14
Sep
08

ABDULLAH GELABAH LAGI

Patuhi pelan peralihan: PM

bhnews@bharian.com.my

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pelan peralihan kuasa beliau dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak yang sudah dipersetujui Majlis Tertinggi Umno dan Kabinet perlu dihormati dan dipatuhi.Perdana Menteri berkata, kewajaran pelan peralihan itu juga tidak perlu dibangkitkan lagi kerana segala usaha kini sepatutnya ditumpukan kepada usaha membangunkan negara serta memenuhi kemahuan rakyat. ( Tak perlu dibangkitkan?.. awat hang takut ka Pak Dol?.. orang dah tak suka hang.. turun2 la.. macamana lagi baru hang nak faham? Kalau dah orang bangkitkan tu, maknanya adalah yang tak wajar, tak kena. Dah tu nak tanya la sikit, kemahuan rakyat mana yang hang nak ikut? Rakyat dalam rumah hang saja ka? Usaha hang sekarang cuma untuk mengekalkan kuasa, bukan nak bantu rakyat!)
“Jika pelan itu dibangkitkan, ia akan menimbulkan pelbagai cerita dan kempen. Ada yang akan gesa supaya pelan itu dilaksanakan mengikut jadual… ada yang akan gesa dipendekkan dan ini akan membosankan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas bermesyuarat dengan pemimpin kanan Khazanah Nasional Bhd di Kementerian Kewangan, di sini, semalam. ( Yang rakyat bosan tu dengan hang, bukan pasai peralihan kuasa.. rakyat memang nak hang LETAK JAWATAN SEGERA)
Beliau juga menegaskan pemimpin politik perlu memikirkan soal rakyat, bukan perkara berkaitan kepentingan diri dan politik masing-masing kerana ia sudah diumumkan dan dipersetujui bukan saja dengan timbalannya, malah parti dan kerajaan. ( Hang saja yang tak pikirkan rakyat, sebab tu rakyat tak berkenan lagi ngan hang. Rakyat tak peduli persetujuan hang ngan depa tu.. semua tadak teloq.. YES MAN depan hang, belakang depa kutuk hang jugak… BEBAL tahap apa hang ni??)

“Rakyat mahu kita memberi perhatian kepada keperluan mereka iaitu untuk kita mengatasi dan membantu menyelesaikan masalah mereka. Rakyat tak suka kita habiskan masa dengan politik, lepas satu… satu, seolah-olah tiada penyelesaian dan penentuan. ( Tahu pun hang!!.. habih yang hang duk timbulkan lepas satu.. satu masalah tu sebab apa?.. hang ni saja.. lempaq batu sembunyi tangan)

“Ini perkara yang perlu kita fikir bersama, semua orang perlu fikir perkara ini jika kita mahu keadaan tenteram dan membolehkan kita beri perhatian untuk rakyat. Kita perlu berfikir pasal rakyat bukan hanya berkaitan diri dan politik masing-masing,” katanya. ( Toksah berpura2 la pikiaq pasai rakyat! Hang la yang paling KUAT pikir berkaitan diri dan politik hang dan kaum kerabat hang.. ish..ish.. mengata dulang paku serpih la hang ni .Hang cuma pikir pasai diri sendiri dan menantu hang saja. Kalau hang TURUN.. tak jadik Ketua PEMUDA la KJ tu!! TUIH!!..cit…)

Abdullah diminta mengulas kenyataan Najib semalam bahawa beliau menyerahkan kepada ahli Umno untuk memutuskan bila peralihan kuasa perlu dilakukan. (Hah.. itupun hang tak nampak lagi? Timbalan hang pun dah tak nak tunggu 2010.. kasi la kat dia pulak.. kalau tak kempunan dia nak jadi PM, lepas ni Anwar dah nak rampas kuasa!..melopong.. kesian..)

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara seumpama itu hendaklah ditentukan oleh ahli parti melalui proses dalaman iaitu mesyuarat tahunan bahagian. (Dengan erti kata lain… mintak tolong ngan ketua bahagian supaya jangan bersetuju la dengan pelan hang tu Pak Dol ooiiiiii!!)

Rabu lalu, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Singapura berkata, Abdullah perlu memikirkan semula pelan peralihan kuasa kerana tempoh sehingga Jun 2010 disifatkannya sebagai terlalu lama. ( Memang la lama.. itupun kalau jadi.. buatnya sampai 2010.. tunda pulak sampai 2012?..mana tahu.. aku agak2 pun memang hang tadak niat)

Mengulas perkara itu, kelmarin, Abdullah menyatakan rasa terkejut kerana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu membuat kenyataan yang bertentangan dengan apa yang sudah dipersetujui sebelum ini. (La.. apa punya BLURRR.. la hang ni.. dia mana nak setuju, dah la dulu hang pi lantik najib jadi TPM, pas tu la ni hang sekat pulak peluang dia.. mana boleh..)

Pelan peralihan kuasa diputuskan Julai lalu oleh Perdana Menteri dan Timbalannya serta disahkan oleh MT serta Kabinet. (Disahkan la sebab maunya depa tak sah.. ko tentu penanya depa cukup2.. mana depa berani ngan hang..hang BIG BOSS!!)

Abdullah juga menjelaskan pelan peralihan kuasa dirumuskan bagi mententeramkan keadaan negara kerana situasi selepas pilihan raya umum lalu tidak stabil dan meresahkan semua pihak termasuk Umno. ( Aduhhhh Pak DOL.. tak percaya aku dengaq hang kata lagu tu.. maknanya hang mengaku la yang hang GELISAH lagi GELABAH dek penangan TSUNAMI PRU-12 tu?.. Kwang…kwang…kwang…)

Katanya, formula yang dipersetujui itu serta disokong parti dan kerajaan berjaya mententeramkan keadaan. (keadaan hati hang sorang ja Pak Dol kan?.. sebab sekurang2nya hang masih boleh jadi pm 2 tahun lagi..hahahahaha.. jahat sungguh politik hang nooo?)

“Apabila dimaklumkan perkara ini Kabinet pun setuju maka ia membawa kepada keadaan yang mententeramkan… maka saya tidak nampak apakah wajar untuk kita buka balik cerita ini,” katanya sambil menambah tindakan itu hanya akan menimbulkan semula ketidakstabilan politik. (Yang akan menyebabkan hang PANAS PUNGKOQ lagi sekali.. GELABAH lagi la hang Pak DOL!! PADAN MUKA HANG!!)


6 Responses to “ABDULLAH GELABAH LAGI”


  1. 1 Musafir Kelana
    14 September,2008 at 10:13 pm

    Salam.

    Raktamrittika,

    Kwang…kwang…kwang…

    Nampaknya rancangan “Si Bodoh & Bodoher” anak-beranak tu tak berapa nak menjadi, kalau jadi pun macam tapai basi ajer…

    Wassalam.

  2. 2 Musafir Kelana
    14 September,2008 at 11:55 pm

    Salam.

    Raktamrittika,

    Awat aku punya komen tak masuk tadi?. Ke memang tak boleh ‘go through’ tadi?

  3. 15 September,2008 at 2:02 am

    Mula-mula tengok aku tak berapa perasan pelakon filem dalam poster tu. Setelah di amati baru aku kenai…sekali pandang macam pelakon hollywood…dua kali pandang macam plywood..

  4. 4 Musafir Kelana
    15 September,2008 at 6:23 am

    Salam biaqpila hensem (betui ke hensem, macam hero hindustan ke?)

    Hahaha, entah2 plywood pun lagi hensem pasai kurang2 ada jugak perkataan ‘wood’ kat belakang tu. Pasal ‘si bodoh & bodoher’ ni aku tak berapa pastilah pulak. Tapi kalau panggil depa si ‘voodoo’ tu ada ler betuinya pasai depa 2 beranak tumacam dah tak boleh dipisahkan lagi, ke hulu ke hilir menggelek kuasa dan seterusnya ‘menggelek’ rakyat dengan kuasa mereka.

    Mungkin selama ini mereka mengira ‘kuasa2 megawatt’ di tangan mereka ibarat kuasa sakti seperti jelmaan kuasa dari amalan khurafat bernama ‘voodoo’ sehingga membolehkan mereka ‘menghaibkan’ begitu banyak hasil mahsul yang menjadi hak rakyat tanpa dapat dikesan oleh sesiapa walaupun BPR sekalipun.

    Jadi, kalau bukan kuasa ‘voodoo’ apa lagi ye?
    Eh, mungkin juga ‘budu’ kot pasai dengak ceghita yang tak sahih depa tu semenjak 2menjak ni suka makan nasi dengan ‘budu cap ketereh’ yang banyak dijual merata2 sehingga ke Putrajaya sekarang ni.

    Raktamrittika, apa pendapat demo?

  5. 5 raktamrittika
    15 September,2008 at 7:49 am

    Salam.

    Sahabatku Musafir Kelana dan Biaqpila Hensem;

    Maap bebanyak kawe ucapkan kerana tidak berkesempatan membalas komentar saudara berdua terlebih awal. Sesungguhnya ALLAH maha menentukan segalanya. Kawe berhajat ke Kuala Lumpur semalam, untuk perjumpaan di MBPJ malam ni.Persiapan dah dibuat bersama beberapa orang teman yang ingin turut serta (berkongsi minyak kereta..jimat sikit).

    Alhamdulillah, tuhan menentukan sebaliknya. Pagi semalam, Bonda jiran terdekat kawe meninggal dunia, uzur usia.. selepas beberapa hari terlantar sakit, allahyarhamah pulang ke Rahmatullah. Sebagai jiran, kawe buat apa yang seharus dan wajib dilakukan.Meninggalkan rumah pada waktu kesusahan jiran sebegini, tidak elok rasanya.

    Lantaran itu, walau agak terkilan tidak dapat bersama saudara dan rakan2 di PJ mlm ini. Kawe redha kerana ada amanah dan kewajipan yang lebih besar disini.

    Seharian semalam, tidak berpeluang “berinternet”. Namun terima kasih kerana masih sudi berkomentar disini.

    “MOOD” untuk “MENGAYAT” kureng sikit.. mungkin malam nanti selepas tarawih kawe sambung bicara. Nak kena ‘lelapkan’ mata barang sejam dua.. letih bebenor rasanya.

    P/s: Pak Dol ngan Kutu Jantan nya tu.. kawe serahkan untuk demo berdua la “HENTAM”. Tak makan saman depa tu.. SUWEY!! Errr… Tolong sedekah AL FATIHAH kepada arwah. Kematian selalunya menginsafkan.. kerana ianya PASTI.

    WASSALAM

  6. 6 Musafir Kelana
    15 September,2008 at 11:48 am

    Salam.

    Raktamrittika,

    “Inna lillahi wainna ilaihi raji’un”
    (Dari dia kita datang dan kepadaNya jua harus kembali).

    Benarlah bahawa kematian adalah sesuatu yang pasti akan menjenguk setiap yang bernyawa. Demikian juga dengan kehidupan selepas mati yang pasti akan berlaku sebagai tanda bermulanya suatu alam yang kekal abadi dan tidak akan ada mati lagi selepas itu. Yang ada di sana hanyalah samada kehidupan bahagia atau derita setelah segala amalan baik dan buruk selesai diperhitungkan di hadapan Allah ‘Azza wajalla di Padang Mahsyar kelak.

    Semoga berita kematian seperti ini dapat menjadi peringatan kepada kita agar senantiasa bersiap-siaga untuk menghadapi kehadirannya yang tidak akan terlewat walau sesaatpun jua dari tempoh yang telah ditentukan Allah.

    Akhir kalam, semoga kehidupan dunia yang diibaratkan Allah dalam AlQuran sebagai sesaat siang saja tempoh panjangnya di akhirat, dapatlah kita pergunakan dengan sebaik2nya untuk mentaati segala perintahNya serta menjauhi segala laranganNya agar nanti kepulangan kita kepadaNya adalah sebagai seorang hamba yang diterima di sisiNya. Sebagaimana kewujudan kita itu suci pada asalnya (Innalillahi) maka demikianlah kita harapkan agar kembalinya kita kepadanya jua dalam keadaan yang suci (wainna ilaihi raji’un). InsyaAllah.

    Wassalam.


Leave a comment


HARI INI

  • 50,093 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project