20
Sep
08

CHE DET YANG GILA TALAK.

Dr. M akan sertai Umno pada masa yang tepat

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau hanya akan kembali menyertai Umno pada suatu masa yang tepat.

Bercakap kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini malam ini, Mahathir yang juga bekas presiden parti itu berkata pelbagai pihak telah berusaha meyakinkan dan memujuknya agar kembali kepada Umno.

“Saya sedang memikirkan untuk menyertai semula Umno, tetapi saya akan menentukan sendiri masa yang sesuai.

“Permohonan (untuk menyertai semula Umno) adalah satu perkara, penerimaan mereka juga harus difikirkan. Jadi saya mahu waktu yang tepat (untuk menyertai semula),” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau didatangi oleh banyak pihak yang meyakinkan beliau bahawa beliau boleh membawa kebaikan kepada Umno, parti yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional, jika menyertainya semula.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berpendapat penulis blog Raja Petra Kamarudin dan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok tidak harus ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka tidak melakukan ketegangan.

Beliau berkata adalah tidak benar sekiranya kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.

Beliau mendakwa keadaan sekarang tidak begitu tegang jika dibandingkan pada 1987 yang menyaksikan 106 ahli politik ditahan dalam Operasi Lalang. BERNAMA

BAKAL (SELF-IMPOSE) “PENASIHAT” UMNO NI MEMANG FLIP-FLOPPER NOMBOR WAHID!! KEJAP KUAR, KEJAP NAK MASUK BALIK. GILA TALAK PUN KENA TUNGGU LA LEPAS BINI “BERCINA BUTA”, KAN KE TALAK 3 DULU? BILA UMNO DAH ‘KAWIN’ NGAN NAJIB.. KO MASUK LA BALIK. ITUPUN SEBAGAI “MACAI” JE AKU RASA. SAPER YANG BENGAP NAK LANTIK KO JADI PENASIHAT? MAU LAGI PARAH UMNO. OPSS LUPA NAJIB.. MUNGKIN LA KOT. MASA YANG SESUAI TU AGAK2 LEPAS KE SEBELUM MUKHRIZ BERTANDING KETUA PEMUDA UMNO? KALAU PAKATAN RAKYAT AMBIK ALIH KERAJAAN, MINAT LAGI KE NAK MASUK? ATAU SETAKAT JADI AHLI KELAB UMNO LUAR NEGARA? LAGI SATU.. SENDIRI MAU MASUK, TOKSAH WAT CITER KATA ORANG AJAK. MALU KE NAK MENGAKU CHE DET?


16 Responses to “CHE DET YANG GILA TALAK.”


  1. 20 September,2008 at 2:00 am

    NAK TAU SEBAB APA DSAI MINTAK SIDANG TERGEMPAR 23 HB NI? SILA KE http://biaqpila.blogspot.com

  2. 2 S.A.M
    20 September,2008 at 7:33 am

    Tentang CheDet aku tak mahu komen walaupun ada pekara yg aku tidak sukai. Aku akan kenang jasanya sepanjang era dia. Aku dari kampung ke pangsapuri, dari basikal ke kereta, dari susah ke agak senang juga tapi tak mewah. Alhamdulillah! Cuma aku tak pernah mohon bantuan kerajaan ia-itu NEP sampai kini termasok anak2 aku, Insyallah!. Orgtua tak suka anak2nya makan jasa kerajaan. Mereka mahu anak2 berdikari!….Oooops! cukuplah!!!! Tentang ISA memang betul juga kata CheDet, sependapat dgn aku!

  3. 3 Raktamrittika
    20 September,2008 at 7:41 am

    Masa dia “PERINTAH” Malaysia dulu.. memang.. aku pun tak nafi, banyak juga JASA dia. Tapi betul ke dia berjasa? Kalau org lain jadi PM masa tu, tak jadi macam sekarang kah kita? Kalau dia tak pecat Anwar.. tak begini kesudahannya politik dan ekonomi negara. Kalau dia tak lantik Pak Dol jadi PM… takde la kita “BENGANG” mcm la ni. Minyak pun takde la sampai RM2.55/liter, beras pun takdelah sampai 2X ganda naik harga…takdelah..takdelah…

    SEBANYAK MANA JASA DIA.. aku berterima kasih!
    SEBANYAK MANA DOSA DIA.. aku tak halal!

  4. 4 S.A.M
    20 September,2008 at 8:07 am

    Jasanya terletak kpd individu. Sekurang2nya CheDEt ada mengaku silap dan salah. Tapi Anwar tak ada mengaku kesilapan dan kesalahan dia, kes Rasuahnya 1998 belum lagi selesai. Bila2 je.. BN akan ungkitkan. Dan Pak Lah pula BODOH SOMBONG….. setiap kali dia beri ulasan apa2 pun. aku malas nak dengar sebab tak kena dgn topiknya. Nampak sangat bengap BODOHwi….

    Anyway,’After all we human’….

  5. 5 Raktamrittika
    20 September,2008 at 8:18 am

    Yeap! We are human.. we are the citizen of this beautiful, prosperous country. So as both, I strongly assume we deserve better than what we have now. As human we deserve to be treated as human and equally that is, and as the citizen, we deserve a better bunch of ‘politician’ aka liars to govern us. Agree?

    Anwar is also just a human.. he has flaws.. many flaws.. but he is still better in comparison with those idiots that runs our nation like clowns.

  6. 6 kak e
    20 September,2008 at 8:35 am

    entahlah… saya malas nak citer hal berkaitan dengan politik ni… boleh sakit jiwa… baiklah saya habiskan masa dengan memasak je hehehehehhehe :p

  7. 7 Raktamrittika
    20 September,2008 at 8:59 am

    Salam.

    kak e;

    Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Memang politik ni untuk orang yang sakit jiwa macam saya dan rakan2 aje. Tak ada yang sedapnya dalam menganalisis politik. Jadi orang politik.. sedap la.. banyak projek. Saya pun lebih suka makan masakan kak e dari bercakap hal politik. Tak nak derma kuih raya ke?

    Wassalam.

  8. 8 Musafir Kelana
    20 September,2008 at 9:04 am

    Salam.

    Raktamrittika,

    Aku sokong Anwar kerana aku memang bencikan rasuah dan aku tak suka pemimpin2 yang suka makan rasuah walau apapun alasan mereka.

    Aku sokong Anwar kerana dia berjanji nak hapuskan rasuah dari sistem pentadbiran negara.

    Aku tak sokong BN kerana mereka sudah terlalu lama mengamalkan rasuah sehinggakan rasuah bagi mereka bukan lagi dianggap sebagai suatu kesalahan besar yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

    Malah mereka juga tega berkata bahawa imbuhan yang mereka terima itu bukan rasuah tapi wang komisen yang halal untuk kepentingan diri mereka. Nah, bukankah gejala rasuah sudah sampai ke tahap yang begitu teruk sekali di kalangan pemimpin2 Umno-BN sehinggakan mereka telah gagal membezakan antara wang halal dan wang haram semasa melaksanakan tugas2 mereka sebagai pemimpin.?

    Jadi, begitulah antara sebab2nya kenapa aku menyokong Anwar dan menolak UMNO-BN sekarang.

    Wassalam.

  9. 9 S.A.M
    20 September,2008 at 2:33 pm

    Musafir Kelana,

    Apakah waktu Anwar jadi Menteri Kewangan tidak ada rasuah. Apa bezanya dgn Pak Lah dan lain2.

    Rasuah berlaku paling tinggi sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan, jadi orang panggil Anwar Bapa Rasuah.

    Dari keluarga yang miskin/sederhana tiba2 jadi jutawan termasok ayahnya Ibrahim dan ayah Mentuanya.

    Pada tahun 1999, Anwar telah dijatuhkan hukuman penjara sehingga enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa. Byk lagi belum diselesaikan.

  10. 10 Musafir Kelana
    21 September,2008 at 7:00 am

    Salam.

    S.A.M,

    Saya faham apa yang cuba kamu sampaikan, terimakasih. Tapi pada perkiraan saya, jika benar Anwar kaki rasuah dan banyak terlibat dalam kes2 rasuah semasa memegang jawatan dalam kerajaan dulu, sudah tentu UMNO dan BN tidak akan sesekali membiarkan kes2 rasuah itu berlalu begitu saja tanpa didedahkan kepada umum terutamanya ketika krisis pemecatannya sekitar tahun 1998 dulu.

    Bukankah TDM ketika itu terpaksa merekayasa satu tuduhan lain yang tidak ada kena mengena dengan kes rasuah melibatkan wang ringgit seperti yang biasa dilakukan oleh pemimpin2 BN yang lain?. Bukankah tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar yang juga dikatakan menjadi sebab pemecatannya adalah kesalahan LIWAT sebagaimana yang cuba diulangi sekali lagi oleh pemerintah yang ada sekarang?.

    Manakala tuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya pada ketika itu juga bukan melibatkan wang ringgit tapi hanya berkaitan dengan salahguna kuasa setelah Anwar dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada pihak polis supaya mengambil tindakan tertentu terhadap pihak2 yang mahu menjejaskan karier politiknya.

    Selain itu, saya faham UMNO terus-terusan menjaja cerita bahawa Anwar memang telah terlibat dengan rasuah berdasarkan kepada satu akuan bersumpah yang telah dibuat oleh Bekas Penolong Gabenor Bank Negara iaitu Datuk Murad Khalid pada tahun 1999 yang antara lain menyenaraikan beberapa kes rasuah yang kononnya bersabit dengan Anwar Ibrahim semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dulu. Dan akuan bersumpah ini jugalah yang telah dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti pihak pendakwaan untuk mensabitkan kesalahan Anwar pada ketika itu.

    Bagaimanapun menurut berita yang dilaporkan dalam Suara Keadilan dan akhbar2 pembangkang, setelah Anwar dibebaskan dari penjara tahun 2004 dulu, Datuk Murad Khalid telah pergi menemui Anwar secara bersemuka untuk memohon maaf kerana telah mengeluarkan akuan bersumpah tersebut sedangkan dia tidak pernah berniat untuk mengkhianati Anwar yang pernah menjadi sahabat baiknya dulu. Menurut Datuk Murad, beliau telah dipaksa dan diugut oleh pihak2 tertentu yang berkepentingan untuk membuat akuan bersumpah itu semata2 untuk digunakan mereka bagi mensabitkan Anwar atas kesalahan rasuah yang tidak dilakukannya. Maka, atas rasa bersalah itu jugalah Datuk Murad telah menceritakan segala2nya kepada Anwar.

    Seterusnya, semasa proses penyiasatan Suruhanjaya Diraja Siasatan Klip Video Lingam sedang berjalan baru2 ini, Anwar telah berusaha memohon kebenaran Suruhanjaya itu untuk menghadirkan diri sebagai saksi bagi membuktikan bahawa wujudnya konspirasi di kalangan pihak atasan tertinggi dalam kes2 yang melibatkan dirinya pada tahun 1998 dulu. Dalam permohonannya itu, Anwar juga telah mengemukakan beberapa orang saksi termasuklah Datuk Murad sendiri yang telah memberikan persetujuannya untuk memberi keterangan dan mengemukakan bukti2 berkaitan konspirasi itu. Datuk Murad dikhabarkan telah besedia untuk mengaku bahawa beliau telah diugut untuk membuat kenyataan dalam akuan bersumpah itu dan akan memdedahkan segala2nya jika dipanggil memberi keterangan oleh Suruhanjaya tersebut.

    Bagaimanapun, permohonan Anwar itu telah ditolak mentah2 oleh pihak Suruhanjaya sedangkan ada beberapa kenyataan dalam Klip Video Lingam itu yang menyebut tentang kes2 mahkamah yang melibatkan Anwar. Persoalannya kenapa BN tidak berani membenarkan Anwar bersuara sekiranya semua tuduhan mereka benar belaka. kenapa mereka tidak memegang prinsip ‘berani kerana benar dan takut kerana salah’ dalam hal ini?.

    Jadi, demikianlah sedikit sebanyak informasi yang dapat saya kongsikan dengan anda berhubung dengan tuduhan2 tidak berasas yang cuba dilemparkan UMNO terhadap Anwar Ibrahim yang belum pernah dapat dibuktikan kesahihannya sehingga kini. Jika adapun akuan bersumpah itulah satu2nya walaupun ternyata ia tidak boleh diterimapakai di sisi undang2 kerana dibuat bukan atas kerelaan orang yang menandatanganinya.

    Begitulah UMNO dulu dan kini, selalu saja mencari jalan dan alasan untuk mengenakan musuh2 mereka tanpa mengira samada sesuatu tindakan yang diambil itu betul ataupun salah. Yang penting bagi mereka imej Anwar mesti dirosakkan supaya rakyat tidak akan sekali2 mempercayai hasrat Anwar untuk menghapuskan rasuah di negara ini.

    Wassalam.

  11. 11 Musafir Kelana
    21 September,2008 at 7:39 am

    Opps! saya nak betulkan beberapa kesalahan ejaan dalam komen di atas:

    Datuk Murad dikhabarkan telah ‘bersedia’ untuk mengaku bahawa beliau telah diugut untuk membuat kenyataan dalam akuan bersumpah itu dan akan ‘mendedahkan’ segala2nya jika dipanggil memberi keterangan oleh Suruhanjaya tersebut.

    Harap maklum.

  12. 12 Raktamrittika
    21 September,2008 at 7:41 am

    MK!! ko ni cikgu ke?
    Teliti bebenor ko pasal ejaan ye?.. bagus le, kalau tak kita yang sayangkan bahasa kita saper lagi?🙂

  13. 13 Musafir Kelana
    21 September,2008 at 8:18 am

    Raktamrittika,

    Ya, aku cikgu kepada diri aku sendiri. Sejak dari dulu lagi, aku tak suka kalau ada apa2 ejaan salah di depan mata aku. Entahlah dah tabiat aku agaknya…

  14. 14 S.A.M
    21 September,2008 at 11:02 pm

    Musafir Kelana,

    Thanks for your Info.

    Raktamrittika,

    Aku juga tidak suka ejaan yg salah. Sayangnya kekurangan Blog’s ini tiada ‘EDIT’.

  15. 15 Raktamrittika
    21 September,2008 at 11:05 pm

    S.A.M

    Aku cuba dah nak dapatkan kemudahan edit bagi komentator, memang tak ada. But not to worry, just correct whatever u feel necessary.Aku akan editkan from the editorial side. ok?

  16. 16 senapang patah
    23 September,2008 at 10:00 am

    Bismillah
    Allahummasollia’lamuhammad waa’laalimuhammad

    assalamualaikum Raktamrittik…
    mula2 tadi rasa nak hentam madir gak. tapi x jadi la plak.
    Tapi aku x bleh lupa dia permainkan ayat Al Quran dan Janggut nabi muhammad s.a.w(Allahummasollia’lamuhammad waa’laalimuhammad)

    WAlau cemerlang mana sekalipun seseorang (madir cemerlang ke? hu hu hu cemerlang menyusahkan rakyat & islam)…tapi menghina agama sendiri(islam) maka dia jadi manusia yg paling hina.

    Sempena ramadhan ni …ya Allah ampuni lah aku & madir serta seluruh umat islam samada yg hidup atau telah mati…aminnnn

    iyyakanaqbudu waiyyakanastai’n
    ihdinassirotolmustaqim


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: