29
Aug
08

Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008.

Ahli Parlimen ( MP ) Permatang Pauh, YB. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI), yang baru sahaja mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memulakan tugasnya sebagai MP tanpa membuang masa.

Beliau yang turut terpilih secara sebulat suara di kalangan MP Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk menjadi Ketua Pembangkang mempersoalkan kredibiliti kerajaan BN yang telah membentangkan Rang Undang-undang (RUU) DNA secara tergesa-gesa tanpa mendapat nasihat dari pihak pakar yang berkaitan dengan rang undang-undang tersebut.

“Apa yang dipersoalkan ialah kredibiliti kerajaan BN yang membentangkan Rang Undang-undang Identifikasi DNA untuk kali kedua tanpa konsultasi pakar-pakar berkenaan subjek ini,” katanya.

“Semua orang kecuali ahli BN yang mempersoalkan Rang Undang-undang ini.” kata beliau lagi, sinis..

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian sebagai respon kepada soalan yang dibangkitkan oleh Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak).

MP BN itu mempersoalkan cadangan Bar Council ( Majlis Peguam) yang baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan membantah pembentangan rang undang-undang tersebut.

DSAI juga secara sinikal, sekali lagi mempersoalkan, ” mana yang lebih tidak berkredibiliti? Majlis Peguam, atau kerajaan yang korup..”.

Di Dewan Rakyat semalam, Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar pula mempersoalkan, apa perlu diambil DNA dari tahanan ISA yang tidak dibicarakan. ISA menghalalkan penahanan tanpa bicara. Apa perlunya diambil DNA jika tidak ada perbicaraan? Lainlah kalau ada perbicaraan dan DNA perlu dikemukakan kepada mahkamah sebagai barang bukti.

Mahfuz juga menyatakan Rang Undang-Undang itu menjadikan rakyat Malaysia seperti tikus makmal.Diantara kecacatan dan ‘manipulasi’ yang dipersoalkan oleh Pakatan adalah:

Fasal 13 (7): Seseorang pegawai polis boleh menggunakan segala cara yang perlu bagi maksud mengambil atau membantu dalam pengambilan suatu sampel bukan intim daripada seseorang.

Fasal 24: Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa maklumat daripada Bank Data DNA hendaklah diterima sebagai suatu bukti muktamad bagi identifikasi DNA dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah.

Fasal 25: Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap –

(a) Menteri;

(b) Ketua Bank Data DNA;

(c) Timbalan Ketua Bank Data DNA;

(d) pegawai Bank Data DNA;

(e) seseorang pegawai perubatan kerajaan; atau

(f) seseorang ahli kimia,

berkenaan apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan olehnya dengan suci hati dalam menjalankan kuasa, fungsi dan tanggungjawabnya di bawah Akta ini atas sifat yang sedemikian.

Sehubungan itu, semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan sebagai membantah keengganan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan untuk mengkaji “kecacatan” dalam rang undang-undang DNA.

Mereka yang diketuai oleh ketua pembangkang yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluar dewan selepas bertegang leher dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, selama 30 minit.

Menteri berkenaan berkeras bahawa jawatankuasa pilihan itu tidak perlu ditubuhkan untuk mengkaji rang undang-undang tersebut, yang didakwa oleh ahli parlimen pembangkang mengandungi kecacatan dan bermotifkan politik.

Bacaan kali ketiga rang undang-undang tersebut, yang akan membolehkannya menjadi undang-undang, akan hanya dibaca Disember depan apabila dewan bersidang semula selepas bulan puasa Ramadhan serta untuk membahaskan bajet 2009.


5 Responses to “Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008.”


  1. 1 shana
    29 August,2008 at 12:41 pm

    Akta DNA yang ditubuhkan sememangnya semata-mata nak perangkap DSAI.. Tau tak sebab apa mereka buat macam ni, sebab supaya mereka boleh manipulasi DNA DSAI..

    Tapi tak apalah…Saya berharap jika PR menduduki Putrajaya..perkara sebaliknya akan berlaku di mana DNA Najib dan Hamid Albar akan di ambil….

    Najib tu kena hati-hati..kes Altantuya tak selesai lagi..kemaruk sangat nak buat Akta DNA, jangan esok lusa kena penjara plak..

    UMNO ni terdesak sebenarnya…………

  2. 2 shana
    29 August,2008 at 12:43 pm

    Ini kes nak perangkap DSAI..sebab tu tak sabar nak buat Akta DNA tu…

  3. 3 raktamrittika
    29 August,2008 at 12:49 pm

    Salam.

    TQ Shana for visiting my blog.

    Aku rasa, ini bukan sahaja untuk memerangkap DSAI, tapi akta ni boleh memerangkap semua orang.
    Atau lebih spesifik..semua musuh kerajaan!!

    Akta yang digubal supaya tidak boleh dipertikaikan ini, lebih kurang sama bahayanya dengan ISA.

    WASSALAM.

  4. 4 Musafir Kelana
    29 August,2008 at 10:54 pm

    Salam Raktamrittika & Shana,

    Bagi aku, Akta DNA ni sebenarnya dirakacipta semata2 sebagai satu lagi talian hayat (atau mungkin yang terakhir setelah yang lain2 gagal dijayakan) bagi kareer politik Abdullah Badawi yang sekarang ni tinggal nyawa2 ikan sahaja lagi.

    Jadi, pastinya mereka akan berbuat apa sahaja untuk meluluskannya walau sekuat manapun bantahan yang dibuat oleh rakyat negara ini. Segala tumpuan mereka sebelum persidangan parlimen kali ini ditangguhkan memang ke arah untuk meluluskan rang undang2 tersebut. Mereka akan memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap apa saja pandangan orang lain supaya hasrat mereka untuk menguburkan perjalanan politik Anwar Ibrahim menjadi kenyataan dengan seberapa segera yang boleh.

    Kesimpulannya, memang sudah terang lagi bersuluh bahawa Akta DNA adalah olah PM Abdullah Badawi dan semata2 dibuat kerananya memandangkan D.N.A itu sendiri pun adalah singkatan bagi perkataan:

    D- Dah
    N- Namanya
    A- Abdullah….jadi hentam sajalah labu….

    Wassalam.

  5. 5 raktamrittika
    29 August,2008 at 11:41 pm

    Salam.
    Musafir Kelana (MK)..

    Akta tu tak salah..kalau memang di jalankan secara berhemah..dan bukan digubal sedemikian rupa agar tidak boleh disangkal!!

    Di negara2 maju yang lain..sudah lama di implementasikan AKTA sebegini..yang dipertikaikan adalah KETELUSAN akta ini..itu saja. Jangan nanti AKTA ini dijadikan alat oleh kerajaan.

    WASSALAM.


Leave a reply to raktamrittika Cancel reply


HARI INI

  • 50,091 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

August 2008
S M T W T F S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project