
(Dikemas kini) PETALING JAYA: Umno mengadakan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) pagi ini – yang ketiga bulan ini – di ibu negara, dipercayai akan memfokus terhadap pelaksanaan pelan peralihan kuasa Jun 2010, yang dipersetujui lebih dua bulan lalu.
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak petang semalam mengesahkan mesyuarat khas tersebut sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang “istimewa.”
“Saya percaya esok adalah mesyuarat yang istimewa. Sebarang soalan politik boleh diajukan esok,” ujar beliau di Putrajaya.
Beliau enggan mengulas lanjut tentang agenda mesyuarat tersebut dan apa yang dimaksudkan istimewa.
Pada 17 September lalu, pada sidang akhbar mengumumkan pertukaran portfolio masing-masing, Abdullah dan Najib telah mengulangi komitmen mereka untuk merealisasikan pelan peralihan Jun 2010.
mStar Online difahamkan pertemuan hari ini adalah susulan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno kelmarin dan pertemuan empat mata di antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib di Putrajaya.
Najib juga enggan menyatakan sama ada beliau telah mengadakan pertemuan khas dengan Abdullah kelmarin.
Sebaliknya beliau hanya mengatakan bahawa kedua-dua mereka sentiasa mengadakan pertemuan.
Justeru, sumber memberitahu, mesyuarat khas kali ini dipercayai akan memfokus semula ke atas pelan peralihan kuasa Jun 2010 yang diputuskan Julai lalu.
Antara lain mesyuarat itu juga akan memperincikan pelan peralihan berkenaan, termasuk kemungkinan memutuskan pelan semakan iaitu mempercepatkan pelaksanaanya -setahun lebih awal.
Mesyuarat MT telah pun mengadakan dua pertemuan sebelum ini – minggu lalu dan minggu sebelumnya.
MT pada 18 September lalu juga membincangkan isu berkenaan, dengan beberapa anggota majlis telah meminta agar pelan peralihan itu dikaji semula.
Terdapat juga spekulasi bahawa pemilihan parti akan ditunda sehingga Jun depan bagi melancarkan proses peralihan kuasa dan meminimumkan politik dalaman.
Pagi semalam, beberaja jam sebelum Najib ditemui wartawan, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak pasti sama ada Perhimpunan Agung Disember ini akan ditunda ke tahun depan.
“Saya tidak begitu tahu tentang cadangan (tunda) itu, tetapi yang jelasnya, ini satu perkara penting. Jadi saya tak dapat nak komen pada masa ini,” katanya.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika dihubungi mStar Online mengesahkan mesyuarat tersebut.
Bagaimanapun beliau tidak pasti agenda pertemuan tersebut.
“Saya pun hanya dimaklumkan pagi ini (semalam),” kata beliau ketika dihubungi.
Dalam pada itu, Setiausaha Kerja Umno, Brig Jen (B) Datuk Husainy Hasyim juga mengesahkan mesyuarat tersebut yang akan bermula pukul 10 pagi. Seorang lagi anggota MT, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz juga mengesahkan mesyuarat berkenaan.
Kelmarin, Najib mengumumkan beliau telah membatalkan lawatan kerja selama tujuh hari ke Amerika Syarikat, yang sepatutnya bermula semalam.



Ryozo Askikaga












apa plak tak aci…
asalkan di’wahyu’kan olen IMAM BESAR HADHARI semuanya boleh..
paklah sepatutnya tunda parti umno ni ketengah laut dgn kapal tunda,
dh tu bagi kat TLDM sebagai sasaran bagi ujian peluru berpandu OTOMON..
lepas tu tinggal kat situ buat terumbu tiruan.
nanti dlm mata pelajaran sejarah,
boleh la tambah satu lagi jasa umno buat negara Malaysia..
Wakakakakakah!!!
Kalau cam gitu aku pun kira ACI ajelah!! Kahhakakakakakah!!!..
Salam Raktamrittika dan Selamat Berpuasa…
Dalam isu ini, bagi saya nampak sangat perbezaan cara/sifat kerja diantara orang Melayu dan bangsa lain. Si Botak ni hanya pandai nak membodek dan menindas serta menunjuk2 kuasa yang ada, di mana bagi saya sifat bodoh dan tidak ikhlas dalam menjalankan amanat pada masyarakat.
Apa yang dilakukan oleh Murugiah sepatutnya mendapat tabik hormat, ketana kita memerlukan orang yang berkhidmat untuk masyarakat tidak kira dari apa parti sekalipun.
Dan Salam Aidilfitri juga kepada saudara/saudari (maaf tak tau jantina anda).
Wasalam
ISA (ikutsukaakuisa.blogspot.com)
Maaf, komen tadi untuk posting mengata dulang paku serpih, saya dah salah channel la….
Sorry yeak….