19
Aug
08

Sumpah atau sesumpah?

Ore Kelate Aug 18th, 2008 at 3:59 am

SALAM.

Isu SUMPAH…

Untuk renungan bersama…

Kita ingin menekankan di sini bahawa seperti apa yang telah ditegaskan oleh Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz(TGNA) bahawa amalan/perbuatan sumpah yang telah dilakukan oleh Saiful Bukhari langsung TIDAK mengikut hukum & syariat Islam.

Apa yang diperjelaskan oleh TGHH bahawa sumpah Saiful tidak mengikut hukum Islam adalah berdasarkan sepertimana hukum-hukum yang termaktub dalam Al-Qur’an yang dinyatakan secara qat’ie, sepertimana juga hukum-hukum Talaq dan Iddah, Illa’, Zihar, Li’an dan Qadzaf, Ihdad, Istibra’, Nafkah dan Hadanah.

Hukum-hukum tersebut dinyatakan secara jelas dalam Al-Quran.Hukum tersebut BUKAN PENDAPAT ULAMA, ianya adalah merupakan PERINTAH ALLAH.

Najib berkata bahawa itu adalah pendapat Hadi, tetapi pendapat ulama berlainan. Ezam pula menggesa PAS untuk mempertahankan cara Saiful mengangkat sumpah kerana kononnya ia dibuat mengikut proses Islam.

Inilah masalahnya dengan “penganut-penganut” UMNO, sentiasa bebal dengan hukum-hakam dan syariat Islam.Tidak ada dalam Syariat Islam orang yang menuduh liwat, zina, rogol atau khalwat ke atas orang lain dan mereka gagal membawa 4 orang saksi yang adil dan cukup syarat boleh membuktikan kebenaran tuduhan mereka dengan bersumpah laknat. Hanya pihak suami yang yakin bahawa isterinya melakukan zina yang gagal mendatangkan 4 orang saksi untuk membenarkan dakwaannya sahaja yang boleh bersumpah laknat untuk menggantikan 4 orang saksi tersebut – Hukum dan Syariat ini yang ada di dalam Islam. Orang yang bukan suami isteri yang menuduh zina, liwat atau rogol kepada seseorang perlu mendatangkan 4 orang saksi adil yang cukup syarat untuk membenarkan tuduhan mereka. Jika gagal, mereka menanggung hukuman qadzaf iaitu mesti disebat 80 kali. Di dalam Syariat Islam, bebanan pertuduhan diletakkan ke atas orang yang menuduh.

Undang-Undang Syariah di Malaysia memperuntukan bahawa orang yang menuduh liwat ke atas seseorang yang gagal membawa 4 orang saksi perlu dibicara mengikut undang-undang Qadzaf berdasarkan Perlembagaan Perkara 121a-1. Perbicaraan dan siasatan boleh dilakukan untuk membuktikan kebenaran pihak yang menuduh dan pihak yang kena tuduh. Jika terdapat kesangsian, atau terdapat bukti-bukti sokongan yang lemah, hakim syar’ie masih boleh menjatuhkan hukuman takzir berdasarkan budi bicara dan kebijaksanaannya untuk kepentingan masyarakat.

Kita cukup hairan, di mana Najib dan Ezam belajar agama kerana sanggup mendakwa bahawa Saiful melakukan angkat sumpahnya mengikut proses dan hukum Islam. Jika kedua-duanya mendapat nasihat dari Ulama di dalam UMNO, kita ingin bertanya kitab mana pula yang mereka rujuk, apakah mereka tidak merujuk kepada hukum-hukum qat’ie yang secara jelas ada di dalam Al-Qur’an. Paling menjengkel kan kita ialah sikap Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali dan beberapa orang pegawai Masjid Wilayah Persekutuan termasuklah salah seorang Imamnya Ramlang Porigi kerana tidak menegur Saiful ketika hendak melakukan sumpah laknatnya itu. Apakah pegawai-pegawai ini tahu hukum-hukum Islam? Ataukah mereka mendapat arahan untuk menjadi saksi dan berada bersama Saiful ketika sumpah laknat itu dilakukan ?

Kita ingin menasihatkan Najib dan Ezam agar belajarlah hukum Islam secara mendalam dahulu. Jangan jadikan Naskah Al-Qur’an sebagai alat untuk dijunjung sewaktu mengangkat Sumpah Laknat sedangkan segala hukum-hukum, peraturan serta perundangan yang diwahyukan didalamnya dibantah dan dihina. Allah tidak menurunkan Al-Qur’an sebagai alat untuk bersumpah tetapi untuk beramal dengan segala panduan, hukum dan peraturan yang ada di dalamnya.

Menariknya, Saiful ketika ingin bersumpah laknat itu bersyahadah pula sebanyak 3 kali dan membaca Surah Al-Fatihah sekali. Surah Al-Fatihah adalah merupakan pujian kehadrat Allah dan doa semoga ditunjukkan jalan yang betul, bukan seperti jalan orang-orang Yahudi, Majusi & Nasrani dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat. Ini bersumpah dengan menjunjung Al-Qur’an ni ambil nas dan panduan dari mana pulak ?

Tun Mahathir pun tumpang sekaki menunjukkan kebodohan dan kejahilannya dalam hal ini. Ketika ditemui pemberita pada Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di Serdang Tun Mahathir berkata dan menggesa Anwar turut bersumpah “Bersumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi kemudian pegang al-Quran…junjung Al-Quran baru boleh terima,’’ Kita tidak begitu hairan sangat dengan bekas PM ni, sebab dia ni dulupun minta Al-Qur’an ditafsirkan semula.

Kita ingin sekali lagi menasihatkan puak-puak yang berada di dalam UMNO sana. Jangan cuba untuk menggunakan peraturan dan hukum Islam untuk kepentingan politik sewaktu berada dalam keadaan terdesak sahaja. Nanti ia akan menunjukkan kebodohan dan kejahilan kamu sendiri. Hukum dan peraturan Islam perlu dijadikan undang-undang pemerintahan. Syahadahkan Perlembagaan Negara !”

WASSALAM.


0 Responses to “Sumpah atau sesumpah?”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


HARI INI

  • 47,554 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

August 2008
S M T W T F S
    Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung 2 April,2014
    Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, tela […]
    Sheih
  • Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara. 9 October,2013
    Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pemban […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • Malaysians…..We Need This More Than Ever This Time Round!!! 26 April,2013
    And here we are again….back in a full circle…..and this time all ready and pumped up to finish what we were supposed to have done the 12th General Election 5 years ago. There’s been an avalanche of feeds in my Facebook page this time round, on this General Election and it feels good…….OH BOY!! Does […]
    ErnieJean
  • Quotable Quotes 21 February,2010
    “If he stamps his feet, I will shudder.” – Datin Seri Rosmah, describing her husband; whilst overzealously trying to portray a mousy image of herself. “ … do not provoke him. If he is angry, there is no forgiveness for you.” – again, Datin Seri Rosmah, attempting to conjure a rather fearsome image of her […]
    Oscar the Grouch

RSS PENYU KALER PINK

  • Ya Allah,selamatkan Kelantan ditadbir oleh pemimpin penipu selepas ini.. 28 October,2016
    Semalam, aku ambil masa sehingga pukul 4.15 pagi untuk lihat perbahasan sidang dun negeri Kelantan yang aku tertangguh untuk lihat pada 24-27 oktober . Walaupun aku bukan politician dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai rakyat Kelantan, aku prihatin kepada nasib negeri tercinta aku. Maka aku amati isi perbahasan tersebut. Aku rumuskan beberapa p […]
    pinkturtle2
  • Bukti jelas MB,tmb dan exco2 Pa$ tidak pandai urus tadbir negeri utk kepentingan rakyat 17 October,2016
    Kenapa balak Kelantan perlu diswastakan kepada syarikat lain? Sedangkan Kelantan sudah mempunyai satu anak syarikat khusus berkenaan balak dan kayu iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan? Adakah dengan menswastakan sumber mineral ini, ia boleh meningkatkan pendapatan negeri dalam sektor pembalakan? Cuba lihat dalam gambar-gambar yang kami sebarkan. Kebanyakan kaw […]
    pinkturtle2

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “We stand together as sky falls” 5 November,2012
    Skyfall – the latest 007 Bond – is quite a philosophical movie that focuses on the theme of ‘death’. Time has come that even Bond ponders if his work, patriotism or nationalism is worth dying for after a mission in Turkey where he was accidently shot by an accomplice. At the start of the movie, […]
    sloone
  • Merdeka thoughts 2012. 30 August,2012
    Nothing is as sweet as the promise of democracy! That is the clarion call of the rally by Bersih supporters last evening. As oppose to the 1Malaysia-Janji diTepati (promises fulfilled) – BN propaganda theme of this year’s Merdeka. That latter slogan at once invite brickbats and the stare of disapproval from the critical eye. We wonder… […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

6922

untitled

Coigach

Alley in Shemiran (Painting)

All Wrapped Up

Landscape sea-mountain at sunset. Paisaje mar montaña al atardecer.

Wednesday Colours - Postcards from New York

M45 to California Nebula

Bald Eagles

Sakrale Weinberg-Symmetrie ...

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project

%d bloggers like this: