Archive for September 26th, 2008

26
Sep
08

SHAHRIZAT NAK BERTANDING! JANGAN SESIAPA LAWAN!!

Shahrizat pertahan jawatan Naib Ketua Wanita, harap tiada cabaran

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan akan mempertahankan jawatannya sebagai Naib Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti Disember ini.

“Untuk Perhimpunan Agung Umno pada tahun ini (Disember), saya menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Naib Ketua Wanita Umno dan saya terima cadangan Tan Sri Rafidah Aziz untuk peralihan jawatan seperti mana yang diumumkan pada 4 Ogos lalu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas exco Wanita Umno selama lebih dua jam di sini.

Shahrizat berkata, beliau membuat keputusan itu kerana menghormati Rafidah sebagai Ketua Wanita Umno secara peribadi dan kepimpinan beliau yang sudah lama memimpin pergerakan itu dengan baik sekali.

Beliau juga menasihati anggota Wanita di peringkat bahagian yang akan bermesyuarat pada bulan depan untuk menerima keputusan itu dan tiada anggota yang akan bertanding bagi jawatan nombor dua itu bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.

“Kalau ada pertandingan masa ini sudah semestinya akan melemahkan Wanita Umno dari (peringkat) atas ke cawangan kerana terpaksa buat pilihan dan saya mahu menentukan bahawa Wanita Umno mantap, ada perpaduan sebab kita terpaksa hadapi pelbagai cabaran,” katanya.

Shahrizat berharap keputusannya itu akan menjadikan Wanita Umno lebih mantap, teguh dan mempunyai suara kesepakatan.

“Saya percaya perpaduan akan dapat dicapai dengan tiada pertandingan untuk jawatan Ketua Wanita Umno dan insya-Allah untuk jawatan Naib Ketua.

“Saya hendak minta kepada semua perwakilan di peringkat bahagian, persetujuan daripada mereka dan semua perwakilan dan pemimpin peringkat negeri dan nasional supaya menerima keputusan Exco Wanita hari ini dan pelan peralihan jawatan,” katanya.

Shahrizat juga menegaskan bahawa beliau tidak akan bertanding jawatan Ketua Wanita kerana menghormati pelan peralihan jawatan yang dipersetujui.

“Saya tidak akan bertanding Ketua Wanita, jangan calonkan saya.

“Yang penting bagi saya penghormatan. Saya akan pertahankan jawatan saya kerana saya terima pelan peralihan,” katanya.

Sementara itu, Rafidah meminta anggota Wanita di semua peringkat supaya menerima pelan peralihan jawatan itu demi parti dan berharap tiada pihak luar yang akan mengkucar-kacirkan parti.

“Walaupun saya mampu untuk teruskan (sebagai Ketua Wanita) tapi eloklah saya serah kepada Shahrizat Jun depan.

“Saya hendak supaya tiada pertandingan untuk jawatan nombor satu dan dua untuk mengelakkan pecah belah dalam parti,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, anggota Wanita Umno boleh bertanding untuk jawatan lain kecuali jawatan Ketua dan Naib Ketua demi masa depan dan perpaduan pergerakan dan juga Umno. BERNAMA

BAPAK BOREK ANAK RINTIK.. HABIS JAHANAM SEMUA SISTEM DEMOKRASI DALAM UMNO. SEMUA DAH JADI PENGECUT. SAMPAIKAN WANITA PUN TAK ADA TELOQ JUGA (MONOPAUSE, MEMANG TAK ADA TELUR). APA KEJADAHNYA DIBUAT PENCALONAN DAN PEMILIHAN KALAU AWAL2 DAH TAKUT NAK BERTANDING? ALASAN TAKUT PERPECAHAN DALAM PARTI ADALAH SEMATA2 DAKYAH BENGAP DARI PEMIMPIN YANG GILA KUASA DAN TIDAK BERJIWA “MERDEKA”. BUDAYA MENYERAHKAN JAWATAN DAN PERALIHAN KUASA TAK WUJUD SEBELUM IANYA DIPERKENALKAN OLEH TUN DR. MAHATHIR. ITUPUN SETELAH DIA TIDAK DIBERI PELUANG UNTUK ‘BERHENTI’ LEBIH AWAL, MAKANYA SATU PELAN PERALIHAN KUASA DIKIRA WAJAR SEBELUM KEPUTUSAN BELIAU BERSARA DITERIMA. INI LAIN. MENYANDANG JAWATAN DALAM PARTI BUKAN HAK MUTLAK PEMIMPIN SEDIAADA. PERWAKILAN YANG BERHAK MENGUNDI UNTUK MENENTUKAN SIAPA GERANGAN PILIHAN HATI MEREKA. SOAL PERPECAHAN DAN MAINAN POLITIKWANG, SOAL NO.2!..

MANA BOLEH SEMUA NAK SEKAT DAN MAHU TERUS MEMPERTAHANKAN JAWATAN SECARA AUTOKRASI (BACA:AUTAKASI) DALAM SATU PERTUBUHAN YANG BERPRINSIPKAN DEMOKRASI? RAFIDAH YANG KONONYA HENDAK MENYERAHKAN JAWATAN KETUA WANITA KEPADA SHAHRIZAT, KENAPA HARUS TUNGGU? SERAH SAJA SEGERA. KEMUDIAN PERTANDINGKAN JAWATAN ITU!! LIHAT SAMADA AKAR UMBI @ PERWAKILAN BETUL BERSETUJU ATAU TIDAK BERKETUAKAN SHAHRIZAT!.. BARU ” GENTLE WOMAN”!!

APA NAK TAKUT KALAU KITA SUDAH BERKHIDMAT DENGAN BAIK DAN SEMPURNA? PERWAKILAN TENTU AKAN MENGENANG BUDI DAN JASA ANDA DAN MENTERJEMAHKANNYA DALAM BENTUK UNDI. SEBALIKNYALAH PULA KALAU SELAMA INI KITA DUK ASYIK MELARAM SAJA KESANA-SINI, BELI RUMAH, JUAL BELI SAHAM BERJUTA2, KEBAJIKAN DAN URUSAN PERTUBUHAN TAK DIJAGA, PASTILAH KITA AKAN KALAH. KITA TAK BUAT KERJA, TANGGUNGLAH AKIBATNYA!.. ATAU DEK KERANA KEKALAHAN DALAM PARLIMEN LEMBAH PANTAI KEPADA ANAK GADIS ANWAR SI CANTIK IZZAH MASIH MENGHANTUI?.. CAKAP LA BIAR JELASSSSSSSSS.. -AKU: suka kat Izzah!-

26
Sep
08

MENGATA DULANG PAKU SERPIH…

Murugiah jawab Syed Hamid: ‘Ini urusan saya’

KLANG: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah mempertahankan tindakannya berhubung isu makanan bagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kelmarin yang meminta beliau supaya tidak campur tangan dalam urusan kementeriannya, Murugiah berkata, beliau terkejut mendengar komen sedemikian daripada seorang menteri yang senior.

Kata Murugiah, beliau hanya melakukan tugasnya iaitu menerima aduan dan menyelesaikan masalah.

“Kenyataannya (Syed Hamid) yang meminta saya tidak campur tangan dalam urusan orang ramai adalah seperti meminta saya dan 270 kakitangan di Biro Pengaduan Awam supaya tutup kedai.

“Biro menerima kira-kira 180 aduan tentang setiap kementerian daripada Januari hingga Ogos dan bagaimana saya boleh lakukan tugas saya jika saya tidak boleh ‘campur tangan’ dalam kementerian lain,” soal beliau di sini semalam.

“Biro Pengaduan Awam berada di atas semua kementerian lain apabila tiba hal mengendalikan aduan,” katanya selepas melawat SJK (T) Batu Ampat di Jalan Kota Raya di sini.

Syed Hamid semalam berkata, Murugiah tidak sepatutnya mencampuri urusan kementerian lain.

Katanya, tindakan Murugiah bercakap bagi pihak Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung aduan yang beliau tidak dihidangkan makanan yang sesuai ketika ditahan di bawah ISA adalah seperti menjadi “jurucakap kepada pembangkang.”

Murugiah berkata, Syed Hamid sepatutnya bercakap terus berhubung hal itu kepadanya dan bukan memberi komen kepada terbuka.

“Saya cuba melakukan sesuatu yang baik untuk orang ramai, melayan setiap orang dengan adil tanpa mengira sama ada aduan itu daripada kerajaan, pembangkang atau orang awam.

“Sebagai menteri yang baru, saya akan selalu menerima dengan hati terbuka jika beliau (Syed Hamid) mahu membimbing saya atau menunjukkan saya cara terbaik dalam menjalankan tugas saya,” katanya.

Ini adalah kali kedua Syed Hamid meminta rakan-rakan sekerjanya dalam Barisan Nasional (BN) supaya tidak campur tangan dalam urusan kementeriannya.

Awal bulan lalu, beliau mengkritik pemimpin-pemimpin BN yang mempertikaikan keputusannya menahan tiga orang awam di bawah ISA termasuk Teresa.

SIKAP BODOH SOMBONG SYED HAMID MEMANG SEMUA ORANG DAH MAKLUM, DIA LANGSUNG TIDAK MEWARISI SIFAT DAN SIKAP TELUS, TEGAS DAN BERANI AYAHANDANYA BEKAS PEMIMPIN PEMUDA UMNO YANG TERSOHOR SYED JAAFAR ALBAR. “BODOH TAK BOLEH NAK AJAR, CERDIK TAK BOLEH NAK TUMPANG”, BUKAN RESMI PEMIMPIN YANG BERKALIBER. APATAH PULA BILA DICAMPURKAN LAGI DENGAN SIKAP,“MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH” PAK SYED INI. AWAL BULAN LALU, BELIAU ‘MENYELAR’ RAKAN2 NYA(BACA: GUNTING DALAM LIPATAN) YANG MEMPERTIKAIKAN TINDAKAN BELIAU MENAHAN ‘3 SEKAWAN’ (RPK,TERESA,CHUNG) DIBAWAH AKTA ISA YANG ZALIM. DENGAN KURANG AJARNYA DIA MEMBENTAK MEREKA AGAR MENYUARAKAN KETIDAKPUASAN HATI DIDALAM MESYUARAT KABINET DAN BUKANNYA MELALUI MEDIA SECARA TERBUKA. PERBALAHAN MERUNCING HINGGA MEMBAWA KEPADA PERLETAKAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI SI ZAID IBRAHIM. SEKARANG APA YANG DIA TAK SUKA ORANG LAIN BUAT KAT DIA, DIA SENANG2 AJE BUAT KAT ORANG. BUDAYA SEBEGINI DAH BIASA AGAKNYA DALAM UMNO. KERANA SEMALAM PUN RAIS ANAK YATIM JUGA TURUT MEMPERTIKAIKAN ARAHAN PAK DOL MENGENAI PERALIHAN KUASA SEMASA DI AMERIKA, WALAU SEBELUM ITU BELIAU MENEMPELAK MUHYIDDIN YANG MENYATAKAN PERKARA YANG SAMA DI SINGAPURA. APA BOLEH BUAT?.. NAK JADI PEMIMPIN DALAM KERAJAAN UMNO MESTI AMAL BUDAYA SONGSANG SEBEGITU.. BARU BOLEH KEKAL DALAM JAWATAN.. BETUL? -AKU: masih duk pikir camne nak tumpang cerdik!-

26
Sep
08

ACI KE MAIN TUNDA-TUNDA?

Mesyuarat istimewa MT Umno pagi ini dijangka ‘menghurai’ Pelan 2010

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Umno mengadakan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) pagi ini – yang ketiga bulan ini – di ibu negara, dipercayai akan memfokus terhadap pelaksanaan pelan peralihan kuasa Jun 2010, yang dipersetujui lebih dua bulan lalu.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak petang semalam mengesahkan mesyuarat khas tersebut sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang “istimewa.”

“Saya percaya esok adalah mesyuarat yang istimewa. Sebarang soalan politik boleh diajukan esok,” ujar beliau di Putrajaya.

Beliau enggan mengulas lanjut tentang agenda mesyuarat tersebut dan apa yang dimaksudkan istimewa.

Pada 17 September lalu, pada sidang akhbar mengumumkan pertukaran portfolio masing-masing, Abdullah dan Najib telah mengulangi komitmen mereka untuk merealisasikan pelan peralihan Jun 2010.

mStar Online difahamkan pertemuan hari ini adalah susulan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno kelmarin dan pertemuan empat mata di antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib di Putrajaya.

Najib juga enggan menyatakan sama ada beliau telah mengadakan pertemuan khas dengan Abdullah kelmarin.

Sebaliknya beliau hanya mengatakan bahawa kedua-dua mereka sentiasa mengadakan pertemuan.

Justeru, sumber memberitahu, mesyuarat khas kali ini dipercayai akan memfokus semula ke atas pelan peralihan kuasa Jun 2010 yang diputuskan Julai lalu.

Antara lain mesyuarat itu juga akan memperincikan pelan peralihan berkenaan, termasuk kemungkinan memutuskan pelan semakan iaitu mempercepatkan pelaksanaanya -setahun lebih awal.

Mesyuarat MT telah pun mengadakan dua pertemuan sebelum ini – minggu lalu dan minggu sebelumnya.

MT pada 18 September lalu juga membincangkan isu berkenaan, dengan beberapa anggota majlis telah meminta agar pelan peralihan itu dikaji semula.

Terdapat juga spekulasi bahawa pemilihan parti akan ditunda sehingga Jun depan bagi melancarkan proses peralihan kuasa dan meminimumkan politik dalaman.

Pagi semalam, beberaja jam sebelum Najib ditemui wartawan, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak pasti sama ada Perhimpunan Agung Disember ini akan ditunda ke tahun depan.

“Saya tidak begitu tahu tentang cadangan (tunda) itu, tetapi yang jelasnya, ini satu perkara penting. Jadi saya tak dapat nak komen pada masa ini,” katanya.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika dihubungi mStar Online mengesahkan mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun beliau tidak pasti agenda pertemuan tersebut.

“Saya pun hanya dimaklumkan pagi ini (semalam),” kata beliau ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja Umno, Brig Jen (B) Datuk Husainy Hasyim juga mengesahkan mesyuarat tersebut yang akan bermula pukul 10 pagi. Seorang lagi anggota MT, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz juga mengesahkan mesyuarat berkenaan.

Kelmarin, Najib mengumumkan beliau telah membatalkan lawatan kerja selama tujuh hari ke Amerika Syarikat, yang sepatutnya bermula semalam.

PAK DOL SEJAK KEBELAKANGAN NI SUDAH TIDAK TIDUR LAGI!. SUDAH INSAF KE DIA? SUDAH BUANG TABIAT SUKA “LELAP”! TAK BOLEH LAGILAH KITA KUTUK DIA “PM TIDUR”!! BAGUS LA PAK DOL, SEKURANG2NYA NAMPAK KETARA PERUBAHAN HANG SELEPAS DI”BASUH” OLEH RAKYAT. CUMA NAK TAHU JUGA SEBAB DIA TAK TIDUR. TAK MAHU TIDUR KA TAK LENA TIDUR? MAKLUM LA KERUSI EMPUK DIA LA NI ASYIK KENA “GONCANG” BERTERUSAN BAIK DARI LUAR DAN DALAM PULAK LAGI. MANA BOLEH LENA LAGU TU! MAKA ‘PENDEKAR TUA’ NI PUN MARAH LAH AKAN DIA PADA “PENGONCANG2″ (BACA: PENDERHAKA) YANG MANA DUK ADA. BERSUMPAHLAH DIA AKAN TERUS MEMPERTAHANKAN KERUSINYA.

PENDEKAR TUA NI BERPENCAK SILAT SEMULA, SEMENTARA MENANTI MAJLIS  “MANDI BUNGA” (BACA :P EMILIHAN AGONG) BERMULA DI “GELANGGANG SILAT PULUT” KELOLAANNYA. HABIS ‘BUAH’ DAH DI PERSEMBAHKANNYA, MALAH SILAMBAM PUN ADA DISELITKAN JUGA. ADA YANG BERTEPUK, AMBIK HATI ORANG TUA NI, TAKUT MERAGAM. ADA RAMAI JUGA YANG MENCEBIK, NENGOKKAN BETAPA “SUMBANG” PENCAK PENDEKAR TUA. TAPI MEREKA TAK BERANI LA “SOUND” DIRECT!! KARANG DI BUANG PULA DARI “PERGURUAN”. BILA DAH PENAT, ORANG TUA NI TAHU DIA TAK LAGI DIPERLUKAN DAN ADA URA2 DIA KAN DIGANTIKAN. TAPI DIA TAK MAU MENGAKU, PANTANG DICABAR.

JADI DIA AMBIK KEPUTUSAN, TARIKH “MANDI BUNGA” HARUS LA DITUNDA, SEBAB MAJLIS TU SEBENARNYA PUN UNTUK MENGISYTIHARKAN ANAK MENANTU DIA SEBAGAI “PENDEKAR MUDA”. RAMAI YANG TERCALON TAPI JANGAN HARAP LA DIA NAK PASS KAT ORANG LAIN.. “GELANGGANG” TU DIRASAKAN DIA YANG PUNYA. UNTUK TERUS MENGEKALKAN KUASA DAN MENJAMIN “SON IN LAW” KESAYANGANNYA MENDAPAT GELARAN YANG DICITA, MAKA TUNDA PUN TUNDALAH, APA ORANG NAK KATA PUN, KATALAH! PENGECUT KA, HAPRAK KA, BACUL KA, TADAK TELOQ KA… PENDEKAR TUA PEDULI APA? -AKU:apa aku duk mengarut ni?-




HARI INI

  • 26,026 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • Dari Bazaar Tok Guru Jadi Busut Almenantunya 12 December,2009
    klik pada dokumen untuk melihat saiz sebenar Pada minggu yang lalu, Dato’ YB Timbalan Menteri Besar Kelantan, Haji Ahmad Yakob telah mempengerusikan satu mesyuarat dengan wakil-wakil peniaga dan penjaja berhubung penempatan baru buat mereka di Bazar Tok Guru. Dato’ Ahmad Yakob telah diamanahkan oleh mesyuarat exco untuk bertemu dengan pihak berkenaan. Mesyua […]
    Sheih
  • Nik Aziz Denied Asking Son In Law To Resign 9 December,2009
    “I did not ask him to resign, I just give him the advise. It is up to him. It is not his mistake, neither is mine. It is the State Legal Adviser’s fault”, Nik Aziz was heard saying through Astro Awani tonight. Let us read what my Datin has to say about the Almenantunya. Ariffahmi Has [...]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • The MCA’s Single EGM: Whose resolution to come first? 6 September,2009
    I don’t really care much about the MCA feud between Ong Tee Keat and Chua Soi Lek. However, I’ve been privy to corporate litigation and board tussles. I’ve seen directors and shareholders battle it out in board rooms. Every move is carefully planned and crafted, for a wrong move may spell disaster in favour of [...]
    Oscar the Grouch
  • Wear BLACK on August 31st! 24 August,2009
    ella-mae

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • What a holiday! 23 December,2009
    Hope you enjoy this videoclip. I wanted a totally Asian jingle bells song and found this! If anyone is offended by this, I am truly sorry. You see, Susan is in a holiday though not partying mood. Too much to do at home! But here’s wishing one and all a merry christmas (for those who celebrate), [...]
    sloone
  • Recommended reading for non-Malays: I, too, am Malay by Zaid Ibrahim 23 December,2009
    You can read my interview with him here. I just finished reading Zaid Ibrahim’s “I, too am Malay”, the English translation from his now quite famous book “Saya pun Melayu”, and I must say this is one book that all Malaysians must read, if only to break your stereotypes about what the Malay race is or [...]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

Winter In Manchester

355/365 December 21, 2009

A Surprising Cup

Ha iniziato a nevicare

Eternal life

Carcasse

Vancouver under fog

Split & Harmony

Untitled

{the dog heard the snow fall a mile away}

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project