26
Aug
08

HOK SENGOTI

Akhirnya DATUK SERI ANWAR IBRAHIM yang disayangi telah menang!!

Rakyat telah menyatakan dengan jelas, terang lagi bersuluh…

UMNO IS NOT RELEVANT ANYMORE.

SEJARAH MALAYSIA TERUKIR DENGAN INDAH HARI INI..26 OGOS 2008.

So..disini saya nak ajak rakan-rakan menghayati puisi dibawah, salah satu puisi dialek kelantan yang saya rasa ada maksud yang tepat dengan apa yang berlaku hari ini.

Puisi ini hasil garapan seorang penulis berbangsa cina, anak kelahiran kelantan..saudara Lim Swee Tim yang amat saya hormati dan kagumi hasil karyanya.

Sekiranya agak sukar difahami..bacalah sahaja dulu.

Nanti akan saya “terjemah”kan ke bahasa malaysia, sedaya yang termampu kerana ada dialek kelantan ni yang tak ada dalam kamus melayu..(kamus saya la..kamus anda saya tak tahu).

Please enjoy…:)

HOK SENGOTI

Laghe tok serupo denge suroh,

Hok comey bakpo duk pakat kato hudoh,

Saye sohh doh laeng denge beci,

Jerok mamey tok serupo denge jerok celagi.

Takot.. ado keno mengeno denge ketar gegar,

Serupo dahago ado sabit denge lapar,

Ngiga sebenarnyo ada sabit denge kemama,

Selok tak dok bezo denge tok kaba.

Sapo kato buluh tu galoh,

Sapo kato tekeng tu tok bekekoh,

Naka laeng sikit denge jahat,

Dawa pun oghe duk pangge krawak.

Kalu tunggo tok serupo turuh pagar,

Sengotilah tolo tok srupo denge panda,

Lagu mana gadoh, belah tu jugoklah lorat,

Toksohlah wak loloq tok kena hok mano dakak Hok mano krabak.

Demey tok keboh bezo denge leloh,

Senyung semeweh tok serupo denge sengeh,

Baling tu laen denge kipah angin,

Bereng.. abe sikit jah pado kerah keng.

Kito tok leh wak tok tetu kalu,

Oghe serabuk ngeleh kito tok tahu,

Kito duk ralit berembah badi cah keting,

Oghe laeng gi seruh-serah.. Kito duk pakat reboh teguling.

Ulat kekek jange wi tuka denge ulat belucah,

Jale bejeket jange kato srupo denge hungga derah,

Kalu karak buleh lagi kito peteri,

Hok gelonggong lagu mano pakat kato tokleh nok isi?

Payoh sengoti nok bekecek nok bekiro

Culah lagu laeng tok srupo denge celiko

Payoh jugk nok bezo mano lakoney mano sandiwaro

Hok sengotinyo, manih leting tu belung tetu ibu gulo!

Lim Swee Tim

Sah lah anda takkan faham. Kecuali anda ore kelate..itupun tak tentu juga. Saya sendiri pun tak reti sangat nak translate bahasa ibunda saya ni..kalau ada perkataan yang tak faham..sila beritahu diruang komen. Nanti saya akan cuba terjemahkan.

SENGOTI tu saja bermaksud SUNGGUH@BENAR@BETUL atau semua sekali tu dalam satu maksud…ambik kau!!:8


7 Responses to “HOK SENGOTI”


  1. 1 Musafir Kelana
    27 August,2008 at 1:48 am

    Alhamdulillah.

    Akhirnya terlerailah sudah kekusutan di mindaku dan terukirlah kini senyuman kemerdekaan di wajahku setelah berita kemenangan itu mula menujah di kedua belah corong pendengaranku. Aku benar2 terharu dan terasa sekali kebesaran Allahu Rabbul A’lamin yang Maha Mengatur segala-galanya sehingga tiada lagi kesangsian dihatiku terhadap keupayaanNya dalam setiap aturan dan percaturan hidup hamba-hambaNya.

    Maka benarlah sekali kalamNya yang bermaksud:
    Tiap hari (tiap saat) Dia (Allah) menentukan urusan.

    Sesungguhnya setiap niat yang ikhlas semata2 kerana Allah pasti akan diganjari dengan keberkatan dan keredhaanNya jua. Betapa besarnya nikmat berupa pintu kemerdekaan yang baru dibuka ini kepada kita sebagai rakyat Malaysia yang telah sekian lama mendambakan sebuah kerajaan yang diterajui oleh pemimpin2 yang merdeka dari belenggu penjajahan hawa nafsu mereka sendiri agar nasib rakyat kan terbela sepenuhnya. InsyaAllah.

    Raktamrittika,
    Terimakasih sebab beri peluang ni ko ambo untuk royat hok sengoti dari hati ambo di blog demo ni.

  2. 2 Musafir Kelana
    27 August,2008 at 1:53 am

    Raktamrittika,

    Salam…
    Pasal puisi di atas tu, saya kurang faham sikitlah, rasa2nya pekat sungguh loghat kelate tu, kalau tak menyusahkan boleh translate sikit tak?

  3. 3 raktamrittika
    27 August,2008 at 10:39 am

    Salam.

    Musafir Kelana,

    Puisi Hok Sengoti ni memang sengaja menngunakan “vocab” kelate yang pelbagai dan agak accentric.
    Perkataan yang diguna seperti lorat = nak cepat tak sama dengan gaduh= tergesa-gesa.
    Jale bejeket= berjengket tak sama dengan hungga derah= lari pantas..etc

    APAPUN TQ for reading..specify perkataan yang anda tak faham ..saya akan cuba ‘translate’kan.

  4. 4 Musafir Kelana
    27 August,2008 at 12:35 pm

    Salam.

    Raktamrittika,

    Boleh tolong royat sikit apa maknanya 2 ayat di bawah ini:

    “Dawa pun oghe duk pangge krawak.
    Kalu tunggo tok serupo turuh pagar”

    Terima kasih.

  5. 5 raktamrittika
    27 August,2008 at 1:00 pm

    Salam.

    Hehe!..Musafir Kelana,

    “DAWAI PUN ORANG PANGGIL KERAWAT”
    “KALAU TUNGGOL (KAYU), TAK SERUPA TURUS PAGAR (TIANG PAGAR)”

    Itulah lebih kurang maknanya.

    Wassalam

  6. 6 Musafir Kelana
    27 August,2008 at 2:20 pm

    Salam.

    Raktamrittika,

    Terimo kasihlah demo dah ajar kawe bahaso ibunda kelate yang sangat unik ini.

    Wassalam.

  7. 31 August,2008 at 12:08 am

    Salam, merujuk kepada puisi kelate hok pekat lagi likat ni ambo nak cuba translate dengan cara ambo. Ni kire direct translation la… ok??

    HOK SENGOTI / KEBENARAN

    Laghe tok serupo denge suroh,/ Larang tak sama ngan suruh

    Hok comey bakpo duk pakat kato hudoh,/ Yg cantik naper pakat cakap hodoh??

    Saye sohh doh laeng denge beci,/ Sayang semamngnya sah lain dari benci

    Jerok mamey tok serupo denge jerok celagi./ Jeruk daun kemamey tak sama ngan jeruk celagi/tamarin

    Takot.. ado keno mengeno denge ketar gegar,/ Takut… ada kaitan ngan gugup

    Serupo dahago ado sabit denge lapar,/ Sama jugak ngan dahaga ada kaitan ngan lapar

    Ngiga sebenarnyo ada sabit denge kemama,/ Mimpi sebenarnya ada kaitan ngan mamai

    Selok tak dok bezo denge tok kaba./ Koma tak de beza ngan tak sedar diri

    Sapo kato buluh tu galoh,/ Siapa kata bulu itu galah??

    Sapo kato tekeng tu tok bekekoh,/ Sapa kata bertekak itu bukannya bergaduh??

    Naka laeng sikit denge jahat,/ Nakal lain sikit denan jahat

    Dawa pun oghe duk pangge krawak./ Dawai pun ada yang panggil Kerawat

    Kalu tunggo tok serupo turuh pagar, / Kalau tunggul kayu tak sama nga tiang pagar

    Sengotilah tolo tok srupo denge panda,/ Maka benarlah tolol tak sama ngan pandai

    Lagu mana gadoh, belah tu jugoklah lorat,/ Macam tu lah jugak dgn bergegas sama je ngan nak cepat

    Toksohlah wak loloq tok kena hok mano dakakHok mano krabak./ Jgn nak tipulah kalau tak tahu yang mana dakap, yang mana peluk

    Demey tok keboh bezo denge leloh,/ Demam tak sembuh2 berbeza dgn lelah

    Senyung semeweh tok serupo denge sengeh,/ senyum x sama ngan sengih

    Baling tu laen denge kipah angin,/ kipas(kat kincir angin) tak sama ngan kipas angin

    Bereng.. abe sikit jah pado kerah keng./ Poyo tu atas sikit dari berlagak

    Kito tok leh wak tok tetu kalu,/ Kita tak boleh nak buat tak tentu arah

    Oghe serabuk ngeleh kito tok tahu,/Org sibuk melihat, kta wat x tau

    Kito duk ralit berembah badi cah keting,/Kita sibuk berkelahi menjatuhkan sesama sendiri

    Oghe laeng gi seruh-serah.. Kito duk pakat reboh teguling./ Orang lain semua dah maju, kita masih duk di takuk lama

    Ulat kekek jange wi tuka denge ulat belucah,/ Ulat bubuk jangan samakan dengan ulat beluncas

    Jale bejeket jange kato srupo denge hungga derah,/Jalan pelan jgn samakan dengan berlari laju

    Kalu karak buleh lagi kito peteri,/ Kalau berkarat buleh kita paterikan

    Hok gelonggong lagu mano pakat kato tokleh nok isi?/ Yang berlubang jgn nafikan boleh ditampal

    Payoh sengoti nok bekecek nok bekiro/ susah betullah nak berunding

    Culah lagu laeng tok srupo denge celiko/ lolos tak sama ngan licik

    Payoh jugk nok bezo mano lakoney mano sandiwaro/ susah jugak nak bezakan antara lakonan ngan sandiwara

    Hok sengotinyo, manih leting tu belung tetu ibu gulo!/ Kebenaranya… yang manis menggula BELUM TENTU itu ibu gula…

    Lim Swee Tim/ Translated by: Anok Pok Soh Antik


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

August 2008
S M T W T F S
    Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: