20
Sep
08

ANWAR ANCAM EKONOMI DAN SOSIAL UMNO!!

Pertumbuhan ekonomi Malaysia akan kekal pulih dan kekal tinggi

PULAU PINANG: Perkembangan ekonomi dunia terutama krisis kewangan yang berlaku di Amerika Syarikat akan memberi kesan jangka pendek kepada ekonomi negara dan tidak harus dilihat sebagai ancaman terhadap kestabilan ekonomi Malaysia.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata beliau yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia akan pulih dan kekal tinggi pada masa depan.

“Isu-isu berbangkit daripada krisis Amerika Syarikat nampaknya begitu mendalam dan menular menjadi satu krisis yang getir sehingga banyak bankbank termasyhur dan wujud sejak lama akhirnya jatuh dan tidak dapat bangun kembali.

“Walaupun perkara itu dilihat mengurangkan keyakinan pelabur terhadap pasaran antarabangsa namun dengan dana yang kukuh, ekonomi negara mampu berkembang dengan baik dan perkara itu (krisis kewangan) hanya sementara,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama anakanak yatim Wisma Yatim di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

Sebagai sebuah negara yang terlibat dalam industri global, Nor Mohamed berkata memang Malaysia akan menerima tempiasnya tetapi perkara itu hanya bersifat sementara kerana dana yang dimiliki negara begitu kukuh. Nor Mohamed berkata, pelabur mampu menilai kekuatan ekonomi negara secara lebih luas dengan mengambil kira kemampuan negara mempelbagaikan kekayaan sumber ekonominya serta kemudahan infrastruktur yang terdapat di sini.

Selain itu, katanya Malaysia juga mempunyai jaringan hubungan yang amat baik dengan China dan India yang merupakan antara negara membangun yang tidak terjejas dengan keadaan ekonomi dunia pada masa kini.

“Kita masih mempunyai banyak sumber untuk pertumbuhan dan daripada segi jangka panjang, pelabur tahu negara kita mempunyai ekonomi yang kukuh.

“Lagipun eksport dan pelaburan kita semakin banyak di keduadua negara itu yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang kukuh dengan India lapan peratus dan China dengan 10 peratus. Saya yakin ekonomi negara kita juga akan kekal tinggi pada masa akan datang,” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengumumkan penurunan harga minyak ekoran penurunan harga minyak mentah dunia di bawah paras AS$100, katanya: “Kita sudah ada formula berkaitan perkara itu. Kita ikut sajalah.”

Katanya setiap hujung bulan, kerajaan akan mengira purata harga minyak dan sebarang keputusan mengenainya akan dibuat pada setiap akhir bulan. Itu (harga minyak) kita tengok dulu. Kita akan tentukan pada hujung bulan ini. Mungkin sebelum raya (Aidilfitri) kita akan tahu keputusannya,” katanya.

Semalam harga minyak mentah dunia turun pada paras AS$92 setong iaitu di bawah paras AS$100. BERNAMA

BETUL KE? HABIS YANG BOSS KO KATA ANWAR TU MENGANCAM EKONOMI DAN KESELAMATAN SOSIAL SEMALAM TU TIPU AJE LA? KONON NYA FRONT INVESTOR DAN PENGURUS DANA SEMUA TAK BERANI NAK MELABUR DI MALAYSIA DEK PENANGAN ANWAR.. BLA..BLA..BLA.. TIPU LA TU? POODAH CITT.. KE KO YANG TIPU? SAPER TIPU NI? TOLONG!!..TIPAH TERTIPU..LAGI DAN LAGI DAN LAGI… KESIAN TIPAH! ATAU SAJA KO NAK PERSEDAP HATI DAN “JILAT BONTOT” NEW FINANCE MINISTER? SEMALAM EKONOMI KITA TERUK, HARI NI DAH PULIH BALIK DAH.. SEBAB NAJIB? WOIT!.. GEMPAK GAK TUH! SETAHU AKU, STOCK MARKET SEMALAM  “TERJUN TIRUK”! MAKNANYA ANWAR MEMANG TAKDE ANCAM SESIAPA LA KAN? SELAIN PAK LAH NGAN BOSS BARU KO DAN UMNO?.. CAKAP BIAR TERANGGGGGGG!!!


1 Response to “ANWAR ANCAM EKONOMI DAN SOSIAL UMNO!!”


  1. 1 Musafir Kelana
    21 September,2008 at 7:21 am

    Salam.

    Raktamrittika,

    Depa tu jadi macam tu kerana dah terdesak. Mulalah cari macam2 alasan nak cuci tangan sendiri. Depa tu kan ego tinggi walaupun IQ dok kat lutut pasai tulah dok melalut menyalahkan orang lain walaupun udah terang lagi bersuluh memang depa tak pandai menguruskan ekonomi negara.

    Depa ingat rakyat Msia ni bodoh2 belaka macam depa gak. Sebab tu depa buat cerita macam2 kononnnya Anwarlah penyebab segala2nya supaya rakyat sayang kat depa dan bencikan Anwar.

    eeeei! malunya aku ada pemimpin tapi bukan pemimpin macam depa ni, depa dok sedap2 rompak duit rakyat tapi Anwar pulak yang kena penangannya. Patutnya depa kena tau rakyat udah bencikan depa pasai depa tu yang menjahanamkan harta khazanah negara sampai hutang negara la ni bukan makin berkurang, makin berganda ada ler. Hah… tu sapa yang nak kena bayar tu?. Rakyat juga kan?. Depa tak tau nak urus kewangan negara sampai2 rakyat yang kena tanggung bebannya.

    Aku bukan suka2 nak mengutuk depa tapi janganlah melampau sangat sampai tak tau nak bezakan antara tanggungjawab sendiri sebagai pemimpin dan tugas Anwar yang hanya sekadar ketua pembangkang yang tak dak kuasa sekelumitpun dalam pentadbiran kerajaan BN. Dah tu nak salahkan Anwar lagi, siapa yang buat keputusan dalam negara selama ni?. Anwar ke atau hangpa sendiri?. Kalau dah sendiri tau sendiri jawablah ya!

    Wassalam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: