Archive for September 21st, 2008

21
Sep
08

CUCU PENDEKAR.. BADUT UMNO.

Hishammuddin nafi minta segera pelan

Oleh Magendran Rajagopal

Laporan akhbar hanya kelirukan orang ramai

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan laporan sebuah akhbar tempatan semalam mendakwa ada anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno mahukan peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara dilakukan lebih awal daripada tarikh dipersetujui sebelum ini sebagai tidak tepat.

Katanya, laporan itu mengelirukan orang ramai kerana semua anggota MT berpegang kepada amanah tidak akan membocorkan rahsia dan beliau tidak fikir laporan akhbar itu memberi gambaran sebenar apa yang berlaku dalam mesyuarat tertutup itu.

“Biar apa pun yang dibicarakan dalam mesyuarat MT Umno, keputusan muktamad yang dibuat sebulat suara harus menjadi pegangan. Jika tidak asas parti kita akan terjejas.

“Sebagai pucuk pimpinan tertinggi, MT harus mendengar suara akar umbi sebelum membuat keputusan kerana pendirian MT tidak ada maknanya jika tiada sokongan daripada penyokong parti ada peringkat akar umbi.

“Pemuda Umno, tetap menyokong pelan peralihan kuasa yang dipersetujui sebelum ini, iaitu Datuk Seri Najib Razak akan mengambil alih jawatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2010,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sinar Ramadan anjuran Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), di sini semalam.

Semalam, sebuah akhbar bahasa Inggeris melaporkan bahawa ada di kalangan anggota MT Umno menasihatkan Perdana Menteri berundur sebelum mesyuarat bahagian bermula 9 Oktober ini, iaitu lebih awal daripada rancangan peralihan kuasa pada 2010.

Akhbar itu memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, yang juga anggota MT, bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendengar nasihat terbabit dengan teliti sebelum meminta diberi masa untuk berbincang dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.

Laporan sama mendedahkan bahawa dalam perjumpaan tertutup itu lima anggota MT bercakap mengenai isu itu, termasuk empat yang menasihatkan keperluan peralihan kuasa lebih awal, sebaik-baiknya sebelum Disember ini apabila Perhimpunan Agung Umno diadakan…-BERITA HARIAN

TAK TEPAT KE? LAPORAN AKHBAR TU MEMANG BERNIAT JAHAT KE? ATAU KO DAH TERSASUL CAKAP, NAK “COVER-LINE” LA PULAK!!.. BERANI LA SIKIT, BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA YANG KO KATA. KONON2 KO TU KAN PENDEKAR MELAYU, MANA BOLEH “KECUT”. ANAK JANTAN KE BETINA JUGA KO NI? KENYATAAN KO NI YANG MENYEBABKAN ORANG RAMAI TAMBAH KELIRU, MANA SATU BETUL? KO TAK TAKUT KE KETUA2 BAHAGIAN “KELIRU” JUGA NAK CALONKAN KO JADI NAIB PRESIDEN? DAH TUA2 NI PUN MASIH NAK AMAL BUDAYA MENGAMPU JUGA LAGI KE? SUDAH2 LA SHAM!! SATU MASA DULU AKU “RESPECT” JUGA KAT KO.. NAMPAK ADA TOKOH MACAM NENDA KO DATUK ONN JAAFAR! KECEWA DIA DAPAT CUCU MCM KO!

21
Sep
08

HELLO!! EN.LANUN… HELLO!!..

KUALA LUMPUR 20 Sept. -

Rundingan dengan lanun lancar – MISC

Rundingan dengan lanun yang merampas kapal MT Bunga Melati Dua dan MT Bunga Melati Lima berjalan dengan lancar dan semua krew kapal berkenaan berada dalam keadaan baik.

MISC dalam kenyataan hari ini berkata, bekalan makanan dan air di atas kapal itu mencukupi dengan bekalan makanan dibawa dari daratan oleh lanun berkenaan.

“Tidak wujud keadaan kekurangan makanan dan laporan kekurangan makanan hanya merupakan taktik yang digunakan oleh perampas untuk menjejaskan rundingan.

”Demi untuk melindungi keselamatan anak kapal kami dan menjaga kesejahteraan keluarga mereka, MISC tidak dapat memberikan maklumat terperinci mengenai rundingan itu,” kata kenyataan itu.

Kapal milik MISC, MT Bunga Melati Dua dengan 39 anak kapal — 29 warga Malaysia dan selebihnya warga Filipina dirampas oleh lanun di Teluk Aden di perairan Somalia dan Yemen pada 19 Ogos. Seorang daripada anak kapal warga Filipina itu terbunuh akibat terkena sebutir peluru yang tersasar.

Sepuluh hari kemudian, sebuah lagi kapal MISC, MT Bunga Melati lima, dengan 36 anak kapal warga Malaysia dan lima warga Filipina, dirampas di perairan yang sama semasa dalam perjalanan dari Yanbu, Arab Saudi ke Singapura.

Malaysia telah menghantar dua buah kapal perang, KD Lekiu dan KD Inderapura, dan sebuah kapal peronda pesisir pantai, KD Pahang untuk melindungi kapal-kapal MISC yang melalui perairan itu ekoran kejadian rampasan MT Bunga Melati Dua dan MT Bunga Melati Lima.- Bernama

SUSAH JUGA YE NAK BERUNDING NGAN LANUN NI GAMAKNYA. KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN ANAK2 KAPAL YANG DITAWAN DAN DIJADIKAN TEBUSAN, HARUS MENJADI KEUTAMAAN. SIKAP SAMBIL LEWA DAN MENGAMBIL RISIKO YG TIDAK SEPATUTNYA, NYATA MEMBAWA PADAH! PERAIRAN SOMALIA/YEMEN INI SUDAH BEBERAPA KALI DILAPORKAN BERLAKU KEGIATAN LANUN. NAMUN KEDEGILAN MENGENALPASTI “BAHAYA” MENYEBABKAN 2 BUAH KAPAL KITA DI’CULIK’ LANUN DALAM 2 KEJADIAN BERASINGAN, HARI YANG BERLAINAN. BODOH SANGAT KE MISC NI? SEKARANG APA YANG MAMPU KITA LAKUKAN HANYA BERHARAP AGAR KESEMUANYA BERAKHIR DENGAN SELAMAT DAN SEMUA KREW SEMPAT BERHARI RAYA BERSAMA KELUARGA. INSYAALLAH.. SAMA2 KITA DOAKAN!

21
Sep
08

NAMAWEE..ONG!! ONG!! NEGARAKUKU..

Ahad September 21, 2008

Penyanyi lagu Negarakuku dipanggil.

MUAR: Pencipta dan penyanyi lagu kontroversi, Negarakuku, Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee, akan dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman, Selasa ini dipercayai berhubung siasatan penyiaran klip video lagu rap itu di laman web YouTube, Ogos tahun lalu.

Meng Chee, 25, pulang ke tanah air akhir bulan lalu selepas menamatkan pengajian di Universiti Ming Chuan, Taiwan dan baru selesai menyiapkan dokumentari mengenai warga Malaysia yang tinggal di Hong Kong, Macau, China, Laos, Vietnam, Kemboja serta Thailand.

Bapa Meng Chee, Wee An See, 50, ketika dihubungi mengesahkan beliau menerima panggilan telefon daripada Bukit Aman, 11 September lalu, yang meminta anaknya hadir ke ibu pejabat polis itu pada 23 September ini.

“Polis hanya memberitahu supaya anak saya datang ke Bukit Aman pada 23 September ini dan tidak memberitahu mengenai kes apa, tetapi saya tahu ia mesti berkaitan dengan kes lagu dulu,” katanya.-Berita Harian

NAMPAKNYA “KICKDEFELLA” (SIDE-EFFECT) PUNYA PASAL LA NI! SEMATA2 TAK NAK NAMPAK PILIH KASIH DALAM BAB “HASUTAN”, AKHIRNYA BUDAK CINA GILA INI DIPANGGIL JUGA SELEPAS LEBIH SETAHUN MELARIKAN DIRI (HABIS NEGARA ASIA DAH KE WOI?). PERBUATAN SUMBANGNYA MENYANYIKAN VERSI RAP LAGU NEGARAKU YANG DITUKAR LIRIK MENGHINA NEGARA MEMANG TERNYATA KURANG AJAR DAN TIGASUKU! (BACA:CIBAI). APA YANG TERSUMBAT KAT DALAM KEPALA HOTAK BUDAK NI PUN AKU TAK TAHU LAH. HUKUMAN YANG SETIMPAL BAGI AKU; SURUH DIA MENYANYI LAGU NEGARAKU, 3 HARI 3 MALAM KAT DATARAN MERDEKA.. NON STOP!! SELAGI TAK HUJAN JANGAN BERHENTI..( ONG!..ONG!.. TALAK ONG! MANYAK SUWEY!.. ONG! KASI ONG!).

21
Sep
08

MAD TAIB GELABAH JUGA?

Pakatan usah salah tafsir pendirian pelan peralihan kuasa Umno – Muhammad

SHAH ALAM: Kenyataan beberapa anggota Umno, yang mahukan peralihan kuasa Perdana Menteri dilakukan lebih awal dari tarikh ditetapkan pada Jun 2010, tidak boleh dijadikan penanda aras bagi pembangkang kononnya mendapat sokongan Umno untuk membentuk kerajaan baru.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata, walaupun ada banyak pendapat di dalam Umno yang mengeluarkan pandangan sedemikian tetapi itu bukan bermakna ia keputusan sebulat suara parti.

“Dalam mana-mana organisasi kita bebas keluarkan pendapat tapi yang penting keputusan Majlis Tertinggi Umno bersetuju supaya peralihan kuasa dikekalkan menjelang 2010, tapi sebarang perubahan dan sebagainya diserahkan kepada Presiden dan Timbalan Presiden.

“Biasanya Umno sokong pucuk pimpinan dan bukan kelaziman kepada Umno untuk suruh pemimpinnya letak jawatan.

“(Jika wujud perbezaan pendapat) Umno harus memperbetulkan dalaman Umno sendiri dan itu tak ada kena mengena dengan kononnya nak menyokong dia (pembangkang), nak menangkan dia.

“Adalah karut bagi mereka untuk mendakwa yang kita (Umno) nak sokong mereka pulak.

Mereka nampak seperti mencampuradukkan (isu) sehingga seolah-olah penentangan ini nak menyokong dia (pembangkang) menubuhkan kerajaan, itu tak betul” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bubur lambuk kepada anak-anak yatim anjuran Kelab Kembara Gemilang Shah Alam di Surau ALIslah di sini hari ini.

Muhammad berkata demikian ketika mengulas dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam bahawa anggota Umno sendiri tidak gembira dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri dan mahu beliau meletak jawatan lebih awal dari masa ditetapkan iaitu 2010.

Mengenai saranan Lim agar Perdana Menteri mempertimbangkan semula keengganannya mengadakan sidang Parlimen tergempar seperti yang diminta Pakatan Rakyat, Muhammad berkata, beliau tidak nampak sebarang isu yang boleh dijadikan alasan untuk mengadakan sidang Parlimen tergempar itu.

“Sebenarnya tiada keperluan untuk adakan sidang Parlimen tergempar dan Perdana Menteri telah menyarankan semalam bahawa Parlimen akan bersidang pada 13 Oktober.

“Hanya tinggal beberapa hari lagi bukannya lagi lima enam bulan. Jadi tunggu sahajalah, apa yang penting sangat dan tiada isu yang timbul yang memerlukan sidang tergempar Parlimen (diadakan),” katanya. BERNAMA

NAK TAFSIR MACAMANA LAGI MAMAT? DAH MEMANG JELAS (BACA:JEALOUS) MT UMNO SENDIRI “PELAWA” PAK DOL LETAK JAWATAN = NGAN PAKATAN RAKYAT PUNYA PERMINTAAN SEJAK 6 BULAN LEPAS. JADI, KORANG MEMANG BERSETUJU NGAN KAMI LA!! KAH!KAH!.. ITU PUN TAK NAK MENGAKU JUGA? TAPI MAMAT! AKU PAHAM PERASAAN KO TU, KALAU PAK DOL DI’RETIRED’KAN..MAKANYA KO PUN TERPAKSA LA IKUT SEKALI SEBAB “KUDA TEMPANG” CAM KO, DAH TAK RELEVAN LAGI DI ALAF BARU NI. JAWATAN KETUA PENERANGAN UMNO PATUTNYA DISANDANG ORANG YANG “EDUCATED”, BUKAN CAM KO. BETUL KATA KO, BIASANYA UMNO “YES MAN” AJE KAT PRESIDENNYA, TAPI KALI NI PRESIDEN KO TU “DIMWITT” SANGAT!.. ANJING PUN TAK NAK IKUT!….GELAKKAN DIA!!..BOOOOO!! BOOOO!!

21
Sep
08

SHABERY “PECAT” PEMBANGKANG KERAJAAN?

Program interaktif sensitif Radio 24, Shabery tunggu laporan

KEMAMAN: Kementerian Penerangan masih menunggu laporan sebelum mengambil tindakan yang sesuai terhadap stesen radio berita, Radio 24, yang didapati mengendalikan sebuah program interaktif yang membincangkan isu yang tidak menghiraukan sensitiviti negara.

Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pihak pentabiran kementerian sedang menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan dan beliau sendiri masih menunggu hasil laporan itu sebelum mengambil tindakan lanjut.

Sambil melahirkan rasa kesal atas kejadian itu, Ahmad Shabery berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi lebih-lebih lagi melibatkan sebuah stesen radio kendalian agensi yang terletak di bawah kementerian itu.

“Sebagai sebuah stesen radio kerajaan, ia tidak sepatutnya disalah guna oleh sesiapa termasuk untuk menimbulkan perkara-perkara yang negatif kepada masyarakat dan mengeluarkan pandangan yang silap mengenai dasar kerajaan,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tentang penyiaran sebuah program interaktif oleh stesen Radio 24 yang mengemukakan soalan “Manakah lebih penting, peralihan kuasa Pak lah atau Najib atau turun harga minyak.”

Terdahulu, Ahmad Shabery menyampaikan sumbangan hari raya kepada 25 golongan miskin, warga emas dan orang kurang upaya di Dewan Orang Ramai, Rumah Murah Kerteh, Taman Wan Adnan di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, yang mengendalikan stesen radio itu “mesti profesional dalam menjalankan tugas dan tidak menggunakan jentera kerajaan itu untuk menimbulkan sesuatu isu yang berbentuk sensasi dan polemik.”

Kalau tidak setuju dengan dasar kerajaan jangan jadi kakitangan kerajaan. Berhenti,” katanya.

Katanya, mereka yang bekerja di bawah Kementerian Penerangan sepatutnya mengetahui tugas mereka sebagai jentera kerajaan adalah memberi pemahaman kepada rakyat tentang dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan dan mereka yang berbeza pendapat tidak sepatutnya bekerja di bawah kementerian itu. BERNAMA

AMBOI2 SEDAP MULUT BERBUIH DIA AJE NAK SURUH ORANG BERHENTI. AWAT? KALAU KERJA KERAJAAN SEMUA KENA JADI DUNGU DAN IKUT KATA TUAN MACAM LEMBU DICUCUK HIDUNG AJE KE? KALAU CAM GITU, NANTI PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH, KITA “HARUS” PECAT SEMUA KAKITANGAN SEKARANG LA YE? SEBAB SEMUA PENYOKONG BARISAN NASIONAL.. CAMTU KE? KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN SEKELIAN, APA KATA ANDA? SANGGUP KE “LETAK JAWATAN” BERAMAI2 LEPAS NI? ITULAH SHABERY, KO JANGAN “SAWAN” SANGAT DENGAN KERAJAAN, SEBAB KERAJAAN BOLEH DITUKARKAN, TAPI KERJA BUKAN SENANG MAU CARI SEKARANG!.. APA PUNYA MENTERI LA KO NI.

21
Sep
08

RAIS “PEKENA” ISA.

Rais: Kajian semula ISA boleh dibuat dengan cermat

KUALA KLAWANG Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berpendapat kajian semula mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh dibuat tetapi perlu dilakukan dengan cermat.

Oleh itu, beliau berkata, gesaan sesetengah pihak supaya ISA dihapuskan merupakan pandangan politik yang tidak harus disuarakan.

“ISA itu bukanlah sempurna 100 peratus… kita boleh lihat aspek-aspeknya yang didakwa tidak begitu memenuhi syarat-syarat kemanusiaan. Ini saya bersetuju, malah prinsip ini memang kita pegang selama ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, sedangkan negara lain juga ada tindakan sama seperti ISA dan kenapa mereka tidak menyentuh mengenai perkara itu.

Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata kajian mengenai ISA pernah dimulakan dulu tetapi memakan masa sebab keadaan di negara ini yang sentiasa berubah dalam konteks keselamatan dan kepentingan awam.

“Kalau sudah sampai masanya nanti, harus dijalankan kajian itu dan ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang,” katanya. BERNAMA

ISH! BERBELIT2 RAIS NI BERCAKAP, DULU SOKONG MANSUH, LA KATA KAJIAN SEMULA, TIDAK HARUS DISUARAKAN WALAU TERNYATA ZALIM?. “MAMAK” JUGA KA DIA NI? AKU TAHU LER YANG KAT NEGARA LAIN CTH: AMERIKA ADA AKTA PENGGANAS! (BUKAN MUSUH POLITIK), BRITIAN ADA AKTA KESELAMATAN DALAMAN (KITA PUN MEWARISI ISA NI DARI PENJAJAH NI LA). DAH TU TAKDE KENA MENGENA NGAN KITA KAT MALAYSIA, KITA NAK SENTUH BUAT APA? YANG KITA SENTUH,ISA DI MALAYSIA TELAH DISALAH GUNA SECARA “TOTAL” OLEH KERAJAAN MEMERINTAH UNTUK MENAKUT2KAN RAKYAT. SEBAB TU..SIKIT2 ISA.. KENA CABAR SIKIT..ISA. BACUL KE APA? CUBA KO KENA ISA TENGOK BERAPA LAMA BOLEH TAHAN.




HARI INI

  • 26,026 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • Dari Bazaar Tok Guru Jadi Busut Almenantunya 12 December,2009
    klik pada dokumen untuk melihat saiz sebenar Pada minggu yang lalu, Dato’ YB Timbalan Menteri Besar Kelantan, Haji Ahmad Yakob telah mempengerusikan satu mesyuarat dengan wakil-wakil peniaga dan penjaja berhubung penempatan baru buat mereka di Bazar Tok Guru. Dato’ Ahmad Yakob telah diamanahkan oleh mesyuarat exco untuk bertemu dengan pihak berkenaan. Mesyua […]
    Sheih
  • Nik Aziz Denied Asking Son In Law To Resign 9 December,2009
    “I did not ask him to resign, I just give him the advise. It is up to him. It is not his mistake, neither is mine. It is the State Legal Adviser’s fault”, Nik Aziz was heard saying through Astro Awani tonight. Let us read what my Datin has to say about the Almenantunya. Ariffahmi Has [...]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • The MCA’s Single EGM: Whose resolution to come first? 6 September,2009
    I don’t really care much about the MCA feud between Ong Tee Keat and Chua Soi Lek. However, I’ve been privy to corporate litigation and board tussles. I’ve seen directors and shareholders battle it out in board rooms. Every move is carefully planned and crafted, for a wrong move may spell disaster in favour of [...]
    Oscar the Grouch
  • Wear BLACK on August 31st! 24 August,2009
    ella-mae

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • What a holiday! 23 December,2009
    Hope you enjoy this videoclip. I wanted a totally Asian jingle bells song and found this! If anyone is offended by this, I am truly sorry. You see, Susan is in a holiday though not partying mood. Too much to do at home! But here’s wishing one and all a merry christmas (for those who celebrate), [...]
    sloone
  • Recommended reading for non-Malays: I, too, am Malay by Zaid Ibrahim 23 December,2009
    You can read my interview with him here. I just finished reading Zaid Ibrahim’s “I, too am Malay”, the English translation from his now quite famous book “Saya pun Melayu”, and I must say this is one book that all Malaysians must read, if only to break your stereotypes about what the Malay race is or [...]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

Winter In Manchester

355/365 December 21, 2009

A Surprising Cup

Ha iniziato a nevicare

Eternal life

Carcasse

Vancouver under fog

Split & Harmony

Untitled

{the dog heard the snow fall a mile away}

More Photos

Top Clicks

  • None
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project