
FOTO: Penyu kaler Pink!!
Isnin 22 September 2008
Raja Petra akan dihantar ke Kemunting
Menurut peguamnya, Raja Petra Kamaruddin akan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting hari ini untuk menjalani tahanan selama dua ditahan di bawah ISA.
Menteri Dalam Negeri telah menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.
raja petra and internal security actMengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.
Menurut peguamnya, pihak polis telah memaklumkan kepada mereka pagi ini bahawa Raja Petra akan dibawa ke Kamunting.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan oleh peguam Raja Petra untuk membatalkan penahanan blogger tersebut.
Habeas corpus adalah permohonan untuk membawa tahanan ke mahkamah untuk menentukan sama ada berlaku kecacatan dalam perintah tahanan tersebut dan menjadikannya tidak sah.
Isteri Raja Petra, Marina Abdullah mengesahkan bahawa polis telah memaklumkan kepadanya bahawa KDN telah mengeluarkan perintah tahanan tersebut semalam.
Raja Petra, 58, yang ditahan bersama dua orang lagi minggu lalu, kini ditahan di lokasi yang tidak diketahui.
Dua orang lagi – wartawan kanan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, 33, dan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, 43 – telah dibebasakan.
Tan dibebaskan 18 jam selepas dia ditahan, manakala Teresa dibebaskan tujuh hari kemudiannya.
Mengikut peguam J Chandra, Raja Petra ditahan kerana menyiarkan artikel dalam lamanwebnya yang mencemarkan kepimpinan negara dan menghina Islam.
Beliau sebelum ini telahpun dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan fitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.
Raja Petra akan dihantar ke Kamunting. MALAYSIAKINI.




Ryozo Askikaga












sian ko..
xde sesape nak komen walaupun dah banyak ko promote web ko nih..
hehehe..
anyway.. just keep it up..
aku suka baca, malas nak komen..
Salam.
Raktamrittika,
Aku setuju dengan pendapat hang dalam hal ni.
Dan bagi aku, sebenarnya depa tu nak sumbat Raja Petra tu bukan apa sangat, tapi disebabkan kemarahan mereka yang sudah membuak2 dan tidak dapat ditahan lagi terhadap ‘keceluparan’ Raja Petra yang suka mencungkih/mencungkil rahsia2 gelap mereka untuk tatapan umum.
Jadi, mereka mengharapkan dengan ‘termuziumnya’ Raja Petra buat seketika (selama 2 tahun tu) akan dapat meredakan kegeraman dan kebencian rakyat terhadap segala salah laku dan kejelekan mereka selama ini.
Bagaimanapun, aku rasa tindakan mereka itu hanya akan menghangatkan lagi sokongan rakyat kepada PR untuk mengambilalih pemerintahan negara dari mereka selepas ini.
Wassalam.
Salam.
Musafir Kelana,
Hidup dalam “sangkar”, walau sehari, amat perit dan bertentangan dengan fikrah kemanusiaan. Persis burung dipatahkan sayapnya.Kita memandang sepi setiap kali mendengar sesiapapun di tahan sebalik tirai besi. Kita lupa untuk menghayati erti PENJARA!
Undang2 Malaysia membolehkan seseorang suspek jenayah ditahan reman untuk proses sial-siasat selama tempoh tidak melebihi 14 hari dari tarikh tangkapan dibuat.Suspek; tidak semestinya penjenayah oleh itu ungkapan, “ditahan untuk membantu siasatan” digunakan.
Terkurung selama tempoh sesingkat (?) itu sahaja sudah cukup mengerikan. Aku tahu itu dari pengalaman. Jadi usah ceritalah jika Hukuman Penjara yang sebenar. Ambil masa sejenak, fikirkan apa pula yang dideritai keluarga mereka yang diKURUNG ini?
Disebabkan faktor2 tersebutlah, ISA bagi aku adalah satu akta yang teramat ZALIM.
TANPA DIBICARAKAN… HAK DAN KEMANUSIAAN ANDA DIRAGUT! ANDA DAN SEMUA YANG MENYAYANGI ANDA! INGAT!!
Wassalam.
Salam Raktamrittika,
Aku faham apa yang kau maksudkan tu dan aku menyokongnya 100%. Memang ISA itu zalim dan amat bertentangan dengan Islam serta prinsip2 asas hak2 kemanusiaan.
Cuma pada pandangan aku, sebab sebenar penahanan Raja Petra itu bukanlah atas kesalahan melakukan penghinaan terhadap Islam walaupun memang ada berlaku begitu dalam artikel2 penulisannya. Tapi, ianya sengaja diperbesar2kan oleh pihak kerajaan yang memang sudah lama ingin mengambil tindakan terhadap beliau dan mereka melihat alasan yang paling sesuai untuk mewajarkan tindakan mereka ialah atas kesalahan menghina Islam. Mugkin mereka menganggap dengan adanya tuduhan begini, sedikit sebanyak sokongan kepada Raja Petra akan berkurangan terutamanya dari kalangan orang Melayu.
Bagi aku, tindakan mengurung Raja Petra atas kesalahan sebegitu cukup dangkal sekali dan hanya layak dilakukan oleh orang2 gila atau mereka yang tidak beragama sahaja kerana Islam tidak pernah membenarkan sebarang penindasan terhadap sesiapapun. Jika ternyata niat Raja Petra menghina Islam dalam hasil2 karangannya, maka Islam menganjurkan supaya seseorang yang terlibat hendaklah diberikan nasihat dan teguran2 secara baik dan berhemah terlebih dahulu. Dan sekiranya setelah itu, beliau masih juga mengulangi kesalahan yang sama, maka Islam membenarkan tindakan undang2 diambil terhadapnya dan hak2nya untuk membela diri di mahkamah mestilah diberikan untuk menjamin keadilan bagi pihaknya.
Islam juga tidak pernah mengajarkan kita mengambil tindakan secara terburu2 dalam setiap perkara justeru Islam adalah agama yang penuh hikmah sesuai dengan perintah Allah swt dalam Surah Al-Asr yang menyuruh kita agar sentiasa berpesan2/nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran dan bukannya dengan kekerasan atau kezaliman.
Sebenarnya menurut perkiraan aku, kesalahan terbesar yang pernah dilakukan oleh Raja Petra sehingga membuatkan kerajaan BN tidak sabar2 untuk menghukumnya adalah kerana artikel2 politik beliau yang banyak mendedahkan kejahatan pemimpin2 mereka.
Manakala kesalahan menghina Islam itu hanyalah sebab sampingan yang dijadikan sebagai alasan untuk menghalalkan tindakan mereka. Padahal, mereka tidak pernah pun memandang tinggi terhadap Islam selama ini seperti yang dapat kita lihat menerusi dasar2 pentadbiran mereka yang tidak begitu menitikberatkan soal2 Islam.
Malah, Islam bagi mereka hanyalah umpama bahan kosmetik untuk mencantikkan lagi retorika dan slogan2 mereka yang kononnya perjuangan mereka adalah suci untuk agama, nusa dan bangsa. Sedangkan hakikatnya, perjuangan memartabatkan Islam tidak pernah menjadi agenda utama dalam polisi pemerintahan mereka.
Maka, berdasarkan kepada kenyataan2 di atas, aku sekali lagi ingin menegaskan bahawa Islam tidak pernah memperakui kezaliman terhadap sesiapapun apatah lagi terhadap sesama manusia sedangkan amalan menganiayai binatang pun sangat dibenci dalam Islam.
Pernah diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah saw mahu mengerjakan solat dan dilihatnya ketika itu ada seekor kucing sedang tidur di atas sejadahnya. Rasulullah saw tidak mengejutkan kucing itu apatah lagi mengalihkannya dari kain sejadah itu. Tapi, dengan penuh hati2 dan kelembutan Rasulullah saw mengguntingkan bahagian sejadah yang ditiduri oleh kucing itu lalu menggunakan bahagian yang selebihnya untuk bersolat.
Demikianlah indahnya contoh budipekerti Rasulullah saw yang sangat menghormati dan memuliakan sesama makhluk meskipun ia hanyalah seekor kucing.
Wassalam.
Ikutkan RASA,…. BINASA jadinya.
Ikutkan HATI,…. MATI dibuatnya.
Dan ikutkan PERASAAN,…. ISA jawapannya.
Salam.
Sebagai rakyat.. apalagi boleh kita buat selain daripada apa yang dah kita pernah dan sedang buat?
Andai yang kita perjuangkan GAGAL.. at least.. kita dah cuba.
Kuasa RAKYAT.. atau KEBANGKITAN RAKYAT di negara kita tak kemana juga. Kita bangsa melayu.. sudah sedaging dengan budaya menurut perintah dan menghormati ketua. So.. tentangan pun setakat di mulut ajelah kebanyakkannya. Nak harap BERDEMONSTRASI besar2an?.. HARAAAMMM.. ada tu ada.. cuma tak berterusan dan tengok isu2 saja. Sampaikan perhimpunan membantah kenaikan harga minyak pun.. setakat melukut ditepi gantang aje yang hadir..
Wassalam
padan muka si kafir laknat ni
Salam.
En. Arif omar;
Tak baik cakap dia kafir..
Dia sesat boleh di tunjukkan jalan balik lagi.
Kafir tu BERAT sangat.. TAK TEPAT.
Wassalam.