24
Sep
08

BARANG SELUDUP HARAM!!- TGNA

Selasa, September 23 2008

Beli barang seludup ‘berdosa’-Tok Guru Nik Aziz (TGNA)

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan umat Islam seluruh Malaysia supaya jangan terlalu taksub untuk membeli barangan seludup sebagai persiapan menyambut Aidilfitri kerana ianya merupakan suatu dosa. Beliau berkata mereka yang membeli barangan seludup diketegorikan bersuhabat kerana menyokong serta membantu kegiatan perniagaan yang menggunakan jalan yang salah dari segi undang – undang.

“Orang yang menyeludup dan terima barang seludup ingin mendapat keuntungan dan keselesaan secara haram. Nak buat apa terima duit sehingga perut kenyang tetapi kemudian masuk neraka,” katanya. Nik Aziz berkata barangan seludup mungkin menarik perhatian orang ramai kerana harganya yang lebih murah namun ianya ditegah kerana merbahaya serta mampu mengancam ekonomi. –the people’s portal

SIAPA TOK GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ?

Tenang, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di negara ini.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di ufuk kenyataan hidup. Kelantan sudahpun dapat ditawannya. Berikutnya beliau telah dipilih untuk mengetuai kabinet Kerajaan Islam di negeri ini.

“Semacam ada persafahaman antara para malaikat di langit dan para pengundi di bumi,” kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ketika mengulas kemenangan PAS dan Angkatan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.

Selaku Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang baru sahaja jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkannya.

Beliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.

Ketaralah, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.

TGNA TELAH MEMPAMERKAN PRESTASI CEMERLANG DALAM MENTADBIR URUS  SOSIAL DAN EKONOMI NEGERI KELATE SELAMA TEMPOH LEBIH 18 TAHUN MENERAJUI KERAJAAN. BUDAYA POLITIK “LUARBIASA” MASYARAKAT KELANTAN MAMPU DITANGANINYA DENGAN SEMPURNA. RAKYAT KELANTAN SECARA UMUMNYA AMAT MENGASIHI BELIAU, TIDAK KIRA BANGSA DAN AGAMA MALAH ANEHNYA, WAIMA AHLI DAN PEMIMPIN UMNO NEGERI TURUT MENZAHIRKAN HORMAT DAN SAYANG KEPADA BELIAU. SARANAN DAN TEGURAN TGNA TIDAK AKAN SESEKALI DIPANDANG SEPI OLEH MASYARAKAT. DENGAN DIALEK KELATE NYA YANG ‘PURE’, TGNA SENTIASA ‘ALERT’ DENGAN PERSEKITARAN SOSIAL, BUDAYA DAN POLITIK SEMASA. SETIAP KALI ITU JUGA, APA SAHAJA YANG LAHIR DARI MULUT PEMIMPIN BERTARAF ULAMAK INI, AKAN DIPERKATAKAN DAN DIAMBIL BERAT OLEH SEMUA. JADI SARANAN DAN PERINGATAN TGNA KALI INI, JANGAN BELI BARANG SELUDUP!! HARAM!.. SANGGUP MAKAN HASIL HARAM?.. MUNGKIN BAGI ANDA ADA YANG SANGGUP, BAGAIMANA ANAK ISTERI ANDA? SANGGUP TENGOK MEREKA DIBAKAR API NERAKA KERANA MAKAN DARI SUMBER YANG HARAM?.. SEKADAR BERTANYA.


14 Responses to “BARANG SELUDUP HARAM!!- TGNA”


  1. 24 September,2008 at 11:06 am

    salam ramadhan kareem.
    Alfadhil Datuk Tuan Guru Nik Aziz b Nik Mat satu2nya ulama (tok guru) berserban, tawadhu’, mengajar dan yang amat sederhana di dunia moden kini.

    Kami sangat ikram pada beliau dan amat bersyukur kepada Allah Maha Kuasa memberi secebis kuasa selaku Menteri Besar di bumi Kelantan DN.

    Beliau telah melakukan kerja kekhalifahan Islam sekadar kemampuannya di Negeri Di Bawah Bulan ini… alhamdulillah kita amat senang dengan kepimpinan belaiu,hingga kami rasakan seseorang rakyat kelantan khususnya, org2 beriman di malaysia/dunia amnya amat rugi jika tidak sempat menyokong TGNA. Amat tidak betul pula jika ada kalangan yang menentang beliau dan kepimpinannya.
    Tapi nak buat macam mana…

    Pandangan beliau relevan dan dihormati kawan serta lawan, kecualilah lawan yang bengong2 tidak mengenal INTAN dan kaca!!!yang buta hati.

    Semoga Allah merahmati TGNA dan kita semua.

  2. 2 Raktamrittika
    24 September,2008 at 11:13 am

    Salam

    Tamu pulau melaka;

    Demo ni duk Pulau Melaka kat TGNA ko? Kawe lamo to singgoh Darul Anwar dengar Tok Ayoh Ziq ngajar.
    Jauh ghetek lo ni nok gi. Tapi tiap kali ado berito dari Tok Ayoh, ambo tok miss baco. Kato2 dio ambo tok rajin engkar pah ko ari ni.

    supo kato demo.. mudoh mudohe ALLAH SWT panje ke omor Tok Ayoh Ziq. Banyok lagi ilmu dio kito nak blaja. Banyok jugok lagi pendapat dio kito nok ambik iktibar.

    Wassalam.

  3. 3 Musafir Kelana
    24 September,2008 at 11:51 am

    Salam.

    Kepada Raktamrittika dan semua pengunjung lawan web ini,

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI!!!!
    BERHATI2LAH DI JALAN RAYA.

    Wassalam.

  4. 4 Raktamrittika
    24 September,2008 at 11:56 am

    Salam.

    MK!

    Aik? Awal bebenor mung ucak slamak hari raye ni. Ke mung nok cuti doh? Mung balik Tganu kat ner?
    Aku masa kechik mule duk tganu jugok.. sekoloh rendoh di SRKSS 1. Mok pok aku chegu. Sbb tu banyok mindoh.

    Ape2 pong SLAMAK ARI RAYE GOK AH KE MUNG PONG!

    wassalam.

  5. 5 semangatmelaka
    24 September,2008 at 1:39 pm

    inilah orang dipanggil khalifah…sepatutnya tgna ini menjadi penasihat bagi kerajaan malaysia…
    gaya hidup yg sederhana….leh duk bersama dgn rakyat bawahan….

  6. 6 kulupbanu
    24 September,2008 at 2:01 pm

    Demo dok kelate mano?demo tino ko jate?berehhhh

  7. 7 S.A.M
    24 September,2008 at 2:12 pm

    Pandangan sudutku tentang HARAM & HALAL.

    Didalam Haram adanya Halal dan didalam Halal adanya Haram.

    1. Yg dikatakan Haram ada Halal.

    Orang yang beli barang seludup dikatakan HARAM dan bila menjual barang seludup dgn harga berpatutan tanpa mengaup keuntungan berlipat ganda boleh dikatakan HALAL. Sebab membantu kpd mengurangi beban pengguna. Jikalau ingin mendapat keuntungan besar dan tamak barulah HARAM wang ringgit itu.

    2. Yg dikatakan Halal ada Haram.

    Orang yang beli barang dari PENGEDAR dikatakan HALAL dan bila menjual barang2 itu dgn harga diluar patutan dgn mengautp keuntungan berlipat ganda boleh dikatakan HARAM. Sebab menipu kpd pembeli/pengguna.

    Misalannya beli barang dari pengedar dgn harga RM1 sebelum jual dicampur kira segala ongkos seperti sewa, gaji, bil air & letrik, tranport dll menjadi jumlah RM3 dan dijualnya RM5 tetapi bila jual melebihi RM5 katakan RM15 yg lebih RM10 dikirakan HARAM juga.

    Lagi satu yg selalu kita tidak sedar, apabila kita pakai sesuatu yg ada pd diri kita misalannya Jam tangan, Pakaian, Kenderaan, Barang Kemas terutama sekali wanita bila MEMPERGAYAKAN dikhalayak ramai, teman2, masyarakat sudah dikatakan HARAM sebab tanpa disedari RIAK dan TAKABUR.

    Soal Haram & Halal banyak kalau mahu dicoretkan.

    Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pd aku orang biasa aje… tak ada apa2 yg nak dibanggakan.

  8. 8 Majdi
    24 September,2008 at 3:54 pm

    TERUSKAN PERJUANGAN ANDA…

    bleh tanya sikit…. ada kena mengena ke sekolah kat Pulau Melaka tu dengan Dato’ Sri Anwar Ibrahim? SMU (A) DARUL ANUAR Pulau Melaka…

  9. 9 Musafir Kelana
    24 September,2008 at 10:08 pm

    Salam Raktamrittika,

    Hehehe… Aku ucap awal2 pasai takut terlupa plak. Memang aku nak balik kampung ni, tapi tak boleh lah aku habaq kat sini, nanti orang kata aku nak glamour plak. Nantilah aku cerita kat hang mana kampung aku masa kita face to face ke atau dalam email ke, tapi bukan depan orang ramai macam ni, malulah rasanya nak bagi orang kampung aku tahu pasai aku dok main internet ni.

    Apa2pun sekali lagi aku ucapkan “SELAMAT BERHARI RAYA KEPADA SEMUA RAKAN2 YANG MENGUNJUNGI LAMAN WEB INI DAN MAAFKANLAH SEKIRANYA ADA SALAH DAN SILAP DALAM TUTUR KATAKU SELAMA KITA BERFORUM & BERDISKUSI DI SINI”

    Wassalam.

  10. 10 Musafir Kelana
    25 September,2008 at 2:31 am

    Salam Raktamrittika,

    Bagi aku, undang2 yang mengharamkan penyeludupan ni tak ada sebenarnya dalam Islam. Maaf cakaplah, tapi hukum-hakam yang menyentuh mengenai pengharaman begini timbul setelah undang2 British diperkenalkan di tanahair kita. Padahal sebelum itu, masyarakat di Tanah Melayu tidak pernah pun mengetahui apa2 tentang aktiviti penyeludupan barang2 dagangan. Ini kerana pada ketika itu, walaupun mereka sudah menjalankan urusan berdagang atau berniaga secara meluas tapi, istilah menyeludup tidak pernah wujud dalam kamus hidup mereka. Yang mereka tahu, bila ada yang menjual dan ada yang membeli, itulah maknanya berniaga.

    Senario yang sama juga berlaku setelah agama Islam mula dianuti oleh bangsa Melayu ketika itu. Walaupun aktiviti perdagangan mereka semakin meningkat maju, tapi ulama2 Islam pada ketika itu tidak pula memperkenalkan undang2 mengharamkan penyeludupan bagi barangan yang diniagakan. Yang mereka tahu, bila ada yang menjual dan ada yang membeli, maka itulah amalan yang dibolehkan dalam Islam. Selagi ia tidak melibatkan barang curi atau barang2 yang haram atau sesuatu barangan itu dijual pada harga yang melampau hingga boleh dianggap sebagai riba, maka selagi itulah ia dibolehkan dalam Islam.

    Sebenarnya pada pendapat aku, dari perspektif Islam, orang2 yang dikatakan menyeludup barang menjadi haram hukumnya kalau ia melibatkan barangan yang diharamkan dalam Islam cthnya arak, senjata2 untuk membunuh dsb. Manakala, bagi barang2 keperluan harian umpamanya bahan2 makanan seperti beras, pakaian dsb tidaklah boleh dikategorikan sebagai haram menurut kacamata Islam kerana ia adalah barang2 yang halal hukumnya.

    Memang benar dari segi “common law” atau undang2 ciptaan manusia, ia dikira sebagai aktiviti haram kerana melibatkan perlanggaran peraturan yang menetapkan pembayaran cukai harus dikenakan terhadap sesuatu barang yang ingin diniagakan. Dengan sebab itu jugalah, pihak kerajaan menubuhkan Jabatan Kastam & Eksais Diraja untuk menjalankan tugas memantau barang2 dagangan yang dibawa masuk ke negara ini untuk tujuan mengenakan cukai. Tidak dinafikan pelaksanaan undang2 ini juga bagus untuk menjamin pembangunan negara kerana hasil2 kutipan cukai tersebut dapat digunakan untuk menjayakan agenda ekonomi negara dsb.

    Namun begitu, adalah tidak tepat jika dikatakan ia juga turut diharamkan dalam Islam. Ini kerana mereka yang terlibat menyeludup barang itu juga sebenarnya bertindak membeli dulu barang2 tersebut dari negara2 lain dan kemudian mereka menjualnya kepada rakyat negara ini. Jadi, dalam Islam tidak ada salahnya urusan jual beli begini berlaku kerana ia tidak melibatkan apa2 perlanggaran terhadap hukum-hakam dalam berjual beli itu sendiri. Apatah lagi sekiranya penjualan barang2 yang dilakukan itu bertujuan untuk menolong golongan miskin yang kurang berkemampuan bilamana harga barangan itu diletakkan pada kadar lebih rendah dari harga pasaran biasa.

    Dalam hal ini, kita kena kaji balik sejarah Rasulullah saw di mana baginda juga pernah menjadi seorang peniaga dulu. Baginda membawa barang2 dagangan dari Mekah untuk dijual ke Syam dan di situ berlakulah amalan berjual beli di antara Rasulullah saw dengan penduduk2 dan golongan2 peniaga di Syam. Perlu diingat bahawa baginda tidak pernah dikenakan apa2 cukai ke atas barang2 yang diniagakan itu. Manakala, prinsip yang sama jugalah yang digunapakai oleh pedagang2 Islam dulu sehingga mereka sangat terkenal kerana kebolehan mereka berdagang hingga ke seluruh pelusuk dunia ini..

    Namun, semua kefahaman ini sedikit demi sedikit mula berubah apabila undang2 buatan manusia diperkenalkan sehingga banyaklah peraturan baru diujudkan dengan alasan untuk menjamin kestabilan dan kemakmuran sesebuah negara.

    Bagaimanapun, adalah tidak wajar sekiranya kita mencampur-adukkan undang2 Islam dengan undang2 biasa kerana ianya boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam seperti yang terjadi sekarang ini.

    Saya fikir jalan terbaik untuk kita adalah kembali meneliti sejarah2 di zaman Rasulullah saw dan di era kegemilangan umat Islam selepas itu sebelum munculnya zaman penjajahan kuasa2 barat ke atas umat Islam yang turut membawa bersama mereka undang2 ciptaan mereka yang telah diasimilasikan ke dalam kehidupan masyarakat Islam hingga ke hari ini.

    Kesimpulannya, saya menulis begini bukanlah bertujuan untuk mencabar hujah2 TGNA atau mana2 pihak sekalipun dalam hal ini. Tapi, saya fikir dalam menilai sesuatu kita juga perlu menyoroti kembali keadaan sebenar yang pernah berlaku dalam kehidupan masyarakat Islam sebelum ini terutamanya di zaman Rasulullah saw sendiri iaitu sebelum berlakunya penjajahan undang2 British ke dalam kehidupan umat Islam seperti hari ini.

    -Sekadar pandangan-

    Wassalam.

  11. 11 Tay
    25 September,2008 at 8:43 am

    Salam semua…

    Undang2 / cukai dibuat oleh umara’
    Umara’ perlu dipatuhi dalam segala yang tidak bertentang dengan Islam
    Seludup melanggar undang2, langgar umara’
    Betullah kata Nik Aziz … jika itu katanya.. sudah tentu telah menjadi isi kajian kuliahnya setidakknya telah dibincang selama lebih 40 tahun beliau berdakwah. Jika masa Rasulullah berniaga itu adanya cukai? adakah kita semua akan fikir Rasulullah akan menyeludup? dan siapa kata masa tu tida cukai? begitu juga pedagang islam ke tanah melayu… pertama mereka akan jumpa pembesar meminta kebenaran berniaga.. bukan main parking kapal terus jual..

    pandangan saya> kene rujuk pakar muamalah untuk jawapan sebenar

  12. 12 Musafir Kelana
    6 October,2008 at 9:59 pm

    Assalamualaikum wbt.

    Kepada Tay,

    (Terlebih dahulu saya mohon maaf sekiranya komentar ini agak panjang lebar. Tapi, saya fikir saya perlu memberikan penjelasan yang sepatutnya terhadap isu yang telah saya bangkitkan di atas).

    Saya faham apa yang dimaksudkan dalam komen anda, terimakasih. Sebenarnya, saya tidak berniat untuk mempertikaikan kuasa2 umara’ atau pemerintah dalam sesebuah negara. Tapi, saya cuma ingin berkongsi sedikit informasi berhubung dengan perkara2 yang menyentuh tentang masalah penyeludupan dan undang2 percukaian yang saya kira lebih mirip kepada mengaplikasikan peraturan2 common law yang diperkenalkan oleh British. Saya juga pernah belajar undang2 ketika di universiti dulu di mana saya mempelajari kedua2nya iaitu undang2 sivil dan undang2 syariah. Jadi, sedikit sebanyak pandangan saya akan berkisar mengenai apa yang telah saya pelajari dan praktikkan dalam pekerjaan saya selama ini.

    Berhubung dengan pendapat anda yang mengatakan bahawa Rasulullah tidak dikenakan cukai kerana kedudukan baginda sebagai seorang rasul yang tidak memungkinkan baginda untuk melakukan kesalahan menyeludup barang2 dagangannya itu. Maaf, saya tidak nampak perkaitannya dalam kes yang sedang dibincangkan di sini, kerana perniagaan Nabi Muhammad saw dari Mekah ke Syam itu berlaku sebelum baginda diangkat menjadi rasul. Bahkan ia berlaku sebelum baginda berkahwin dengan isterinya, Siti Khadijah. Jadi, persoalan samada masyarakat pada ketika itu tidak mengenakan cukai ke atasnya kerana tarafnya itu tidak timbul kerana tiada sesiapapun tahu tentang kedudukannya yang bakal dilantik sebagai seorang rasul, hatta masyarakat Mekah sendiri. Baginda juga diriwayatkan pernah mengikuti rombongan perniagaan bersama pamannya semasa usianya baru mencecah 12 tahun dan tidak pula dinyatakan bahawa rombongan pamannya itu dikenakan cukai oleh pihak penguasa Syiria ketika itu.

    Lebih dari dua puluh tahun Nabi Muhammad Saw berkecimpung di bidang usahawan (perdagangan), sehingga baginda dikenal di Yaman, Syiria, Basrah, Iraq, Yordania, dan kota-kota perdagangan di Jazirah Arab. Namun demikian, uraian mendalam tentang pengalaman dan keterampilan dagangnya kurang memperoleh pengamatan selama ini.

    Demikianlah senario yang berlaku setelah Islam mula diterima oleh masyarakat Arab ketika itu, Nabi Muhammad saw terus menjalankan perniagaannya sama seperti golongan2 peniaga yang lain di mana mereka semua bebas berdagang tanpa dikawal oleh undang2 percukaian ke atas setiap barangan yang mereka niagakan itu. Tidak seperti sekarang, undang2 percukaian menetapkan kadar bayaran tertentu hendaklah dibayar terhadap barang yang dibawa masuk untuk diniagakan sebagai cukai ke atasnya.

    Sesungguhnya memungut cukai adalah satu perbuatan yang jelas-jelas haram di sisi Islam dan terdapat banyak nas yang mengharamkannya. Sabda Rasul Sallalahu ‘alaihi wa Sallam, “Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)” [HR Ahmad, Abu Daud & Hakim]. Rasulullah juga bersabda, “Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad]. Kita mesti ingat bahawa Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam adalah orang yang paling menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat, namun tidak pernah diriwayatkan bahawa baginda memungut cukai atas alasan untuk memperoleh pendapatan negara, untuk kepentingan rakyat, untuk pembangunan negara dan sebagainya. Tidak pernah terjadi bahawa Rasulullah melakukan hal ini, malah yang berlaku adalah sebaliknya, bahawa apabila mendengar sahaja ada pungutan cukai ke atas barangan yang diimport di sempadan, Rasulullah terus melarangnya. Sabda baginda, “Sekiranya kamu mendapati pemungut usyur (cukai yang dipungut di sempadan @ cukai import-export), maka bunuhlah dia” [HR Ahmad]. Begitulah jelasnya nas yang mengharamkan cukai di dalam Islam.

    Selain nas haramnya memungut cukai, terdapat nas lain yang menjelaskan bahawa tidak boleh mengambil harta kaum Muslimin tanpa izin mereka. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Harta seseorang Muslim itu tidak dihalalkan (bagi orang lain) selain dengan kerelaannya.” Rasulullah juga bersabda, “Harta, kehormatan dan darah seorang Muslim diharamkan ke atas Muslim lainnya” [HR Abu Daud & Ibnu Majah]. Di dalam al-Qur’anul Kareem, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu…” [TMQ an-Nisa’ (4):29].

    Orang-orang jahil sering melontarkan pertanyaan – jika tidak dipungut cukai, dari manakah negara akan memperolehi pendapatannya? Jika mereka ini benar-benar ikhlas di dalam pertanyaan, maka mereka sepatutnya belajar Sistem Ekonomi Islam (Nizamul Iqtisad Fil Islam) dengan betul dan benar (bukan mengikut acuan Kapitalis), yang mana mereka wajib merujuk kepada sistem ekonomi yang dijalankan oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin. Insya Allah mereka akan dapati bahawa Islam telah lama menyelesaikan masalah ekonomi manusia dengan tuntas dan sempurna. Mereka akan dapati bahawa dalam ekonomi Islam, pendapatan negara diperoleh dari Anfal, Ghanimah, Fai’, Kharaj, Jizyah, ‘Usyur, Khumus, Rikaz dan beberapa sumber lain yang diizinkan syara’ termasuk Dharibah. Selain daripada harta yang diizinkan oleh Allah untuk mengambilnya, maka secara mutlaknya harta yang lain tidak boleh diambil (haram). Ini kerana harta seseorang Muslim itu tidak boleh diambil walaupun sedikit melainkan dengan cara yang hak mengikut ketetapan syara’, sepertimana yang telah ditunjukkan oleh dalil-dalil secara terperinci. Sementara itu tidak ada satu dalil pun yang menjelaskan bolehnya mengambil cukai daripada seorang Muslim selain daripada mekanisme yang telah ditetapkan oleh syara’.

    Inilah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul dalam menjelaskan bentuk harta yang boleh dipungut dan yang tidak boleh dipungut daripada rakyat.

    Kedudukan Baitul Mal & Dharibah

    Baitul Mal adalah sebuah autoriti yang bertanggungjawab terhadap setiap pendapatan dan perbelanjaan negara yang menjadi hak kaum Muslimin. Oleh itu, setiap harta sama ada tanah, bangunan, bahan galian, wang atau barangan apa pun yang mana kaum Muslimin berhak ke atasnya mengikut hukum syara’, maka ia menjadi hak Baitul Mal (untuk diuruskan). Apabila suatu harta telah diambil, maka dengan penerimaan ini, harta tersebut akan dikategorikan sebagai hak Baitul Mal, tidak kira sama ada harta tersebut telah dimasukkan ke dalam tempat simpanan harta ataupun tidak. Ini kerana yang dimaksudkan dengan ‘Baitul Mal’ adalah suatu ‘autoriti’, bukan sahaja sekadar sebuah ‘tempat simpanan’. Jadi, keseluruhan hak harta yang perlu diuruskan bagi kaum Muslimin merupakan hak (atau autoriti) Baitul Mal.

    Sesungguhnya Islam telah menjelaskan sumber pendapatan dan perbelanjaan Baitul Mal dengan terperinci. Rasulullah dan Abu Bakar adalah orang yang senantiasa memungut dan membelanjakan harta Baitul Mal untuk kepentingan kaum Muslimin, mengikut ketentuan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab pula, apabila Daulah Islam telah semakin besar dan jumlah orang yang memasuki Islam semakin ramai, beliau telah memperkemas dan mensistematikkan lagi kedudukan Baitul Mal demi untuk mengatur kemaslahatan kaum Muslimin dengan sebaik-baiknya. Di dalam mengurus ekonomi negara, pemerintah wajib terikat dengan hukum Allah di mana segala perbelanjaan yang perlu dikeluarkan dari Baitul Mal hendaklah sesuai dengan tuntutan syara’. Dalam menguruskan keperluan rakyat, syara’ telah mengklasifikasikan perbelanjaan Baitul Mal kepada dua; Pertama, keperluan yang dituntut dari Baitul Mal (yang mana perbelanjaannya mesti diambil daripada sumber-sumber tetap Baitul Mal yang dinyatakan tadi) dan kedua, keperluan yang dituntut daripada semua orang Islam yang mana negara diberikan hak untuk memungut sebahagian daripada harta orang-orang Islam untuk pemenuhannya. Pengambilan harta (dari orang Islam) inilah yang disebut sebagai dharibah (sejenis pungutan) yang dibenarkan oleh syara’ untuk dipungut oleh negara dan menjadi tanggungjawab negara untuk membelanjakannya dengan hak.

    Perlu ditegaskan bahawa dharibah bukanlah ‘cukai’ sebagaimana yang sering disalahtafsir atau yang dijadikan hujah oleh mereka yang jahil untuk membolehkan cukai. Dharibah adalah satu bentuk ‘pungutan khas’ yang dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak sahaja, itu pun hanya pada keadaan Baitul Mal mengalami defisit atau tidak cukup untuk melaksanakan apa jua kewajipan oleh negara. Tidak boleh memungut dharibah jika Baitul Mal negara masih mencukupi. Ia hanya dipungut di dalam keadaan negara yang amat terdesak (urgent) sehingga jika tidak dipungut, maka sebuah kewajipan akan terabai. Dharibah hanya boleh dipungut dalam keadaan-keadaan berikut sahaja, (i) Untuk memenuhi keperluan asas (makan/pakai/kediaman) orang-orang fakir dan miskin (ii) Untuk pembiayaan jentera pentadbiran negara agar negara tetap berfungsi sebagai pemelihara rakyat seperti gaji kakitangan dan prasarana pentadbiran (iii) Untuk penyediaan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan seumpamanya (iv) Untuk pemulihan situasi selepas rakyat ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan seumpamanya (v) Untuk keperluan jihad fi sabilillah.

    Dharibah bukanlah seperti cukai yang ada sekarang (dalam sistem ekonomi kapitalisme) kerana (i) Ia bersumberkan wahyu dan diambil dari hadis Rasulullah Sallahu ‘alaihi wa Sallam dan juga Ijmak Sahabat (ii) Ia bukan sumber tetap pendapatan negara kerana ia dikutip hanya ketika Baitul Mal mengalami defisit serta berdepan dengan situasi yang kritikal sahaja dan ia tidak dikutip secara berpanjangan (iii) Ia hanya dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak mengikut kadar yang ma’aruf sehingga mencukupi kadar yang diperlukan sahaja (iv) Ia diguna untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat/negara, bukan untuk kepentingan peribadi pemerintah ataupun kroni.

    Dalam keadaan ini, jika Baitul Mal telah kehabisan wang, maka negara bolehlah memungut dharibah dari rakyat, tetapi hanya sekadar untuk mencukupkan perbelanjaan tadi sahaja, bukan untuk mengaut keuntungan atau menghisap darah rakyat. Tugas negara di sini hanyalah untuk menghilangkan kemudharatan rakyat, sesuai dengan hadis, “Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh memudharatkan” [HR Ibnu Majah dan Daruqutni]. Kewajipan ke atas negara adalah untuk mencabut/menghilangkan kemudaratan dari kaum Muslimin, bukannya ‘memudharatkan’ lagi kaum Muslimin dengan memungut cukai yang haram itu [Ringkasan dari kitab Nizhamul Iqtisad Fil Islam, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani].[Sumber: http://www.mykhilafah.com (dari artikel bertajuk “Sampai bila pemerintah mahu menanggung dosa?”)]

    Sebenarnya dalam Islam sendiri sudah ada undang2 yang jelas berhubung dengan soal2 perniagaan iaitu menerusi peraturan yang mewajibkan pengeluaran zakat perusahaan dari hasil keuntungan sesebuah perniagaan yang dijalankan. Dan dari segi perbezaannya pula ialah, pembayaran cukai ke atas barang2 dagangan hendaklah dibuat sebelum sesuatu perniagaan itu dilakukan dan tanpa mengambil kira samada ia bakal untung atau rugi, manakala zakat perniagaan pula hanya wajib dilaksanakan setelah sesuatu perniagaan itu telah berjalan dengan mengambil kira jumlah keuntungan yang diperolehi untuk menentukan kadar pembayarannya. Jadi, bukankah senario ini jelas menunjukkan bahawa undang2 Islam lebih adil dan bertimbangrasa terhadap golongan2 peniaga?.

    Seterusnya, saya merujuk kepada pandangan saudara berhubung dengan amalan pedagang2 di zaman dulu yang pergi menghadap raja2 atau pembesar2 negara sebelum memulakan aktiviti perniagaan mereka. Saya bersetuju dengan kenyataan itu, tapi perlu juga difahami bahawa mereka berbuat begitu semata2 untuk meminta kebenaran dari pihak2 yang berkuasa di sesebuah tempat untuk berdagang di situ. Mungkin mereka ada menyampaikan hadiah2 atau cenderamata setiap kali mengadakan persembahan mengadap raja2 Melayu pada ketika itu, tapi itu hanyalah sebagai tanda terimakasih mereka semata2 dan bukan boleh dikira sebagai bayaran cukai ke atas perniagaan mereka. Maka, jelas sekali pemberian2 hadiah dan cenderamata seperti itu tidaklah boleh disamakan dengan kutipan cukai, kerana ia lebih berbentuk muhibbah dan tanda penghargaan mereka di atas segala kerjasama dan perlindungan yang mereka dapatkan dari pihak pemerintah itu. Bahkan amalan ini juga langsung tiada kaitan dengan jenis2 barang dagangan mereka atau melibatkan sebarang cukai ke atas barang yang mereka perdagangkan kerana urusan perniagaan mereka sudah pun tertakluk di bawah hukum mengeluarkan zakat seperti yang saya sebut di atas.

    Sebenarnya amalan menjalinkan kerjasama dengan negara2 luar di era kegemilangan nusantara sebagai pusat perdagangan suatu ketika dahulu bukan sahaja berlaku di negeri Melaka, malah ia turut membabitkan pusat2 pelabuhan lain seperti Pelabuhan Lamuni Acheh yang begitu terkenal sekitar tahun 1292 yang menjadi tumpuan pedagang2 tempatan dan pedagang2 dari India, Cina dan Eropah.

    Pelabuhan Lamuni bukan hanya telah menjadi pelabuhan internasional bahkan ia mempunyai mata wang emas (dirham) sendiri. Ia juga pernah dikunjungi Marco Polo yang berasal dari Venesia dan semasa dalam perjalanan pulangnya dari Cina ke Persia, Marco Polo telah menulis bahawa Peurlak adalah sebuah kota Islam.

    Tidak sampai 100 tahun kemudian, hadir seorang musafir dari Morokko bernama Ibnu Batuttah. Pada 1345, saat beliau mengunjungi Pasai, dia mencatatkan bahawa inilah Bandar internasional, pertemuan antara Cina, Eropah, Acheh dan India. Untuk warga jawa ada keistimewaannya, iaitu BEBAS BIAYA CUKAI. Dia juga bersaksi bahawa Kerajaan Samudera Pasai adalah pengikut Mazhab Syafii.

    Sementara itu, tidak jauh dari sana ada Pelabuhan Barus yang terkenal di abad ke 16 sebagai pelabuhan yang mempunyai kapur barus paling bermutu dan murni. Tanah kelahiran Hamzah Fansuri ini memang terkenal dengan perdagangan kapur barusnya. Dan tentu saja pedagang2 Acheh mengimportnya dari pedagang2 Arab terutamanya dan semua itu pasti berlaku lewat lautan.

    Mengenai hubungan dengan negara2 lain, bangsa Acheh punya begitu luas jalinan kerjasama dunia. Misalnya abad ke-16, Ratu Elizabeth 1 dari Inggeris mengutus Sir James Lancaster kepada Kerajaan Acheh dengan membawa berbagai perhiasan. Sultan Acheh menerima maksud baik mereka dan mengizinkan mereka berlabuh dan berdagang di wilayahnya. Bahkan sang Sultan membalas dengan mengirim hadiah berupa sepasang gelang dari Batu Rubi dan surat yang ditulis atas kertas halus dengan tinta emas, bahkan Lancester dianugerahi gelaran “Orang Kaya Putih”. Hubungan mesra ini berlanjut di masa Raja James 1 yang memberi kado Sultan Acheh berupa meriam yang hingga kini dikenal dengan nama “Meriam Raja James”. Begitulah seterusnya hubungan muhibbah mereka dengan Kerajaan Ottoman, Perancis dan sebagainya. [Sumber: Melayuonline.com (dari artikel bertajuk “Melayu Nusantara, perdagangan bebas cukai yang dijalankan”)]

    Jadi, begitulah serba sedikit maklumat yang dapat saya kongsikan di sini berhubung dengan isu percukaian menurut perspektif Islam hasil dari kajian yang telah saya lakukan berserta sedikit gambaran mengenai perdagangan bebas cukai yang pernah dijalankan di pelabuhan2 terkenal di nusantara sehingga membolehkan mereka dinobatkan sebagai pusat2 perdagangan antarabangsa di seantero dunia ketika itu. Sedangkan kini, semua kisah kegemilangan itu hanya tinggal memori dalam lipatan sejarah kerana sedikit demi sedikit undang2 kapitalis telah menyebabkan urusan perdagangan menjadi semakin sulit/rumit dan harga barangan menjadi semakin mahal hingga mewujudkan banyak jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin.

    Pendek kata, saya berpendapat dalam menentukan halal atau haram sesuatu hukum menurut Islam, ia hendaklah berdasarkan suatu kajian yang terperinci terlebih dahulu kerana dikhuatiri akan mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat ramai. Seterusnya, saya juga berharap agar alim2 ulama kita akan sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia menerima teguran terhadap pandangan2 mereka. Sedangkan Saidina Omar r.a yang terkenal sebagai salah seorang sahabat terdekat Rasulullah saw pun pernah berpesan kepada umat Islam ketika itu agar mentaatinya sebagai khalifah selama mana dia taat kepada Allah dan rasulNya, tapi sekiranya beliau ada melakukan kesalahan, mereka berhak untuk menegurnya.

    Cuba kita renungkan pendapat yang telah dikeluarkan oleh Syeikh Abdullah Al-Ghunaiman berhubung dengan pelaksanaan undang2 manusia dan undang2 Islam:

    “Orang yang mencampakkan hukum Allah Taala dan menyingkirkannya, untuk kemudian menggantikannya dengan undang2 dan hukum manusia, maka yang demikian itu adalah kekufuran yang mengeluarkan pelakunya dari Islam. Adapun orang yang pada dasarnya konsekuen dengan agama Islam, hanya saja ia berbuat maksiat dan zhalim, dengan memperturutkan hawa nafsunya pada sebahagian keputusan hukum serta mencari keuntungan dunia, sementara ia mengakui bahawa telah berbuat zhalim dalam hal itu; maka yang demikian itu adalah kekufuran yang tidak mengeluarkan pelakunya dari Islam.
    Sementara orang yang beranggapan bahwa memutuskan hukum dengan undang-undang manusia sama halnya dengan memutuskan hukum dengan syariat Islam, jelas ia telah melakukan kekufuran yang mengeluarkannya dari Islam, meskipun hanya dalam satu kasus saja.” (Sumber: http://www.islam-qa.com)

    Kita juga perlu berhati2 kerana kesalahan meminda hatta 1 patah perkataan sekalipun daripada ayat2 AlQuran akan membawa implikasi besar kepada akidah seseorang muslim itu kerana ia boleh dikira kufur kepada Allah. Apatah lagi sekiranya kita terlibat dalam mengubah mana2 hukum yang telah ditetapkan tanpa mengkajinya secara mendalam terlebih dahulu.. Harus diingat bahawa haramnya sesuatu hukum pada undang2 manusia (biasa) tidak bermakna juga haram di sisi Islam. Begitulah sebaliknya.

    Padahal, dalam Islam transaksi berjual-beli itu mudah sekali di mana ia wajib didasarkan atas saling setuju (ridha), yang terzahir melalui adanya ijab dan qabul di antara pihak penjual dan pihak pembeli serta menurut garis panduan yang dibenarkan oleh syarak seperti tidak melibatkan perdagangan barang2 perdagangan barang dan jasa yang haram, misalnya khamar, babi, bangkai, pelacuran (mahr al-baghi), tukang tenung, paranormal, dukun (hilwan al-Kahin) dsb. Semua ini adalah perdagangan yang rusak (fasid) yang dilarang dalam Islam. Dalilnya adalah sebagai berikut:

    “Melainkan yang halal (kamu makan), bahawa harta benda perdagangan itu dilakukan rela sama rela antara kamu (antara penjual dan pembeli).” (Al-Nisa’:28) dan sabda Nabi yang bermaksud: “Sesungguhnya sah jual beli itu dengan ada rela sama rela.”

    Manakala berhubung dengan urusan perdagangan yang tidak sah dalam Islam ada disebut dalam Surah An-Nisak: ayat 29:

    ياأيها الذين ءامنوا لا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل إلا أن تكون تجارة عن تراض منكم ولا تقتلوا أنفسكم إن الله كان بكم رحيما

    Artinya, ”Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka-sama suka di antara kamu, janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat menyayangi kamu”.

    Perdagangan yang tidak sah itu itu antara lain, jual beli gharar, memperdagangkan barang-barang haram yang tidak bernilai menurut syara, seperti khamar, bangkai darah, berhala, salib, anjing piaraan, bisnis prostitusi (mahr al-baghi), jual beli tipuan (bay’ al ghasysyi), bay’ al muqtaat atau jual beli barang sejenis dengan kuantitas yang berbeda, atau jual beli barang yang tak sejenis tetapi kredit (nasi’ah), ba’i munabazah , Semua ini kata Ibnu ’Arabi termasuk kepada riba. (Wa hazda kulluhu dakhilun fi bay’ ar- riba).][Sumber: agustianto.niriah.com/category/hukum-bisnis-islam]

    Kesimpulannya, sekiranya kita hendak menerimapakai mana2 kaedah undang2 manusia yang difikirkan baik untuk kemaslahatan ummah sekalipun, janganlah sampai kita terburu2 mengatakan ia dari sudut pandangan hukum-hakam Islam itu sendiri sedangkan hakikatnya ia perlu diperhalusi terlebih dahulu kerana dikhuatiri akan menafikan sesuatu hukum yang telah sedia ada atau kemungkinan adanya pengecualian2 tertentu dalam sesuatu aspek di peringkat perlaksanaannya.

    Wallahua’lam.

    -Sekadar pandangan, terima kasih-

    Wassalam.

  13. 13 Musafir Kelana
    6 October,2008 at 10:14 pm

    Salam.

    Raktamrittika,

    Sorry ya pasal komen aku tu memang panjang tapi, aku fikir soal hukum-hakam ni memang penting diketahui kerana ia menyangkut mengenai kefahaman kita mengenai pelaksanaan undang2 Islam dalam kehidupan masyarakat kita.

    Sebenarnya aku tak mahu menyalahkan sesiapa sekiranya timbul sebarang kekeliruan tentang undang2 biasa/ciptaan manusia dan undang2 Islam kerana setelah 51 tahun merdeka, masyarakat negara ini sudah dibiasakan dengan sistem perundangan kapitalisme dalam segenap aspek kehidupan mereka sehingga kadang2 mereka gagal untuk melihat keburukan pelaksanaan undang2 itu secara jangka panjangnya. Masyarakat kita seperti sudah sebati dengan model undang2 British sehingga mereka sanggup menerima segala kekurangan dan kelemahannya tanpa banyak dipersoalkan lagi.

    Bagaimanapun, masih belum terlambat sebenarnya untuk pihak kerajaan merubah senario ini dan kembali kepada pelaksanaan undang2 Islam sepenuhnya dalam pentadbiran mereka demi kesejahteraan ummat seluruhnya.

    Wassalam.

  14. 14 ABDULLAH AHMAD BADAWI
    31 October,2008 at 7:27 am

    SATU YANG DIA LUPE INGATKAN PENYOKONGNYA APE HUKUMNYA BER FORUM MENGGUNAKAN PC DAN INTERNET MILIK MAJIKAN. DAN APE KAH HUKUMNYA SETIAP SAAT MASA YG DI GUNAKAN UNTUK BERFORUM KETIKA WAKTU BEKERJA.
    DAN APEKAH STATUS WANG GAJI YG DITERIMA SETIAP BULAN? ADEKAH HALAL KESEMUANYA ATAU SEBAHAGIAN NYA.
    AKU PERTANGGONGJAWAPKAN PADA ENGKAU SUPAYA BERTANYA PADA TOK GURU ENGKAU DAN SEBARKAN PADA SEMUA FORUMER.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: