Nama BNBBC begitu menyerlah semasa pimpinan Shahrir sehingga ada yang mengganggap ahli parlimen Barisan Nasional bersuara ‘lebih pembangkang dari pembangkang’. Shahrir akhirnya meletak jawatan kerana tekanan daripada ahli-ahlinya sendiri. Semenjak dari itu BNBBC, kembali menjadi jaguh kampung  PARLIMEN. Ramai menyifatkannya sebagai KELAB AHLI-AHLI PARLIMEN BARISAN NASIONAL YANG TAK ADA JAWATAN DALAM KERAJAAN. Ini menjadi medan mereka asah bakat, tunjuk hebat dan ampu kerajaan sebelum di tawarkan jawatan yang patut.