04
Sep
08

HIPOKRASI UMNO!!

Hipokrasi UMNO!..

Apa saja yang dibuat oleh PAKATAN RAKYAT mereka BANTAH dan PERSOAL.

Sedangkan sebelum inipun MENTERI mereka sendiri yang beria-ia benar mencadangkannya.

Apa yang PAKATAN RAKYAT cuba buat adalah MEREALISASIKAN sesuatu yang mereka berani cadang, tapi tak berani nak buat. Dibawah adalah artikel yang menjelaskan segala-galanya.

Ingati detik keramat 16 September

Utusan Malaysia, 10 September 2007

Hari ini berlangsung sambutan perayaan ‘Malaysia Merdeka’ di Stadium Negeri, Kuching. Program sempena Hari Kemerdekaan Ke-50 itu istimewa bagi rakyat Sarawak yang menyertai Malaysia pada 16 September 1963.

Apa yang lebih penting, perayaan itu membuktikan perayaan kemerdekaan tidak hanya dirai atau dikenang pada setiap tanggal 31 Ogos semata-mata.

Dalam hal ini, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perayaan Malaysia Merdeka di Kuching wajar dilihat dari sudut yang lebih luas.

Menurutnya, kemerdekaan negara membawa pengertian yang lebih luas iaitu mengambil kira kemerdekaan Sarawak dan Sabah menerusi penubuhan Malaysia 44 tahun lalu.

“Perayaan Malaysia Merdeka di Kuching menonjolkan Sarawak dan Sabah dalam gagasan Malaysia.

“Kita juga mahu erti kemerdekaan negara turut dirasakan oleh masyarakat Sarawak walaupun kemerdekaan Tanah Melayu terlebih dahulu dicapai,” katanya baru-baru ini.

Tidak syak lagi program Malaysia Merdeka di Kuching bakal menyemarakkan tarikh penubuhan Malaysia pada 16 September.

Detik keramat bagi Sarawak dan Sabah itu perlu dikenang kerana tarikh 16 September kurang disedari oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.

Ini kerana tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 lebih diingati. Tambahan pula di Sarawak tiada program sambutan secara besar-besaran yang dianjurkan di seluruh negara pada tarikh 16 September.

Ini menyebabkan hari bersejarah bagi Sarawak berlalu tanpa perbezaan dengan hari-hari biasa.

Senario ini jelas membuktikan betapa tarikh bersejarah 16 September 1963 tidak diendahkan lagi.

Tarikh terbentuknya Malaysia perlu lebih dihayati, dikenang dan dihargai bukan sahaja oleh rakyat Sarawak tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Pentingnya 16 September dikenang menyebabkan wujud cadangan supaya tarikh itu dijadikan hari cuti umum bagi Sarawak, Labuan dan Sabah untuk mengenang hari penubuhan Malaysia.

Tarikh itu wajar dikenang sebagai detik bersejarah kepada Malaysia kerana ia merupakan hari lahirnya sebuah negara baru di rantau ini.

Begitu pun sehingga kini ia belum menjadi kenyataan kerana tiada pihak yang secara rasmi membawa cadangan itu ke Kabinet.

Mengibas kembali kemerdekaan Sarawak atau ‘Bumi Kenyalang’ juga terkenal dengan sejarah perjuangan menentang penjajah.

Perjuangan para pahlawan di Sarawak yang menentang penjajah British dan kerajaan Brooke seperti Linggir, Rentap, Syarif Masahor, Datu Patinggi Abdul Gapur dan Banting masih dikenang sehingga hari ini.

Pada tahun 2006 juga Menteri UMNO ini menyatakan perkara yang sama semasa sambutan kemerdekaan ke-49 di Stadium Likas. Malah kononnya perkara cuti umum pada tanggal 16 September ini akan beliau kemukakan di Parlimen dan Kabinet. Kononnya juga beliau amat yakin ianya akan dipertimbangkan dan mendapat kelulusan jemaah menteri pada waktu itu..tapi macam biasa…HAMPEH!!!

Sekarang sepatutnya mereka berbangga kerana akhirnya impian rakyat Malaysia di Sabah dan Serawak akhirnya dilaksanakan oleh PAKATAN RAKYAT yang lebih BERANI dan BERTANGGUNGJAWAB. Walaupun hanya untuk 5 buah negeri dibawah ‘PAYUNG’ Pakatan Rakyat sahaja. Ini sekurang-kurangnya menunjukkan yang kita lebih menghormati rakan-rakan di Borneo itu berbanding UMNO/BN yang hanya pandai MENIPU…dan BERHIPOKRASI!!!!!!


13 Responses to “HIPOKRASI UMNO!!”


  1. 4 September,2008 at 5:14 am

    Salam Raktamrittika,
    (terbelit lidah I nak sebut nama U, U. Panjang bebeno)

    Nama pejuang di Sarawak ni (Rentap) lebih kurang nama U.
    16 Sept nanti, kita sambut kemerdekaan RAKYAT.

    Salam takzim

  2. 2 Musafir Kelana
    4 September,2008 at 7:26 am

    Salam.

    Raktamrittika sahabatku,

    Hai apa khabar?. Sorry ye dah lama tak kacau demo. Almaklumlah kawe sibuk bebeno 2, 3 hari ni, kerja banyak sikit, sampai nak tengok internet pun tak sempat, kalau ada pun sepintas lalu saja, tak sempat nak komen apa2. Nasib baik pagi2 ni sempat jugak baca blog demo.

    Pasal artikel kat atas tu, kawe setuju benar demo tulis macam tu, sebab orang2 Umno ni kalau tak diperingatkan,demo tu mudah lupa sebab Melayu Umno ni memang ada penyakit ‘mudah lupa’ seperti mana yang dikatakan CheDet dulu….

    Jadi, idea untuk meraikan tarikh pembentukan Malaysia pada 16hb. September pada setiap tahun ini sangatlah bertepatan sekali dengan semangat perpaduan yang cuba dipupuk selama ini di kalangan seluruh rakyat Malaysia kerana secara tidak langsung ia merupakan satu pengiktirafan sebenar terhadap keterlibatan semua negeri dalam membentuk sebuah negara bernama Malaysia yang sangat kita cintai ini.

    Bagaimanapun, mungkin pemimpin2 kerajaan UMNO-BN masih terlalu nostalgik dengan peristiwa kemerdekaan negara yang merupakan titik tolak kepada lahirnya sebuah negara yang merdeka setelah sekian lama terbelenggu di dalam era penjajahan kuasa2 asing.

    Maka, ada kemungkinannya faktor pembawaan emosi yang berlebihan terhadap sejarah kemerdekaan ini jugalah yang menyebabkan pihak kerajaan terutamanya terlepas pandang tentang betapa signifikannya sejarah pembentukan negara Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia dari Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak yang juga turut membawa perubahan besar dari nama Tanah Melayu atau Malaya kepada Malaysia sebagaimana yang dikenal pada hari ini di seantero dunia.

    Wassalam.

  3. 3 raktamrittika
    4 September,2008 at 7:38 am

    Salam.

    Hai Musafir Kelana!!!

    Kawe disini,baik2 saja. Alhamdulillah.. masih dikurniakan tahap kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepada-NYA. Didoakan agar demo juga sedemikian rupa.

    Terima kasihlah kerana sudi bertandang lagi ke laman kawe ni..buat2lah macam rumah sendiri.

    Berkenaan komen demo tu kawe sokong 100%.. kita sememangnya bercakap tentang sejenis spesies yang mudah lupa.. atau mungkin lebih teruk.. mudah “bertukar warna”..ikut acuan BOS mereka.

    Macam kata Tan Sri SM SALIM..” dulu lain..sekarang lain..dahulu bujang..skarang dah kawin..”

    WASSALAM.

  4. 4 muqlis
    4 September,2008 at 9:43 am

    salam rakt,
    first time masuk blog demo…r u kelantaness? or siamess?..ha..ha just joke
    anyway nice and simple blog

  5. 5 shana
    4 September,2008 at 1:09 pm

    salam…
    saya bersetuju jika cuti umum diadakan pada setiap 16hb September. Ini membuktikan kita ikhlas bersahabat dengan kawan-kawan dari sabah dan sarawak…mereka juga orang malaysia dan mencintai negara ini tanpa berbelah bagi. Jika kita tinjau pendapat orang sabah sarawak, mereka ni lebih menghargai tarikh 16hb September setiap tahun kerana terbentuknya Negara Malaysia di peta dunia dan bukannya 31hb Ogos. Bukan anti semenanjung mereka ni, tapi mereka mahu semua rakyat malaysia menerima masyarakat sabah sarawak seikhlas-ikhlasnya..Teruskan niat wahai PR.

  6. 6 Sampugita
    4 September,2008 at 6:07 pm

    Saudara Muqlis, Raktamrittika sebenarnya dilahirkan sebagai budak “Congo”, tetapi ntah camne bertukar cam `transformer’ jadi budak Kelantan yang cintakan negara…. hehehe saje melawak. Sorry Raktamrittika…. Saya setuju gak ngan Shana sebab sapa tak nak cuti woii….. Makin banyak kerajaan umumkan cuti,… makin banyak peluang untuk kawan tido…

  7. 7 kl_wong
    4 September,2008 at 7:00 pm

    Saudara Raktamrittika,

    Saya berharap apabila PR menjadi kerajaan pada 916, buku sejarah Malaysia di sekolah mesti di tukarkan supaya kesemua sejarah yang tulen ditulis semula.

    Saya juga berharap dimasa depan kesemua peluang pekerjaan diutamakan kepada penduduk Sarawak dan Sabah terdahulu sebelum dibenarkan diberi kepada pekerja pekerja asing. Saya pendapat, dengan cara demikian, rakyat rakyat Malaysia akan tak kira dari mana negeri di Malaysia akan bercampuran dan dapat menyatu-padukan kesemua kaum di negara kita.

    Selamat berpuasa…

  8. 8 AnakMudaParlimenBatu
    4 September,2008 at 9:02 pm

    Dia orang memang keji, orang tua sahaja sokong UMNO, kami orang muda tolak secara total ….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  9. 9 Musafir Kelana
    5 September,2008 at 7:06 pm

    Salam Raktamrittika,

    Apa pandangan saudara tentang berita yang tengah hangat diperkatakan sekarang mengenai rancangan para pemimpin BN nak ikut Rombongan Cik Kiah ke luar negara?. Kalau ikut firasat ramai depa tu sebenarnya dah kecut perut dengan peristiwa yang bakal belaku pada 16 September ni…

    Khabarnya depa nak ke Australia, lepas tu ke Vegas dan lepas tu tak tau lah mana lagi, maklumlah depa kan orang kaya2 di dunia ni….

    Wassalam.

  10. 10 raktamrittika
    5 September,2008 at 7:19 pm

    Salam.

    Musafir Kelana,

    Pasal BNBBC nak anjur “lawatan sambil berboros’ tu ker? Alah.. cam tu ler gelagat ‘cacing’ atas tar!.. tak senang duduk tu. Peluh kering, peluh basah, peluh jantan, betina..semua dah kuar tu..
    Dan macam biasalah jugak “JURUACARA” merangkap pengerusi dan timbalan nya..MENAFIKAN SEKERAS2NYA yang tindakan ini bertujuan MENGHALANG para MP BN , “TUKAR” parti.

    Depa nak tukar pemimpin.. yang kat atas tak nak turun.. sebab tu baik depa pilih parti baru!, Kepimpinan juga baru!… peluang baru untuk mereka naik pangkat!.. dapat bersama dalam arus PERDANA perubahan politik semasa yang akan jadi SEJARAH paling BERNILAI untuk generasi akan datang!!

    Lagi satu MK, aku sebenarnya amat MELUAT dan dot..dot..dot nengokkan muka BUNGkus MOKHTAR tuh!!

    Wassalam

  11. 11 Musafir Kelana
    5 September,2008 at 8:36 pm

    Salam.

    Raktamrittika,

    Hahaha. Ada orang dapat gelaran baru nampaknya, BUNGkus MOKHTAR!!!!. Sat lagi memang depa nak kena bungkus keluar semua barang depa dari pejabat pentadbiran kerajaan apabila takdir telah menentukan bahawa ‘jodoh’ mereka sebagai pemimpin rakyat sudah pun berakhir.

    Aku setuju dengan pandangan demo kat atas tu.

    Depa yang kat atas tu kalau boleh memang nak sangat jadi cacing sekarang ni pasal kalau betullah PR dapat memerintah kerajaan ni, depa mesti berharap supaya depa dapat bersembunyi seboleh2nya nun jauh di dasar lapisan petala bumi yang ke-7 agar tiada siapa yang boleh mengapa2kan mereka dan keluarga mereka kelak.

    Ini pantun cacing yang kugubah khas untuk depa:

    Cacing bukan sebarang cacing
    Cacing tanah nama diberi
    Dacing bukan sebarang dacing
    Dacing ini suka cabut lari…!!!

    Wassalam.

  12. 12 Master Yoda
    6 September,2008 at 12:52 am

    Salam sedara Raktamrittika,

    Klu tgk la ini mcm punye keadaan,gua ase la itu sume psycholologist blh tambah satu lagi jenis fobia kat dunia ni…Anwarophobia..

    Kah kah kah…

    Simptom2 awal:

    1. Hilang 5 negeri

    2. Filem “Mari Meliwat 2008” gagal mencapai box office

    3. Tak dapat nak rampas balik P’mtg Pauh

    Nasihat doktor pakar:

    1. Kasi tutup itu kedai,yang ada itu bendera Keris Bersilang

    2. Kasi tutup itu kedai,yang ada itu bendera Keris Bersilang

    3. Kasi tutup itu kedai,yang ada itu bendera Keris Bersilang

    Berapa banyak da kasi tutup itu kedai…

    Kah kah kah

  13. 13 bulu2nya kerinting2an
    6 September,2008 at 6:34 pm

    Blog kurang fakta dan pengisian… Teruskan saudara.. moga berjumpa mana yang benar dan salah..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: