEMBUNUH, PEROGOL DAN BADAN BERTINDAK GOMBAK (BBG) MISALNYA ADALAH TERDIRI DALAM GOLONGAN TIDAK BERNASIB BAIK TERSEBUT. MEREKA NYATA TIDAK SEDAR BAHAWASANYA PERLAKUAN MEREKA SEUMPAMA BERUK2 YANG KEHABISAN KUTU. TANPA ARAH TUJU MEREKA BERKELIARAN DI TEPI2 JALAN SAMBIL MEMINTA SATU AKTA ZALIM DITERUSKAN DAN SEORANG KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN DIKENAKAN TINDAKAN DIBAWAH AKTA BERKENAAN. WALHAL SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERFIKIRAN NORMAL DAN PUNYAI PEGANGAN AGAMA APA SEKALIPUN, MEMPERAKUI BAHAWA AKTA ZALIM ITU HARUS DIMANSUHKAN. MAKA DI KESEMPATAN INI, MARILAH KITA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN BERUK2 INI, MOGA MEREKA MENDAPAT SINAR HIDAYAH DARIPADA ALLAH SWT, DAN KEMBALI KEPADA FITRAH MANUSIAWI. KITA JUGA BERHARAP BBG YANG MERUPAKAN NON GOVERNMENT ORGANISATION (NGO) INI TIDAK TERUS DI PERALATKAN OLEH KERAJAAN DAN TERUS2AN SESAT DAN MENJADI ALAT KERAJAAN (K).. KERANA NGO+K = NGOK!!


7 Responses to “NGO @ NGOK!!”


  1. 1 mie
    25 September,2008 at 2:43 am

    BANGANG DAN BAHLOL TAHAP GABAN.

  2. 25 September,2008 at 2:50 am

    LEPAS NI KALAU KERAJAAN BARU BERJAYA DIBENTUK, AKAN ADA LAGI BANYAK DEMO MACAM NI…NI PETANDA AWAL KITA SEMAKIN HAMPIR KEPADA MALAYSIA BARU…TENGOK SEPANDUK PUN MACAM TAK IKHLAS JE TULISAN TU..BUDAK SEKOLAH RENDAH MANA YG TOLONG TULIS TU…?

  3. 3 S.A.M
    25 September,2008 at 4:35 am

    Gasaklah BN/Umno, MCA, MIC & PR/PKR, PAS, DAP apa nak buat, buatlah kau orang punya suka hatilah. Aku dah semakin menyampah lain tak ada pergi balik soal Lompat Beruk, ISA, Racist, RPK, Bloggers’s, Tukar Kerajaan, Sumpah sana-sini, Sokong sana-sini dan lain2.

    Bukan nak fikirkan negara dlm keadaan goyang dek kemerosotan Ekonomi dunia yg boleh menjejas Malaysia.

    Dunia sekarang ada lagi marah kpd negara CHINA yg tentang kandungan susu yg telah memberi penyakit dan maut kpd beberapa bayi. Kita asyik bertelagah antara satu sama lain rebut KUASA.

  4. 4 Musafir Kelana
    25 September,2008 at 6:21 am

    Salam.

    S.A.M,

    Fikir2 juga pasal ekonomi tu, tapi sehabis2 kita fikir pun kalau depa jer yang dok gasak duit rakyat masuk kocek depa, apa faedahnya fikiran kita tu? Bukan kita boleh ubah polisi depa yang korup dan kurap tu… Depa tu dah terlalu lama membudayakan rasuah dalam pentadbiran depa pasal tu lah ekonomi Malaysia susah sangat nak bangkit lebih2 lagi di zaman kemelesetan ekonomi global sekarang ni.

    Amalan rasuah mereka lebih memburukkan lagi keadaan ekonomi negara. Pulak tu depa boleh buat muka sardin jer bila kita tegur depa, macam tak ada apa2 berlaku. Maklumlah kuasakan di tangan depa, kita cuma rakyat biasa bercakap sampai berbuih air liur pun bukan depa heran pun. Paling2 pun depa buat2 berlakon macam faham depan kita, tapi lepas tu dok buat dasar2 yang sama jugak, pi mai pi mai depa jugak yang senang, rakyat kalau yang susah tu lagilah susah. Apa taknye semua barang naik harga macam roket sekarang ni…

    Aku bukan sokong Pembangkang saja nak suka2, tapi aku tak suka pemimpin yang gemar ambil kesempatan atas kesusahan rakyat. Macam yang aku kata dulu, depa tu kalau turun harga minyak pun, takdelah nak lebih dari 15 sen pasal bagi depa, muka kita2 ni cuma layak jadi muka seposen jer….

    Wassalam.

  5. 5 Caspean88
    25 September,2008 at 6:40 am

    Salam;
    Raktamrittika.. (apa nama ni?)

    NGO ke tu? Nampak muka pemuda umno je ramai. Tak ada pula sesiapa sound beruk2 tu duk melolong mcm tu di tepi2 jalan tu ye? Ntah puasa ntah tidak. NGO kan ke patut buat kerja2 yang lebih berfaedah? Ni dah gila ke sokong ISA ni? Kalau kau yang kena ISA, apa macam? Sanggup ke?
    Menjawab banner mereka tu yang kata kalau tak buat salah kenapa takut.. hah.. takut Syed Botak sumbat dalam ISA la! Tak dibicara.. mana tahu salh ke tak?.. bodohnya beruk2 tu kan?

    wasalam….

  6. 6 rockers
    25 September,2008 at 3:49 pm

    hah..itulah beruk-beruk umno sebenarnya. NGO yang tulin tak akan buat protes macam ni. NGO diatas adalah sebuah pertubuhan badan-badan kera-jaan.
    Beruk-beruk diatas semuanya ada lesen.Itu beruk peliharaan kera-jaan. Tak boleh ditangkap.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: