22
Sep
08

GERAKAN!! KELUAR!!! BARISSSS!!

Keluar BN: Gerakan kumpul input, MCA diminta usah terburu

PULAU PINANG: Gerakan kini dalam proses mendapatkan maklum balas mengenai pandangan anggotanya berhubung kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN).

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, parti itu tidak akan menetapkan tempoh tertentu untuk membuat sebarang keputusan tentang kedudukannya dalam BN.

“Kita tidak menetapkan satu tarikh. Mungkin lebih awal dan mungkin lebih lewat,” kata beliau dipetik Bernama selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata, banyak perkara perlu diteliti antaranya sama ada anggota parti masih menyokong BN, adakah Gerakan akan terus bersama BN dan jika Gerakan keluar BN adakah anggota parti akan terus menyokong Gerakan jika parti meninggalkan BN.

“Kita sedang mendapatkan maklum balas daripada akar umbi dan jika perlu kita akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai meminta parti itu supaya melihat senario politik semasa secara lebih meluas dan tidak terburuburu mengambil keputusan untuk meninggalkan BN, walaupun beberapa pemimpin masyarakat Cina berkecenderungan untuk berfikir ke arah itu.

Beliau berkata, parti komponen kedua terbesar dalam BN itu tidak seharusnya terfikir untuk meninggalkan gabungan itu semata-mata kerana ingin meninggalkannya atau kerana anggotanya marah kepada seorang dua individu yang ada dalam BN, tetapi sebaliknya perlu melihat kepada kesan jangka panjang jika mereka berbuat demikian.

“Sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum seperti Malaysia, memerlukan percampuran bagi mewujudkan suasana aman untuk setiap orang.

“Oleh itu, jika semua parti berasaskan kaum Cina berpihak kepada pembangkang dan hanya parti berasaskan orang Melayu sahaja menjadi parti pemerintah, maka sudah pasti suasana tegang akan wujud di negara ini dan keadaan ini tidak baik untuk perniagaan dan ekonomi.

“Keputusan seperti ini memang indah untuk didengar, tapi majoriti senyap berpendapat kita perlu memikirkan semula keputusan demikian. Saya tidak akan menggalakkan anggota senior terlalu banyak bercakap tentang perkara ini kerana menyedari bahawa sekiranya kita ingin membuat sesuatu keputusan, kita perlu tunggu hingga kepimpinan baru mengambil alih pada 18 Oktober ini,” katanya kepada pemberita di luar Konvensyen MCA Selangor di sini.

MCA akan mengadakan pemilihannya bulan depan bagi memilih Presiden, Timbalan Presiden, empat Naib Presiden dan 25 anggota jawatankuasa pusat.

“CEPAT2 LA KUAR BARISAN, NAIK ROKET, MENUJU KE BULAN, DEMI KEADILAN!!”..  KAPAL KO DAH NAK KARAM, NAKHODA TIDUR, MAIN JIN, TIDO LAGI, MAIN JIN LAGI (BACA:JEANNE).. STERENG KAPAL BAGI “SIL” PEGANG! TAKDE MAKNANYA DAH KO TUNGGU. NAK ‘HANYUT’ SAMA2 GAK KE? TAPI KOON (BACA:SUKUN), AKU TAK BERAPA SETUJU GAK KALAU KO JOIN PR.. KO NI CINA TAPI BELIT MACAM INDIA. APAKATA KO JOIN MCA PULAK? GANTI SAMY?


2 Responses to “GERAKAN!! KELUAR!!! BARISSSS!!”


  1. 1 sesumpah@pokka.com
    22 September,2008 at 12:52 am

    makin byk lubang dlm kapal BN ni noo..
    yg kena tembak dari luaq satu hal,
    yg tebuk sendiri dr dlm plak satu hal..
    lepas ni langgaq plak batu karang terus karam..

    cucu cicit kita akan kenal umno/bn dalam buku sejarah ja kot..
    dalam kertas soalan sejarah tu nanti akan ada soalan mcm ni..

    35.Namakan Perdana Menteri Malaysia yg mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri paling lemah..

    a.Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
    b.Dato’ Seri Imam Besar Mazhab Sesat Hadhari
    C.Dato’ Seri Bapa Mertua Khairi Jamaludin
    d.Dato’ Seri PakLah Yang Tak Sedar Diri

  2. 2 Raktamrittika
    22 September,2008 at 1:29 am

    Lubang?… bukan saja banyak.., malah besarnya macam di letupkan c4 dah! Takde harapan selamat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: