23
Sep
08

KULI.. NAK MATI BERAGAM?

Ku Li yakin dapat cukup pencalonan tanding Presiden Umno

KUALA LUMPUR:Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau yakin akan mendapat pencalonan yang cukup untuk membolehkannya bertanding merebut jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini.

Tengku Razaleigh yang juga Anggota Parlimen Gua Musang berkata beliau membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan itu setelah mendapat maklumat balas dan sokongan daripada anggota akar umbi.

“Saya tidak boleh memberitahu apa strategi saya sekarang sebab ia akan menjejaskan peluang saya dalam pemilihan parti.

Insya-Allah saya akan dapat pencalonan yang cukup,” katanya pada sesi dialog dengan beberapa pengendali blog di rumahnya di sini malam tadi.

Pada 20 Mac lepas, Tengku Razaleigh melahirkan hasratnya bertanding sekali lagi bagi jawatan Presiden Umno pada persidangan agung parti Disember ini. Pada pemilihan parti pada 1987, beliau mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan Presiden Umno tetapi tetapi tewas dengan 43 undi.

Mengulas mengenai keadaan Umno pada ketika ini, Tengku Razaleigh berkata untuk memperkasa dan mengembalikan imej Umno, parti itu perlu menerima dengan terbuka pimpinan dari golongan muda.

“Dengan keterbukaan kepada golongan muda dan orang baru, Umno akan mendapat harapan baru dan mendapat idea yang baru,” katanya.BERNAMA

BUDAYA GILA KUASA DALAM UMNO NI SEMEMANGNYA SUDAH JADI SEBATI DAN BERPASAK DISETIAP HATI NURANI PEMIMPIN DAN AHLI2NYA. SETELAH “BERJAYA” MENGHARAMKAN UMNO LEBIH 2O TAHUN LEPAS, KINI ANAK RAJA TUA DARI KELANTAN INI MASIH LAGI BERANGAN2 MENJADI PM. GOLONGAN PEMIMPIN YANG SELAMA INI ‘TERSISIH’ (BACA:REJECT) DIBAWAH PEMERINTAHAN KUKU BESI CHE DET, KINI KEMBALI DENGAN “GARANG” WALAU SUDAH KETIADAAN TARING..( GIGI PUN TINGGAL TAK BANYAK!)  KELEMAHAN PAK DOL MEMBOLEHKAN GOLONGAN VETERAN INI “PASANG BADAN” SEMULA. AKU TIDAK RASA YTM KU LI INI MEMPUNYAI PENGARUH WALAU UNTUK MENANG PENCALONAN DARI KETUA2 BAHAGIAN UMNO KELANTAN, APATAH LAGI PERINGKAT NASIONAL. UMNO NEGERI YANG KINI DITERAJUI, PEMBODEK NO.1 PAK DOL DI KELANTAN TELAH SEBULAT SUARA MENYOKONG KEPIMPINAN PAK DOL DAN PELAN PERALIHAN KUASA YANG DIPERSETUJINYA DENGAN NAJIB. TINDAKAN KU LI  KALI INI LANGSUNG TIDAK MENDAPAT DOKONGAN DI NEGERINYA SENDIRI. OLEH ITU TIDAK  KETERLALUAN MENGATAKAN DIA HANYA MENEMPAH AIB DAN MALU. TIDAKKAH LEBIH ELOK DIA BERSARA TERUS DAN DUDUK DIAM2 SEBAGAI PEMERHATI SAJA? CARA ITU PADA HEMAT DAN PENDAPAT AKU LEBIH TERHORMAT KHUSUSNYA UNTUK DIKENANG GENERASI AKAN DATANG. BERBANDING DARIPADA TERUS DIINGATI SEBAGAI SEORANG ANAK RAJA YANG MATI BERAGAM, KEMPUNAN JAWATAN PM!! ITUPUN KALAU MELAYU TAK MUDAH LUPA…


2 Responses to “KULI.. NAK MATI BERAGAM?”


  1. 1 sesumpah@pokka.com
    23 September,2008 at 12:46 am

    kesian kat org tua ni,
    dh memang tak dak jodoh kot dia dgn kerusi empuk tertinggi tu..
    takpa la Tengku,suruh la sapa2 tolong pi order kerusi hat mcm paklah dduk tu kat medan,
    rasanya depa beli kerusi tu kat sana la…
    sapa imam kawasan dia ni gang?
    suruh la imam tu ajak anak raja gua musang ni byk duduk atas sejadah atau kapet masjid kawasan dia tu…

  2. 2 S.A.M
    23 September,2008 at 5:30 am

    Mudah2an Ku Li tercapai cita2nya jadi PM dlm seumur hidupnya. Sejak dikalahkan CheDet. Amen…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: