27
Aug
08

Yang tersirat disebalik yang tersurat..

Salam.

Aku memang “ada hati” nak jadi wartawan. Itu cita-cita aku masa kecil, sebab Clark Kent si SUPERMAN tu kan ke wartawan. Aku nengok macam ‘cool’ jer jadi REPORTER ni. Mana tahu boleh jumpa Lois Lane ‘melayu’? Masyukkkkk…

Namun masa merubah segalanya, cita-cita aku turut berubah dari wartawan ke lawyer, ke doktor, ke menteri, ke engineer..dan macam-macam lagi, sampai nak jadi PM pun pernah. Aku pun tak ingat berapa kali aku tukar cita-cita aku selama hidup nih. Aku yakin ramai yang macam aku gak kan? Tak nak mengaku, sudah….

Sejak zaman sekolah, aku ada hobi yang lain dari orang lain. Aku suka baca QUOTES. Aku juga suka ‘modified’ column atau articles..asalnya untuk improve ENGLISH aku. Alih-alih seronok pulak. Aku namakan hobby aku tu sebagai ” Yang Tersirat Dibalik Yang Tersurat”. Macam post aku yang lepas..”Buat Dulu..Kemudian Fikir”.

Disini aku ada satu lagi berita, kali ni dari “UTUSAN MELOYA”..sempena KEKALAHAN Barisan Nasional semalam di Permatang Pauh.

ENJOY!!..

BUKIT MERTAJAM 26 Ogos –

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, (kali ni tak boleh sumpah sebab memang betul, kalau tipu baru kena sumpah) kerajaan akan melakukan perubahan yang perlu ( sebaik-baiknya ubah kerajaan terus) bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.( Rakyat sememangnya yakin bahawa UMNO dan BN ni penipu dan gila kuasa, menjahanamkan negara dan mengamalkan rasuah tahap tertinggi, jadi kami kenalah cari jalan macamana nak tipu rakyat untuk kembali menyokong kerajaan)

Merujuk kepada kekalahan BN pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini, (yang mana saya merupakan Pengarah Pilihanraya kecil BN kali ni, ciss buat malu aku saja) Timbalan Perdana Menteri berkata, BN menghormati keputusan pengundi Permatang Pauh ( yang telah ambil semua duit dan “gula-gula” dari kami, tapi pi pangkah PKR juga) yang memberi kemenangan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. ( ini orang banyak celaka, nanti aku santau kau dengan santau hindu masterji)

Beliau berkata, keputusan pilihan raya kecil itu mencerminkan amalan demokrasi yang segar ( amalan demokrasi sebelum ni, memang busuk dan meloyakan) di negara ini dan jelas menunjukkan tiada unsur manipulasi.(oleh Pakatan Rakyat. BN toksah cerita la memang kami master bab memanipulasi ni)

Bagaimanapun, katanya, BN akan mengkaji dengan mendalam kelemahan jentera pilihan rayanya ( aku memang dah tahu lemah, sebab aku yang jadi pengarah, tapi takkan aku nakmengaku) walaupun ia sebenarnya berjalan dengan baik. (berdasarkan jumlah perbelanjaan dan nilai “suapan” kepada pengundi yang mampu dihabiskan)

‘‘Secara umum, jentera pilihan raya BN berjalan amat baik ( diulang sekali lagi, aku ni pengarah jentera pilihanraya BN kali ni, siapa berani kata tak berjalan dengan baik, nahas!!), tetapi satu kajian perlu dilakukan bagi mencari kelemahan dan faktor (faktor utama nya aku, khairy ngan Mat Ezam lah..awat la orang Permatang Pauh ni benci ngan kami) kenapa BN gagal menawan kerusi ini ( bak kata pepatah: sudah gaharu cendana pula, sudah tahu..tapi kalau dah bodoh bertanya juga) ,’’ katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Kata Najib lagi, walaupun BN kalah, namun segala janji ( dan sumpah-seranah) yang diumumkan untuk penduduk akan tetap dilaksanakan. (jangan haraplah..korang ingat kami BODOH!!..lantak lah apa nak jadi ngan Permatang Pauh..CELAKA!!)

‘‘(Apa pun) Kita akur (dengan berat hati dan semacam tak percaya) dengan keputusan pengundi Permatang Pauh yang mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkhidmat untuk mereka dan berharap dia akan memainkan peranan yang membawa kepada kesejahteraan ( dan bukan nya kesengsaraan kepada aku dan kroni-kroni aku) dan amalan demokrasi negara,( jangan la nanti dia serang aku habis-habisan dalam Parlimen..ampun..takut..)” katanya.

Penasihat PKR itu yang memperoleh 31,195 undi menewaskan ( dengan teruk sampai muntah darah dibuatnya) Datuk Arif Shah Omar Shah yang meraih 15,524 undi,( ini termasuklah undi HANTU, setan dan jembalang yang aku bawak ) manakala seorang lagi calon, Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hilang wang deposit (bukan duit dia pun..) apabila hanya meraih 92 undi.

Najib berkata, meskipun BN kalah, penghargaan ( berupa sumpah maki hamun dan kalau boleh aku nak c4 kan aje Permatang Pauh ni) masih perlu diberikan kepada penduduk Permatang Pauh yang mengundi Arif Shah. (mamat boroi ni pun satu..tak ada otak..cakap cina aje pandai dah tu tunjuk “alim” dia dengan taksub kat nombor..bangang punya calon)

‘‘Kita jangkakan dapat kurangkan majoriti Anwar,(alih-alih lebih lah pulak..) tapi nampaknya faktor sentimen masih kuat di Permatang Pauh kerana ini kubu kuatnya (alasan basi ni terpaksa aku cakap sebab otak aku dah tak boleh fikir alasan lain dah) hari tu ada yang cakap toksah bertanding, aku jugak yang degil, padan muka aku),” katanya.

Mengenai isu liwat melibatkan Anwar ( yang aku rekayasa mengikut tunjukajar bos lama aku), Timbalan Perdana Menteri berkata, ia mungkin relevan di peringkat nasional tetapi bukan di Permatang Pauh. (ehh..aku silap cakap ke?..minta-minta lah Penduduk Permatang Pauh tak perasan yang aku kata depa tu bodoh dan taksub gila kat DSAI )

*p/s: Dalam ( ) tu, cuma apa yang tersirat dan tak mungkin diucapkan.

Macam biasa,…Saudara fikirlah sendiri.

Wassalam.


23 Responses to “Yang tersirat disebalik yang tersurat..”


  1. 1 Musafir Kelana
    27 August,2008 at 4:32 pm

    Inilah skrip bicara orang2 politik yang sebenarnya sudah lama dihafal dan dihadam oleh rakyat Malaysia. Apa nak heran, isu sumpah sesumpah pun tiba2 aje jadi senyap sesenyap2nya sehingga satu patah perkataan pun tak keluar lagi dari mulut pembaca2 berita TV 3suku dalam berita jam 8.30 malam tadi iaitu sebaik saja proses pengundian di Permatang Pauh selesai pada petang sebelumnya.

    Apa nak pelik pun, bila hari ini keluar dari mulut Najib sendiri seperti yang dilaporkan: “Mengenai isu liwat melibatkan Anwar, Timbalan Perdana Menteri berkata, ia mungkin relevan di peringkat nasional tetapi bukan di Permatang Pauh.”

    Sebenarnya, tanpa disedari oleh yang empunya mulut dan badan itu (Najib lah siapa lagi), dia secara rasminya mengaku bahawa kes liwat meliwat ini memang direkacipta untuk tujuan kempen pilihanraya supaya imej dan kredibiliti Anwar Ibrahim hancur lebur umpama kaca terhempas ke batu.

    Lagi satu pasal fatwa yang baru dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan semalam yang menyatakan bahawa tindakan bersumpah dalam kes liwat ini hanya boleh dilakukan selepas selesainya proses perundangan yang berkaitan. Tapi, fakta yang teramat relevan untuk diwarwarkan ini tidak langsung disebut secara besar-besaran dalam media2 kerajaan semalam dan hari ini tidak seperti tuduhan liwat dan sumpah sesumpah yang saban hari menempek di dada2 akhbar selama berpuluh2 hari ini.

    Pendek kata, kalau nak dikira sudah terlalu banyak bukti boleh didedahkan untuk mensabitkan kesalahan lidah bercabang ahli2 politik UMNO/BN yang masih tergamak menipu rakyat meskipun mereka tahu rakyat sudah kenal siapa mereka sebenarnya.

  2. 2 AnakMudaParlimenBatu
    27 August,2008 at 6:21 pm

    Ini merupakan kejayaan atas usaha yang gigih oleh semua rakyat Malaysia yang tertumpu di Permatang Pauh. Inilah pengajaran yang patut diajar oleh puak-puak UMNO, tetapi semacam belum sedar lagi, mereka tidak relevan lagi, esok DSAI akan angkat sumpah, Terima Kasih Rakyat Permatang Pauh.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  3. 3 raktamrittika
    27 August,2008 at 8:51 pm

    Salam.

    Musafir Kelana & AMPB,

    SUMPAH!!,( biar nampak gempak sikit) aku tak benci pada pemimpin kita ni atas RAS nya sebagai pemimpin. Mungkin dan memang ada kebaikan dan jasa yang pernah mereka buat untuk negara dan bangsa..untuk agama aku tak pasti. Kebencian aku ni tertumpu SOLELY pada peribadi dan sahsiah diri mereka yang tak ada prinsip dan etika. Bagi mereka, matlamat menghalalkan cara!! Apa sahaja boleh dan akan dilakukan asal terus dipandang mulia dan berkuasa.

    MANUSIA(??) macam mereka bagi aku telah terasimilasi oleh budaya dan corak pemikiran YAHUDI!!

    Sama2 lah kita menunjukkan kepada masyarakat..yang mana yang HAK dan yang mana yang BATHIL!

    WASSALAM

  4. 4 Musafir Kelana
    27 August,2008 at 11:03 pm

    Raktamrittika,

    Tolong betulkan perkataan “diwarwarkan in” kepada “diwarwarkan ini” dalam komen tadi ya.

    Pasal komen you tu, memang aku setuju benar.

    Kerusi sebagai pemimpin mahupun Parti UMNO atau Barisan Nasional tak salah dan takkan pernah salah sampai bila2 pun justeru mereka hanya bertindak sebagai alat kepada seseorang yang menjawat jawatan itu untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya.

    Kita tidak menafikan peranan para pemimpin UMNO/BN serta segala jasa bakti mereka selama ini dan kita pun memang harus berterimakasih untuk itu. Bagaimanapun, mereka perlu sedar bahawa semua itu tidak perlu diungkit2 sepanjang masa kerana ia memang tanggungjawab mereka sebagai pemimpin. Bahkan mereka juga tidak boleh sekali-kali menggunakan alasan itu untuk ‘mewajibkan’ rakyat agar berasa terhutang budi kepada mereka sehingga bersedia memberi kebenaran kepada mereka untuk berbuat apa sahaja.

    Apa yang dapat diperhatikan ialah, pelbagai permasalahan yang timbul selama ini adalah disebabkan kuasa mutlak keterlaluan yang diberikan kepada pemimpin2 UMNO/BN untuk menentukan apa saja polisi pentadbiran negara. Tidak ada sistem ‘check and balance’ yang benar2 kuat dan berupaya untuk mengimbangi pengaruh mereka dan mereka memang cukup sedar dan sangat selesa dengan hakikat ini.

    Maka, kelemahan inilah sebenarnya antara faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya penganiayaan demi penganiayaan terhadap hak2 rakyat tanpa batasan dan sempadan selama berpuluh2 tahun lamanya. Manakala peribadi atau sakhsiah diri mereka juga sebenarnya banyak dibentuk oleh acuan ‘persekitaran yang selesa’ ini sehingga mereka seperti sudah lupa akan diri mereka sendiri dan tujuan sebenar mereka diangkat sebagai pemimpin.

    Kesimpulannya, barisan kepimpinan UMNO/BN perlu disedarkan tentang segala kebobrokan dan kejelekan yang terjadi di dalam corak pemerintahan mereka selama ini dan sekiranya mereka ingin terus relevan di hati rakyat, mereka perlu segera mengoreksi diri,berani mengakui kesilapan mereka serta bersedia mengubah paradigma pemikiran mereka supaya seiring dengan kehendak rakyat jelata.

  5. 5 S.A.M
    28 August,2008 at 1:43 am

    Aku namakan hobby aku tu sebagai ” Yang Tersirat Dibalik Yang Tersurat”.

    @)Kau ni tidak faham apa makna “Tersirat dgn Tersurat”. Asal boleh… hentam buta je…
    Soalan aku,’Sebelum Tersirat dari mana dtgnya Tersurat?’. Berikan penjelasannya.

    …”Buat Dulu..Kemudian Fikir”.(kata2 yg tidak bermakna sekali)

    @)Makan TAHI dulu, kemudian fikir.

    Pergi sekolah balik, belajar lagi.

  6. 6 raktamrittika
    28 August,2008 at 2:28 am

    S.A.M,

    Tak ramai manusia atas muka bumi ni yang aku tak layan, sebab seboleh-bolehnya aku nak ramaikan kawan.
    Cuma untuk makluman kau, diantara manusia2 yang tidak mendapat layanan aku ialah:
    1. ORANG GILA
    2. ORANG TAK BERAGAMA (samada ATHIES atau ajaran sesat)
    3. ORANG BODOH YANG PERASAN CERDIK.
    4. ORANG YANG TERANG2 MENGAKU TAK HERAN DGN NERAKA ATAU SYURGA.
    5. ORANG YANG MEMILIKI SEMUA CIRI2 DIATAS..MACAM KAU!!

    CHOW!!!

    Oopss sebelum tu, untuk makluman kau..tak ada yang tersirat andai ianya tidak tersurat.
    Kalau kau tak faham juga..pergi baca AL-QURAN ( yang merupakan surah, boleh dibaca = tersurat, dan menjadi sumber segala ilmu, fizikal dan rohani, serta mukjizat Rasullulah= tersirat kerana hanya orang yang tahu akan memahami.)..faham?

  7. 7 Bdk_Kg
    28 August,2008 at 1:24 pm

    Salam..
    Menarik gak isi kandungan blog saudara ni..Saya puji sebab penggunaan perkataan2 baru dan lenggok bahasa yg sedap dibaca..

    S.A.M..
    Cukup2lah tu..X perlu nak tunjuk pandai dgn menghentam tulisan org lain..Kata free-thinker..
    ‘Free’kan kepala otak tu dulu dari mentaliti yg kuno..Jangan ingat diri sendiri je yg betul..Cuba terima pandangan org lain gak..X rugi ape pun..
    ‘Free’kan rohani tu dari hasad dengki & perasaan benci..Dr cara penulisan ko dah tau ko ni makhluk pendendam dan suka mencari salah org lain..

    Tuan punya blog..
    Org2 yg termasuk dalam list yg diberi tu sesungguhnya dalam golongan yg rugi sebab dikongkong dalam dunia diorg sendiri..

    ***

    SALAM, saudara Bdk_Kg.

    Terima kasih diatas pujian saudara.
    Blog ini hanya untuk luahan hati semata2. Sambil2 tu boleh cari kawan dan berkongsi2 idea dan pemikiran. Yang bertentangan pendapat tidak semestinya bertujuan menghina, dan yang bersependapat juga tidak bermaksud membina.

    “SOKONG..JANGAN SAMPAI MEMBAWA REBAH, TENTANG…JANGAN SAMPAI MEMBAWA MUSIBAH”

    Wassalam.
    P/s: kalau saudara ada blog..hebah2kanlah..boleh saya berkunjung pula.

    Dari Tuan Punya Blog.

  8. 8 S.A.M
    28 August,2008 at 1:44 pm

    Wahai Raktamrittika,

    Kau masih belum faham, mengaku dah faham apa istilah Tersirat dan Tersurat.
    Ini tak betul “tak ada yang tersirat andai ianya tidak tersurat” dan jgn betulkan aku.
    Aku tahu istilahnya, kalau aku tak faham aku tak akan beri ulasannya pd kau.

    Inikah kata2 kau, diri sendiri belum betul dan jgn betulkan org lain.
    1. ORANG GILA
    @) Biar seluruh dunia org bilang aku GILA tidak setitik luka pun bagi diriku.

    2. ORANG TAK BERAGAMA (samada ATHIES atau ajaran sesat)
    @) Biar seluruh dunia org bilang aku SESAT/SYIRIK tidak setitik luka pun bagi diriku.

    3. ORANG BODOH YANG PERASAN CERDIK.
    @) Biar seluruh dunia org bilang aku BODON/BAHLUL tidak setitik luka pun bagi diriku.

    4. ORANG YANG TERANG2 MENGAKU TAK HERAN DGN NERAKA ATAU SYURGA.
    @) Apa yg hendak kau herankan pd org yg tak mau Syurga & Neraka bila mati. Buktikan sekiranya Syurga & Neraka wujud, kau belum mati macam mana kau tahu Syurga & Neraka wujud.

    5. ORANG YANG MEMILIKI SEMUA CIRI2 DIATAS..MACAM KAU!!
    @) Seperti tiga sekawan Monyet “ADA MATA TAPI BUTA, ADA TELINGA TAPI PEKAK, ADA MULUT TAPI BISU”
    inilah wataknya pd kau.

    Akhir kata,
    AKU DGN TUHANKU(ALLAH), KAU DGN TUHAN(ALLAH) KAU, TUHAN(ALLAH) KAU DGN TUHANKU(ALLAH) TIDAK SAMA…..AKU DGN AGAMA AKU. KAU DGN AGAMA KAU…. AGAMA KAU DGN AGAMA AKU TIDAK SAMA. walaupun seagama Islam.

    Sekian Wasalam.

    ***
    Alahai S.A.M…

    Meluat pun ada, benci pun ada, cuak dengan “bangkai”( bukan aku kata..kau sendiri isytihar)..macam kau ni lah!
    Kalau kau betul pandai sgt..huh??..ulas lah apa maksud kau tak setuju ngan ‘tak ada yang tersirat andai ianya tidak tersurat”. Aku nak tahu juga.

    Sebab bagi aku semua benda kena ada ras dan asma’..barulah ada makna dan ruh,
    Macam syurga dan neraka.

    Kalau kau betul islam, kau wajib percaya/beriman pada kandungan AL-QUR’AN..
    Syurga dan neraka ada “tersurat” didalam “surah2” Nya. Manakala apa yang tersirat/tidak nampak dimata tapi terang dihati..adalah kepercayaan umat islam sejati, akan kewujudannya.

    Kalau itu pun kau tak percaya..dan tak boleh faham..jangan bazirkan masa aku nak explain!!

    BERTAUBATLAH..Sebelum pintu hati dan NUR Ilahi tertutup rapat untuk kau.
    Memanglah kat dunia ni kau boleh berlagak..konon tak luka setitik pun dek kejahilan dan kefasikan kau tu..kat akhirat nanti kau rasakanlah betapa besar dosa kau sekarang dan betapa banyak ‘luka’ yang mampu kau tanggung!!

    Wassalam.
    Dari Raktamrittika

  9. 9 Bdk_Kg
    28 August,2008 at 2:51 pm

    Woi S.A.M!!

    Ko jgn mengaku tuhan ko tu ALLAH sebab dah nampak sgt ko ni bukan ISLAM..Aku nak ingatkan ko..Ko jgn guna alasan ALLAH tu maksudnya Tuhan dalam bahasa arab sebab bahasa arab bunyinya IL-LAH..Ko bgtau aku org islam mane x percaye ngan SYURGA NERAKA???Dah terang2 dalam rukun ISLAM no 5.
    Percaya Kepada Hari Akhirat :Beriman kepada hari akhirat juga ialah beriman kepada segala yang akan berlaku sesudah mati seperti fitnah kubur, nikmat dan azabnya dan segala yang akan berlaku sesudah itu seperti kebangkitan, perhimpunan untuk perhitungan amalan dan penentuan sama ada ke SYURGA ATAU NERAKA.
    Klu bende ni pun ko x pecaye jgn nak mengaku ko tu ISLAM..ISLAM HADHARI pun jgn ko mengaku..Kenyataan ko “AGAMA KAU DGN AGAMA AKU TIDAK SAMA. walaupun seagama Islam” menghina tau tak???Mana ada agama same tp kepercayaan lain2..Org macam ko ni klu zaman nabi dulu dh lama kene pancung..

  10. 10 S.A.M
    29 August,2008 at 6:06 am

    Bdk_Kg dan Raktamrittika,

    S.A.M said,’Tiada Tuhan disembah melainkan AKU’.

    Siapa kau suruh aku bertaubat. Aku punya sukalah, nak masok Neraka masoklah, apa yg aku nak takutkan, sebab aku tidak percaya Neraka dan Syurga wujud selepas aku mati. Aku, kau dan semua manusia dah memang bangkai hidup. Bila dah mampus jadi makanan cacing,ulat dan lain2.

    Kau berdua takutkan Neraka, kau berdualah berTAUBAT tak ada kena mengena dgn aku.

    Aku dah tentu dah ada jaminan bila mati esok lusa aku tidak masok Neraka atau pun Syurga.

    walaupun seagama Islam” menghina tau tak??? Bdk_Kg kenapa kau terasa hina. Bahalul, pergi jumpa Nik Aziz cium tangan dan sembah kakinya nanti garanti masok Syurga PAS bila kau dah kojol nanti.

    Tuhan itu bahasa Melayu dan Allah itu bahasa Arab sama juga bahasa lain yg panggil GOD,YAHWEH dan lain2. Allah hanya nama saja. Sebutan Allah sudah digunakan beribu2 tahun sebelum lahir Nabi Mohd…..ooops cukup. Malaslah nak ceritakan pd engkau org ini sebab kau org masih jahil lagi.

  11. 11 raktamrittika
    29 August,2008 at 6:56 am

    HOI MANGKUK S.A.M!!

    Macam aku kata sebelum ni la… kalau kau tak percaya pada Syurga & Neraka..makanya aku tak ada masa nak explain dan bertekak ngan orang macam kau.

    Aku tahulah kau konon2 nak tunjuk terrer la tu ilmu TASAUF…”tuhan itu aku”. SO lantak kau la.

  12. 12 Bdk_Kg
    29 August,2008 at 8:52 am

    S.A.M..

    Jahil??Ko kate aku jahil??Hahahaha..Dari statement ko dah tau sape yg jahil..Pegila jumpe sape2 pun diorg confirm senyum je bile ko cakap org macam aku jahil..Mesti diorg pkir camni,”Orang gila manela terlepas ni..Family die x ikat betul2la ni kat tiang rumah bawah kolong tu..Family die pun 1 spesis dgn die kot..”
    Ni la jdnye bila mak bapak x ajar anak dgn betul..Mak bapak jahil anak jadi bergandala jahilnya..Sepatutnya hantar ke sekolah agama rakyat tp sebab dah jahil sgt pegi hantar anak kat kuil sami buddha mane ntah..Pastu sianak ni plak pegila mencanangkan yg mentaliti die tu betul sgt..Memang betul pun cuma org yg berfikiran waras cam aku ni x boleh nak terima pakai ideologi tu sebab ideologi tu cuma boleh dipakai oleh org gila je..Nasihat aku pd ko lepas ni hantar anak ko pegi tokong batu caves berguru ngan samy vellu..Mendalami ilmu agama hindu plak supaya boleh dicampuradukkan dgn fahaman yg ko ade skrg..Mesti lg gempak punye..Oh..Xyahla pikir nak bertaubat..Dah nampak sgt hati ko ni dah hitam legam dan pintu taubat dah lama tertutup sejak dr hari 1st ko ngaji kat kuil sami buddha tu..

  13. 13 andalusia
    29 August,2008 at 10:52 am

    Astaghfirullah. Ampunilah dosa2 kami, yang zahir mahupun batin. Ya Allah, Tuhan yang menggenggam hati manusia. Tetapkan lah iman kami di jalanMu. Teruslah beri hidayah kepada kami supaya tidak sesat.

    ^^^S.A.M,

    sesungguhnya janji Allah itu benar. Kalau kamu kata kamu beragama Islam, kamu tentu tahu(cuma mungkin tak faham) Rukun Islam & Rukun Iman. Allah dgn sifat Ar-Rahman(Maha Pengasih) sentiasa membuka pintu rahmat & taubat walaupun dosa sepenuh alam. Hampirilah Allah yang Esa, dgn mendalami Quran kerana tidak seorg pun dari kita yg tidak jahil. Itulah sebabnya ayat pertama diturunkan IQRA!. Semoga kita tergolong dalam hambaNya yg diberkati, insyaAllah.

    ***Tuhan mmg bhs Melayu, bhs Arab disebut Rabb. Allah adalah nama Tuhan/Rabb, selain 99 Asmaul HusnaNya(yang mewakili sifat2Nya). Wallahu’aklam.

  14. 14 S.A.M
    29 August,2008 at 1:48 pm

    Kpd andalusia (Sepanyol):

    …..kamu tentu tahu(cuma mungkin tak faham) Rukun Islam & Rukun Iman.
    @)Penganut Islam lebih banyak amalkan Rukun Islam dpd Rukun Iman.

    Allah dgn sifat Ar-Rahman(Maha Pengasih)
    @) Kalau dah tahu Allah sifat Maha Pengasih, kenapa risau sangat tentang Neraka & Syurga bila esok lusa mati.

    …..tidak seorg pun dari kita yg tidak jahil.
    @) Manusia memang jahil sejak Adam a.s dicipta dan Adam dididik ilmu oleh Allah termasok nama Hawa.

    Itulah sebabnya ayat pertama diturunkan IQRA!.
    @)Rasullah cakap, “Aku tidak tahu baca” ini menunjukkan Rasullah “Buta Huruf”(bodoh, sepatah pun tidak tahu menahu). Maka2 Jibrail pun ajar IQRA’ BIS MIRAP BIKAL LAZI HALAQ. Mula dari sinilah Rasullah terus jadi BIJAKSANA.

    Semoga kita tergolong dalam hambaNya yg diberkati…
    @)Sejak dari Adam dan Hawa tidak kira apa bangsa dan agama semuanya diberkati Allah. Sebab semua mahluk Allah yg cipta. (Maha Pengasih dan Pengampun).

  15. 15 Musafir Kelana
    29 August,2008 at 3:29 pm

    Salam.

    S.A.M,

    Saya ingin berkongsi sedikit petikan dari kata2 Wali Allah Hassan Al-Basri bahawa:
    “Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis.”

    Begitulah hakikat yang sering kita lihat di mana2 apabila kebanyakan orang telah gagal untuk menjadi manusia, sedangkan menjadi orang pada hakikatnya tidak lebih dari seperti binatang yang berkata2, yang hidup semata2 kerana nafsu tanpa panduan akal kebijaksanaan.

    Manakala jalan untuk menjadi manusia itu bukan semudah yang disangka kerana tuntutan menuntut ilmu perlu dijalani terlebih dahulu sebagaimana perintah Nabi SAW yang menyuruh kita mencari/menuntut ilmu hingga sampai ke negeri Cina dan dalam pesanan yang lain juga mengajarkan bahawa proses mencari ilmu itu berterusan dari buaian hingga ke liang lahad.

    Sebagai seorang muslim atau yang mengaku dirinya muslim, proses pembelajaran ini hendaklah sentiasa berlaku sehingga kita berupaya mencapai taraf insanul kamil di sisi Allah. Insanul kamil ialah manusia (sebenarnya hakikat manusia itu sendiri) yang sudah faham benar tentang segala sifat2 Allah samada mengenai Sifat-sifat 20 Nya atau Sifat2 Jalal, Jamal, Qahar dan Kamal Nya atau Zat, Sifat, Asma’ dan Af’al Nya. Seterusnya segala 99 Asma Nya juga perlu dihayati dengan sesungguhnya supaya hati nurani dan hari sanubari kita hanya dipenuhi dengan cinta kepada Allah, Rabbul ‘Alamin semata-mata serta meniadakan yang lain selain dariNya sebagai sembahan kita. Inilah hakikat yang ditegaskan dalam firman Allah dalam hadith Qudsi yang bermaksud:

    Barangsiapa mengenal dirinya maka kenallah Tuhannya.

    Ilmu tak akan pernah habis meskipun kehidupan silih berganti, biarpun setinggi mana kebijaksanaan yang telah dicapai dan digapai insan, kekayaan ilmu Allah SWT tak akan berkurang hatta sebesar zahrah pun. Khazanah ilmu adalah milik Allah yang mutlak dan hakiki dan tiada siapapun yang berhak mendabik dada bahawa apa saja kebijaksaan atau kemahiran yang dimilikinya adalah semata2 kerana kehebatan dia sendiri tanpa merujuk kepada hakikat sebenarnya iaitu Allah yang memberikan semua kelebihan itu kepadanya.

    Kita tentunya tidak mahu mencontohi perbuatan iblis yang menderhaka kepada Allah apabila dia diperintah bersujud kepada Adam, ia berkata:
    Aku lebih baik darinya

    Juga telah terjadi pada Qarun bila ia berkata:
    Sesungguhnya aku mendapat kekayaan ini kerana ilmuku semata-mata (AlQashash: 78).

    Apabila kita dilarang menyekutukan Allah dengan berhala, batu, kayu, pohon, binatang dan manusia, maka janganlah manyekutukan Allah dengan kekuatan diri sendiri, seolah2 merasa sudah cukup kuat dan dapat berdiri sendiri tanpa pertolongan Allah, tanpa rahmat taufiq hidayat dan kurnia Allah. (Jika berkesempatan silalah rujuk Kitab Terjemah Al-Hikam- pendekatan abdi pada Khaliqnya).

    MasyaAllah!, memang benar kata kamu kita belum tahu pasal syurga dan neraka kerana belum mengalaminya sendiri tapi semua itu benar dan pasti benar, maka barangsiapa yang menafikannya adalah murtad dan kufur di sisi Allah. Rukun Iman 6 perkara semuanya menyentuh tentang perkara2 ghaib yang mesti diyakini oleh setiap muslim justeru janji2 Allah itu benar dan sekiranya sesiapa saja berani mengingkari suruhan dan laranganNya samalah seperti mengharapkan laknat Allah kepada dirinya.

    Cuba renungkan apa yang telah berlaku kepada Raja Firaun yang bukan main angkuh dan sombong mengaku dirinya sebagai tuhan tapi apa yang berlaku akhirnya?. Firaun mati di tengah2 lautan semasa dia dan bala tenteranya sibuk mengejar Nabi Musa a.s yang telah selamat menyeberangi lautan itu dengan izin Allah SWT.

    Jadi, kesimpulannya janganlah sampai kita hidup seperti mayat hidup yang tidak tahu apa2 malah tidak kenal diri sendiri yang dijadikan Tuhan sebagai hamba untuk mengenal Dia seterusnya mentaatiNya selagi nyawa di kandung badan.

    Jangan sampai kita tersalah tafsir ayat2 dalam Surah Al-Kafirun yang bukan menyuruh kita menafikan kewujudan Allah kerana Allah itu ada, mustahil tiada, wajib ada. Dialah yang wujud dan sebenar2 wujud, jika tiada yang lain pun umpamanya aku dan kamu, tapi Dia tetap ada kerana hanya Dia yang Mengadakan apa2 yang ada di seluruh langit dan bumi. Allah itu adalah Zat Mutlak (Hakiki) sedangkan kita manusia adalah Zat Majazi (yang dijadikan Allah) yang kemudiannya kita semua akan dikembalikan kepadaNya semula.

    Perlu diingat bahawa Ayat2 AlQuran adalah Kalamullah, Ayat2 Allah yang tidak boleh ditafsir sewenag-wenangnya dan janganlah sesekali kita menyamakan taraf kita denganNya. Jadi, perkataan “AKU” yang kamu rujuk itu sebenarnya merujuk kepada Allah jua kerana KalamNya adalah milik Dia semata-mata.

    S.A.M, jika kamu masih mahu menafikan hakikat ini, itu terpulanglah kepada diri kamu sendiri kerana kubur itu masing2, susah senang tanggunglah sendiri. Tapi, sebagai seorang muslim saya hanya menyampaikan nasihat ini sesuai dengan kehendak Allah SWT agar sentiasa berpesan2 dengan kebenaran supaya kita semua tidak termasuk dalam golongan yang rugi kerana tidak mempergunakan nikmat hidup ini dengan sebaik2nya untuk mengenal apa yang sepatutnya dikenal sebagai seorang manusia.

    Renungilah Firman Allah yang bermaksud:

    Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu tidak mengetahui apa-apa, kemudian Allah memberi kepadamu pendengaran dan penglihatan serta fikiran (perasaan), mudah-mudahan kamu berterima kasih kepadaNya. (Surah An-Nahl : 78)

    Wallahua’lam.

  16. 16 Musafir Kelana
    29 August,2008 at 5:41 pm

    Salam Raktamrittika,

    Tolong betulkan perkataan: ‘kebijaksaan’ menjadi ‘kebijaksanaan’ dan ‘sewenag-wenangnya’ menjadi ‘sewenang-wenangnya’.

    Terima kasih.

  17. 17 S.A.M
    30 August,2008 at 8:13 am

    Attn:Musafir Kelana,

    Biar saya huraikan pendapat anda.

    Saya ingin berkongsi sedikit petikan dari kata2 Wali Allah Hassan Al-Basri bahawa:
    “Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis.”
    @)Mengapa manusia mesti taat kpd perintah Tuhan bukankah Tuhan benda2 yg dikatakan BERHALA dan lebih baik menurut Iblis sebab kerana Iblis lah kau wujud didunia ini. Jika kalau Iblis tidak goda hasut Adam dan Hawa makan buah KURDI. engkau ingat kau boleh wujud. Tahukah apa itu buah Kurdi? Aku tidak akan ceritakan ttg buah Kurdi.

    Begitulah hakikat yang sering kita lihat di mana2 apabila kebanyakan orang telah gagal untuk menjadi manusia, sedangkan menjadi orang pada hakikatnya tidak lebih dari seperti binatang yang berkata2, yang hidup semata2 kerana nafsu tanpa panduan akal kebijaksanaan.

    @)Pembetulan,..kebanyakan MANUSIA (bukan orang) telah gagal untuk menjadi INSAN-KAMIL (bukan manusia),

    sedangkan menjadi orang pada hakikatnya tidak lebih dari seperti binatang yang berkata2, yang hidup semata2 kerana nafsu tanpa panduan akal kebijaksanaan.

    @)Betul,yang hidup semata2 kerana nafsu tanpa panduan (bukan akal)ILMU kebijaksanaan.

    Manakala jalan untuk menjadi manusia itu bukan semudah yang disangka kerana tuntutan menuntut ilmu perlu dijalani terlebih dahulu sebagaimana perintah Nabi SAW yang menyuruh kita mencari/menuntut ilmu hingga sampai ke negeri Cina dan dalam pesanan yang lain juga mengajarkan bahawa proses mencari ilmu itu berterusan dari buaian hingga ke liang lahad.

    @)Mencari ilmu itu hanya sejengkal saja tidak perlu berterusan dari buaian hingga ke liang lahad “jika ada pengetahuan, kenal dirimu rata2 baru kenal Allah yg nyata”.
    Firman Allah “Barangsiapa mengenal dirinya maka kenallah Tuhannya”. Kalau belum kenal asal usul diri sendiri macam mana nak kenal Allah.

    Sebagai seorang muslim atau yang mengaku dirinya muslim, proses pembelajaran ini hendaklah sentiasa berlaku sehingga kita berupaya mencapai taraf insanul kamil di sisi Allah. Insanul kamil ialah manusia (sebenarnya hakikat manusia itu sendiri) yang sudah faham benar tentang segala sifat2 Allah samada mengenai Sifat-sifat 20 Nya atau Sifat2 Jalal, Jamal, Qahar dan Kamal Nya atau Zat, Sifat, Asma’ dan Af’al Nya. Seterusnya segala 99 Asma Nya juga perlu dihayati dengan sesungguhnya supaya hati nurani dan hari sanubari kita hanya dipenuhi dengan cinta kepada Allah, Rabbul ‘Alamin semata-mata serta meniadakan yang lain selain dariNya sebagai sembahan kita. Inilah hakikat yang ditegaskan dalam firman Allah dalam hadith Qudsi yang bermaksud: Barangsiapa mengenal dirinya maka kenallah Tuhannya.

    @) Betul apa yg anda tulis tapi belum lagi BENAR. Barangsiapa sudah mengenal Allah maka2 binasalah diri sesaorang itu. Ertinya satu pun tidak boleh pakai apa yg anda tuis diatas tersebut bila sudah mengenal Allah.

    Ilmu tak akan pernah habis meskipun kehidupan silih berganti,biarpun setinggi mana kebijaksanaan yang telah dicapai dan digapai insan, kekayaan ilmu Allah SWT tak akan berkurang hatta sebesar zahrah pun. Khazanah ilmu adalah milik Allah yang mutlak dan hakiki dan tiada siapapun yang berhak mendabik dada bahawa apa saja kebijaksaan atau kemahiran yang dimilikinya adalah semata2 kerana kehebatan dia sendiri tanpa merujuk kepada hakikat sebenarnya iaitu Allah yang memberikan semua kelebihan itu kepadanya.

    @)Yang ini saya setuju, no komen.

    Kita tentunya tidak mahu mencontohi perbuatan iblis yang menderhaka kepada Allah apabila dia diperintah bersujud kepada Adam, ia berkata: Aku lebih baik darinya

    @) Tetapi mau ingat bahawasanya IBLIS duduk satu pejabat dgn Allah, itu sebab segala2nya sebelum sampai ke insan. Iblis dgn cepat kelentong manusia yg daif ,melainkan Hamba Allah yg sejati.

    Juga telah terjadi pada Qarun bila ia berkata:
    Sesungguhnya aku mendapat kekayaan ini kerana ilmuku semata-mata (AlQashash: 78).

    Apabila kita dilarang menyekutukan Allah dengan berhala, batu, kayu, pohon, binatang dan manusia, maka janganlah manyekutukan Allah dengan kekuatan diri sendiri, seolah2 merasa sudah cukup kuat dan dapat berdiri sendiri tanpa pertolongan Allah, tanpa rahmat taufiq hidayat dan kurnia Allah. (Jika berkesempatan silalah rujuk Kitab Terjemah Al-Hikam- pendekatan abdi pada Khaliqnya).

    @)Hidup manusia senantiasa dlm keadaan syirik tidak akan terlepas sesaat pun menyekutukan Allah melainkan PASRAH kpd Allah dgn secara yg tertentu, salah satu chontohnya: Sudikah kau terima segala kehilangan dlm hidup anda seperti kehilangan kesemua keluarga, pekerjaan dan lain2 semata hendak bersama Allah.

    MasyaAllah!, memang benar kata kamu kita belum tahu pasal syurga dan neraka kerana belum mengalaminya sendiri tapi semua itu benar dan pasti benar, maka barangsiapa yang menafikannya adalah murtad dan kufur di sisi Allah.
    @) Saya tidak nafikan Neraka dan Syurga wujud tetapi bukan sesudah mati. Fahamkan betul jika ada pengetahuan Hakikat.

    Rukun Iman 6 perkara semuanya menyentuh tentang perkara2 ghaib yang mesti diyakini oleh setiap muslim justeru janji2 Allah itu benar dan sekiranya sesiapa saja berani mengingkari suruhan dan laranganNya samalah seperti mengharapkan laknat Allah kepada dirinya.
    @)Rukun Iman 6 perkara boleh dilihat dlm ghaib. Bila sudah melihatnnya baru sesuai dgn Rukun Islam 5 perkara. Apabila dirikan solat baru dpt satukan kedua2 Iman dan Islam. Jika dirikan solat tanpa dpt satukan kedua2nya maka2 itulah dilaknatkan.

    Cuba renungkan apa yang telah berlaku kepada Raja Firaun yang bukan main angkuh dan sombong mengaku dirinya sebagai tuhan tapi apa yang berlaku akhirnya?. Firaun mati di tengah2 lautan semasa dia dan bala tenteranya sibuk mengejar Nabi Musa a.s yang telah selamat menyeberangi lautan itu dengan izin Allah SWT.

    @)Tidak salah dia mengaku dirinya Tuhan bukan dia mengaku dirinya Allah. Firaun akhirnya mati dlm Islam, tentu kau tidak setujukan melainkan kau faham2 betul Hakikat.

    Jadi, kesimpulannya janganlah sampai kita hidup seperti mayat hidup yang tidak tahu apa2 malah tidak kenal diri sendiri yang dijadikan Tuhan sebagai hamba untuk mengenal Dia seterusnya mentaatiNya selagi nyawa di kandung badan.

    @)**”Aku adalah Engkau, Engkau adalah Aku. Aku adalah Aku, Engkau adalah Engkau” kalau anda faham apa maksud yg tersirat ini. Saya tahu siapa diri saya sebenarnya tidak perlu khuatirkan.

    Jangan sampai kita tersalah tafsir ayat2 dalam Surah Al-Kafirun yang bukan menyuruh kita menafikan kewujudan Allah kerana Allah itu ada, mustahil tiada, wajib ada.

    @)Nampaknya anda sendiri tidak faham apa maksud yg tersirat sebalik surah al-kafirun.

    Dialah yang wujud dan sebenar2 wujud, jika tiada yang lain pun umpamanya aku dan kamu, tapi Dia tetap ada kerana hanya Dia yang Mengadakan apa2 yang ada di seluruh langit dan bumi. Allah itu adalah Zat Mutlak (Hakiki) sedangkan kita manusia adalah Zat Majazi (yang dijadikan Allah) yang kemudiannya kita semua akan dikembalikan kepadaNya semula.

    @)Betul, semua akan dikembalikan kpdNya. Kalau sudah faham benar maksud ayat itu, “Kenapa fikir sudah mati esok lusa masok Neraka atau Syurga. Sudah terang lagi disuluh.

    Perlu diingat bahawa Ayat2 AlQuran adalah Kalamullah,

    @)Betul, no komen.

    Ayat2 Allah yang tidak boleh ditafsir sewenang-wenangnya dan janganlah sesekali kita menyamakan taraf kita denganNya.
    @)Setuju, tidak boleh ditafsir sewenang-wenangnya dan tidak setuju, kita tidak setanding taraf dgnNYa malah lebih tinggi lagi sekiranya kita dpt menghuraikan beberapa lapisan tersembunyi dlm isi kandungan ayat2 Quran.

    Jadi, perkataan “AKU” yang kamu rujuk itu sebenarnya merujuk kepada Allah jua kerana KalamNya adalah milik Dia semata-mata.

    @)Maaf, saya tidak akan beritahu dan sudah dijelaskan diatas tersebut @)**…..

    S.A.M, jika kamu masih mahu menafikan hakikat ini, itu terpulanglah kepada diri kamu sendiri kerana kubur itu masing2, susah senang tanggunglah sendiri. Tapi, sebagai seorang muslim saya hanya menyampaikan nasihat ini sesuai dengan kehendak Allah SWT agar sentiasa berpesan2 dengan kebenaran supaya kita semua tidak termasuk dalam golongan yang rugi kerana tidak mempergunakan nikmat hidup ini dengan sebaik2nya untuk mengenal apa yang sepatutnya dikenal sebagai seorang manusia.

    @)Terima Kasih kerana sudi MUZAKARAH, sama2lah kita renungkan apa yg saya FEEDBACK pd anda.

    Renungilah Firman Allah yang bermaksud:

    Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu tidak mengetahui apa-apa, kemudian Allah memberi kepadamu pendengaran dan penglihatan serta fikiran (perasaan), mudah-mudahan kamu berterima kasih kepadaNya. (Surah An-Nahl : 78)

    @) Yang aku tahu DOKTOR atau BIDAN yg keluarkan aku bukan Allah, dan kenapa ada bayi yg lahir didunia ada yg BUTA, PEKAK dan BISU mahu faham benar2 apa yg tersembunyi disebalik kejadian itu.

    Wasallam……..

    Wallahua’lam.

  18. 18 ummu
    30 August,2008 at 10:05 am

    S.A.M,

    kamu tahu tak salah satu asmaul-husna Allah ialah Ya-Muntaqim(Maha Penyiksa)? Kamu jgn guna logik bab aqidah ni. Kalau pakai logik banyaklah perkara2 ghaib yang kamu tak percaya. Tu sebabnya kamu tak percaya adanya Hari Pembalasan selepas mati. Rukun Iman dan Islam perlu serentak(intergrated) bukan terpisah. Iblis dilaknat kerana takabur. Kerana mrasakan dia lebih mengetahui, sedangkan Allah Ya Alim lebih mengetahui. Cubalah mendalami asmaul-husna Allah.

    Doktor atau bidan tugasnya ‘menyambut’ tapi yang keluarkan ialah Allah! Mana kamu blajar Firaun masuk Islam? Hati-hati memilih guru. Firaun nak mentauhidkan Allah di saat2 akhir nyawanya tapi dah terlambat! Utk menunjukkan kekuasaanNya, Allah ‘simpan’ mayat Firaun tu utk kajian.

    Antara hikmah Allah jadikan Rasulullah SAW tidak tahu membaca/menulis adalah utk membuktikan bhw Quran itu bukan rekaan Baginda tetapi kalimah2 Allah semata2. Kamu kata kamu percaya Quran adalah kalamullah, alhamdulillah. Cuba kamu rujuk Surah Asy-Syams, terutama ayat 1-8. Semoga kamu mendapat hidayahNya.

    Kami di sini hanya cuba bagi kamu faham, tapi kalau kamu sendiri memilih utk tetap di atas apa yg kamu percaya(Surah Asy-Syams ayat 7-8, kami tak mampu buat apa2, melainkan berdoa moga kamu diberi hidayahNya. Oleh itu wahai S.A.M, janganlah kita membiarkan diri kita dikelentong olh Iblis! Marilah sama2 berusaha menjadi hamba Allah yang sejati, insyAllah.

    Wallahu’aklam.

  19. 19 S.A.M
    30 August,2008 at 2:55 pm

    Attn:ummu

    kamu tahu tak salah satu asmaul-husna Allah ialah Ya-Muntaqim(Maha Penyiksa)?
    @)Asmaul husna 99 nama Allah hanyalah nama2 TIMANGAN Allah bukan nama Allah yg seBENARnya.

    Kamu jgn guna logik bab aqidah ni. Kalau pakai logik banyaklah perkara2 ghaib yang kamu tak percaya.

    @) Tahukah anda perkara2 GHAIB sila berikan penjelasan. Rukan Iman 6 perkara. Percaya kpd;
    1) Allah 2) Malaikat 3) Kitab2 4)Rasul2 5) Kiamat/Kebangkitan 6) Qada dan Qadar. Kalau hanya percaya saja tanpa buktikan kebenarannya tidak payahlah nasihatkan saya.

    Tu sebabnya kamu tak percaya adanya Hari Pembalasan selepas mati. Rukun Iman dan Islam perlu serentak(intergrated) bukan terpisah.

    @) Siapa kata terpisah anda baca baik2 apa yg saya tulis,”@)Rukun Iman 6 perkara boleh dilihat dlm ghaib. Bila sudah melihatnnya baru sesuai dgn Rukun Islam 5 perkara. Apabila dirikan solat baru dpt satukan kedua2 Iman dan Islam. Jika dirikan solat tanpa dpt satukan kedua2nya maka2 itulah dilaknatkan”.

    Iblis dilaknat kerana takabur. Kerana mrasakan dia lebih mengetahui, sedangkan Allah Ya Alim lebih mengetahui. Cubalah mendalami asmaul-husna Allah.

    @)Iblis tidak dilaknat kerana takabur sebaliknya memang diciptakan begitu. Ertinya anda belum faham. Iblis adalah Malaikat yg paling Mulia dan Tertinggi sekali dikalangan Malaikat2 yg lain sebelum Adam wujud.

    Doktor atau bidan tugasnya ‘menyambut’ tapi yang keluarkan ialah Allah!.
    @)Anda nampak Allah keluarkan bayi, yg saya nampak para ibu mengerang utk mengeluarkan bayi itu. Kalau Allah yg keluarkan tidak payahlah pergi Hospital Bersalin, suami sendirilah menyambut jimat kos.

    Mana kamu blajar Firaun masuk Islam? Hati-hati memilih guru.
    @)Guru Mursyid.

    Firaun nak mentauhidkan Allah di saat2 akhir nyawanya tapi dah terlambat! Utk menunjukkan kekuasaanNya, Allah ’simpan’ mayat Firaun tu utk kajian.

    @)Benar Allah selamatkan mayat Firaun bukan utk kajian, utk jadikan renungan pd umat manusia. Ada Rahsia sebalik kejadian yg ditimpa oleh Firaun.

    Antara hikmah Allah jadikan Rasulullah SAW tidak tahu membaca/menulis adalah utk membuktikan bhw Quran itu bukan rekaan Baginda tetapi kalimah2 Allah semata2. Kamu kata kamu percaya Quran adalah kalamullah, alhamdulillah. Cuba kamu rujuk Surah Asy-Syams, terutama ayat 1-8. Semoga kamu mendapat hidayahNya.

    @) Tahukah anda apa itu Quran dan Kalamullah, kalau tidak faham erti makna yg sebenarnya jgn lah nasihatkan saya. Terima Kasih saja.

    Kami di sini hanya cuba bagi kamu faham, tapi kalau kamu sendiri memilih utk tetap di atas apa yg kamu percaya(Surah Asy-Syams ayat 7-8, kami tak mampu buat apa2, melainkan berdoa moga kamu diberi hidayahNya.

    @) Ayat2 ini patut menjadi PEDOMAN kpd anda sendiri dan semoga anda sendirilah yg diberi Hidayah.

    Oleh itu wahai S.A.M, janganlah kita membiarkan diri kita dikelentong olh Iblis! Marilah sama2 berusaha menjadi hamba Allah yang sejati, insyAllah.

    @) Kalau sudah kenal Allah rata2, sejengkal pun Iblis tidak boleh rapat dgn anda, BINASAlah akan dia Hamba2 Allah yg terpelihara. Apa lagi nak kelentongkan. Jgn andalah anda sendiri tanpa disedari kena kelentong.

    Wallahu’aklam.

    @) Tiada Wallahu’aklam bagi org BENAR sebab kebenaran yg dia sudah tahui. Tiada sepatah bohong pun walau sekecil hati kuman. Org yg berkata Wallahu’aklam ertinya tiada keIMANAN dan Tauhid.

    Sekian Terima Kasih kerana sudi Muzakarah.

  20. 20 Musafir Kelana
    30 August,2008 at 8:16 pm

    Salam.

    Raktamrittika,

    Saya sarankan agar komen2 yang boleh mengelirukan akidah umat Islam seperti yang di atas perlu ditapis terlebih dahulu agar mana2 pihak yang berhasrat untuk menunjuk2 kepandaian mereka dan mungkin bertujuan untuk memesongkan akidah orang lain tidak dibiarkan berleluasa.

    Saya perhatikan komen2 dari insan bernama S.A.M ini agak melampau dan boleh dianggap ke tahap menghina kesucian agama Islam, ayat2 AlQuran, sifat2 Rasulullah dan sebagainya yang merupakan perkara2 asas dan paling utama dalam agama Islam itu sendiri.

    Usahlah kita melayan orang2 seperti mereka kerana dalam Surah AlKafirun jelas ditegaskan bahawa bagi mereka yang memilih untuk kufur kepada Allah SWT, maka biarlah mereka dengan keputusan mereka itu dan usahlah kita bersusah-payah untuk menasihati mereka yang sudah tidak mahu menerima apa2 pandangan dari sesiapapun lagi.

  21. 21 S.A.M
    30 August,2008 at 9:42 pm

    Kpd para pembaca terutama sekali pengritik2 S.A.M (Saya Anak Merdeka)

    Ini bukan lah kali pertama saya melusuri lelaman web yg berbahas dlm agama. Saya sudah lama ‘debate’ diperingkat Antarabangsa Intellectual Debate bahagian Agama. Saya juga berbahas agama lain termasok Kristian, Yahudi, Atheist dan lain2. Dlm perbinchangan saya, saya jarang sekali gunakan petikkan ayat2 quran. Hanya menggunakan senikata seperti apa yg kebetulan berlaku tanpa didugakan menjadi satu perbahasan dikalangan kita. Saya gunakan fahaman agama mereka dan sedikit diselitkan Tauhid. Kebanyakkan agama lain boleh bertukar fikiran tanpa hina menghina yg ‘serious’. Sebaliknya saya dapati kebanyakkan org2 Muslim paling sensitif dan cepat melenting saolah mereka sajalah BENAR dlm segala bidang keagamaan. Tetapi gagal membuktikan Kebenaran Islam. Boleh saya katakan kebanyakkan penganut2 agama hampir semuanya adalah ‘DOGMA’.(Ikut fahaman ibubapa mereka sendiri). Kalau ibubapa Kristian, anak pun Kristian, ibubapa Muslim anak, pun Muslim dan seterusnya.

    Berakhir sudah, tiada lagi bahas.

    Strictly speaking, I neither a religion nor a philosophy; it is neither theism nor atheism, but stands between the two and fills the gap as Oneself. Among the religious, I considered to be free-thinkers; while among intellectual philosophers me considered religious, because they make use of subtler principles in life to elevate the soul than can readily be followed by material logic.

  22. 22 raktamrittika
    31 August,2008 at 2:50 am

    Salam.

    Saudaraku Musafir Kelana,

    Sengaja aku biarkan manusia ini mengutarakan DAKYAHnya disini untuk tatapan.

    Kerana aku percaya, ilmunya tidak kemana pun, theologinya jumud dan kufar.

    Biarlah…biar semua orang tahu bahawa di malaysia yang kononnya berpelembagaankan AGAMA ISLAM sebagai agama rasmi ini, masih terdapat SPESIES free thinker sebegini.

    Hujah2nya yang dangkal dan bersifat “nonsense” itu jelas mempamerkan keperibadiannya.
    Ini satu lagi spesies SESUMPAH yang ada.

    WASSALAM.

  23. 23 S.A.M
    31 August,2008 at 4:50 pm

    Attn: raktamrittika

    Sengaja aku biarkan manusia ini mengutarakan DAKYAHnya disini untuk tatapan.
    @) Menunjukkan anda seorang TERBUKA… itu salah satu WATAK yg dipanggil MERDEKA.

    Kerana aku percaya, ilmunya tidak kemana pun, theologinya jumud dan kufar.
    @) Menunjukkan anda seorang tiada ILMU sebab pakai AKAL yg selalu peranannya MENGAKAL.

    Biarlah…biar semua orang tahu bahawa di malaysia yang kononnya berpelembagaankan AGAMA ISLAM sebagai agama rasmi ini, masih terdapat SPESIES free thinker sebegini.

    @) Perlembagaan Agama Islam atau mana2 Intuisi Islam tidak boleh menjamin anda masok Syurga!.
    FreeThinker lebih baik sebab MERDEKA dari segala pengaruh kedunia’an.

    Hujah2nya yang dangkal dan bersifat “nonsense” itu jelas mempamerkan keperibadiannya.
    Ini satu lagi spesies SESUMPAH yang ada.

    @) Nonsense itu WATAK bukan SIFAT…. alahai Cikgu tak kan tak tahu bezakan.

    ************************************************************************************************

    Attn: Musafir Kelana

    Anda pula berfikiran SEMPIT. Mahu puji2an saja yg MANIS je yg PAHIT tak mahu.


Leave a reply to S.A.M Cancel reply


HARI INI

  • 50,091 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

August 2008
S M T W T F S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project