24
Sep
08

BUNGkus MOKatasTAR… DIAM AJE LAH!!

Pakatan: BN-BBC minta anggotanya bincang sebelum buat laporan BPR, polis

PETALING JAYA: Anggota Kelab Penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN-BBC) dinasihatkan agar tidak membuat aduan terus kepada pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) jika menerima tawaran dari mana-mana pihak untuk menyertai pakatan pembangkang.

Timbalan Pengerusi BN-BBC, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, langkah sedemikian bertujuan bagi membolehkan penelitian yang mendalam dibuat sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

“Saya harap anggota BN-BBC tidak terus buat laporan.

“Jika wujudnya sebarang kes kita akan bawa berbincang dalam mesyuarat dahulu,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah beliau, pelbagai aspek perlu diberi perhatian sebelum laporan kepada pihak berkuasa dibuat.

Katanya lagi, hingga kini BN-BBC tidak menerima aduan terbaru daripada ahli-ahlinya berhubung apa jua tawaran daripada wakil-wakil pembangkang.

Mengulas mengenai sasaran terbaru Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru iaitu pada 1 Oktober depan, beliau menghormati sasaran mereka itu.

“Saya hormati tarikh keramat yang mereka tunggu-tunggu itu. Tapi kalau pada 1 Oktober ini tidak jadi juga (peralihan kuasa), maka saya harap mereka semua boleh letak jawatan.

“Bagi peluang kepada orang lain untuk buat kerja kerana mereka sudah banyak kali berbohong,” katanya.

Menurut beliau, keyakinan rakyat pada ketika ini semakin pudar kerana Pakatan Rakyat sering gagal menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat yang kononnya akan membentuk kerajaan baru.

Ditanya jika dalam tempoh seminggu sebelum 1 Oktober Pakatan Rakyat akan cuba sedaya upaya untuk memancing Ahli Parlimen BN dengan membuat sebarang tawaran, beliau berkata, anggota BN tidak akan mudah terpengaruh.

“Saya sedia memberi jaminan bahawa Ahli Parlimen BN tidak akan terpikat dengan tawaran-tawaran mereka itu,” katanya.

SIAPA BUNGkus MOKatasTAR ini?

Datuk Bung Mokhtar Radin merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah yang terkenal kerana sering menimbulkan kontroversi di Parlimen. Beliau dilahirkan pada  15 September 1959 di Sukau, Kinabatangan. Tun Datu Mustapa pada awal1960an . Ibu bapa beliau ialah Rashidah Jikrun dan Radin Yatim. Isteri beliau ialah Datin Nor Asidah Alimudin. Beliau berketurunan Orang Sungai. Bung Mokhtar dilahirkan dalam keluarga politik apabila datuk nenek serta ibu bapanya adalah penyokong kuat USNO sejak ia ditubuhkan oleh Allahyarham

Bung Mokhtar mula menjadi perhatian apabila menggunakan perkataan lucah 4 huruf ketika berbahas dengan Ahli Parlimen DAP dari Bukit Mertajam,YB Chong Eng di persidangan Parlimen pada tahun 2001.

Beliau bersama dengan Mohammad Said Yusof (Ahli Parlimen Jasin semasa itu) telah menggemparkan seluruh negara kerana membuat komen seksis atau komen lucah terhadap seorang Ahli Parlimen wanita dari DAP, Fong Po Kuan (Batu Gajah) di Parlimen semasa sidang Parlimen pada tahun 2007. Beliau mengikuti Mohammad Said mengatakan bahawa Fong Po Kuan “bocor” setiap bulan (datang haid), semasa mereka sedang berbahas tentang kebocoran bangunan Parlimen. Pada mulanya mereka enggan meminta maaf, tetapi selepas menerima tekanan dari seluruh negara, mereka akhirnya meminta maaf kepada semua wanita selepas bertemu dengan Sharizat Abdul Jalil  (Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa itu). Namun permintaan maaf mereka ditolak oleh Fong Po Kuan kerana mereka dianggap tidak ikhlas.

Beliau sekali lagi menjadi tumpuan ketika hari pertama Parlimen Malaysia ke-12 yang bersidang pada 30 April 2008 selepas dipanggil sebagai ‘BIGFOOT of Kinabatangan‘ oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Karpal Singh. Beliau melawan kata dan menjawab Karpal sebagai ‘Big Monkey’.

Ketika persidangan pada bulan Mei 2008 pula, Bung Mokhtar sekali lagi terlibat dengan kontroversi yang melibatkan orang kurang upaya (OKU). Beliau dan Ibrahim Ali meminta Karpal Singh, yang berkerusi roda setelah kemalangan untuk berdiri dan menunjukkan hormat kepada Speaker Dewan.

Bung Mokhtar sekali lagi terlibat dengan kontroversi apabila beliau dikatakan menggunakan tangannya untuk membuat isyarat lucah di persidangan Parlimen pada 8 Julai 2008. Perbuatannya itu telah disaksikan setiap rakyat Malaysia yang menonton siaran langsung persidangan tersebut di televisyen. Walaubagaimanapun, beliau menafikan ia adalah isyarat lucah dan hanya orang yang berfikiran kotor sahaja yang menganggap ia sebagai sedemikian.

Perbalahan BNBCC dengan Menteri di JPM, Datuk Nazri Aziz berkenaan sekatan keatas kebebasan wartawan di PARLIMEN masih segar. Cabar mencabar berlaku, sehinggakan Nazri menyifatkan BNBBC sebagai sebuah KELAB SAMSENG. Manakan tidak, ianya kini diterajui “jaguh-jaguh” dari Sabah, terutama Timbalan Pengerusinya BUNG MOKHTAR RADEN yang sememangnya paling “POYO” dikalangan MP BN yang ada sekarang. Sila baca https://raktamrittika.wordpress.com/2008/09/05/tak-percayatapi-takut/

Terbaru, beliau mengepalai BNBBC membawa MP Barisan Nasional seramai 49 orang ke Taiwan, pada 09 hingga 17 September 2008 untuk “Lawatan Sambil Belajar”. Dipercayai lawatan itu adalah semata-mata untuk mengelakkan ahli parlimen berkenaan menyertai Pakatan Rakyat menjelang Hari Malaysia pada 16 September sepertimana yang dipropagandakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tindakan ad-hoc dan pengecut itu mendapat kritikan pelbagai pihak.

NAK CERITA BANYAK PUN TAK GUNA LA PASAL ‘ORANG SUNGAI’ SEKOR NI. TENGOK PADA “TRACK RECORD” YANG ‘CEMERLANG.. TERBILANG..BLA..BLA’ DI ATAS PUN KORANG DAH BOLEH AGAK TAHAP MENTALITI DIA NI. DALAM SEKAWAN MONYET, MESTI ADA YANG PENDEK EKORNYA.. DAN TERSERLAHLAH ‘KEKURANGAN’ ITU DI MATA YANG MEMANDANG. ASAL AJE DIA NI BERCAKAP.. MESTI ADA LA AYAT2 “MENCABAR” ORANG TU, “TEMPELAK” ORANG NI.. DIA SORANG JE “GEDEBE” KE?.. KALI NI, KAUM SENDIRI NAK BUAT REPOT POLIS PUN KENA “HOLD” DULU.. APAKEHEY NYER.. AKU TAK FAHAM LAH, KALAU DAH ADA BUKTI.. RASA “PERUNDINGAN POLITIK” TU SALAH..ADA UNSUR  RASUAH, REPOT LAH!! TAPI KALAU SAJA NAK GLAMOUR DAN MENONJOLKAN DIRI KUNUN2NYA ADA HARGA.. BAIK TOKSAH!! ELOKNYA BUNG… DARIPADA BERCAKAP DAN TERUS2AN MEMPERLIHATKAN KEDUNGUAN… LEBIH BAIK DIAM AJELAH!!


4 Responses to “BUNGkus MOKatasTAR… DIAM AJE LAH!!”


  1. 1 Musafir Kelana
    24 September,2008 at 7:19 am

    Salam.

    Raktamrittika,

    Memang dasar hantu bungkus(Bung Mukhtar) nak kena tangan ni (kinabatangan)….

    Entahlah aku tengok pemimpin2 UMNO suka menunjuk2 kononnya depalah yang paling pandai dan tahu serba serbi, lagi dilayan lagi buang karang depa tu.

    Kadang2 aku heran awatlah depa boleh lantik si mulut becok tu jadi ketua padahal aku tak nak nampak pun ketokohannya, dok tunjuk samseng ada lah. Macam dah tak dok orang lain lagi dah dalam UMNO yang nak dibuat pemimpin, si hantu bungkus tu jugaklah yang ditatang ditimang ke sana ke mari.

    Hmmm… entahlah, dah resam dunia akhir zaman agaknya, yang paling tak layak tu lah yang ditabal sebagai pemimpin.

    Wassalam.

  2. 2 Raktamrittika
    24 September,2008 at 9:32 am

    Salam.

    Musafir Kelana,

    Sebab yang layak ada budi pekerti… depa duk diam.. tak menonjol diri.

    Yang haprak ni suka tonjol diri.. org kenal.. lantik jadi ketua.. bodoh piang pun takpa!

  3. 24 September,2008 at 10:44 am

    bang bing bung mu ketar2 ni memang nak tunjuk gedebe.
    orang sungai yg kini ada sijil pertanian dari taiwan.lawatan sambil belajar kerana masih kurang ajaran.
    dia bawa lari MPs Be End ke sana. kalu berani dan gedebe kenapa lari? bertahanlah di dalam negara, posa2 nih.
    layak juga Kepala Singh sebut dia Bigfoot.. kaki temberang besar. bung kecik2 ke bung…kina batangan…

  4. 4 semangatmelaka
    24 September,2008 at 1:45 pm

    mana ada gula semut pun akan kerumun..biasalah bn/umno n the gang


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: