Archive for September 22nd, 2008

22
Sep
08

KELANTAN AIRPORT?

SENDIRI MAU PIKIR LA. BETAPA BANGGANYA AKU RAKYAT KELANTAN aka KELATE DENGAN DIALEK KITA YANG AMAT INDAH LAGI BERSOPAN SANTUN! ADA KOMEN?

HIDUP KELATE!!.. KELATE BULIH!!

22
Sep
08

UMAT ISLAM MUNDUR- PM MALAYSIA

PM: Umat Islam perlu hayati al-Quran cari ilmu pengetahuan

JOHOR BAHARU: Kegagalan umat Islam menghayati ajaran al-Quran yang mahukan umatnya mencari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang merupakan punca kepada kemunduran mereka berbanding bangsa lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kegagalan untuk menghayati ajaran kitab suci itu turut menyebabkan negara Islam masih dibendung gejala kemiskinan manakala rakyatnya dibelenggu masalah buta huruf.

“Umat Islam perlu mencontohi umat Islam pada zaman silam yang berjaya menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dalam bidang seperti perubatan, sains astronomi, matematik dan pelbagai bidang lain.

“Jika kita menuruti ajaran al-Quran yang menitikberatkan penguasaan ilmu pengetahuan di kalangan umatnya, tidak mustahil jika kita dapat mengembalikan zaman kegemilangan Islam,” katanya.

Abdullah berkata demikian ketika berucap pada majlis Tadarus al-Quran anjuran Badan Perhubungan Umno Johor di kediaman rasmi Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Pemimpin lain yang hadir adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Perdana Menteri berkata, manusia yang tidak menguasai ilmu pengetahuan dan kepakaran diibaratkan sebagai “orang yang sentiasa berada di dalam ketakutan dan kegagalan.”

Selepas majlis Tadarus al-Quran itu, Abdullah dan pemimpin Umno Johor serta anggota Umno bersamasama menghadiri majlis berbuka puasa, sebelum menunaikan solat Maghrib dan Tarawih. BERNAMA

DAH BUANG TABIAT APA PM KITA NI? UMAT ISLAM SEKARANG LEBIH MUNDUR DARI BANGSA2 LAIN? UMAT ISLAM YANG MANA TU DATUK SERI? ISLAM HADHARI YANG IMAMNYA PAK DOL TU KE? KECIK HATI AKU BACA ARTIKEL DIATAS, BILAMANA SEORANG PEMIMPIN NEGARA ISLAM(?), MEMPERLEKEHKAN UMATNYA SENDIRI. AJARAN AL-QURAN BUKAN SETAKAT MENITIKBERATKAN PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN SEMATA2 PAK DOL! MALAH ASAS YANG LEBIH DARIPADA ITU ADALAH SEBAGAI PANDUAN KEARAH MENGAMALKAN AJARAN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP (AD-DINN). BUKAN SEKADAR BERLAGAK ALIM DI HADAPAN MASYARAKAT, TETAPI PADA MASA YANG SAMA, SEGALA KEBATHILAN DAN KEROSAKAN AKIDAH ISLAMIYYAH DIPERINGKAT INDIVIDU, KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA DI ABAIKAN. DATUK SERI SENDIRI SEUMPAMA KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS, SEDANG DIRI SENDIRI “MENGIRING”!! MALAH ISLAM HADHARI YANG DIPERJUANGKAN OLEH DATUK SERI, DIPERAKUI SESAT…  Islam Hadhari di Malaysia, Hazaa Dhalal, Wa Yudhil (ianya sesat dan menyesatkan) “. SHEIKH DR. WAHBAH ZUHAILI (AL-AZHAR). MALAH BELIAU MENEGASKAN, “Islam Hadhari ini sesat dan ia menyesatkan satu dunia. Ia merosakkan umat Islam.” SEHINGGAKAN BELIAU MENYINDIR MALAYSIA, “Islam Hadhari hanya disukai oleh Amerika sahaja, kerana ia bercanggah dengan Islam yang sebenar (hakiki),” ITUPUN TAK FAHAM JUGA LAGI?

22
Sep
08

GONCANG SIKIT.. MINYAK PASTI TURUN!

Kerajaan bincang turun harga minyak Rabu ini

JOHOR BAHARU: Kerajaan dijangka akan membincangkan rancangan untuk menurunkan harga runcit minyak sebelum perayaan Aidilfitri pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beliau akan membawa rancangan penurunan harga itu pada mesyuarat Kabinet berkenaan untuk diputuskan.

“Insya-Allah, saya perlu bawa rancangan penurunan harga minyak ke kabinet Rabu ini kerana Rabu ini adalah mesyuarat terakhir Kabinet sebelum kita berhari raya.

“Kita akan bincang bila tarikh penurunan dan kadar penurunan yang sesuai,” katanya.

Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada keluarga miskin, ibu tunggal dan anak yatim kawasan Flet Sri Stulang, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan perlu meneliti tarikh penurunan harga minyak kerana penurunan harga dikhuatiri menyebabkan kekurangan bekalan pada musim perayaan ini.

“Kita kena buat penyesuaian kerana kita khuatir segelintir pengusaha stesen minyak tidak mahu mendapatkan bekalan daripada pembekal sekiranya mereka tahu harga akan turun,” katanya.

Pada 23 Ogos lepas harga petrol dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter daripada RM2.70. BERNAMA

ALAHAI PAK MENTERI, BINCANG LA PUAS2.. KASI LA TURUN HARGA MINYAK PUN, RAKYAT DAH TAK HERAN DAH. “GULA2″ BASI DAH.. ASAL RASA TERGUGAT, PANDAI PULAK KO NAK TURUNKAN HARGA. MEMANG PATUT LA KO JADI MENTERI KABINET PAK DOL KO PUN SAMA KUAT MENIPU. DULU KO KATA TAK NAIK.. KEESOKANNYA TERUS PAK DOL UMUM NAIK RM0.80/LITER..BODOH AJE AKU NAMPAK KO DIBUAT PAK DOL TIDO TU! KESIAN!.. LEPAS NI KO KASI ALASAN APA PULAK BILA PENGUSAHA STESEN MINYAK PROTES?..TAK JADI TURUN PULAK KE? LANTAK KO LA.. TURUN ALHAMDULILLAH, TAK TURUN PUN.. LEPAS NI KO YANG KENA TURUN!

22
Sep
08

SAMY VELLU BODEK HINDRAF

MIC ulangi gesaan bebaskan 5 pemimpin Hindraf

KUALA LUMPUR: MIC sekali lagi meminta kerajaan membebaskan dengan segera lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 13 Disember lalu.

Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini berkata, R. Kengadharan, 41; M.Manoharan, 47; V. Ganabatirau, 35; P. Uthayakumar, 47, dan K. Vasantha Kumar, 35, sepatutnya dibebaskan tanpa sebarang syarat.

Katanya, mereka telah ditahan selama hampir sembilan bulan dan kini “sampailah masanya mereka dibebaskan, memandangkan mereka tidak lagi mengancam keselamatan negara.”

“Kerajaan tidak sepatutnya menahan mereka lebih lama kerana tindakan ini akan menambah kebencian masyarakat India terhadap kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Samy Vellu berkata, hukuman yang dikenakan terhadap lima pemimpin Hindraf itu tidak sepadan dengan tindakan mereka.

Mereka sekadar menyuarakan masalah dan rasa kecewa masyarakat India. Sebenarnya, tindakan begini telah dilakukan oleh MIC sejak beberapa dekad lepas… jadi kenapa mereka perlu terus ditahan? katanya.

Samy Vellu berkata, banyak penyokong tegar Barisan Nasional(BN) daripada masyarakat India telah mengundi pembangkang pada pilihan raya umum lepas kerana berpendapat lima pemimpin Hindraf itu telah ditahan secara tidak adil.

Bukan kerana mereka sukakan pembangkang atau inginkan perubahan, tapi kerana mereka ingin melepaskan rasa marah terhadap kerajaan (BN),” katanya.

Samy Vellu berkata, BN boleh mendapatkan semula sokongan golongan itu sekiranya lima pemimpin Hindraf terbabit dibebaskan.

“Saya telah banyak kali meminta Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi)membebaskan mereka dan membawa perkara ini dalam dua mesyuarat Dewan Tertinggi BN,” katanya sambil menambah bahawa beliau akan menimbulkan perkara itu sekali lagi dalam pertemuannya dengan Abdullah tidak lama lagi.-mStar

PERTAMANYA, AKU AMAT TERKEJUT DENGAN KENYATAAN SAMY. KEDUANYA, AKU AMAT TERKEJUT YANG SAMY VELLU MASIH “WUJUD” DALAM ARENA ‘SEPAK TERAJANG’ POLITIK NEGARA!! SEMUA ORANG2 TUA NI ADA PENYAKIT NYANYUK KE? DEY SAMY HADHARI!!.. DULU SEBELUM PRU-12 KO YANG BERSUNGGUH2 NAK PUAK HINDRAF DI SEKAT, KONONNYA MEREKA TIDAK MEWAKILI SUARA KAUM INDIA TERBANYAK!, KONONNYA MEREKA HANYA KUMPULAN ‘SERPIHAN’ MIC YANG KECEWA KERANA TIDAK DAPAT JAWATAN DALAM PARTI. LA NI, SELEPAS TERGOLEK “DOG” KAT SG. SIPUT YG KO TAK BUAT KERJA SELAMA 27 TAHUN, BARU MAU INSAF? ABIS TU LAGI MAU “BELIT” KATA DEPA TU BUKAN MAHU PERUBAHAN, HANYA INGIN LEPAS GERAM PADA BN?.. ITU ALASAN KO SEBAB KO KALAH?.. TAK GENTLEMAN LA KO! MENGAKU LEBIH BAIK.. CERDIK SIKIT NAMPAK.. KO DAH TUA TU.. BUAT2 LA AMAL.. MACAM NAJIB!

22
Sep
08

GERAKAN!! KELUAR!!! BARISSSS!!

Keluar BN: Gerakan kumpul input, MCA diminta usah terburu

PULAU PINANG: Gerakan kini dalam proses mendapatkan maklum balas mengenai pandangan anggotanya berhubung kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN).

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, parti itu tidak akan menetapkan tempoh tertentu untuk membuat sebarang keputusan tentang kedudukannya dalam BN.

“Kita tidak menetapkan satu tarikh. Mungkin lebih awal dan mungkin lebih lewat,” kata beliau dipetik Bernama selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata, banyak perkara perlu diteliti antaranya sama ada anggota parti masih menyokong BN, adakah Gerakan akan terus bersama BN dan jika Gerakan keluar BN adakah anggota parti akan terus menyokong Gerakan jika parti meninggalkan BN.

“Kita sedang mendapatkan maklum balas daripada akar umbi dan jika perlu kita akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai meminta parti itu supaya melihat senario politik semasa secara lebih meluas dan tidak terburuburu mengambil keputusan untuk meninggalkan BN, walaupun beberapa pemimpin masyarakat Cina berkecenderungan untuk berfikir ke arah itu.

Beliau berkata, parti komponen kedua terbesar dalam BN itu tidak seharusnya terfikir untuk meninggalkan gabungan itu semata-mata kerana ingin meninggalkannya atau kerana anggotanya marah kepada seorang dua individu yang ada dalam BN, tetapi sebaliknya perlu melihat kepada kesan jangka panjang jika mereka berbuat demikian.

“Sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum seperti Malaysia, memerlukan percampuran bagi mewujudkan suasana aman untuk setiap orang.

“Oleh itu, jika semua parti berasaskan kaum Cina berpihak kepada pembangkang dan hanya parti berasaskan orang Melayu sahaja menjadi parti pemerintah, maka sudah pasti suasana tegang akan wujud di negara ini dan keadaan ini tidak baik untuk perniagaan dan ekonomi.

“Keputusan seperti ini memang indah untuk didengar, tapi majoriti senyap berpendapat kita perlu memikirkan semula keputusan demikian. Saya tidak akan menggalakkan anggota senior terlalu banyak bercakap tentang perkara ini kerana menyedari bahawa sekiranya kita ingin membuat sesuatu keputusan, kita perlu tunggu hingga kepimpinan baru mengambil alih pada 18 Oktober ini,” katanya kepada pemberita di luar Konvensyen MCA Selangor di sini.

MCA akan mengadakan pemilihannya bulan depan bagi memilih Presiden, Timbalan Presiden, empat Naib Presiden dan 25 anggota jawatankuasa pusat.

“CEPAT2 LA KUAR BARISAN, NAIK ROKET, MENUJU KE BULAN, DEMI KEADILAN!!”..  KAPAL KO DAH NAK KARAM, NAKHODA TIDUR, MAIN JIN, TIDO LAGI, MAIN JIN LAGI (BACA:JEANNE).. STERENG KAPAL BAGI “SIL” PEGANG! TAKDE MAKNANYA DAH KO TUNGGU. NAK ‘HANYUT’ SAMA2 GAK KE? TAPI KOON (BACA:SUKUN), AKU TAK BERAPA SETUJU GAK KALAU KO JOIN PR.. KO NI CINA TAPI BELIT MACAM INDIA. APAKATA KO JOIN MCA PULAK? GANTI SAMY?

22
Sep
08

JANGAN MUNTAH MERATA-RATA!

Umno cabar Anwar umum 48 jam nama MP BN setuju lompat

PETALING JAYA: Umno mencabar Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengumumkan nama-nama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa telah menyatakan sokongan untuk melompat ke perikatan pembangkang itu.

“Nampaknya drama Penasihat (Parti Keadilan Rakyat) PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hari semakin tidak ada penghujungnya.

“Sepatutnya ‘drama’ tersebut berakhir pada 16 September lalu, tapi nampaknya kena disambung lagi. Itupun tidak tahu bila?” kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib hari ini.

Pada 1 April lalu, Anwar mengumumkan pembentukan Pakatan Rakyat dan sekali gus menetapkan 16 September sebagai tarikh membentuk kerajaan baru persekutuan.

Bagaimanapun Isnin lalu, Anwar hanya mengumumkan pihaknya sudah ada cukup anggota untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dan mahu menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi tujuan peralihan kerajaan secara lancar dan aman.

Abdullah telah menolak permintaan itu dan satu lagi permintaan Pakatan Rakyat, yang mahu Parlimen mengadakan sidang khas pada Selasa ini – yang hanya boleh dibuat dengan arahan Perdana Menteri.

Malah, Abdullah juga telah meminta supaya Anwar dan Pakatan Rakyat mengumumkan nama-nama Ahli Parlimen BN yang telah pun menyatakan sokongan kepada mereka.

Oleh itu, kata Muhammad yang juga anggota Kabinet, bagi menamatkan ‘drama’ tersebut, beliau memberi tempoh 48 jam kepada Anwar untuk umum atau mendedahkan nama-nama Ahli Parlimen BN yang kononnya telah bersetuju menyertai pembangkang.

Tempoh 48 jam itu bermula semalam, Sabtu dan menjelang Isnin jika benar ada Anwar perlu mengumumkan nama-nama tersebut,” katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu memberitahu, Anwar terus memainkan sentimen rakyat dengan menggembar-gemburkan isu Pakatan Rakyat akan mengambil alih Kerajaan Pusat, sedangkan “ia hanyalah lakonan semata-mata.”

Kita cabar siarkan dalam tempoh 48 jam ini, siarkan kalau betul ada angka seperti mana yang dia dakwa, apa dia nak takut-takut,” kata beliau dalam blognya hari ini.

Muhammad mengakui, memang Umno dan BN tidak menafikan ada seorang dua yang akan menyertai Pakatan Rakyat tetapi jumlah itu tidak sehingga parti pembangkang boleh mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan.

“Saya ingat yang nak ‘lompat’ pun dua tiga orang sahaja daripada parti yang telah mengumumkan keluar daripada BN, yang lain tak ada.

“Ada pula timbul cerita, kononnya Anwar akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri jika mendedahkan nama-nama ahli BN terbabit merupakan satu lagi gimik Penasihat PKR itu sambil menyifatkannya seperti ‘macam budak-budak’,” katanya lagi.

Sehubungan itu kata Muhammad, beliau berharap rakyat dapat menilai sendiri tindak-tanduk Anwar yang terus menggambarkan keadaan ekonomi dan politik negara ini sedang bergolak sehingga boleh melemahkan serta mencemarkan imej negara.

Tegasnya, rakyat perlu berhenti daripada melihat ‘drama’ dan mempercayai pelbagai spekulasi yang dibangkitkan pembangkang terutamanya Anwar dan memberi kepercayaan kepada kerajaan BN untuk memimpin negara ini selepas diberi mandat sekali lagi pada pilihan raya Mac lalu.-mStar

UWEKKK!! BANYAK CEKADAK BETUL “KUDA TUA” NI SEMENJAK DUAMENJAK NI KAN? SEMUA ORANG TAHU YANG PEMILIHAN AGONG UMNO DISEMBER DEPAN, MENYEBABKAN RAMAI “AYAM LAGA” (BACA:AYAM SERAMA) PUAK ASSABIYAH NI BER’KOKOK’!! KALAU BETUL ADA, APA GANJARAN YANG KO NAK BAGI MAMAT? SETIAP CABARAN MESTI ADA PERTARUHAN! BAIKLAH.. AKU CABAR KAU PULAK, KALAU BETUL ADA SENARAI YANG DIMAKSUDKAN; KO LETAK JAWATAN DAN ‘JOIN’ …EMMMM..SAPP! (PKR TENTU TAK TERIMA, PAS LAGI LA). ADA BERANI? KALAU BACUL, TOKSAH LE NAK CABAR2 ‘PENDEKAR2′ PKR!! LAGI PULAK.. KO TU KALAU TAK BERCAKAP LAGI BAIK LA AKU RASA. BUAT ‘TULI’ TELINGA JER AKU DENGOR. NAK MUNTAH !! ORANG UMNO PUN ‘CUAK’ TENGOK MUKA KO, ADA HATI BERCAKAP BAGI PIHAK UMNO KONON…  UWEKKK!!.. PIIIIIRAAAAMABUKKK!!




HARI INI

  • 25,611 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • Kolonel Mat 28 November,2009
    Saya menerima banyak email yang bertanya saya sama ada saya tahu dan kenali Kolonel Mat? Biarlah saya mengambil kesempatan ini untuk mengakui bahawa memang saya kenal Kolonel Mat. Saya pernah dibesarkan dan dilatih soal disiplin, integriti dan kepimpinan oleh Kolonel Mat. Bahkan Kolonel Mat pernah melatih saya untuk menembak menggunakan peluru hidup. Kolonel […]
    Sheih
  • Surat Daripada Nik Amalina Nik Abdul Aziz 27 November,2009
    Isteri kepada Abdul Ariffahmi seperti yang tersiar di dalam blog YB Dr. Siti Mariah. Nik Amalina adalah anak perempuan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YAB. Menteri Besar Kelantan. Sila baca. Salam Ukhuwah, Hampir empat hari berlalu…ujian yang cukup mencabar bagi kami…InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Seh […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • The MCA’s Single EGM: Whose resolution to come first? 6 September,2009
    I don’t really care much about the MCA feud between Ong Tee Keat and Chua Soi Lek. However, I’ve been privy to corporate litigation and board tussles. I’ve seen directors and shareholders battle it out in board rooms. Every move is carefully planned and crafted, for a wrong move may spell disaster in favour of [...]
    Oscar the Grouch
  • Wear BLACK on August 31st! 24 August,2009
    ella-mae

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • Selamat Hari Raya Aidil Adha 26 November,2009
    Sloonepixs: Mosque @ Gelugor, Penang. Aidil Adha or Hari Raya Korban is the Festival of Sacrifice for Muslims world wide. It shows the willingness of Ibrahim to sacrifice his son as an act of obedience to God. I wish all my Muslims friends and family Selamat Hari Raya. May Allah bless you in peace and love. Happy [...]
    sloone
  • Give me back my RM100bil ! 26 November,2009
    Someone finally said it. Mahathir Mohammad squandered billions of money while he was Prime Minister. I am sure, without checking its merits, without even reading the book, Mahathir’s Machais (you know who you are), will denounce the soon to be launched ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’ by Barry Wain as a worthless piece of [...] […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

Untitled

high winds on Brighton seafront

I CAN SEE WHY THIS 10 STOP THING COULD BECOME ADDICTIVE

Untitled

Water's Edge

Untitled

Una mattina alla finestra

Tally and Felix

Night- Ghosts of Christmas yet to come!

2x2

More Photos
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project