21
Sep
08

SHABERY “PECAT” PEMBANGKANG KERAJAAN?

Program interaktif sensitif Radio 24, Shabery tunggu laporan

KEMAMAN: Kementerian Penerangan masih menunggu laporan sebelum mengambil tindakan yang sesuai terhadap stesen radio berita, Radio 24, yang didapati mengendalikan sebuah program interaktif yang membincangkan isu yang tidak menghiraukan sensitiviti negara.

Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pihak pentabiran kementerian sedang menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan dan beliau sendiri masih menunggu hasil laporan itu sebelum mengambil tindakan lanjut.

Sambil melahirkan rasa kesal atas kejadian itu, Ahmad Shabery berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi lebih-lebih lagi melibatkan sebuah stesen radio kendalian agensi yang terletak di bawah kementerian itu.

“Sebagai sebuah stesen radio kerajaan, ia tidak sepatutnya disalah guna oleh sesiapa termasuk untuk menimbulkan perkara-perkara yang negatif kepada masyarakat dan mengeluarkan pandangan yang silap mengenai dasar kerajaan,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tentang penyiaran sebuah program interaktif oleh stesen Radio 24 yang mengemukakan soalan “Manakah lebih penting, peralihan kuasa Pak lah atau Najib atau turun harga minyak.”

Terdahulu, Ahmad Shabery menyampaikan sumbangan hari raya kepada 25 golongan miskin, warga emas dan orang kurang upaya di Dewan Orang Ramai, Rumah Murah Kerteh, Taman Wan Adnan di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, yang mengendalikan stesen radio itu “mesti profesional dalam menjalankan tugas dan tidak menggunakan jentera kerajaan itu untuk menimbulkan sesuatu isu yang berbentuk sensasi dan polemik.”

Kalau tidak setuju dengan dasar kerajaan jangan jadi kakitangan kerajaan. Berhenti,” katanya.

Katanya, mereka yang bekerja di bawah Kementerian Penerangan sepatutnya mengetahui tugas mereka sebagai jentera kerajaan adalah memberi pemahaman kepada rakyat tentang dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan dan mereka yang berbeza pendapat tidak sepatutnya bekerja di bawah kementerian itu. BERNAMA

AMBOI2 SEDAP MULUT BERBUIH DIA AJE NAK SURUH ORANG BERHENTI. AWAT? KALAU KERJA KERAJAAN SEMUA KENA JADI DUNGU DAN IKUT KATA TUAN MACAM LEMBU DICUCUK HIDUNG AJE KE? KALAU CAM GITU, NANTI PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH, KITA “HARUS” PECAT SEMUA KAKITANGAN SEKARANG LA YE? SEBAB SEMUA PENYOKONG BARISAN NASIONAL.. CAMTU KE? KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN SEKELIAN, APA KATA ANDA? SANGGUP KE “LETAK JAWATAN” BERAMAI2 LEPAS NI? ITULAH SHABERY, KO JANGAN “SAWAN” SANGAT DENGAN KERAJAAN, SEBAB KERAJAAN BOLEH DITUKARKAN, TAPI KERJA BUKAN SENANG MAU CARI SEKARANG!.. APA PUNYA MENTERI LA KO NI.


4 Responses to “SHABERY “PECAT” PEMBANGKANG KERAJAAN?”


  1. 21 September,2008 at 1:53 am

    Kalau macam tu baik jadi kera….tak payah ada stesyen radio…

  2. 2 Musafir Kelana
    21 September,2008 at 8:06 am

    Salam Raktamrittika,

    Aku memang tak berapa berkenan dengan Datuk SHABUIH ni sejak aku tengok dia syok sendiri masa debat dengan Anwar hari tu. Dahlah sebelum tu dia dah janji kalau kalah dalam debat tu, dia nak letak jawatan. Tapi, tak pulak dia buat macam tu walaupun majoriti rakyat telah menobatkan Anwar sebagai pemenang pada malam tu.

    Itulah sifat orang lidah bercabang, cakap lain buat lain. Pulak tu pandai pulak dia angkat bakul sendiri kononnya dia banyak terima sms yang mengucapkan syabas atas kejayaannya dalam debat tu. Walhal setahu aku, dalam kebanyakan blog dan website yang aku baca, semuanya dok menghentam dia cukup2.

    Hah…itulah dia kalau korang nak kenal sapa sebenarnya SHABUIH…
    Kalau tak berbuih mulut, bukan namanya SHABUIH tu…

    Wassalam.

  3. 3 Raktamrittika
    21 September,2008 at 8:11 am

    Salam.
    Musafir Kelana.

    Kita pecat anak beranak dia yang mana ada kat 5 buah negeri PR tu amacam?
    Takpun kita pecat semua kakitangan lama kerajaan negeri tu.. alasan.. TIDAK MENYOKONG KERAJAAN NEGERI!

    Sure gelabah habis!

    Wassalam.

  4. 4 Musafir Kelana
    21 September,2008 at 8:24 am

    Salam.

    Raktamrittika,

    Aku rasa kalau buat macam tu, mesti banjir punya Malaysia ni pasai terlampau banyak buih2 yang berjejeran keluar dari mulut mereka…..
    Hahaha…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: