23
Sep
08

PENGKHIANAT, PETUALANG, PENDERHAKA.. LAGI APA?

Muhammad: Anggota MT bocor maklumat petualang dalam Umno

SUNGAI BESAR: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini menyifatkan mana-mana anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang membocorkan sebarang maklumat perbincangan tertutup mesyuarat MT kepada pihak luar sebagai petualang. Beliau berkata sebagai anggota MT mereka sepatutnya perlu berpegang kepada etika dan tatasusila ketika menghadiri mana-mana mesyuarat sama ada di peringkat MT atau negeri.

“Kalau kita bocorkan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat bermakna kita boleh dikategori sebagai petualang. “Perangai petualang harus tidak ada pada pemimpin dalam parti kita kerana perbuatan ini jijik dan memalukan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 71 penduduk di Sungai Panjang di sini, yang rumah mereka rosak dilanda ribut semalam.

Muhammad berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar Berita Harian hari ini yang memetik kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang menyelar tindakan anggota MT membocorkan maklumat dan menyifatkannya sebagai tidak amanah. BERNAMA

EDIT: Tambahan berita.

DISEBABKAN MUHAMMAD MOHD TAIB NI DUNGU DAN TIDAK EFEKTIF SANGAT BUAT KERJA, MENGAMPU DAN BERPOLITIK MURAHAN SAHAJA YANG DIA PANDAI MAKA:

SELEPAS enam bulan berehat daripada jawatan dalam kerajaan, bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman membuat kemunculan semula apabila dilantik sebagai Penasihat kementerian berkenaan.

Pelantikan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lalu. Wartawan Berita Harian, MOHAMED FARID NOH menemu bual Zainal Abidin mengenai tugas, tanggungjawab dan wawasannya berikutan pelantikan itu.- BERITA HARIAN

YANG MELAWAN MEREKA DARI LUAR DIANGGAP PENGANCAM KESELAMATAN NEGARA. YANG MENENTANG DARI DALAM DILABEL SEBAGAI PETUALANG, PENGKHIANAT. YANG BERBLOG MENGKRITIK MEREKA DICOP PENDERHAKA MALAH ADA YANG DISELAR ‘EVIL’ OLEH PEMIMPIN2 KERAJAAN. LAGI ISTILAH APA LAGI YANG BOLEH DIFIKIRKAN OLEH MEREKA, UNTUK MEMBERI IMEJ NEGATIF KEPADA PARA PENENTANG? SIKAP TIDAK BOLEH DITEGUR DAN DINASIHATI SEBEGINI, MELUAS DAN MENULAR KE SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT. NAMA MANJA “FANATIK” DIGUNAPAKAI MENDIFINISIKAN GOLONGAN INI. KALAU DIKATAKAN “BODOH-SOMBONG”, “BARUA”,”TALIBARUT”, “PENCACAI”, ” KHADAM”, “HAMBA ABDI” ATAU “GILA BABI” DIANGGAP TERLALU KASAR. DALAM KHALAYAK BLOGGER PUN RAMAI MANUSIA SEBEGINI, HUJAH ILMIAH MEREKA DANGKAL DAN TERPESONG. NASIHAT DAN TEGURAN MEMBINA TIDAK DISERAP SECARA BAIK. MAKANYA UNTUK MENGABURI KETANDUSAN INTELEKTUALITI (BACA:TAHAP IQ & EQ) MEREKA, TERPAKSALAH MEREKA INI SEMBERONO MENGHENTAM DAN MENFITNAH SERTA MENUDUH ORANG!! BERTEMPIK, BERSORAK, MEMAKI-HAMUN TAK KENAL MASA, TEMPAT DAN TANPA TUJUAN PULA?.. APALAGI HARUS DIKLAFSIFIKASIKAN MEREKA INI. AKU DENGAN INI MEMAAFKAN MEREKA KERANA TERNYATA MEREKA GOLONGAN “PESAKIT JIWA” DAN “KURANG SIUMAN”..a.k.a…GILA! (KHAS UNTUK KERAJAAN RAKYAT)


7 Responses to “PENGKHIANAT, PETUALANG, PENDERHAKA.. LAGI APA?”


  1. 1 sesumpah@pokka.com
    23 September,2008 at 12:59 am

    yg ni aku yang kata,
    bukan orang yang kata tapi aku yang kata…

    “CERDIK TAK BOLEH TUMPANG,BODOH BERTAMBAH BANGANG…!!!”

  2. 2 Raktamrittika
    23 September,2008 at 1:01 am

    Salam
    sesumpah!

    Alamak geng… kira ok gak pantun dua kerat ko tu!! kui kui!!

    Rajin sungguh ko menyelongkar dlm blog aku hari ni, terima kasih banyak bro.

  3. 3 Musafir Kelana
    23 September,2008 at 1:11 am

    Salam.

    Sahabatku Raktamrittika,

    Sabaq…sabaq… nooo….

    Dalam UMNO, ada berbagai spesis manusia yang boleh diklasifikasikan mengikut jenis2 kaki mereka:

    1- ada kaki besi yang tak boleh ditegur (big2 boss depa yang tak makan saman tu),
    2- ada kaki bangku kayu yang tak cukup pelajaran, ajar macam mana pun memang depa tak boleh nak pandai (golongan yang tak cukup ilmu tapi nak jadi pemimpin),
    3- ada kaki plastik yang bermuka ‘plastik’ yang suka berpura2 baik depan orang tapi di belakang kita, mak aih…mengalahkan perangai lanun2 Somalia tu….(banyak juga terdapat di kalangan mereka termasuklah di kalangan boss2 mereka)
    4- ada kaki ‘ayam’ yang suka berkokok tak kira masa yang suka mencanang2kan kebaikan diri sendiri dan mencari2 kesalahan orang lain (cthnya: si penama dalam artikel kat atas tu)
    5- ada kaki kaca yang sekarang kedudukan mereka dalam UMNO boleh dikira sudah hancur lebur bagai kaca yang terhempas dan menunggu masa sahaja untuk dimuziumkan dari persada politik tanahair (cthnya: si Najib TPM walaupun kununnnya bakal dilantik sebagai PM, namun penerimaan rakyat terbanyak terhadapnya sangat rapuh dan goyah lebih2 lagi setelah beliau dibabitkan sama dalam skandal pembunuhan seorang wanita Mongolia yang sedang dibicarakan di mahkamah hingga ke hari ini)
    6- ada kaki bodek yang hanya tahu membodek dan mengampu atasan2 mereka terutamanya untuk mendapatkan imbuhan2 projek dsb.
    7- ada kaki tidur yang selalu terlelap tak kira masa (cthnya: si Dollah PM yang terkenal dengan hobi beliau yang suka zzzzzz tu)

    Dan banyak lagilah kaki2 yang lain yang tak payahlah aku sebut semuanya untuk menggambarkan betapa ‘meriahnya’ parti UMNO dengan aneka jenis kaki mereka sehinggakan rakyat pun sudah naik muak dan jelak bila melihat kaki2 ini sibuk dok jaga kaki2 mereka sendiri sedangkan kaki2 rakyat jelata sudah menjadi semakin kurus dan hampir2 tinggal tulang saja sekarang ni.

    Inilah bahana yang terpaksa dipikul rakyat jelata kerana membenarkan kaki2 UMNO yang semakin bertambah kegemukannya itu untuk merampas hasil2 mahsul milik rakyat demi kekenyangan perut mereka dan kaki mereka semata2.

    Akhir kalam, semoga hang jangan lupa basuh kaki sebelum tido nooo…

    Wassalam.

  4. 4 Raktamrittika
    23 September,2008 at 1:16 am

    Salam

    Sahabatku Musafir Kelana:

    PERGHHHHHH!!!!!! Aku memang respek la kat hang punya kapla hotak!
    Aku ambik komen ni publish ok!?

    Ala ko tak bagi pun aku ambik jugak…! Hehe!

    Wassalam.

  5. 5 Musafir Kelana
    23 September,2008 at 1:29 am

    Salam.

    Sahabatku Raktamrittika,

    Hehehe… Terimakasihlah kalau hang suka dengan komen aku tu.

    Kalau hang nak publish pun aku tak kisah, lagi berbesar hati ada lah.

    Wassalam.

  6. 6 S.A.M
    23 September,2008 at 5:46 am

    Daeng nampaknya ‘sambil selam minum ayer’ (KHAS UNTUK KERAJAAN RAKYAT). Bertenang!.

  7. 7 Raktamrittika
    23 September,2008 at 6:03 am

    Salam MK dan SAM:

    Aku sakit hati sangat bukan apa, sebab kununnya (hehehe), KR tu berjuang untuk rakyat, sedia menerima hujah dan pendapat yang bertentangan. Aku amat yakin, kebanyakkan komentar2 negatif seperti dari Budak Matang Pauh tu diluluskan kerana budak hingusan tu senang dibelasah. Tak ada hujah2 yang bernas.. main bantai aje. DAN.. komen2 menyokong mereka pula ada yang dihantar sendiri oleh mereka, aku tahu sebab sebelum hari ini aku diberi peluang akses kepada laman moderator sebagai contributor.

    KR cuba “melariskan” lamannya seperti MYKMPU.. dengan cara menjadi jaguh bebal blogger2 PR. Cuba korang analisa balik isu2 dan komentar dari pihak admin KR, kekadang tu BODOH tahap CIPAN!! Aku yakin Sofi tu cerdik juga, walau bahasa Inggerisnya hancus. Tetapi beberapa orang moderator yg dilantiknya tu mungkin budak TAK SEKOLAH! Susah nak jumpa komen2 “bernas” yang berlandaskan ilmu seperti yang kamu berdua buat.

    Wassalam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: