01
Oct
08

SELAMAT HARI RAYA..!!!!!

Amanat dan perutusan TGNA sempena Aidulfitri:

Semua manusia seluruh dunia adalah “adik-beradik sebenarnya” tidak kira bangsa sama ada Arab, Melayu, Cina, India, Amerika atau Orang Asli kerana semua mereka adalah adalah anak cucu Adam a.s dan Hawa, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam perutusannya sempena Eidulfitri.

“Tidak ada lebihnya bangsa Arab berketurunan Nabi Muhammad s.a.w dengan kaum Orang Asli kecuali hanya dengan taqwa kepada Allah, sujud kepada Allah Tuhan yang Maha Meliputi sekelian alam.

“Sumber hidup keseluruhan ini adalah anugerah Allah s.w.t. Ia tidak dapat dijual dan tidak dapat dibeli,” kata Menteri Besar Kelantan itu.

Begitu juga, kata beliau, dengan pelbagai bulan di dalam taqwim di mana dalam bulan mana dan ketika mana sekalipun, hidup manusia sarat dengan perhambaan kepada Allah s.w.t.

“Sebenarnya, baik dalam bulan mana dan ketika mana sekalipun, hidup kita ini sarat dengan pelbagai aktiviti perhambaan. Kita mengabdikan diri kepada Allah dalam segenap keadaan.

“Menyambut Hari Raya pun adalah merupakan ajaran agama. Makan minum, berpakaian cantik, suka-ria di hari raya sama ada Eidulfitri atau Eiduladha; semuanya itu adalah ajaran agama.

“Teriak tangis di waktu dinihari, sedu-sedan sebelum subuh meminta diampunkan segala dosa, diselamatkan dari godaan nafsu dan sabar menghadapi segala karenah manusia baik mukmin, fasik, kufur dan lebih-lebih lagilah yang munafik; pun adalah ajaran agama,” kata Tuan Guru.

Begitu juga, katanya, dengan kesedaran terhadap lafaz berbunyi: “Ya Allah mujurnya ada ajaran-Mu dan puasnya hatiku mendengar nasihat Nabi-Mu yakni Muhammad s.a.w.?

“Semuanya ini berupa pengabdian,” katanya lagi.

Beliau mengucapkan kesyukurannya kepada Allah yang telah mendatangkan lagi Ramadhan “untuk kita menghirup udara kerahmatan, keampunan dan maghfirah yang sangat mulia”.

Lebih penting dari itu, katanya, adalah kesedaran untuk mengambil kesempatan keatas janji-janji gandaan pahala yang ditawarkan oleh-Nya.

“Dengan segala kesedaran dan isi kandungan kesyukuran seperti yang kita sebutkan ini, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf jua seadanya,” kata Tuan Guru.

Sumber: Harakahdaily – Terima kasih!


4 Responses to “SELAMAT HARI RAYA..!!!!!”


  1. 1 Sampugita
    2 October,2008 at 3:42 am

    Salam,

    Haghi Ghayo taun ning la, aghi rayo hok paling mencabar bagi ambo sekeluargo. Nak balik kapong pitih kure, baju ghayo anok-anok pun tok leh nak beli. Huk alooh laaa..

    Maghi raso sedih sayu jah….

    Nak tak nak kena ghayo jugok,.. siye ko anok-anok nak beghayo.. Mugo dok di negeri oghea (Kuantan) terai la gi jale ke pata telok cepedok. Sapa di tengoh jale, tengok ghama ore masuk ke kediaman MB Pahang. Ingat buleh laaa duit ghayo do anok-anok ambo,…

    Ramai cino, keling duk beghator nak amik makene,.. nak tengok jugok muko “Samseng Umno” tuh.. manalah tau anok-anok ambo buleh jugok meraso duit raya MB. Masuk ddale,.. terai jugok jengok-jengok duk mana MB tu. Tanyo-tanyo oghea,… kawe tu tak dok… balik Bentong (Bakali doh Plan lari dari wi duit rayo kot..hehehe). Uuuk aloh laaaa… Ingat kea wat Majlis Hari Raya dia ado,.. ruponya dia,… bate idung pun tok napok, soh ko “Duit Raya”.

    Sudoh make, ambo pun kelik laaa ngan anok bini….

    Sedih weyy berayo tepat tok beso ni….

    Tahun depe kalu Tuhe wi rezeki lebih,.. nak gi ghayo jauh sikit laaa…. Tak la kekok sangat walau tepat ore,… Kuantan nga KB tak jauh,.. ambo tok leh kelik…

    Waaaaa……!!!! :( (

  2. 2 awin
    3 October,2008 at 11:07 am

    salam aidilfitri..
    maaf zahir batin
    mcmana raya thn ni?
    x pegi raya rumah MB kita?

  3. 3 awin
    3 October,2008 at 11:12 am

    salam aidilfitri maaf zahir batin

  4. 4 October,2008 at 11:44 am

    baca petike ucape tok guru kawe napak2 supa dok depe denga dia.
    ikhlas tulus n amat masuk akal. mestinya wara’.
    kawe xleh tingga balssah kawe…iku’ ati nak jemaah kat tokguru sokmo.
    ada ngaja ada ketenange

    xdan juga beraya umah dia. namun hati kawe dok situ sokmo. dekat jah. umah kawe dekat jpj panji. jadi kawe ni sekadar tamupulaumelaka. tadah telinga ambik butirkata tokguru….
    rugi weh kalu hidup yang baki ni tak sokong dan denga kata tokguru anak paknikmat alim nih.

    sokong jange xsokong. ALLAHUAKBAR!!!


Leave a Reply




HARI INI

  • 25,308 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

October 2008
S M T W T F S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • Lihat Ke Belakang 11 November,2009
     “Sometime when you sacrifice something precious, you’re not really losing it. You’re just passing it on to someone else.” -       Mitch Albom ‘The Five People You Meet in Heaven’ Saya telah menulis lama dahulu di blog ini bahawa saya menipu diri saya jika saya mengatakan saya gembira di Kelantan. Masalah saya d bermula dari hari pertama saya [...] […]
    Sheih
  • Penamatan Kontrak Serta Merta 10 November,2009
    Tengahari tadi sejurus selepas saya tiba ke Kota Bharu dari tugas rasmi di Kuala Lumpur, saya dimaklumkan bahawa kontrak perkhidmatan saya dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dengan serta merta. Sebaik menerima makluman itu, saya menemui YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Perbadanan Mente […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • The MCA’s Single EGM: Whose resolution to come first? 6 September,2009
    I don’t really care much about the MCA feud between Ong Tee Keat and Chua Soi Lek. However, I’ve been privy to corporate litigation and board tussles. I’ve seen directors and shareholders battle it out in board rooms. Every move is carefully planned and crafted, for a wrong move may spell disaster in favour of [...]
    Oscar the Grouch
  • Wear BLACK on August 31st! 24 August,2009
    ella-mae

RSS PENYU KALER PINK

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • Uncle Zorro, how are you? 5 November,2009
    I just got to know that Uncle Zorro, aka Bernard Khoo had a “special invitation” to Bukit AMan yesterday: Thanks People! Hope you are fine, Uncle Zorro. Remember we are always with you. People, go to Zorro’s blog and give him some support. Meanwhile, you may read Haris Ibrahim for more information. We are waiting for the updates [...]
    sloone
  • 1Malaysia heroes – making claims for events that never took place. 3 November,2009
    Wow. This is what we call ‘magic’ – making claims for events that never took place also can, ah? But claiming is only one side of the story, who reimburses such claims without thorough checking? Shameful lah. Are these the memories we want Malaysian kids to grow up with? No wonder, many parents are telling [...]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

Noviembre

Loch Lomond

Hairy mute - Explored Front Page!

I'm a little teapot!

oh light la la !!

Hückhausen - morning walk

Fly Geyser at Twilight

Urban myPhone

lotta's studio

38. Frozen you have chosen.

More Photos
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project