Archive for September 23rd, 2008

23
Sep
08

RAJA PETRA DIHANTAR ‘KURSUS’!!

FOTO: Penyu kaler Pink!!

Isnin 22 September 2008

Raja Petra akan dihantar ke Kemunting

Menurut peguamnya, Raja Petra Kamaruddin akan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting hari ini untuk menjalani tahanan selama dua ditahan di bawah ISA.

Menteri Dalam Negeri telah menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

raja petra and internal security actMengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.

Menurut peguamnya, pihak polis telah memaklumkan kepada mereka pagi ini bahawa Raja Petra akan dibawa ke Kamunting.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan oleh peguam Raja Petra untuk membatalkan penahanan blogger tersebut.

Habeas corpus adalah permohonan untuk membawa tahanan ke mahkamah untuk menentukan sama ada berlaku kecacatan dalam perintah tahanan tersebut dan menjadikannya tidak sah.

Isteri Raja Petra, Marina Abdullah mengesahkan bahawa polis telah memaklumkan kepadanya bahawa KDN telah mengeluarkan perintah tahanan tersebut semalam.

Raja Petra, 58, yang ditahan bersama dua orang lagi minggu lalu, kini ditahan di lokasi yang tidak diketahui.

Dua orang lagi – wartawan kanan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, 33, dan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, 43 – telah dibebasakan.

Tan dibebaskan 18 jam selepas dia ditahan, manakala Teresa dibebaskan tujuh hari kemudiannya.

Mengikut peguam J Chandra, Raja Petra ditahan kerana menyiarkan artikel dalam lamanwebnya yang mencemarkan kepimpinan negara dan menghina Islam.

Beliau sebelum ini telahpun dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan fitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Raja Petra akan dihantar ke Kamunting. MALAYSIAKINI.

PESAN ORANG TUA “CAKAP SIANG, PANDANG-PANDANG. CAKAP MALAM, DENGAR-DENGAR”, “KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN MERANA”….. TEPATLAH BAGI MEMPERKATAKAN KECELUPARAN ‘HERO MALAYA’ NI. DIA MEMANG BERANI MELALUI PENULISANNYA YANG KRITIS DAN BERKREDIBILITI. CUMA DIA TERSALAH KEWARGANEGARAAN, “JAY LENO” TIDAK BEBAS BERSUARA DI MALAYSIA. INI BUKAN AMERIKA!!. SATU LAGI KESILAPAN/ KEDUNGUAN RPK@”PETE” (BACA:USTAZ PETE), ADALAH MENGUPAS ISU2 KEAGAMAAN ISLAM SECARA SESAT DAN MENYESATKAN (SATU2NYA ALASAN AKU TIDAK BERSETUJU DGN BELIAU). NAMUN BAGI AKU PENAHANAN RPK DIBAWAH I.S.A (IBLIS SETAN ACT) AMAT TIDAK WAJAR DAN ZALIM. MUFTI PERLIS, DR ASRI, TURUT MEMPERTIKAIKAN TINDAKAN KERAJAAN DALAM HAL INI. SESEORANG YANG DIDAPATI MENGHINA ISLAM HENDAKLAH TERLEBIH DAHULU DITARBIYYAHKAN, SEANDAINYA GAGAL, BARULAH HUKUMAN SEWAJARNYA DIKENAKAN. KEBEBASAN BERBLOG PERLU ADA BATAS, WALAUPUN BUKAN BATAS UNDANG2.. SEKURANG2NYA BATAS NORMA DAN RASIONALITI. PENGGUNAAN I.S.A UNTUK SESIAPA SAHAJA, ADALAH TIDAK “ISLAMIC”. JADI “PETE”.. SEE YOU NEXT TIME!!.. HOPE IT WILL NOT BE IN 2 YEARS TIME!!.. PITY HIM AND HIS FAMILY..

23
Sep
08

SANDIWARA MUSIM PERAYAAN!

Tajuk-tajuk berita ni aku ambil dari BERITA HARIAN online hari ini, dan satu aje yang terlintas di kepala hotak aku yang tak sepintar mana ni; IYO LA TU!!

Alih2 semuanya hanya penyedap mata dan telinga demi mengaburi MINDA masyarakat yang konon2nya agensi2 kerajaan BUAT KERJA..bukan makan gaji buta. TETAPI… sebagai rakyat negara MALAYSIA, kita sudah sedia maklum… ia cuma SANDIWARA!!

  • Amaran kepada stesen minyak

    KUALA LUMPUR: Pengusaha stesen minyak yang enggan menyimpan bekalan petrol dan diesel kerana menunggu harga baru diumumkan akan berdepan dengan tindakan tegas mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara dua tahun.

  • Fomca minta tindakan tegas

    KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) meminta kerajaan bertindak tegas terhadap pemborong yang memanipulasi harga beberapa barang yang disenarai dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP).

  • Jangan sorok 17 barang SKHMP

    KUALA LUMPUR: Semua pemborong, pengimport dan peruncit diberi amaran keras supaya tidak menyembunyikan 17 jenis barangan yang sudah ditetapkan harga siling di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) yang akan berkuat kuasa mulai esok.

  • Teksi jamin tak naik tambang

    KUALA LUMPUR: Pengusaha teksi di seluruh negara memberi jaminan tidak akan menaikkan kadar tambang yang ditetapkan ketika ini pada musim Aidilfitri yang akan disambut, awal bulan depan.

Banyak lagi berita2 seumpama dengannya kat dada akhbar seluruh negara. Itu tak naik..ini tak naik… itu kawal …ini kawal …. semuanya kita kawal, untuk memastikan KESEJAHTERAAN rakyat. Baiknya KERAJAAN!!. Namun pada realitinya kita sentiasa TERTIPU, dan barang2 terkawal yang TAK NAIK ini… melonjak cam ROKET!. Bila aduan atau laporan dibuat pada pihak berwajib… ALASAN sempoi mereka.. KAMI TIDAK CUKUP KAKITANGAN untuk memantau semua aktiviti2 disegenap peringkat!!. Malah akhirnya laporan itu berlalu tanpa tindakan. Kini skrip yang sama akan berulang lagi. AKU GARENTI!!. Oleh itu saudara2 ku.. PADAN MUKA KITA!!

23
Sep
08

KAKI.. KAKI..KAKI..

Dalam UMNO, ada berbagai spesis manusia yang boleh diklasifikasikan mengikut jenis-jenis KAKI mereka:

1. Ada KAKI BESI – yang tak boleh ditegur (big2 boss depa yang tak makan saman tu),

2. Ada KAKI BANGKU KAYU – yang tak cukup pelajaran, ajar macam mana pun memang depa tak boleh nak pandai (golongan yang tak cukup ilmu tapi nak jadi pemimpin),

3.  Ada KAKI PLASTIK -  yang bermuka ‘plastik’ yang suka berpura2 baik depan orang tapi di belakang kita, mak aih…mengalahkan perangai lanun2 Somalia tu….(banyak juga terdapat di kalangan mereka termasuklah di kalangan boss2 mereka)

4.  Ada KAKI “AYAM” – yang suka berkokok tak kira masa yang suka mencanang2kan kebaikan diri sendiri dan mencari2 kesalahan orang lain (cthnya: ayam2 yang nak bertanding dalam parti cap ayam bulan Disember ni)

5.  Ada KAKI KACA – yang sekarang kedudukan mereka dalam UMNO boleh dikira sudah hancur lebur bagai kaca yang terhempas dan menunggu masa sahaja untuk dimuziumkan dari persada politik tanahair (cthnya: si Najib TPM walaupun kununnnya (suranggani’s style)  bakal dilantik sebagai PM, namun penerimaan rakyat terbanyak terhadapnya sangat rapuh dan goyah lebih2 lagi setelah beliau dibabitkan sama dalam skandal pembunuhan seorang wanita Mongolia yang sedang dibicarakan di mahkamah hingga ke hari ini)

6. Ada KAKI BODEK – yang hanya tahu membodek dan mengampu atasan2 mereka terutamanya untuk mendapatkan imbuhan2 projek dsb.

7. Ada KAKI TIDUR – yang selalu terlelap tak kira masa (cthnya: si Dollah PM yang terkenal dengan hobi beliau yang suka zzzzzz tu )

Dan banyak lagilah kaki2 yang lain yang tak payahlah aku sebut semuanya untuk menggambarkan betapa ‘meriahnya’ parti UMNO dengan aneka jenis kaki mereka sehinggakan rakyat pun sudah naik muak dan jelak bila melihat kaki2 ini sibuk dok jaga kaki2 mereka sendiri sedangkan kaki2 rakyat jelata sudah menjadi semakin kurus dan hampir2 tinggal tulang saja sekarang ni.

Inilah bahana yang terpaksa dipikul rakyat jelata kerana membenarkan kaki2 UMNO yang semakin bertambah kegemukannya itu untuk merampas hasil2 mahsul milik rakyat demi kekenyangan perut mereka dan kaki mereka semata2.

Akhir kalam, semoga hangpa jangan lupa basuh kaki sebelum tido nooo…

Sumber: komentar bernas/ bukan cap siam dari: MUSAFIR KELANA

APABILA SESUATU PERBUATAN ATAU AKTIVITI, SERING SANGAT KITA LAKUKAN DAN MENJADI RUTIN MAKA KITA DI ANGGAP SEBAGAI KAKI. BANYAK KAKI YANG TERDAPAT DIDUNIA NI TAPI JADILAH KITA KAKI2 YANG BAIK DAN BERFAEDAH MACAM KAKI SOLAT, KAKI DERMA (DERMAWAN), UBAT CAP KAKI TIGA DSB. :)

23
Sep
08

PENGKHIANAT, PETUALANG, PENDERHAKA.. LAGI APA?

Muhammad: Anggota MT bocor maklumat petualang dalam Umno

SUNGAI BESAR: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini menyifatkan mana-mana anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang membocorkan sebarang maklumat perbincangan tertutup mesyuarat MT kepada pihak luar sebagai petualang. Beliau berkata sebagai anggota MT mereka sepatutnya perlu berpegang kepada etika dan tatasusila ketika menghadiri mana-mana mesyuarat sama ada di peringkat MT atau negeri.

“Kalau kita bocorkan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat bermakna kita boleh dikategori sebagai petualang. “Perangai petualang harus tidak ada pada pemimpin dalam parti kita kerana perbuatan ini jijik dan memalukan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 71 penduduk di Sungai Panjang di sini, yang rumah mereka rosak dilanda ribut semalam.

Muhammad berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar Berita Harian hari ini yang memetik kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang menyelar tindakan anggota MT membocorkan maklumat dan menyifatkannya sebagai tidak amanah. BERNAMA

EDIT: Tambahan berita.

DISEBABKAN MUHAMMAD MOHD TAIB NI DUNGU DAN TIDAK EFEKTIF SANGAT BUAT KERJA, MENGAMPU DAN BERPOLITIK MURAHAN SAHAJA YANG DIA PANDAI MAKA:

SELEPAS enam bulan berehat daripada jawatan dalam kerajaan, bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman membuat kemunculan semula apabila dilantik sebagai Penasihat kementerian berkenaan.

Pelantikan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lalu. Wartawan Berita Harian, MOHAMED FARID NOH menemu bual Zainal Abidin mengenai tugas, tanggungjawab dan wawasannya berikutan pelantikan itu.- BERITA HARIAN

YANG MELAWAN MEREKA DARI LUAR DIANGGAP PENGANCAM KESELAMATAN NEGARA. YANG MENENTANG DARI DALAM DILABEL SEBAGAI PETUALANG, PENGKHIANAT. YANG BERBLOG MENGKRITIK MEREKA DICOP PENDERHAKA MALAH ADA YANG DISELAR ‘EVIL’ OLEH PEMIMPIN2 KERAJAAN. LAGI ISTILAH APA LAGI YANG BOLEH DIFIKIRKAN OLEH MEREKA, UNTUK MEMBERI IMEJ NEGATIF KEPADA PARA PENENTANG? SIKAP TIDAK BOLEH DITEGUR DAN DINASIHATI SEBEGINI, MELUAS DAN MENULAR KE SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT. NAMA MANJA “FANATIK” DIGUNAPAKAI MENDIFINISIKAN GOLONGAN INI. KALAU DIKATAKAN “BODOH-SOMBONG”, “BARUA”,”TALIBARUT”, “PENCACAI”, ” KHADAM”, “HAMBA ABDI” ATAU “GILA BABI” DIANGGAP TERLALU KASAR. DALAM KHALAYAK BLOGGER PUN RAMAI MANUSIA SEBEGINI, HUJAH ILMIAH MEREKA DANGKAL DAN TERPESONG. NASIHAT DAN TEGURAN MEMBINA TIDAK DISERAP SECARA BAIK. MAKANYA UNTUK MENGABURI KETANDUSAN INTELEKTUALITI (BACA:TAHAP IQ & EQ) MEREKA, TERPAKSALAH MEREKA INI SEMBERONO MENGHENTAM DAN MENFITNAH SERTA MENUDUH ORANG!! BERTEMPIK, BERSORAK, MEMAKI-HAMUN TAK KENAL MASA, TEMPAT DAN TANPA TUJUAN PULA?.. APALAGI HARUS DIKLAFSIFIKASIKAN MEREKA INI. AKU DENGAN INI MEMAAFKAN MEREKA KERANA TERNYATA MEREKA GOLONGAN “PESAKIT JIWA” DAN “KURANG SIUMAN”..a.k.a…GILA! (KHAS UNTUK KERAJAAN RAKYAT)

23
Sep
08

CUEPACS MEMANG LEMBAB!!

CUEPACS lega 16 September gagal

MACHANG: Kongres Kesatuan PekerjaPekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) cawangan Kelantan merasa lega tarikh 16 Sept yang ditetapkan pihak tertentu untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan tidak menjadi kenyataan.

“Kami bersyukur kerana apa yang diperkatakan itu tidak terjadi. Sekiranya terjadi macam-macam perkara buruk boleh berlaku dan kita akan sentiasa berada di dalam kebimbangan,” kata pengerusinya Shamsudin Mohd Noor kepada Bernama.

Beliau berkata kakitangan awam mungkin kehilangan pekerjaan ekoran negara menjadi kucar kacir sekiranya berlaku peralihan kuasa tanpa mengikut lunas perlembagaan yang betul.

Shamsudin turut bersyukur dengan pemberian sebulan bonus oleh kerajaan tahun ini yang akan meringankan beban kewangan kakitangan awam terutama pada musim perayaan dan persekolahan. BERNAMA

EDIT: ADA LAGI SATU BERITA.

“Kakitangan Awam setia kepada Kerajaan”

PUTRAJAYA: Cuepacs meminta 1.3 juta kakitangan sektor awam terus setia dan memberi sokongan padu kepada kerajaan dan tidak terpengaruh dengan pelbagai muslihat serta permainan politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presidennya, Omar Osman, berkata tidak ada sebab kakitangan perkhidmatan awam mempercayai apa juga rancangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu menjatuhkan kerajaan, selain membentuk kerajaan baru.

Katanya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melakukan terbaik untuk meningkatkan taraf hidup mereka seperti menaikkan gaji, memberi bonus dan pelbagai kemudahan lain.

“Oleh itu, wajar kakitangan awam mengenang budi dan jasa kerajaan dengan terus meningkatkan produktiviti serta sistem penyampaian, sekali gus memajukan ekonomi negara.

“Mereka adalah tulang belakang pentadbiran kerajaan… maka adalah lebih baik tumpukan kepada kerja daripada terpengaruh dengan spekulasi politik pembangkang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.-BH

MENGADA2 LA TU CUEPACS TU. KALAU PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH LEPAS NI AGAKNYA RAMAI LA AHLI CUEPACS YANG BERTUKAR. CUEPACS APA SUSAH PASAL SIAPA JADI KERAJAAN? KO HANYA MEWAKILI KAKITANGAN AWAM.. BUKAN PARTI POLITIK. JADI BUAT KERJA KO SUDAH LAH, JANGAN LA ASYIK NAK JILAT BONTOT KERAJAAN AJE KERJANYA. KORANG NI BUKAN ADA SIGNIFIKAN APAPUN, TUMPANG TUI AJE KERJANYA, BILA KERAJAAN UMUM BAGI BONUS… HABIS LA SATU MALAYA KORANG JAJA KONON KERANA KORANG YANG MINTA. APA KEJADAHNYA ADA “UNION” YANG BERSEKONGKOL NGAN KERAJAAN? MACAMANA LAH KAKITANGAN AWAM NAK MENGAKU “TAK SETIA”?.. SHABERY MULUT BUIH DAH SOUND AWAL2, SESIAPA KAKITANGAN AWAM YANG TIDAK MENYOKONG DASAR KERAJAAN…BERHENTI!!!! KALAU DAH ASYIK DIUGUT.. DISEBAT DAN DIROTAN, HARIMAU PUN JINAK! LAGI SATU PANTANG AKU, BILA ORANG UNGKIT BAB ‘BUDI’!! KENANG BUDI KEPALA BAPAK KO OMAR OSMAN! CAKAP KAT KERAJAAN YANG KO DUK JILAT BONTOT TU, BIAR KENANG SIKIT JASA DAN BUDI RAKYAT YANG MEMILIH MEREKA TUBUH KERAJAAN DAN JADI PEMIMPIN NEGARA. BUDI DAN JASA RAKYAT JANGAN DIBALAS DENGAN TUBA DAN RACUN SEPRTI KENAIKAN HARGA MINYAK MELAMPAU DAN SALAHURUS KEWANGAN NEGARA. TABUR BALIK “BUDI” TU PADA RAKYAT, BUKAN SAJA PADA SCOMI DAN ANAK MENANTU!! AKU.. TAK RETI BERBUDI PADA TANAH.. “TANGAN PANAS” ORANG TUA KATA.

23
Sep
08

KULI.. NAK MATI BERAGAM?

Ku Li yakin dapat cukup pencalonan tanding Presiden Umno

KUALA LUMPUR:Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau yakin akan mendapat pencalonan yang cukup untuk membolehkannya bertanding merebut jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini.

Tengku Razaleigh yang juga Anggota Parlimen Gua Musang berkata beliau membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan itu setelah mendapat maklumat balas dan sokongan daripada anggota akar umbi.

“Saya tidak boleh memberitahu apa strategi saya sekarang sebab ia akan menjejaskan peluang saya dalam pemilihan parti.

Insya-Allah saya akan dapat pencalonan yang cukup,” katanya pada sesi dialog dengan beberapa pengendali blog di rumahnya di sini malam tadi.

Pada 20 Mac lepas, Tengku Razaleigh melahirkan hasratnya bertanding sekali lagi bagi jawatan Presiden Umno pada persidangan agung parti Disember ini. Pada pemilihan parti pada 1987, beliau mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan Presiden Umno tetapi tetapi tewas dengan 43 undi.

Mengulas mengenai keadaan Umno pada ketika ini, Tengku Razaleigh berkata untuk memperkasa dan mengembalikan imej Umno, parti itu perlu menerima dengan terbuka pimpinan dari golongan muda.

“Dengan keterbukaan kepada golongan muda dan orang baru, Umno akan mendapat harapan baru dan mendapat idea yang baru,” katanya.BERNAMA

BUDAYA GILA KUASA DALAM UMNO NI SEMEMANGNYA SUDAH JADI SEBATI DAN BERPASAK DISETIAP HATI NURANI PEMIMPIN DAN AHLI2NYA. SETELAH “BERJAYA” MENGHARAMKAN UMNO LEBIH 2O TAHUN LEPAS, KINI ANAK RAJA TUA DARI KELANTAN INI MASIH LAGI BERANGAN2 MENJADI PM. GOLONGAN PEMIMPIN YANG SELAMA INI ‘TERSISIH’ (BACA:REJECT) DIBAWAH PEMERINTAHAN KUKU BESI CHE DET, KINI KEMBALI DENGAN “GARANG” WALAU SUDAH KETIADAAN TARING..( GIGI PUN TINGGAL TAK BANYAK!)  KELEMAHAN PAK DOL MEMBOLEHKAN GOLONGAN VETERAN INI “PASANG BADAN” SEMULA. AKU TIDAK RASA YTM KU LI INI MEMPUNYAI PENGARUH WALAU UNTUK MENANG PENCALONAN DARI KETUA2 BAHAGIAN UMNO KELANTAN, APATAH LAGI PERINGKAT NASIONAL. UMNO NEGERI YANG KINI DITERAJUI, PEMBODEK NO.1 PAK DOL DI KELANTAN TELAH SEBULAT SUARA MENYOKONG KEPIMPINAN PAK DOL DAN PELAN PERALIHAN KUASA YANG DIPERSETUJINYA DENGAN NAJIB. TINDAKAN KU LI  KALI INI LANGSUNG TIDAK MENDAPAT DOKONGAN DI NEGERINYA SENDIRI. OLEH ITU TIDAK  KETERLALUAN MENGATAKAN DIA HANYA MENEMPAH AIB DAN MALU. TIDAKKAH LEBIH ELOK DIA BERSARA TERUS DAN DUDUK DIAM2 SEBAGAI PEMERHATI SAJA? CARA ITU PADA HEMAT DAN PENDAPAT AKU LEBIH TERHORMAT KHUSUSNYA UNTUK DIKENANG GENERASI AKAN DATANG. BERBANDING DARIPADA TERUS DIINGATI SEBAGAI SEORANG ANAK RAJA YANG MATI BERAGAM, KEMPUNAN JAWATAN PM!! ITUPUN KALAU MELAYU TAK MUDAH LUPA…

23
Sep
08

UMNO NEGERI PR.. KUAT BODEK!

Umno Kelantan dan Pulau Pinang sokong peralihan kuasa 2010

KOTA BAHARU: Umno Kelantan menyokong penuh penyerahan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dijadualkan pada 2010.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan hari ini yang dihadiri hampir kesemua ketua Umno bahagian mencapai kata sepakat mengenai pelan peralihan kuasa itu.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang telah menyatakan hasrat bertanding jawatan Presiden Umno, tidak hadir.

Annuar berkata Umno Kelantan akan terus menyokong kepimpinan Abdullah dan Najib agar peralihan kuasa itu berjalan dengan lancar.

“Kita mahu Datuk Seri Najib mengambil alih kepimpinan dalam keadaan Umno kuat,” katanya.

Di Pulau Pinang, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, ketika mengulangi sokongan Umno negeri itu terhadap pelan peralihan kuasa berkenaan, menyeru semua pihak supaya menghormati dengan ikhlas keputusan yang telah dipersetujui itu.

Katanya kesemua 13 bahagian Umno di Pulau Pinang juga mengulangi sokongan mereka untuk mencalonkan Abdullah sebagai presiden dan Najib sebagai timbalan pada persidangan perwakilan masingmasing bulan depan.

“Kami di Pulau Pinang sebulat suara terus mempertahankan kedudukan presiden,” katanya. BERNAMA

AHLI PARLIMEN GUA MUSANG NAK LAWAN PRESIDEN, PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SOKONG PAK LAH MATI2!.. AIK?? SAMA2 SENDIRI PUN TAK BOLEH “HANDLE” KE? KALAU KORANG PERASAN, PEMIMPIN2 (BACA:BARUA) UMNO YANG ASYIK MASYUK DUK SOKONG PAK DOL SEKARANG NI CUMA TALIBARUT2NYA YANG AKAN TURUT HANYUT BERSAMA PAK DOL BILAMANA PM ITU BERSARA ATAU DIPERSARAKAN. AKU BIMBANG, MEREKA INI AKAN MENGGUNAKAN MASA YANG ADA UNTUK MENGAUT SEBERAPA BANYAK LABA YANG BOLEH SELAGI BERKESEMPATAN. MAKLUMLAH DAH TAHU CUMA ADA MASA SAMPAI 2010 AJE MAKSIMUM. SEPERTIMANA BUDAK DARJAH SATU YANG BIJAK DI ATAS..%$@# SEKALI!!




HARI INI

  • 26,026 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • Dari Bazaar Tok Guru Jadi Busut Almenantunya 12 December,2009
    klik pada dokumen untuk melihat saiz sebenar Pada minggu yang lalu, Dato’ YB Timbalan Menteri Besar Kelantan, Haji Ahmad Yakob telah mempengerusikan satu mesyuarat dengan wakil-wakil peniaga dan penjaja berhubung penempatan baru buat mereka di Bazar Tok Guru. Dato’ Ahmad Yakob telah diamanahkan oleh mesyuarat exco untuk bertemu dengan pihak berkenaan. Mesyua […]
    Sheih
  • Nik Aziz Denied Asking Son In Law To Resign 9 December,2009
    “I did not ask him to resign, I just give him the advise. It is up to him. It is not his mistake, neither is mine. It is the State Legal Adviser’s fault”, Nik Aziz was heard saying through Astro Awani tonight. Let us read what my Datin has to say about the Almenantunya. Ariffahmi Has [...]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • The MCA’s Single EGM: Whose resolution to come first? 6 September,2009
    I don’t really care much about the MCA feud between Ong Tee Keat and Chua Soi Lek. However, I’ve been privy to corporate litigation and board tussles. I’ve seen directors and shareholders battle it out in board rooms. Every move is carefully planned and crafted, for a wrong move may spell disaster in favour of [...]
    Oscar the Grouch
  • Wear BLACK on August 31st! 24 August,2009
    ella-mae

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • What a holiday! 23 December,2009
    Hope you enjoy this videoclip. I wanted a totally Asian jingle bells song and found this! If anyone is offended by this, I am truly sorry. You see, Susan is in a holiday though not partying mood. Too much to do at home! But here’s wishing one and all a merry christmas (for those who celebrate), [...]
    sloone
  • Recommended reading for non-Malays: I, too, am Malay by Zaid Ibrahim 23 December,2009
    You can read my interview with him here. I just finished reading Zaid Ibrahim’s “I, too am Malay”, the English translation from his now quite famous book “Saya pun Melayu”, and I must say this is one book that all Malaysians must read, if only to break your stereotypes about what the Malay race is or [...]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

Winter In Manchester

355/365 December 21, 2009

A Surprising Cup

Ha iniziato a nevicare

Eternal life

Carcasse

Vancouver under fog

Split & Harmony

Untitled

{the dog heard the snow fall a mile away}

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project