16
Sep
08

TITIPAN UNTUK BAKAL PM

Assalamualaikum.

Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim;

Sekiranya Pakatan Rakyat memang sudah mempunyai bilangan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (katak-katak) yang mencukupi untuk melompat, seterusnya membolehkan KERAJAAN BARU ditubuhkan, TOLONG lah disegerakan. Selamatkanlah negara Malayasia tercinta ini dan warganya yang dikasihi. Semakin lama kita tunggu, walaupun sehari, semakin sukar matlamat itu untuk dicapai. Semakin ramai pula rakyat marhaen yang tersiksa dan menjadi mangsa, korban kerakusan dan kebebalan pemerintah “kuku besi” sekarang. Sampai bila kami mampu bertahan?

Khalayak umum menyifatkan kerajaan sekarang sedang menuju kehancuran. Mungkin hanya Pak Lah, kalaupun bukan UMNO secara keseluruhan. Tapi Datuk Seri, jangan lah pulak memandang rendah keupayaan golongan “TYRAN” ini. Mereka sudah pasti dengan segala cara dan kuasa yang ada akan memastikan PERALIHAN ini tidak menjadi realiti. Bilamana ‘anjing-anjing’ ini tersepit, pelbagai reaksi dan tindakan luar batasan pasti dan terbukti mereka gunakan. Terutamanya peranan luar jangka oleh Tun Dr Mahathir( TDM), yang senantisa tidak lekang dari kejutan demi kejutan. Yang di’geruni’ tindakan penyudah beliau selalunya.. PARAH!

Andaikata diibaratkan Datuk Seri sekarang bermain catur dengan Grandmaster, Bobby Fisher, dan Datuk Seri berpeluang untuk “check-mate” beliau dalam 2 langkah sahaja, jadi mengapa perlu ditunggu kesudahan permainan itu lebih lama? Pemain hebat seperti beliau yang licik dan berpengalaman tentunya akan mencari jalan “mematikan” langkah Datuk Seri akhirnya. Sebodoh-bodoh Pak Lah.. bab nak kekal berkuasa, dia cerdik juga. Macam orang gila.. bila ditanya nak kahwin?.. tetap dia mahu juga, bila diberi duit, tak pernah lagi jumpa yang koyakkan ‘kertas’ tu.

Umno dan juga TDM tidak boleh tidak akan cuba berbuat demikian. Saya tidak percaya yang manusia seperti TDM akan hanya duduk di depan komputernya dan cukup sekadar “berblog” sepanjang hari. Datuk Seri lebih kenal erti-budi TDM. Datuk Seri pernah berdepan dengan beliau dizaman Umno Datuk Seri dulu. Serangan Datuk Seri atas kepimpinan dan salahlaku beliau akhirnya dibalas dengan sebegitu licik dan kejam. Ini dapat dilihat pada persidangan Umno 1997, bilamana beliau dengan sengaja dan berniat jahat, mengedarkan satu risalah kononnya berisi ” Senarai nama KRONI” yang rata-ratanya terdiri daripada sahabat dan ahli keluarga Datuk Seri bersama beberapa kerat menteri yang ada pada waktu itu. Tindakan beliau itu tidak dijangka  kerana beliau sebelumnya hanya berdiam diri dan ternyata ianya telah memusnahkan terus kredibiliti ancaman dan tuduhan Datuk Seri terhadap TDM. Malah lebih parah.. isu berkenaan akhirnya memakan diri Datuk Seri sendiri sehinggalah ke peristiwa Datuk Seri akhirnya dipecat.

Jadi Datuk Seri, Kalau benarlah bagai dikata, laksanakanlah PERALIHAN KUASA itu pada hari ini. Tanggal bersejarah 16 SEPTEMBER yang sekian lama kami nanti-nantikan. Usahlah bertangguh lagi. Yang menderita.. kami. Simbolik tarikh keramat itu terlalu besar untuk dibiarkan berlalu sebegitu sahaja. Perjuangan sedekad masa, sudah harus diRAIkan kemenangannya pada hari ini! REFORMASI! sudah terlalu matang untuk terus menunggu dalam kesamaran. BERIKAN KAMI HAK YANG TELAH KAMI AMANAHKAN PADA MU DATUK SERI ANWAR IBRAHIM.  Harapan dan Impian yang tersemai sekian lama sudah terlalu subur, berbunga, berbuah dan kita telah ranum. Semoga ALLAH merahmati perjuangan kita yang Datuk Seri pelopori 10 tahun dulu. HIDUP REFORMASI!! UNTUK SEBUAH MALAYSIA BARU.

Raktamrittika (16/09’08- 12.15 tgh mlm)

::::::

Jam 11:52 tadi, terima berita daripada rakan bloger yang berada dilokasi perhimpunan di Kelana Jaya. DSAI buat sekian kalinya menegaskan peralihan kuasa akan tetap berlaku. DSAI mendakwa sudah mempunyai bilangan ahli yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru. Cuma yang perlu dilakukan kini adalah bertemu dengan PM untuk menyerahkan senarai MP yang dinyatakan itu. Ini bertujuan untuk memastikan satu transisi peralihan kuasa dalam keadaan aman. Diharapkan juga PM akan mengumumkannya sendiri. Tempoh peralihan mungkin akan mengambil masa beberapa hari lagi, malah mungkin beberapa minggu. Berkemungkinan menunggu tarikh bilamana PARLIMEN kembali bersidang pada 13 Oktober depan. Walau apapun, kita amat berharap ianya satu kenyataan yang benar dan bertanggungjawab daripada DSAI.

DSAI dilaporkan membuat pengumuman berkenaan dihadapan lebih 40,000 yang hadir di perhimpunan Menyambut Hari Malaysia  anjuran PKR di Kelana jaya.


SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-45.


9 Responses to “TITIPAN UNTUK BAKAL PM”


  1. 1 Musafir Kelana
    16 September,2008 at 7:59 am

    Salam.

    Raktamrittika,

    Baguslah kalau benar berita tu. Harap2 kali ni transformasi ke arah Malaysia Baru akan menjadi nyata seperti yang diwarwarkan sejak sekian lama oleh DSAI.

    Aku pun seperti kau dan yang lain2 yang mengharapkan agar tidak ada lagi ‘iklan2 tawar’ dari barisan pemimpin PR yang mengheboh2kan pelan peralihan kuasa tapi hingga hari ini belum nampak ‘batang tubuh’ kerajaan baru itu.

    Semoga cempedak tetap menjadi cempedak akhirnya dan tidak akan sesekali bertukar menjadi nangka busuk yang sudah tidak boleh dimakan lagi.

    Wassalam.

  2. 2 raktamrittika
    16 September,2008 at 8:07 am

    Salam.

    Musafir Kelana,

    Tu lah pasal! Aku pun dah naik bengong dah nak menjawap kat orang sekampung pasai 16 Sept ni. Bila aku “berhujah” panjang lebar sikit… depa kata aku kelentong la (aku rasa). Iyelah, mentaliti orang kampung, pakcik-makcik.. hitam kata hitam lah.. nak jadi kelabu susah wo! Dah DSAI janji 16hb, bila tak jadi depa TERKILAN juga.. depa tak faham bab “perang psikologi”. Aku sikit pun tak salahkan depa. Islam tak ajar berbohong.. takde istilah “bohong sunat” bagi PEMIMPIN kepada RAKYAT. Khalifah kena sentiasa JUJUR!!

    Susah… pening… apa nak buat.. tunggu ajelah!

    Wassalam.

  3. 3 sesumpah@pokka.com
    16 September,2008 at 10:01 am

    semoga apa yg kita hajati akan dimakbulkan ALLAH….

  4. 4 Musafir Kelana
    17 September,2008 at 12:43 am

    Salam Raktamrittika,

    Sorry kacau demo awal2 pagi ni. Tapi kawe rasa gatai tangan pulak nak tanya pendapat demo pasai pengumuman DSAI tadi. Katanya dalam masa 24-48 jam akan datang ni akan berlakulah perubahan yang diharap2kan itu. Agak2nya kan DYMM akan masuk campur ke dalam hal ni?.

    Terimakasih.

  5. 5 S.A.M
    17 September,2008 at 3:23 am

    Apa yg dihajati dan doa kalian tidak dimakbulkan Allah malah dibuktikan kebohongan Anwar.
    Sudah “Terang lagi diSuluh”.

    DiAkhirat MULUT kita akan terkunci kerana banyak BOHONG melainkan anggota badan kita yg lain akan nyatakan yg keBENARannya waktu hidup sesaorang itu amalan nya.

    Bahasa badan ‘body language’ tidak dusta melainkan mulut yg suka berDusta…..
    Hati selalu berkata Benar; bila sampai ke Akal di-ngakalkan; bila turun keMulut diDustakan.

    Jin lebih baik dari manusia sebab tak pernah berbohong…..

  6. 6 Raktamrittika
    17 September,2008 at 11:54 pm

    Salam.

    Musafir Kelana dan S.A.M;

    Komputer aku bermasalah sejak dari semalam, diserang virus agaknya. Line streamyx tak dapat diakses, ingatkan dipotong. Call helpline, dia kata line takde masalah. Ni baru dapat akses balik. Macam orang “buta” aku seharian.

    Apapun,sudah jelas 16 Sept berlalu tanpa apa2 yang signifikan dan boleh dibanggakan. Kalau bukan DSAI, tentunya ramai yang sudah marah dan “menghentak meja”. Itu kelebihan Anwar.. walau apa yang dijanjikan tidak dapat di”kota”, penyokong setia tetap tak berganjak dan menelan hidup2 alasan yang diberikannya.

    Ya, aku sebagai penganalisis, setuju ngan SAM!, Anwar ternyata menipu kali ini. “Body language”nya …jelas berkata dia BERBOHONG! but… politikus… semuanya begitu. Harap rakyat dapat memaafkan ‘dosa’nya itu.

    MK!… aku tidak lagi percaya berkenaan “perubahan kerajaan” dalam masa terdekat ini, selagi dewan parlimen tidak bersidang.. MUSTAHIL!

    DYMM Tuanku, tidak ada kuasa legislatif untuk campurtangan.. tidak seperti di THAILAND. Jadi sememangnya baginda tidak akan dan tidak boleh campurtangan.

    Wassalam

  7. 7 Musafir Kelana
    18 September,2008 at 6:35 am

    Salam Raktamrittika,

    Alhamdulillah! akhirnya boleh dengar demo ‘bersuara’ balik kat blog ni. Aku risau betul semalam almaklumlah semenjak 2menjak ni kan ‘depa’ tengah mengamuk sakan dengan undang2 ISA tu. Takut jugak aku kalau ada apa2 dengan hang.

    Pasal perubahan kerajaan tu, semalam aku terbaca dalam “TKO” katanya 35 MP BN dah tandatangan persetujuan untuk join PR dan pengumumannya akan dibuat dalam masa terdekat. Begitu juga dengar ceritanya Zaid Ibrahim dah confirmed masuk PKR. Dan kalau ikut berita kat dalam tu pengambilalihan kerajaan akan berlaku pada 20hb. September ni. Harap2 berita tu benarlah nooo.

    Tapi, sebenarnya tiada yang mustahil di sisi Allah, kalau memang telah ditakdirkan Anwar akan jadi PM seterusnya tentu tak kemana kan?. Lagipun aku tetap menghormati Anwar walaupun rancangan dia ter’delay’ sikit sebab semangat dia nak tolong rakyat dan sanggup bersusah payah kerana rakyat sehingga hidupnya sekeluarga berantakan. Susah nak cari pemimpin ‘sejati’ yang macam ni beb!. Dan kalau dibandingkan dengan pemimpin2 Umno-BN yang ada sekarang ni memang macam langit dengan bumi lah.

    Jadi, sebenarnya sokongan aku kepada Anwar masih belum berubah kerana pada hematku dialah pemimpin yang dapat dilihat dengan jelas ketokohan dan kewibawaannya dalam apa2 keadaan susah dan senang sekalipun.

    InsyaAllah, hasrat kita akan tercapai dengan berkat doa2 seluruh rakyat yang telah sekian lama dizalimi oleh dasar2 kerajaan BN yang banyak mengenepikan kepentingan rakyat umum tapi lebih kepada kepentingan peribadi mereka. Bukankah Allah Maha Memakbulkan doa orang2 yang teraniaya?

    Wassalam.

  8. 8 Raktamrittika
    18 September,2008 at 7:02 am

    Salam.

    Musafir Kelana;

    Macam yang aku pernah kata dahulu, aku tak kecewa, marah, terkilan, putus asa, sedih dsb. andaikata 16 Sept tidak jadi realiti (ternyata tidak). Tetapi as a gentleman, DSAI sepatutnya mengakui hakikat itu. Aku takut sekiranya lepas penangguhan demi penagguhan dan akhirnya TETAP tidak menjadi kenyataan.. rakyat tidak lagi MEMPERCAYAI beliau.

    Sekiranya benar sekalipun apa yang dinyatakan/ planning beliau sekarang.. memang wujud 42 MP yang melompat, tak perlu dihebahkan terus.. senyap2 ajelah. Beritahu rakyat.. “MAAF 16 SEPT TAK JADI”. Lepas tu teruskanlah dengan perancangan yang ada.. underground.. without pressure! Rakyat akan lebih memahami. Dan lebih menghargai beliau andaikata secara diam2.. memang berlaku PERALIHAN KERAJAAN akhirnya. Membiarkan rakyat terus berharap.. tidak wajar.

    Aku tetap setia menanti hari yang dijanjikan.. macam kau kata lah… seorang ANWAR ( A Nation Without Any Rasuah) lebih baik dari 3 juta ahli UMNO!!

    Wassalam sahabat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: