19
Sep
08

APA? UNDI TIDAK PERCAYA?.. SIAPA ITU BERANI BERKATA-KATA?!!

PM tolak gesaan Anwar sidang khas Parlimen bincang undi tidak percaya

KUALA LUMPUR: Kira-kira empat jam selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa diadakan sidang khas Parlimen sebelum 23 September ini bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata: “Tidak perlu.”

Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno berkata, sidang tergempar Parlimen tidak perlu diadakan memandangkan Dewan Rakyat akan bersidang tidak lama lagi.

Dewan Rakyat dijadual bersidang 13 Oktober ini.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak nampak sebab perlunya diadakan sidang khas Parlimen kerana Dewan Rakyat akan mula bersidang selepas Aidilfitri.

Kata Abdullah, Anwar boleh membangkitkan apa jua perkara sebaik sahaja Parlimen bersidang kelak.

Pada sidang media pukul 2 petang di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, pihaknya mahu Perdana Menteri memanggil sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan susana politik termasuk dakwaan kepercayaan ke atas Abdullah sudah terhakis.

Kelmarin, Abdullah telah menolak permintaan pertama Ketua Umum Pakatan Rakyat itu untuk membincangkan soal peralihan kuasa dan pembentukan kerajaan baru secara aman.

Anwar menjelaskan beliau tidak memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat kerana berdasarkan peraturan mesyuarat tersebut, ia hanya perlu dimaklum kepada Perdana Menteri yang akan memanjangkan kepada Speaker.

Kata Anwar, seandainya Perdana Menteri menolak permintaan tersebut beliau akan berbincang semula dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk tindakan lanjut.

Pihak pembangkang akan membawa usul yang berbunyi “bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya.”

Ini kerana, menurut beliau, Peraturan Mesyuarat 11(3) yang memerlukan Parlimen untuk bersidang dengan segera kerana keadaan politik yang kritikal dan berlanjutan.

Ditanya mengapa tidak tunggu 13 Oktober ini iaitu tarikh Dewan Rakyat bersidang semula, beliau berkata, ia tidak boleh ditangguhkan kerajaan sebab majoriti di Dewan Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.

“Saya ada cukup jumlah Ahli Parlimen. Ini bermakna kami ada suara majoriti untuk mengadakan undi tidak percaya kepada beliau dan kerajaannya,” kata beliau.

KALAU AKU PUN AKU TAK SETUJU JUMPA, NAK CARI NAHAS? UMPAMA ORANG KATA “MEH SINI KO.. AKU NAK PECAT!” BUKAN SETAKAT TAK NAK JUMPA, LARI TERUS!! .. SEKURANG2 KALAU TUNGGU PARLIMEN BERSIDANG, SEMPAT LAGI BUAT PLANNING BARU.. SAMADA NAK “EXIT” BERSAMA TDM KA, NAK LAWAN NGAN “DEFENCE” KA, NAK HUMBAN DALAM “IBLIS SETAN ACT” KA… BANYAK CARA LAGI. KALAU NAK JUMPA SEBAB NAK “BERHARI-RAYA” LAIN CERITA. APA LA HANGPA NI.. KESIAN KAT DIA.. DIA ANAK YATIM PIATU, AWAT HANG BUAT LAGU TU!



11 Responses to “APA? UNDI TIDAK PERCAYA?.. SIAPA ITU BERANI BERKATA-KATA?!!”


  1. 1 S.A.M
    19 September,2008 at 6:20 am

    Sudah aku katakan Anwar ni GELOJOH tiada kesabaran. Lagi cepat dia jadi PM, lagi cepat dia mansuhkan kes LIWAT. Semakin hari semakin gelisah Anwar.

    Apa dah jadi dgn Permatang Pauh bukankah lebih baik berbuka puasa dgn mereka, tanya khabar atau apa2 pun. Ini tidak asyik nak lepaskan diri dari saja.

    Cerita 916 belum habis dah bawak kes lain pula. Betul2 punya ‘Kelakar Seram’.

    Satu masa nanti mungkin berakhir di Hospital Mental(Gila).

  2. 2 Raktamrittika
    19 September,2008 at 7:27 am

    Perancangan dia samaada ikhlas ke, apa sahaja nawaitu sebenar dia, kita tak tahu. Cuma apa yang di janjikan kepada rakyat, relevan dengan kehendak dan aspirasi mereka. Sebab itu dia disokong sebegitu rupa. Kalau bukan dia? Siapa lagi SAM? Takkan nakbiarkan aje UMNO bermaharajalela?

  3. 19 September,2008 at 11:00 am

    en raktamrittika

    salam..sy add link blog ni boleh ke/??(huhuhu) dah add baru nak royat
    maaf ye

    ::::::
    yuwin… salam.
    Boleh sesangat le.. terima kasih banyak2 sebab sudi link kan blog ni ok🙂

  4. 4 penulis_cyber
    19 September,2008 at 11:13 am

    UMNO juga salah….sudahlah. Sokong Umno dari sokong pembangkang yang dok ligat putar alam…

    semakin teruk Anwar sekarang ni satu persatu adengan drama macam bawang putih bawang merah pula.

    pening gua…

    :::::
    Salam.
    Penulis_cyber;
    UMNO sudah terkubur dari hati aku disaat DSAI dipecat dan dianiaya 10 tahun yang lepas. Dan ternyata, semenjak itu ianya semakin reput dan busuk. Tunggu masa aje nak kebumikan.

  5. 5 Musafir Kelana
    19 September,2008 at 3:38 pm

    Salam.

    Raktamrittika,

    Aku pun harap semua perancangan PR akan jadi kenyataan. Tapi aku musykil juga kalau2 nanti usul undi tak percaya tu ditolak oleh speaker perlimen macam yang jadi semasa Wan Azizah jadi ketua pembangkang dulu.

    Kalau jadi macam tu, aku rasa tak kemana juga rancangan depa nak tungging Pak Lah, entah2 pimai pimai tang tu jugaklah sebab Agong tak dak kuasa nak lantik PM baru tanpa melalui proses undi tak percaya di parlimen dulu.

    Apa kata hang dalam hal ni?

    Thanks.

  6. 6 AnakMudaParlimenBatu
    19 September,2008 at 8:29 pm

    Saya yang berani kata usul x percaya, kepercayaan ku padamu telah terpadam sejak kau menaikkan harga minyak, dulu janji lain, sekarang janji lain ….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    :::::
    Salam.
    AMPB!
    Memang hang berani nooo!!.. Penipu ni kerjanya.. MENIPU!

  7. 7 Raktamrittika
    19 September,2008 at 8:43 pm

    Salam.
    Musafir Kelana;

    Tak kemana juga tu…, ingat senang ke? Setelah 51 tahun berkuasa, nak serah tampuk pemerintahan dengan hanya satu persidangan Undi Tidak Percaya? 40/60 bagi aku ianya akan berlaku.

    Kalau jadi.. aku antara manusia paling gembira BERHARI RAYA!!!.. aku raya tahun ni genap sebulan Syawal. Ko camne?

    Wassalam

  8. 8 Musafir Kelana
    19 September,2008 at 10:28 pm

    Salam.

    Raktamrittika,

    Aku hanya orang kebanyakan jadi raya pun ikut orang kebanyakan jugalah.

    Wassalam.

  9. 20 September,2008 at 12:30 am

    Aku konfiden Anwar ada apa yang dia kata ada. kalau tak ada takkan dia nak adakan cerita pula, sebab dia tau yang dia ada, tu yang dia berani kata yang dia ada. Bagi aku pula ada tak ada belakang kira.janji bn mesti ditumbangkan samada Anwar ada atau tidak. Kalau tak ada sidang dewan pada 23 hb ni, kita tunggu lepas raya. Lepas kenyang dengan lemang boleh la kita usha line..tengok apa jadi pula lepas tu.

  10. 10 Musafir Kelana
    20 September,2008 at 6:51 am

    Salam biaqpila hensem,

    Amboi ‘hensem’ betui harapan hang tu, harap2 semuanya jadi nooo…

    Cakap pasai lemang, boleh ke hang kongsi dengan sikit dengan aku?

    Apa2 pun selamat menjamu lemang la yea di hari raya ni….

    Wassalam.

  11. 11 Raktamrittika
    20 September,2008 at 7:02 am

    Salam.

    Biaqpila ngan MK!

    Amboi2… dah ingat pasai lemang ka? Rendang Tok ngan ketupat sedap juga.., tapai beras.. pun kegemaran kawe tu.

    Lepas Beraya di Hari Lebaran AIDILFITRI, harap2 diteruskan la pulak BERAYA di PARLIMEN!.. doa jangan lupa… TAWAKAL!

    WASSALAM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: