22
Aug
08

“QUOTES”…PART 1

( I was about to write this in english, but for us all to understand..i have to be realistic..we are malaysian)

Seringkali, samaada secara sedar atau tidak kita pasti ada terbaca, terdengar atau terlihat satu susunan ayat hasil ucapan, ungkapan atau nukilan tokoh-tokoh terkemuka dunia yang dicedok, digarap, diabadikan sebagai QUOTES…yang bermaksud ungkapan kata-kata yang tidak dipinda.

Quotes ini biasanya di ambil dari kata-kata Sejarawan, negarawan, politikus, usahawan,saintis, ahli koperat dan seumpamanya sementelah dari individu yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia.

Tentu sekali QUOTES ini diambil dengan aslahnya untuk dikongsi oleh semua kerana maksudnya yang membina dan beraspirasi, berinspirasi atau bersifat benar (walau masih boleh disangkal kerana tiada QUOTES yang lebih baik dari HADIS)

Disini saya ingin berkongsi dengan saudara sekelian beberapa QUOTES yang saya ingat(simpan) dan memberikan ulasan berkenaannya mengikut kefahaman saya dan senario politik semasa di negara kita.

Mungkin kemudiannya kita boleh berkongsi pendapat yang berbeza..cantikkkk…

Diantaranya:

The one pervading evil of democracy is the tyranny of the party that succeeds, by force or fraud, in carrying elections.

Lord Acton (1834-1902)

Demokrasi adalah sistem pemerintahan yang paling “popular” di dunia sekarang hanya kerana RAKYAT merasakan mereka berpeluang memilih dan menentukan kerajaan. “KUASA” yang kononnya ada pada rakyat inilah selalunya dipergunakan oleh pemerintah untuk dimanupulasi dengan apa yang kita kenali sebagai PROPAGANDA. Kekilafan dan muslihat mengendalikan Pilihanraya secara kekerasan atau penipuan adalah PASTI oleh parti yang memerintah. Barisan Nasional dan UMNO telah mempraktikkan manipulasi dan penipuan ini sekian lama. Fasiliti dan sistem perkhidmatan yang sepatutnya untuk RAKYAT dipergunakan sebagai JENTERA KERAJAAN. Maka lahirlah sistem PILIHANRAYA di Malaysia yang paling tidak telus didunia.

Power tends to corrupt; absolute power corrupts absolutely. Great men are almost always bad men.
Lord Acton

KUASA diibaratkan semacam dadah, semakin banyak kuasa bertambah rosak jatidiri dan akal fikiran. Godaan kuasa ini samalah seperti godaan isteri muda di malam pertama..tiada yang mampu menolak. Kekuatan Iman dan peribadi seseorang hanya teruji dengan memberikan mereka KUASA..walau sedikit. Di asbabkan itulah maka waima keturunan ulama’ sekalipun, pemimpin negara kita sudah ketagihan dengan kuasa yang tergenggam..dan KEBERATAN untuk menyerahkan kuasa dan kedudukan itu buat yang lebih berhak. Lantaran penangan KUASA yang memabukkan.

A vote is like a rifle; its usefulness depends upon the character of the user.

Theodore Roosevelt (1858-1919)

Ungkapan bekas Presiden Amerika ini menggambarkan betapa besar peranan PENGUNDI dan UNDI bagi sesebuah negara BERDEMOKRASI!!..Percaturan yang salah dan penyalahgunaan hak mengundi hanya akan memudaratkan lagi sesebuah negara dan masyarakatnya. Karektor dan sikap pengundi terhadap hak mengundi ini selalunya bergantung kepada apa yang telah berjaya di terapkan, diasimilasikan oleh pemerintah. Perbandingan yang adil adalah mustahil terhadap pembangkang di negara kita ini.

A small body of determined spirits fired by an unquenchable faith in their mission can alter the course of history.

Mahatma GANDHI (1869-1948 )

Pegangan FALSAFAH sebeginilah yang seharusnya menjadi darah daging PEJUANG dalam PAKATAN RAKYAT. Kesungguhan dari jiwa, dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi terhadap MISI memerdekakan diri, rakyat dan tanahair tercinta ini dari kekejaman dan kerakusan BN/ UMNO akan menggarap SEJARAH dan menentukan halatuju baru MALAYSIA.

Whoever thinks of stopping the uprising before it achieves its goals, I will give him ten bullets in the chest.

Yasser Arafat (1929-2004)

Faktor yang menjadi asas kepada perjuangan jitu rakyat Palestin dalam perjuangan mereka adalah kerana ZAHIRnya seorang pemimpin yang komited dan berjiwa besar seperti Yasser Arafat. Tiada kompromi sebelum matlamat perjuangan tercapai dengan jayanya..Insya ALLAH, PR juga kan diterajui oleh DSAI secekal pejuang ulung palestin ini.

Saya mempunyai ratusan QUOTES untuk di bicarakan tetapi cukuplah dulu buat kali ini..kerana yang penting adalah PENGISIAN bukan KUANTITI.

Diharapkan rakan rakan semua dapat sama-sama memberikan pendapat berkenaan isu kali ini. Kesudian anda, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Info:

LORD ACTON.

British historian and liberal philosopher John Emerich Edward Dalberg, 1st Baron Acton, issued the famous statement “Power tends to corrupt; absolute power corrupts absolutely.” In 1895 he was appointed Regius Professor of Modern History at the University of Cambridge in England.

THEODORE ROOSEVELT

Theodore Roosevelt served as vice president under President William McKinley, and became president in 1901 when McKinley was assassinated. Roosevelt’s administration fought for the rights of workers and small businesses and for the conservation of natural resources. His active foreign policy led to the construction of the Panama Canal and to his winning the 1906 Nobel Peace Prize for his role in ending the Russo-Japanese War.

GANDHI

Indian nationalist leader Mohandas Gandhi spent his life campaigning for human rights in India. His strategy was to use a combination of passive resistance to and noncooperation with the British, who ruled India. Gandhi said his techniques were inspired by the Russian writer Leo Tolstoy, by American writer Henry David Thoreau, and by the teachings of Jesus Christ. In 1947 Gandhi’s pacifist efforts brought an end to British rule in India.

YASSER ARAFAT

Yasir Arafat, the leader of the Palestine Liberation Organization, rose from commando to Nobel laureate. After signing a historic peace agreement with Israel, Arafat was elected in 1996 as president of the Palestinian National Authority, which governs Palestinian-populated areas of the West Bank and Gaza Strip. Arafat died in 2004.


4 Responses to ““QUOTES”…PART 1”


  1. 1 Musafir Kelana
    22 August,2008 at 8:21 pm

    Saudara Raktamrittika,

    Terimakasih daun keladi. It’s a very good write-up. Hope to learn more from you.

    Kalaulah pemimpin2 kita suka menghayati pandangan2 bijak pandai seperti di atas, saya percaya masalah bankrap moral di kalangan mereka mungkin dapat dikurangkan dan imej Malaysia pun tak adalah seteruk ini di mata dunia.

  2. 2 raktamrittika
    22 August,2008 at 8:37 pm

    Saudara Musafir Kelana,
    Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada saudara kerana sudi menyelusuri laman blog ini sekali lagi.

    Artikel saya dalam KERAJAAN RAKYAT telah di lupuskan oleh administratornya, atas sebab2nya yang saya tak tahu.

    Learning is a two ways activities.., saya juga berharap untuk belajar sesuatu dari saudara.

    Pemimpin kita tidak kurang BIJAKnya, cuma KUASA, WANG dan PANGKAT telah menguasai mereka..by heart and soul!!

    SEJARAH adalah putaran kehidupan yang berulang..

  3. 23 August,2008 at 12:13 am

    Salam raktamrittika,

    Saya telah ‘link’ your site to Kerajaan Kerajaan.

    Semoga ALLAH merahmati dan memberkati segala usaha dan perkongsian minda saudara.

    Salam takzim

  4. 23 August,2008 at 12:15 am

    Salam,

    Maaf, not Kerajaan Kerajaan, Kerajaan Rakyat.

    Kami akan kerap mengunjungi blog saudara, menarik catatannya. Tahniah !!

    Salam takzim


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

August 2008
S M T W T F S
    Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: