24
Sep
08

ANWAR BERDALIH LAGI.. DAN LAGI..

1 Okt sasaran baru Pakatan, Anwar masih berharap temui PM

PETALING JAYA: Selepas dua permintaan Pakatan Rakyat ditolak Perdana Menteri minggu lalu, kini perikatan pembangkang itu meletakkan tarikh sasaran yang baru – 1 Oktober ini – cuba merealisasikan pelan menukar kerajaan.

Ketika ditemui wartawan di Kota Baru hari nii, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih berharap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menemui beliau untuk membincangkan perkara yang telah dibangkitkan sebelum ini.

“Saya tidak faham mengapa sukar bagi Dollah (Abdullah) untuk bertemu.

“Pertemuan antara kerajaan dan pembangkang adalah urusan biasa. Di mana-mana negara, ia selalu berlaku,” kata beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Saya menggesa Abdullah agar mempertimbangkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan menghormati sistem demokrasi.

“Beliau seharusnya tidak takut dengan ahli-ahli parti beliau. Gunakan kedudukan beliau untuk memanggil sidang khas Parlimen,” kata beliau lagi.

Pada 16 September lalu, Abdullah telah pun menolak permintaan Anwar agar diadakan pertemuan bagi membincangkan keadaan politik semasa negara dan membincangkan proses peralihan kerajaan secara aman, dan syor diadakan sidang khas Parlimen hari ini, yang dikemukakan dua hari kemudian.

Sasaran 16 September dan 23 September sudah pun berlalu.

Sambil menegaskan masih mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi, Anwar berkata, beliau tidak boleh dengan sewenang-wenangnya membentuk kerajaan disebabkan adanya bilangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam jumlah yang memadai untuk melompat parti.

“Saya tidak boleh pergi dan mengetuk pintu di Putrajaya, mengatakan saya mempunyai jumlah wakil yang mencukupi. Ini merupakan proses perundangan dan perlu mematuhi Perlembagaan Persekutuan, justeru ia akan mengambil sedikit masa tetapi akan bermula dengan pertemuan bersama Dollah (Abdullah),” katanya.

Kata Anwar, bagi mengelakkan ketidakstabilan politik, pembentukan kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan akan dibuat menerusi Parlimen.

“Saya masih berharap untuk menemui Abdullah untuk perundingan.

“Apabila ia berlaku, perkara-perkara lain yang berkaitan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri boleh dibincangkan. Kami mempunyai bilangan (wakil rakyat BN).

“Kerajaan (pimpinan BN) lemah dan kini mengenakan undang-undang kejam ke atas rakyat. Ekonomi berada dalam krisis.

“Saya mahu bertemu dan berkongsi idea bagaimana hendak membincangkan masalah-masalah negara. Beliau tidak akan mengalami kerugian jika bertemu kami,” katanya.

Anwar juga menolak saranan supaya pihak ketiga menggerakkan pertemuan beliau dengan Perdana Menteri.

Katanya, usaha pihak ketiga tidak diperlukan dalam hal tersebut.

Terdahulu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua ketika dihubungi berkata, Pakatan Rakyat akan terus memastikan peralihan kuasa akan berlaku pada tarikh tersebut walaupun sidang Parlimen tergempar bagi membolehkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri ditolak.

“Kita sasarkan peralihan kuasa secara aman akan berlaku sebelum hari raya nanti.

“Ataupun satu persefahaman ke arah itu (peralihan kuasa) akan dapat dicapai pada 1 Oktober nanti,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, Pakatan Rakyat sedang mengatur satu rundingan dengan wakil Perdana Menteri bagi membincangkan mengenai perlihan kuasa antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

“Perdana Menteri enggan menemui kita, jadi kita akan berusaha untuk berurusan dengan pegawai-pegawainya untuk berbincang.

“Kami percaya melalui perbincangan kita dapat membentuk kerajaan dalam keadaan aman,” katanya.

Ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai perancangan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agung bagi memohon perkenan membentuk kerajaan baru, beliau berkata, perkara itu perlu diuruskan dengan cara terbaik.

“Sebelum kita mengadap Yang di-Pertuan Agung, lebih baik kita selesaikan dengan rakyat biasa dahulu,” katanya.

KUASA TERLETAK DITANGAN RAKYAT? KALAU BETUL, APSAL RAKYAT AJE YANG SELALU JADI MANGSA? RAKYAT NAK TUKAR KERAJAAN, TURUN HARGA MINYAK, TURUNKAN HARGA BARANGAN KEPERLUAN, NAK MINTA PARLIMEN BERSIDANG, NAK JUMPA PERDANA MENTERI… SEMUA… SEMUA NI TAK DAPAT2!! HABIS MANA DIA KUASA RAKYAT?  DSAI DUK “JAJA”, KLING! KLONG!!..KLING! KLONG!! KONON KATA ‘KATAK2’ DAH CUKUP UNTUK MELOMPAT…. “CROSS” MAI PAKATAN RAKYAT. SAMPAI HARI NI SE EKOR KATAK PUN TAK NAMPAK BIJI MATA LAGI!… DARIPADA PULUHAN ‘KATAK’ YANG DICANANG, TAKKAN LA TAK BOLEH “EXPOSE” BEBERAPA EKOR.. UNTUK MENTENTERAMKAN HATI RAKYAT? SOKONG, SOKONG JUGA.. TAPI NI DAH LEBIH!! SOKONGAN RAKYAT TERHADAP KAMU KERANA INGINKAN PERUBAHAN, DAN INI BUKAN SALAH SATU KRITERIA YANG DIHARAPKAN OLEH RAKYAT. AWAT TAKUT SANGAT NAK TAMPILKAN DIRI? ALASAN TAKUT KENA ISA? MAK AIH … KALAU KENA PUN KEJAP SAJA, BUKAN KE DAH NAK TUKAR KERAJAAN? DUK DALAM ISA PUN KALAU MELOMPAT, DIKIRA MELOMPAT JUGA. ITUPUN MUSTAHIL BAGI PAK DOL NAK SUMBAT “KATAK” DALAM ISA. KESIMPULANNYA, TAK BOLEH PAKAI KE DSAI NI? HARAPNYA KITA TIDAK SILAP DALAM MEMILIH “BOSS” UNTUK MEMIMPIN.. KEBANGKITAN KUASA RAKYAT! – AKU SERING SALAH PILIH; TAPI  SETIAP KEPUTUSAN MESTI RASIONAL. SOKONG JANGAN SAMPAI MEMBAWA REBAH.. BANGKANG JANGAN SAMPAI TERKANGKANG!!


5 Responses to “ANWAR BERDALIH LAGI.. DAN LAGI..”


  1. 1 S.A.M
    24 September,2008 at 6:12 am

    KUASA TERLETAK DITANGAN RAKYAT?

    @) Memang betul. Yg dinama Kerajaan itu Rakyat. Yg dinama BN/Umno itu Parti bukan Kerajaan.

    APSAL RAKYAT AJE YANG SELALU JADI MANGSA?

    @) Dah lumrah rakyat jadi mangsa Politikus.

    NAK JUMPA PERDANA MENTERI… SEMUA… SEMUA NI TAK DAPAT2!!

    @) Kena ‘proper channel’. (undertable)

    HABIS MANA DIA KUASA RAKYAT?

    @) Waktu Undilah.

    DSAI DUK “JAJA”, KLING! KLONG!!..KLING! KLONG!!

    @) Biasalah tu, Sandiwara siBadut PKR/PR.

    KONON KATA ‘KATAK2′ DAH CUKUP UNTUK MELOMPAT…. “CROSS” MAI PAKATAN RAKYAT. SAMPAI HARI NI SE EKOR KATAK PUN TAK NAMPAK BIJI MATA LAGI!… DARIPADA PULUHAN ‘KATAK’ YANG DICANANG, TAKKAN LA TAK BOLEH “EXPOSE” BEBERAPA EKOR..

    @) Prince Charming kehilangan ciuman Princess sebab perigi Buta dah tak wujud lagi.

    AWAK TAKUT SANGAT NAK TAMPILKAN DIRI? ALASAN TAKUT KENA ISA?

    @) Dah SAH tu takut pd bayangan sendiri.

    TAK BOLEH PAKAI KE DSAI NI?

    @) Begitulah siPakar Ributan membuat belbagai peranan utk mengelabui mata penyokongnya.

    HARAPNYA KITA TIDAK SILAP DALAM MEMILIH “BOSS” UNTUK MEMIMPIN..

    @) “BOSS” why not “ASSHOLE”…

    KEBANGKITAN KUASA RAKYAT!

    @) Tetap senantiasa ada jgn khuatir

    AKU SERING SALAH PILIH

    @) Tak kan pilih BINI pun salah Daeng. RELAK…….!

    TAPI SETIAP KEPUTUSAN MESTI RASIONAL.

    @) Dan ‘FIRMNESS’.

  2. 2 S.A.M
    24 September,2008 at 6:28 am

    My point of view, DSAI.

    He is craving for power and does not realize that possessions give no satisfaction; He says he has enemies, or that those whom he loves do not love him. There are a thousand excuses for unhappiness that the reasoning mind will make.

    The man who does not know the secret of happiness often develops avarice. He wants thousands, and when he gets them they do not satisfy him and he wants powers and still he is not satisfied; he wants more and more. If you give him your sympathy and service he is still unhappy; even all you possess is not enough, even your love does not help him, for he is seeking in a wrong direction, and life itself becomes a tragedy.

  3. 3 Musafir Kelana
    24 September,2008 at 7:08 am

    Salam.

    Raktamrittika,

    Hmmm…entahlah….

    Aku harap jangan jadi pi mai pi mai tang tu dah lah….

    Aku pun tak suka harap2 akhirnya tertiarap.

    Silalah nyanyi sendiri lagu yang kutitipkan di bawah ini (asalnya dari dendangan Raja Ema tapi telah kucilok untuk melayan hati sendiri…)

    Tunggu2 nanti2 masih belum bertemu
    Hari2 yang berlalu meningkat usiamu
    Pilih pemimpin bukannya mudah
    Asyik berangan tak jadi nyata
    Angan2 hanya indah di khayalan
    Punyai kerajaan baru sukar sungguh….

    Wassalam.

  4. 4 Raktamrittika
    24 September,2008 at 9:36 am

    Salam.

    SAM dan MK;

    Aku pun harap saja, kalau jadi ok. Tak jadi.. ko.

    Mana2 pun kita kena teruskan hidup gak.

    Wassalam

  5. 5 rockers
    24 September,2008 at 7:56 pm

    Hohoho..kalau tak jadi mampus bang.. Kena tunggu PR-13. Lambat bang.
    Aku dah tak tahan ni. Tolong bang. Dahaganya aku..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: