23
Sep
08

KAKI.. KAKI..KAKI..

Dalam UMNO, ada berbagai spesis manusia yang boleh diklasifikasikan mengikut jenis-jenis KAKI mereka:

1. Ada KAKI BESI – yang tak boleh ditegur (big2 boss depa yang tak makan saman tu),

2. Ada KAKI BANGKU KAYU – yang tak cukup pelajaran, ajar macam mana pun memang depa tak boleh nak pandai (golongan yang tak cukup ilmu tapi nak jadi pemimpin),

3.  Ada KAKI PLASTIK –  yang bermuka ‘plastik’ yang suka berpura2 baik depan orang tapi di belakang kita, mak aih…mengalahkan perangai lanun2 Somalia tu….(banyak juga terdapat di kalangan mereka termasuklah di kalangan boss2 mereka)

4.  Ada KAKI “AYAM” – yang suka berkokok tak kira masa yang suka mencanang2kan kebaikan diri sendiri dan mencari2 kesalahan orang lain (cthnya: ayam2 yang nak bertanding dalam parti cap ayam bulan Disember ni)

5.  Ada KAKI KACA – yang sekarang kedudukan mereka dalam UMNO boleh dikira sudah hancur lebur bagai kaca yang terhempas dan menunggu masa sahaja untuk dimuziumkan dari persada politik tanahair (cthnya: si Najib TPM walaupun kununnnya (suranggani’s style)  bakal dilantik sebagai PM, namun penerimaan rakyat terbanyak terhadapnya sangat rapuh dan goyah lebih2 lagi setelah beliau dibabitkan sama dalam skandal pembunuhan seorang wanita Mongolia yang sedang dibicarakan di mahkamah hingga ke hari ini)

6. Ada KAKI BODEK – yang hanya tahu membodek dan mengampu atasan2 mereka terutamanya untuk mendapatkan imbuhan2 projek dsb.

7. Ada KAKI TIDUR – yang selalu terlelap tak kira masa (cthnya: si Dollah PM yang terkenal dengan hobi beliau yang suka zzzzzz tu )

Dan banyak lagilah kaki2 yang lain yang tak payahlah aku sebut semuanya untuk menggambarkan betapa ‘meriahnya’ parti UMNO dengan aneka jenis kaki mereka sehinggakan rakyat pun sudah naik muak dan jelak bila melihat kaki2 ini sibuk dok jaga kaki2 mereka sendiri sedangkan kaki2 rakyat jelata sudah menjadi semakin kurus dan hampir2 tinggal tulang saja sekarang ni.

Inilah bahana yang terpaksa dipikul rakyat jelata kerana membenarkan kaki2 UMNO yang semakin bertambah kegemukannya itu untuk merampas hasil2 mahsul milik rakyat demi kekenyangan perut mereka dan kaki mereka semata2.

Akhir kalam, semoga hangpa jangan lupa basuh kaki sebelum tido nooo…

Sumber: komentar bernas/ bukan cap siam dari: MUSAFIR KELANA

APABILA SESUATU PERBUATAN ATAU AKTIVITI, SERING SANGAT KITA LAKUKAN DAN MENJADI RUTIN MAKA KITA DI ANGGAP SEBAGAI KAKI. BANYAK KAKI YANG TERDAPAT DIDUNIA NI TAPI JADILAH KITA KAKI2 YANG BAIK DAN BERFAEDAH MACAM KAKI SOLAT, KAKI DERMA (DERMAWAN), UBAT CAP KAKI TIGA DSB.🙂


11 Responses to “KAKI.. KAKI..KAKI..”


  1. 1 rasasayang79
    23 September,2008 at 4:58 am

    bila dah jadi kaki, ianya dah jadi macam darah daging.. payah juga nak ubah!

  2. 2 S.A.M
    23 September,2008 at 5:52 am

    Aku rasa lebih baik jadi Kaki Perempuan, Kaki Mabuk, Kaki Ekor(nombor) asalkan bukan Kaki2 yg anda sebutkan diatas.

  3. 3 Musafir Kelana
    23 September,2008 at 6:25 am

    Salam.

    rasasayang79,

    Memang payah nak ubah pun. Camna kalau kita suruh depa tu cabut aje ler kaki depa yang ‘busuk’ tu dan ganti dengan kaki baru cthnya kaki palsu, biar padan muka depa tu, ada kaki tak nak guna baik2 untuk buat kebajikan. Hehehe…

    S.A.M,

    Aku setuju dengan hang. Daripada dok guna kaki untuk menipu dan memutarbelitkan orang, lebih baik guna kaki buat hal sendiri2, jadi tak dok sapa nak marah kat kita kan?

    Wassalam.

  4. 4 Raktamrittika
    23 September,2008 at 7:59 am

    SALAM

    Para sahabat!

    Kaki selalu di “anaktirikan” berbanding anggota tubuh yang lain, kenapa? Sebab ia dibawah kah? Cuba bayang kalau kaki diatas?.. saja je ni… takde modal!

    Wassalam

  5. 5 Musafir Kelana
    23 September,2008 at 3:41 pm

    Salam.

    Raktamrittika,

    Memang betul kaki selalu dipandang remeh dari anggota2 tubuh yang lain, lebih2 lagi kalau kaki yang berkematu atau bercagu.

    Tapi, ada satu lagi anggota yang lebih dipandang rendah berbanding dengan kaki iaitu dubur di bahagian belakang tubuh manusia. Orang selalu menganggapnya sebagai jijik dan kotor malah diibaratkan tidak lebih sebagai lubang jamban sahaja fungsinya.

    Sebab itu jika kita perhatikan, manusia cenderung menjaga dan membelai bahagian2 yang lain contohnya bahagian muka dan tangan mereka. Sehingga ada sesetengahnya sanggup berhabisan ribuan ringgit demi melakukan rawatan2 kecantikan dan penjagaan pada bahagian2 tubuh yang dirasakan penting bagi mereka. Padahal cuba bayangkan bagaimana jadinya kalau kita ‘tidak diizinkan’ Tuhan untuk menggunakan bahagian dubur kita selama beberapa ketika, bukankah parah jadinya nanti?. Mungkin sehari dua tu bolehlah tahan tapi kalau dah seminggu tak boleh nak qada’ hajat besar, maunya tak sakit seluruh badan…, silap2 haribulan boleh masuk hospital gamaknya!

    Jadi, “moral of the story” ialah:

    1. kita hendaklah sentiasa bersyukur kepada Allah dan berlaku adil kepada seluruh anggota tubuh badan kita kerana semuanya adalah nikmat pemberian Allah untuk kita gunakan sebaik2nya bagi mentaati segala perintahNya serta menjauhi segala laranganNya. Mudah-mudahan kita akan diterima sebagai hamba sejati di sisiNya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

    2. Selain itu, kita juga perlu faham bahawa prinsip keadilan yang sama juga perlu dipraktikkan dalam kehidupan bermasyarakat kita sehari2 di mana setiap individu perlu memainkan peranan penting ke arah memastikan kesejahteraan dan kestabilan dalam sesebuah komuniti itu. Bahkan sebenarnya, setiap orang samada dari kalangan atasan atau bawahan secara tidak langsung memberikan sumbangan masing2 kepada pembangunan sesebuah masyarakat dalam bentuk yang melingkungi tugas dan peranan mereka yang tertentu.

    3. Justeru itu, kita tidak boleh memandang rendah terhadap kelompok2 yang dianggap sebagai golongan bawahan dalam masyarakat, umpamanya mereka yang bekerja dalam majlis2 perbandaran sebagai tukang cuci, tukang sapu dan sebagainya. Bukankah tanpa mereka kita tidak mungkin dapat menikmati suasana persekitaran yang bersih dan menyihatkan di setiap pelusuk bandaraya kita?

    4. Maka, begitulah konsep keadilan dalam Islam yang tidak membeza2kan antara sesama insan kerana di mata Allah manusia adalah sama kedudukannya dan yang menentukan tinggi atau rendahnya martabat mereka di sisi Allah adalah keimanan mereka semata2.

    Wassalam.

  6. 6 Musafir Kelana
    23 September,2008 at 3:48 pm

    Salam Raktamrittika,

    sorry ya terhantar 2x komen tadi.

    Harap maklum.

  7. 7 Raktamrittika
    23 September,2008 at 8:26 pm

    Salam.

    Musafir Kelana

    Cerita pasal kaki ni, ko dah baca satu lawak pramugari dengan ustaz dalam tandas Kapal terbang?

    Kalau dah baca pun ko baca juga lah..

    Diriwayatkan:

    Dalam satu penerbangan menuju ke TAIWAN, seorang pramugari terlihat seorang Ustaz sedang membasuh kakinya didalam sinki tandas. Lantas dengan muka menyinga si gadis cantik menegur, ” Encik!! Apa yang encik buat tu? Nanti kotorlah sinki tu!! Itu bukan tempat basuh KAKI! Basuh tangan dan muka bolehlah!… encik ni tak pernah naik kapalterbang ke?”

    Ustaz berkenaan yang sudah agak lanjut usia hanya tersenyum seraya bertanya, ” Cik ni Islam ke? Berapa kali cik basuh muka dalam sehari?”.

    Selepas berfikir sejenak, si pramugari menjawab, “Eh encik ni kenapa? Ya saya islam.. dan… err…. saya basuh muka 2 kali sehari setiap pagi dan selepas makan tengahari, saya perlu kelihatan cantik sepanjang masa!”.

    “Kalau begitu… kaki saya ni lebih bersih dari muka cik… sebab saya wuduk 5 kali sehari dan mandi sekurang-kurang 3 kali!! Lagi satu.. cuba ‘check’ balik.. betul ke cik tu islam, Assalamualaikum!”… jawab ustaz sambil berlalu ke tempat duduknya.

    Pramugari?…KO PIKIR LA SENDIRI!!

    Wassalam

  8. 23 September,2008 at 8:40 pm

    ada lagi satu kaki yang hang terlupa………
    kaki pukul……………
    hehehehehe

  9. 9 Musafir Kelana
    24 September,2008 at 1:09 am

    Salam.

    Raktamrittika,

    Ya, aku dah ada terbaca kalau tak silap aku dalam Surat Khabar Sinar Harian.

    Wawa,

    Betul tu memang ada kaki pukul pun, tapi kalau kita sebut2 sangat kan depa hantaq kaki pukul bantai kita pulak. Hehehe…

    Wassalam.

  10. 10 Musafir Kelana
    24 September,2008 at 7:27 am

    Salam.

    Raktamrittika,

    Aku nak tanya hang betui ke gambaq perempuan berkaki 3 kat atas tu, benar2 wujud ke atau trick gambaq je tu?

    Thanks.

  11. 11 Raktamrittika
    24 September,2008 at 9:45 am

    Salam MK;

    Ntah! aku pun tak tau betoi ka tak yg tu…. tapi budak bangsa india tu BETOI!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: