24
Aug
08

Buat dulu..kemudian fikir..

PASTI!! Kita semua tengah berfikir dan membicarakan tentang HARGA MINYAK kan? Tentulah sebab harga komoditi negara kita ini yang menentukan berapa pulak harga ikan , ayam, daging, bawang dan sayur di pasar.

Harga minyak ini jugalah yang menentukan berapa kali dalam seminggu nak kena naik motosikal pergi kerja, berapa bajet sehari untuk belanja makan dan…agak-agaklah sendiri..mungkin nak pergi bersolat jemaah kat masjid pun kena kira dulu.

Maka kerana PERIHATIN(??) nya kerajaan, harga minyak pun diturunkan..sebanyak 15 sen untuk petrol dan 8 sen untuk diesel bermula semalam.

Ada lagi berita baik hari ni!. Kerajaan akan kaji nak ganti sistem rebet tunai yang diberi kepada rakyat marhaen. Sistem ini akan dihapuskan dan diganti dengan penurunan harga minyak yang lebih besar lagi.

Wah ini sudah dikira bagus!!

Jom kita baca apa kata JURUCAKAP kerajaan dalam BERITA HARIAN hari ni.

BERITA HARIAN online 24 Ogos 2008

Kerajaan kaji ganti sistem rebat tunai

BUKIT MERTAJAM: Kerajaan akan mengkaji untuk menggantikan sistem rebat tunai subsidi petrol dan diesel untuk kenderaan persendirian dengan menurunkan lagi harga bahan api itu 40 sen seliter mengikut tahap penggunaan dalam negara pada Mac depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, (inilah jurucakap itu) berkata langkah yang akan dilaksanakan selepas tempoh pemberian rebat tamat Mac tahun depan itu bagi memastikan rakyat memperoleh manfaat sepenuhnya (manfaat sekarang tidak sepenuhnya untuk rakyat tetapi untuk POS MALAYSIA dibawah naungan KJ) daripada kaedah yang dilaksanakan sekarang.

Sistem rebat ini nampaknya tidak banyak kesan.(entah pakar ekonomi bangang mana yang buat entah) Jika kita terjemahkan rebat RM625 mengikut setiap liter minyak, ia lebih kurang 40 sen nilainya setiap liter.

“Maknanya, jika kaedah rebat itu tidak digunakan dan diganti dalam bentuk pengurangan harga di pam, harga minyak boleh turun antara 35 hingga 40 sen seliter lagi, (maknanya, kenaikan mendadak harga minyak sebelum ini tidak difikirkan terlebih dahulu kesan dan implikasi terhadap rakyat, kenaikan membabi-buta sebelum ini tidak sepatutnya berlaku sampai begitu tinggi, tetapi kerana kami kerajaan yang bodoh dan tidak mampu menguruskan kewangan negara dengan ampuh dan efisyen maka kami buat dulu fikir kemudian dalam semua urusan yang membabitkan rakyat!) ” katanya dalam pertemuan dengan Berita Minggu, semalam.

Kelmarin, kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 dan RON92, masing-masing 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter, manakala harga diesel sebanyak lapan sen kepada RM2.50 seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi( ketua jurucakap), berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet ( yang terdiri daripada pengampu-pengampu saya dan mereka yang saya dah bagi semua kesenangan hasil dari duit rakyat yang saya SONGLAP selama ini. Mereka ini hanya dengar saja apa yang saya kata sebab kalau ada bantahan maknanya mereka sengaja cari nahas. Dah tentu saya akan pastikan mereka tidak menang ketua bahagian.) selaras penurunan harga minyak dunia sejak beberapa minggu lalu ( saya sengaja buat tak tahu sebab ianya menguntungkan kerajaan) dan bagi mengimbangi kenaikan kadar inflasi( yang berlaku disebabkan kebahalolan saya dan menantu saya menguruskan negara).

Najib berkata,( dan bersumpah dengan nama bomoh hindu MASTERJI) langkah memperkenalkan sistem rebat itu sebenarnya ( itupun baru terfikir alasan ini tadi) untuk mengelak pemilik kenderaan mewah (kemewahan ini diukur oleh kapasiti kereta yang digunakan, sekalipun ada yang pakai kereta NISSAN, TOYOTA, BMW berharga ratusan ribu,asalkan kapasiti enjin kurang daripada 2000cc) turut memperoleh subsidi bahan api kerana mereka sememangnya tidak layak. (melainkan menteri, ahli koperat dan orang kaya-kaya yang mempunyai 20 biji kereta berkapasiti 2000cc kebawah, sebab itu kita tidak hadkan jumlah kereta bagi setiap individu untuk mendapatkan rebet.)

“Malangnya, ramai orang apabila memperoleh rebat berbentuk wang tunai itu, mereka gunakan untuk tujuan lain.(contohnya membeli beras, lauk-pauk, basikal dan membayar bil elektrik yang kita naikkan tariffnya baru-baru ini) Oleh itu, lebih baik kita turunkan harga minyak( lagipun harga minyak yang kita turunkan tu pun ciput aje dibandingkan dengan apa yang kita dah kebas sebelum ini dan kehilangan kuasa bila DSAI menarajui PUTRAJAYA),” katanya.

Beliau berkata, pandangan dan maklum balas semua pihak akan dipertimbangkan ( setelah ditimbang dengan dacing barisan nasional itu kita akan buang dalam tong sampah, sebab PAKAR ekonomi kita ditingkat 4 dah ada formulanya sendiri) sebelum keputusan mengenai cadangan itu dilaksanakan tahun depan.( itupun seandainya saya dan konco-konco saya masih memerintah dan tak lari ke luar negara selepas 16 Sept. ini)

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pameran Pendidikan dan Kerjaya Malaysia 2008, sempena Pekan Fest di Pekan, semalam, Najib berkata, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sebelum ini dilakukan selepas harga minyak dunia meningkat kepada AS$143 satu tong.( saya sengaja berbohong disini kerana hendak menghalalkan kebodohan saya sebelum ini, sedangkan saya tahu harga sebenar pada masa itu hanya AS$138 satu tong…tapi saja naikkan sikit biar relevan.)

“Secara perbandingan, Singapura menaikkan 11 kali harga minyak di negara itu tahun lalu ( kita tidak secerdik singapura dan tidak peduli dengan rakyat kita yang susah dan miskin, maka kita naikkan sekali sahaja dan jumlah kenaikan yang kita buat itu adalah 300% lebih tinggi dari kenaikan 11 kali oleh Singapura),” katanya.

Mengenai keputusan terbaru menurunkan harga minyak, Najib berkata, kerajaan menunaikan janji sebelum ini untuk memberi faedah kepada rakyat apabila mendapati kadar inflasi meningkat lebih tinggi berbanding biasa.( Walaupun semasa menaikkan harga minyak sebelum ini kita amat pasti yang kadar inflasi tidak meningkat, tapi nak buat macam mana sememangnya setiap kali rakyat lebih arif dari kita).

Najib berkata, penurunan harga minyak juga diharap turut membantu penurunan kadar inflasi apabila harga barangan yang tinggi berubah selepas ini.( Saya tak pasti macamana harga barang boleh turun, tetapi hentam ajelah..saya memang tidak peduli sebab saya ada banyak duit dan bini saya mampu buat pembedahan plastik dan rawatan BOTOX seminggu sekali.)

*** alangkah elok kalau ucapan dalam ( ) benar-benar berlaku..

Saudara fikirlah sendiri..WASSALAM

Berita Harian Online.


3 Responses to “Buat dulu..kemudian fikir..”


  1. 1 Musafir Kelana
    25 August,2008 at 1:28 am

    Mari kita tengok siapa yang kena…?

    Tu lah dulu orang suruh belajar betul2 biar jadi orang sebenar2 orang, depa tak nak. Kat sekolah dulu, depa lepak sana sini, tup2 bila dak kerja nak jadi pembesar konon…

    Sekarang depa dok kona sana kona sini, bercakap berbelit2, konon depa boleh auta rakyat2 sekelian, tapi sayang 1000x sayang, rakyat yang cerdik2 macam Raktamrittika ni dah tahu dulu taktik dan trick depa yang busuk tu.

    Saya sokong 200% apa yang Sdr. tulis dalam ( ) tu pasal depa ni memang tak tahu malu, dasar pemimpin bukan pemimpin macam tu lah, asyik dok ingat nak perabih duit rakyat. Bagi turun harga ciput, lepas tu dok canang konon depa baik sangat dan prihatin benar dengan kesusahan rakyat Mesia ni. Tapi yang pelik bin ajaibnya, apasal sekarang baru nak kisah, padahal masa rakyat nak buat bantahan kenaikan harga minyak hari tu, bukankan depa juga yang marah dan naik angin seluruh badan?

    Inilah sebenarnya gaya politik orang politik yang bukan politik, depa tak tahu apa maksud memimpin dan dipimpin. Depa cuma tahu hentam saja, janji masyuk hasil walmahsul kat dalam kantung dulu, pasal yang lain2 tu belakang kiralah.

  2. 2 AnakMudaParlimenBatu
    25 August,2008 at 7:00 am

    Penurunan menyaksikan saat kemenangan rakyat dalam menentang kenaikan harga minyak tempoh hari, walaupun sedikit tetapi bagi aku tetap bersyukur kerana suara rakyat didengari. Orang kata pasai Permatang Pauh tetapi bagi itu cuma penyebab penurunan, kemungkinan kalau tidak apa yang berlaku di Permatang Pauh, kemungkinan penurunan ini tidak aku berlaku, Bersyukurlah Kepada Allah kerana telah membuka pintu hati pemerintah yang sedia tahu memang bebal.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  3. 3 raktamrittika
    25 August,2008 at 10:17 am

    Salam.

    Musafir Kelana @ orang islam..

    Wah…panjang betul hang komen..aku rasa hang ni pun macam aku jugak lah..
    Dah juak dan cuak dengan POLITICAL GAME pemimpin2 yang 2-3 kerat tu.

    Terima kasih kerana sudi berkongsi disini, dan TOLONG lah jgn dok kata aku cerdik..nanti aku perasan..takbur..bongkak mcm depa tu plak!

    Hang punya INSIGHT pun bernas2 juga..terima kasih.

    Dalam politik, depa tu penuh ngan strategi tapi dlm ekonomi depa HANCUSSS…

    THEY “GAMBLE” OUR ECONOMIC STABILITY UPON THE SAKE OF THEIR INTEREST..NOT THE RAKYAT.

    Saudara AMPB…

    Secara ringkasnya…saya setuju ngan pendapat kamu…rakyat MENANG!!

    Tapi jangan lupa..we dont want to win a battle than to lose the war!!

    KEIKHLASAN menurunkan harga minyak itu masih amat diragui.
    Saya bersyukur minyak diturunkan juga akhirnya walau sedikit..tapi itu tidak bermakna saya rasa kita sudah berjaya MENGINSAFKAN mereka.

    WASSALAM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

August 2008
S M T W T F S
    Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: