25
Sep
08

10 SEN PUN 10 SEN LAH!!

POSTER: CIPLAK

PUTRAJAYA: Harga petrol dan diesel mengalami penurunan sebanyak 10 sen berkuat kuasa tengah malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.45 seliter daripada RM2.55.

Harga RON92 juga diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM2.30 daripada RM2.40. Diesel juga turun 10 sen seliter kepada RM2.40 seliter daripada RM2.50.

Pagi tadi, mesyuarat Kabinet telah membincangkan perkara berkenaan.

Ini merupakan kali kedua harga runcit bahan api itu diturunkan selepas mengalami peningkatan besar Jun lalu.

Jun lalu, kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Pada 23 Ogos lalu harga petrol dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter daripada RM2.70.

Abdullah menyatakan perkara tersebut dalam kenyataan medianya yang dibacakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad di sini.

Abdullah berkata, pelarasan harga baru itu ditentukan dengan mengambil kira harga sebenar petrol di pasaran dari 1 hingga 22 September lalu.

Katanya, walaupun harga minyak dunia menunjukkan sedikit penurunan, namun nilai ringgit berbanding dolar Amerika juga menyusut menyebabkan pengurangan sebanyak 10 sen itu merupakan nilai pengurangan maksimum yang dapat diberikan kerajaan.

Abdullah berkata, keputusan pelarasan harga minyak itu diambil hari ini memandangkan mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pagi tadi merupakan yang terakhir untuk bulan September ini dan juga sebelum tibanya Aidilfitri yang dijangka Rabu depan.

“Kerajaan juga maklum bahawa orang ramai akan mula melakukan perjalanan pulang ke kampung halaman bagi menyambut lebaran bermula hujung minggu ini.

“Justeru adalah menjadi harapan kerajaan agar pelarasan harga ini akan dapat meringankan beban orang ramai, terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri ini,” kata Perdana Menteri.

Semalam, Perdana Menteri berkata, adalah menjadi harapannya harga petrol dan diesel dapat dikurangkan daripada harga semasa berikutan harga minyak mentah dunia yang kini berada pada paras kira-kira AS$100 setong.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, perkara tersebut perlu dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Sementara itu, Shahrir berkata, mengikut perkiraan purata harga minyak bagi tempoh itu, kerajaan sebenarnya hanya boleh menurunkan harga sebanyak 7 sen sahaja.

Bagaimanapun, katanya, bagi meringankan beban rakyat, kerajaan memberikan subsidi tambahan tiga sen bagi setiap liter bagi membolehkan rakyat menikmati penurunan harga sebanyak 10 sen bagi setiap liter mulai esok.

Sebagai tambahan kepada tiga sen itu, kerajaan memberikan subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol yang dijual di negara ini sejak Jun lepas, katanya.

Shahrir berkata, beliau juga tidak melihat sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan bekalan bahan api itu terjejas kerana penurunan itu tidak akan merugikan peniaga, sebaliknya cuma akan mengurangkan sedikit margin keuntungan mereka.

SEBAGAI MANUSIA YANG SENANTIASA BERSYUKUR ATAS SEGALA APA REZEKI KURNIAAN ALLAH TAALA, AKU TAK RALAT DENGAN PENURUNAN “CIPUT” OLEH KERAJAAN PAK DOL KE ATAS HARGA MINYAK YANG MEREKA NAIKKAN MACAM “ROKET” PADA JUN 2008 ITU. MALAH KADAR PENURUNAN YANG “KECIL MOLEK, COMEL LOTE” INI SUDAH AKU JANGKA TERLEBIH AWAL, BERIKUTAN SIKAP “CULAS” DAN GABRA SHARIR SAMAD BEBERAPA HARI KEBELAKANGAN INI. PASTINYA KERAJAAN “TELUR DIHUJUNG TANDUK” INI, AKAN LEBIH AGRESIF BILAMANA SESUATU KEPUTUSAN ‘POPULAR’ DAPAT DIUMUMKAN. KALAU NAK DIIKUTKAN MUNGKIN SAJA MEREKA LEBIH SELESA UNTUK BUAT DERK DAN TIDAK TURUNKAN LANGSUNG. PAK DOL HARAP ,PENURUNAN 10 SEN SELITER MINYAK INI AKAN DAPAT MENGURANGKAN BEBAN PEMBELANJAAN MUSIM RAYA @ DUIT ISI MINYAK BALIK BERAYA. AKU PULA BERHARAP,YANG ORANG TUA NI MASIH SIUMAN BILA BERKATA DEMIKIAN. PERKIRAAN BODOH AKU; ISIPENUH SEBUAH KERETA BERKAPASITI 2000CC KEBAWAH TENTUNYA KURANG DARIPADA 100 LITER (CUKUP LA UNTUK BALIK BERAYA). BERMAKNA PENJIMATAN KURANG DARI RM10 UNTUK SETANGKI PENUH.( KALAU KERETA AKU SETANGKI PENUH NI +- RM 180: 2500CC). OKAY DAH TU.. LEPAS LA DUIT RAYA KAT 2-5 ORANG BUDAK2 YANG DATANG MINTA “ANGPAU”. BANYAK NYA YE?.. MEMBANTU SUNGGUH PAK DOL! TERIMA KASIH LA YE KERAJAAN YANG DIPILIH OLEH RAKYAT KITA JUGA NI.. BUKAN RAKYAT AFGHANISTAN YANG MENGUNDI SAMPAI MEREKA MASIH BERKUASA DAN MENURUNKAN HARGA MINYAK HARI INI.. TAK GITU PAK DOL? .. 10 SEN PUN … 10 SEN LAH… NAK BUAT CAMNE, BN LAGI YANG JADI “RAJA”.


9 Responses to “10 SEN PUN 10 SEN LAH!!”


  1. 1 sesumpah@pokka.com
    25 September,2008 at 12:52 am

    kira byk la ni nooo…
    duluuu dgn sekupang ni blh beli nasi lemak dah..
    duit raya pun duluuu kalau dapat sekupang syok habis wooo…
    eiiiii….syoknya minyak turun sekupang..!!!
    tunggu la paklah,aku sumbat pam tu dlm mulut hang satgi..
    makan la minyak tu puas2…

  2. 2 S.A.M
    25 September,2008 at 4:22 am

    HOOOOOOORAY! 10sen dah cukup baik drpd tak turun langsung. Emak-Ayah, Atok-Nenek ana pulang Raya. Kita boleh makan angin ke Perlis, Trengganu, Melaka dan juga Singapura ziarah sanak saudara. SELAMAT KERETA RAYA…..Yeah!

  3. 3 Raktamrittika
    25 September,2008 at 6:14 am

    Tak turun karang korang kutuk abis2!

    Turun sikit pulak korang sindir abis2 jugak!

    Sebab yang perlu turun sekarang, bukan minyak…

    Tapi TAHI MINYAK kat PUTRAJAYA nun.

    Betul tak?

  4. 4 Musafir Kelana
    25 September,2008 at 6:50 am

    Salam.

    Raktamrittika, S.A.M & sesumpah@pokka.com,

    Aku dah kata dah, muka2 kita ni cuma layak jadi muka seposen jer…
    kalau hari tu mahai sikit ler pasai depa isytihar muka kita “muka 15 sen”, tapi semenjak depa kalah di Matang Pauh hari tu, maka muka kita kembali diturunkan pangkatnya jadi “muka seposen” seperti sekarang ni…

    Itulah maksudnya kuasa mutlak dalam kerajaan UMNO-BN, suka2 depa nak buat keputusan. Depa bukannya peduli dengan nasib rakyat sehari2, kalau harga barang terus juga meningkat selepas depa turunkan harga minyak 15 sen hari tu, la ni lebih2 lagilah gamaknya….

    Yang aku heran walaupun depa dah 2x announce penurunan harga minyak (walaupun ciput tapi turunlah jugak), tapi apasal harga barang2 di kedai tak reti nak turun2. Contohnya sebotol kicap manis yang aku beli, kalau dulu harganya RM2.60 tapi sekarang dah jadi RM3.50 (peningkatan sehingga RM0.90), tu belum termasuk barang2 keperluan yang lain.

    Apakah depa sudah tidak tahu bagaimana hendak mengawal situasi perniagaan dan perdagangan dalam negara ni?. Apakah depa sudah tidak ada kuasa untuk memastikan peniaga2 tidak menaikkan harga barang sesuka hati hingga ke tahap mencekik darah para pengguna?

    Kesimpulannya, inilah akibatnya apabila kerajaan mula mempraktikkan amalan menaikkan harga minyak, maka apabila harga barangan turut naik, memang sukar sekali hendak melihatnya turun semula. Dan bila ini berlaku, yang jadi mangsanya kita2 jugak…kan?

    Wassalam.

  5. 5 zam
    25 September,2008 at 8:26 am

    Tak puas hati lagi aku selagi BN masih memerintah, dulu kata nak kurang hari minyak bila global turun keparas USD100/barral, ari ni cakap boleh turun tapi ciput (10sen) alasan diberi ringgit malaysia jatuh berbanding Dolar US.
    Aku tak faham menteri rambut putih tu dan Pak Bodolah, masih harga minyak naik RM2.70 tempohari ringgit Malaysia ialah USD1=RM3.20 tapi ari ni USD1=RM3.42 harga minyak turn RM2.45 ajer. Bila naik mendadak tak ade pun alasan ringgit naik berbanding dolar US. Kaki belit punya menteri lidah bercabang, kalau lah dalam hutan aku jumpa antara ular ngan menteri BN, yg perlu aku bunuh dulu menteri pas tu ular.

  6. 6 BekokKeng
    25 September,2008 at 9:37 am

    Terimakasih Bedolah bagi duit raya… lepas ni nak gi isi minyak banyak-banyak. Itu saja caranya nak merasa duit raya.. nak harap harga barang turun.. sori. Mintak-mintaklah Bedolah turun cepat… tiap-tiap kali lepas sahur aku smayang hajat mintak Mamat Badigol ni jatuh suggung… Takde otak pun nak jadi Perdana Menteri…

  7. 25 September,2008 at 9:52 am

    mmg ciput. aku kira2, jimat dekat 15hingget sebulan. sama dengan bekalan tembakau 4 hari. hampeh.

    … tak dapat nak kurang, sebab fenomena cuaca semasa dan musim sejuk yg akan tiba. kebiasaannya harga minyak akan naik. jadi kalau kurang kan banyak sangat, nak naik balik sure kena balun. tambah lagi dgn persidangan umno haprak lagi … dia dah ambil kira….

  8. 8 rockers
    25 September,2008 at 3:36 pm

    Minyak je tau. Harga barang tetap sama ye..10 sen pun 10 sen lah.
    Muka pak lah memang muka 10 sen pun. Macam haram jadah. Dulu tak rasa pun macam ni. La ni tuhan saja yang tahu bila tengok muka dia.

  9. 9 sesumpah@pokka.com
    26 September,2008 at 10:31 pm

    salam buat sahabat2 semua…

    mungkin kerana dh resmi minyak…
    minyak hanya akan turun dari pam ke tangki..

    “kalau turunkan harga minyak sampai sekupang utk 1 liter pun bukan hampa nak sokong aku pun..”bisik dollah dalam hati…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: