22
Sep
08

UMAT ISLAM MUNDUR- PM MALAYSIA

PM: Umat Islam perlu hayati al-Quran cari ilmu pengetahuan

JOHOR BAHARU: Kegagalan umat Islam menghayati ajaran al-Quran yang mahukan umatnya mencari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang merupakan punca kepada kemunduran mereka berbanding bangsa lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kegagalan untuk menghayati ajaran kitab suci itu turut menyebabkan negara Islam masih dibendung gejala kemiskinan manakala rakyatnya dibelenggu masalah buta huruf.

“Umat Islam perlu mencontohi umat Islam pada zaman silam yang berjaya menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dalam bidang seperti perubatan, sains astronomi, matematik dan pelbagai bidang lain.

“Jika kita menuruti ajaran al-Quran yang menitikberatkan penguasaan ilmu pengetahuan di kalangan umatnya, tidak mustahil jika kita dapat mengembalikan zaman kegemilangan Islam,” katanya.

Abdullah berkata demikian ketika berucap pada majlis Tadarus al-Quran anjuran Badan Perhubungan Umno Johor di kediaman rasmi Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Pemimpin lain yang hadir adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Perdana Menteri berkata, manusia yang tidak menguasai ilmu pengetahuan dan kepakaran diibaratkan sebagai “orang yang sentiasa berada di dalam ketakutan dan kegagalan.”

Selepas majlis Tadarus al-Quran itu, Abdullah dan pemimpin Umno Johor serta anggota Umno bersamasama menghadiri majlis berbuka puasa, sebelum menunaikan solat Maghrib dan Tarawih. BERNAMA

DAH BUANG TABIAT APA PM KITA NI? UMAT ISLAM SEKARANG LEBIH MUNDUR DARI BANGSA2 LAIN? UMAT ISLAM YANG MANA TU DATUK SERI? ISLAM HADHARI YANG IMAMNYA PAK DOL TU KE? KECIK HATI AKU BACA ARTIKEL DIATAS, BILAMANA SEORANG PEMIMPIN NEGARA ISLAM(?), MEMPERLEKEHKAN UMATNYA SENDIRI. AJARAN AL-QURAN BUKAN SETAKAT MENITIKBERATKAN PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN SEMATA2 PAK DOL! MALAH ASAS YANG LEBIH DARIPADA ITU ADALAH SEBAGAI PANDUAN KEARAH MENGAMALKAN AJARAN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP (AD-DINN). BUKAN SEKADAR BERLAGAK ALIM DI HADAPAN MASYARAKAT, TETAPI PADA MASA YANG SAMA, SEGALA KEBATHILAN DAN KEROSAKAN AKIDAH ISLAMIYYAH DIPERINGKAT INDIVIDU, KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA DI ABAIKAN. DATUK SERI SENDIRI SEUMPAMA KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS, SEDANG DIRI SENDIRI “MENGIRING”!! MALAH ISLAM HADHARI YANG DIPERJUANGKAN OLEH DATUK SERI, DIPERAKUI SESAT…  Islam Hadhari di Malaysia, Hazaa Dhalal, Wa Yudhil (ianya sesat dan menyesatkan) “. SHEIKH DR. WAHBAH ZUHAILI (AL-AZHAR). MALAH BELIAU MENEGASKAN, “Islam Hadhari ini sesat dan ia menyesatkan satu dunia. Ia merosakkan umat Islam.” SEHINGGAKAN BELIAU MENYINDIR MALAYSIA, “Islam Hadhari hanya disukai oleh Amerika sahaja, kerana ia bercanggah dengan Islam yang sebenar (hakiki),” ITUPUN TAK FAHAM JUGA LAGI?


13 Responses to “UMAT ISLAM MUNDUR- PM MALAYSIA”


  1. 22 September,2008 at 5:30 am

    salam tuan raktam…

    Islam hdhari ciptaan sendiri belum menuju kemajuan? apakah hasilnya atau baru nak kaji..???

  2. 2 Raktamrittika
    22 September,2008 at 5:36 am

    Salam

    Sedaraku Kulatlapok;

    Hadharah Islamiah yg sebenar mmg baik, tapi bukan FAHAMAN atau Idealogi, cuma pembawaan individu islam tersendiri. Tapi malangnya ia dipolitikkan oleh kaum yang menyimpang ini untuk meliberalkan ajaran islam secara keseluruhan, kononnya lebih praktikal dan saksama. Inilah juga sebenarnya konsep mengHALALkan Kebathilan/ yang HARAM. Kat M’sia ni takde la pulak menHARAMkan yg HALAL mujurnya, kalau tidak PUNAH akidah kita.

  3. 22 September,2008 at 5:53 am

    apalah nak jadi dengan negara ni.. gelabah benar nampaknya!

  4. 22 September,2008 at 11:04 am

    ada, kerajaan ada mengharamkan yang halal.

    antaranya..

    1. mengharamkan sekolah agama rakyat.

  5. 5 semangatmelaka
    22 September,2008 at 2:12 pm

    kalau pemimpin yg mengaku islam tapi merendahkan
    mertabat ugamanya sendiri samalah dgn pak saudaranya
    abdullah bin ubai.

  6. 6 S.A.M
    22 September,2008 at 3:14 pm

    Islam sebenar hanya satu dan ertinya BERSERAH DIRI atau PENYERAHAN tiada Islam Hadhari, Islam Sunni, Islam Wahabbi atau apa nama sekali pun. Jadi pengertian Islam mahu difahamkan betul2. Kebanyakkan makna Islam dianggap maknanya Agama atau Rukun, sebenarnya tidak. Agama itu kepercayaan diri pd sesuatu perkara. Dan diri yg percayakan apa saja pd sesuatu itu adalah agama mereka atau individu misalannya Kristian, Yahudi, Buddha begitu juga Sain- Big Bang, Evolution, Darwin Teori dan lain2. Apabila pengertian Islam dpt dihayati dgn sepenuhnya maka sesaorang itu pertama kali akan dpt majukan diri, setelah dirinya maju baru kemajuan dpt dicapaikan pd keseluruhannya termasok ILMU PENGETAHUAN yg dlm dari segi Al-Quran utk Dunia Akhirat. Dizaman dahulu kejayaan individu sahingga ditaraf antarabangsa bukanlah calang2 orang. Dizaman sekarang pula ramai yg sebaliknya pengetahuan cetek mengenai Islam pd diri sendiri, dah mau menerokai kedunia’an. Dan ramai pula sekadar hanya tahu Syari’at sudah cukup bagi mereka utk Dunia Akhirat.

    Pendekkan cerita kita mahu mendalami pengertian Islam-Berserah diri (PASRAH) pd diri kita terlebih dahulu barulah kemajuan boleh dicapai utk menakluki ilmu kedunia’an.

    Sekain Wasallam….

  7. 7 sesumpah@pokka.com
    22 September,2008 at 7:50 pm

    S.A.M……

    dgn menggunakan Warkah Untuk PakLah sebagai platform,
    apakata hang ‘sekolah’kan PM ‘mayday’ kita ni..
    ala…jgnlah segan2 gang..

    mcmn tuan raktamrittika,
    ok tak ??

  8. 8 Raktamrittika
    22 September,2008 at 8:00 pm

    Salam.

    Sesumpah!

    Haah!!..SAM ko ganyang aje PM poyo tu dalam WUP dia. Pas tu tunggu je ISA ke Akta Hasutan ke, hahaha!… bukan boleh dikritik dia tu!

    Untuk makluman korang, pada hari ini Sofi (atau mungkin bukan dia) KERAJAAN RAKYAT telah REJECT aku dari lamannya kerana komen terbaru aku pagi tadi. Selepas dia membidas tulisan aku secara tidak matang, aku buat komen balas:

    Raktamrittika Says: Your comment is awaiting moderation.

    September 22nd, 2008 at 9:47 am

    Salam.

    Kepada sesiapa yang berkenaan( sebab aku tak percaya Sofi yang membalas komen aku itu)

    Anda menyatakan:

    (qoute)

    Hujah saudara,

    “Amat perlu kita faham bahawa sebarang penyewaan adalah dalam bentuk tahun ke setahun. Bermakna sekurang-kurangnya tempoh yang paling minimum untuk membolehkan dasar ini DITUKAR/DIPINDA adalah genap setahun dari mula-mula ianya dipraktikkan.”

    Akta mana yang saudara gunakan?.

    Saudara tolong pergi/call ke Pejabat Majlis Perbandaran Sepang dan bertanya apakah pertukaran kadar sewaan ini perlu tunggu setahun?. Sila buat kajian dahulu, sebelum menulis.

    Saya harap saudara buat ‘homework’ dahulu sebelum membuat apa-apa kupasan serta memperhalusi dan mempertimbangkan isu ini dengan lebih telus dan tidak semberono membuat komen.(end quote)

    Nampaknya anda telah bersikap tidak matang dalam hujahan anda. Saya telahpun memberikan sebab mengapa dasar ini WAJIB sekurang2nya ditunggu genap setahun.Saya tidak pula menyatakan ianya satu akta.

    Corak penulisan anda yang ekstrim dan defensif tidak akan membantu mengembangkan kredibiliti laman ini. Harap Sofi menegur anda.

    Saya tidak menanggap isu ini terlalu besar dan complicated untuk dikupas. “Homework” yang anda maksudkan hanya untuk student membuat assignment.

    Komentar cuma luahan pendapat, jangan pula dianggap isu peribadi. Seperti kata thekatyusha; we must agree to disagree. Kalau anda ingin menegur/nasihat; maka anda juga haruslah boleh ditegur/nasihat.

    Maafkan saya sekiranya ulasan saya sebelumnya anda anggap sebagai membangkang dan tidak sehaluan dengan pendapat anda.

    Sekiranya anda lihat kupasan2 dan komen2 saya yang terdahulu. Saya ada menyatakan yang saya tidak suka menulis atau komen tentang apa yang saya tidak tahu dan tidak ada input.Cth. artikel berkenaan rezab air bawah tanah di johor.

    Sahabat saya Sofi pernah beritahu yang laman ini di kendalikan oleh 4 orang yang berbeza. Jadi saya memilih untuk berbaik sangka.

    Wassalam.

    KERAJAAN RAKYAT » Blog Archive » Pakatan Rakyat: Membela Atau Mencekik Darah Rakyat?.

    malangnya komen ini tidak disiarkan! Malah bila aku pertikaikan mengapa tidak berani berhujah dengan Ilmiah, dia terus terminate aku!

    Aku sudah mula rasa cuak dengan sikap mulut celupar KR dan budaya samseng yang dibawanya. Kononnya mendokong aspirasi RAKYAT.. tetapi langsung tidak boleh ditegur! Teguran walau sedikit akan dibalas dengan bahasa2 yang amat biadap dan tidak sopan.

    oklah. hanya untuk makluman.

    WASSALAM.

  9. 9 sesumpah@pokka.com
    22 September,2008 at 9:29 pm

    saudara raktamrittika….

    aku turut perasan respon KR terhadap komen hang tu..
    memang agak pelik tindakbalas si pengendali KR hari ni..
    sepertinya org itu tidak mengenali hang sebelum ni..

    KR kelihtan bagaikan dinakhodakan oleh org lain,
    mungkin org baru..
    postingnya kalau hang perasan agak berkurangan kebelakangan ni..
    KR hanya memberi respon terhadap komen2 yg bertentangan dgn pandangan KR saja yg akan memdapat layanan ‘istimewa’ mcm yg hang dapat..
    komen2 dari yg bersependapat dgn artikel KR langsung tidak ada respon balas seperti yg biasa diamalkan oleh saudara sofi…

    ntah apa yg sebenarnya berlaku..
    atau sesuatu telah berlaku ??
    sama2 kita tunggu n nantikan sesuatu yg positif dr pihak KR atau cikgu sofi..
    sabar ya sahabat…

  10. 10 Raktamrittika
    22 September,2008 at 9:35 pm

    Salam Sesumpah,

    Itu la pasal, aku lihat memang berlainan sekali. Terutamanya bila timbul gambar menjolok mata pompuan berbikini tunggang kuda. Heran aku Sofi buat begitu? Tapi tak pe… aku ada tanya dia, tergamak dia buat macam tu hanya kerana berselisih pendapat? Sanggup dia hilang kawan?.. sudahnya dia tak jawab, malah komen aku tu dibuangnya juga. Aku tidak lagi boleh akses KR. Sedih juga.

    Wassalam.

  11. 11 sesumpah@pokka.com
    22 September,2008 at 9:59 pm

    aduh gang..
    sampai mcm tu skali ke?
    awat hang tanya dia tak jawab plak..
    takut bukan cikgu sofi kot..

  12. 12 Musafir Kelana
    23 September,2008 at 12:12 am

    Salam.

    Sahabatku Raktamrittika,

    Apa2pun bersabarlah yo, mungkin di bulan2 poso ni macam2lah dugaannya untuk menguji kesabaran kita.

    Aku pun tak rasa yang komen tu dibuat oleh Sdr. Sofi pasal setelah beberapa lama membaca tulisan2 beliau dalam penulisannya serta komen2nya, aku dapat rasa yang beliau seorang yang penyabar dan bijak mengawal emosi terutamanya bila berhadapan dengan pengomen2 dari pencacai2 UMNO selama ni.

    Biarlah kita berbaik sangka sesama kita agar tali persahabatan tidak akan putus hanya kerana sedikit salah faham lebih2 lagi di bulan yang mulia ini. Ya tak?

    Wassalam.

  13. 13 S.A.M
    23 September,2008 at 5:07 am

    sesumpah@pokka.com

    Belum masa lagi ‘sekolahkan’ PM.

    Daeng Raktamrittika,

    Sudah terima e-mail anda, jgnlah berkecil hati aku juga pernah kena dipulaukan (Ban) dlm leleman CheDet, Anwar, Dr.Siddiq dan lain2. Aku tetap teruskan komen aku. Luahan Hati… Kenyataan dan Fakta2 yg betul….!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: