Archive for September 20th, 2008

20
Sep
08

PENDERHAKA UMNO BERSUARA!!

MT bincang percepat pelan 2010, keputusan diserah Pak Lah-Najib

(Dikemas kini) PETALING JAYA Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengumumkan pelan peralihan kuasa lebih dua bulan yang lalu, kini berhadapan dengan tekanan semakin meningkat agar mempercepatkan pelan peralihan kuasa.

Gesaan supaya beliau berbuat demikian telah dikemukakan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu negara, kelmarin.

mStar Online difahamkan sebahagian anggota MT mahu Abdullah menyerahkan kepimpinan parti dan kerajaan sebelum persidangan bahagian Umno bulan depan, yang akan bermula 9 Oktober.

Gesaan itu diberikan empat hari selepas Abdullah dan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengulangi komitmen mereka untuk menjayakan pelan peralihan kuasa Jun 2010.

Pada Rabu lalu, Abdullah juga ada menekankan kemungkinan pelan peralihan itu akan dipercepatkan.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika dihubungi mStar Onlinesebentar tadi berkata, memang ada pandangan supaya pelan peralihan kuasa dipercepatkan, tetapi tiada keputusan agar dilaksanakan sekarang.

“Keputusan yang dicapai cuma pelan peralihan 2010 dikekalkan, tetapi sebarang perubahan, sama ada hendak dipercepatkan, ia terserah kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri… ini keputusan yang dibuat.

“Memang ada banyak pandangan, macam-macam pandangan diberikan, (Tan Sri) Muhyiddin punya pandangan ada dan lain-lain pun memberikan pandangan, itu cuma pandangan tetapi bukan keputusan… macam juga di tempat anda, editor-editor memberikan pandangan tapi itu bukan keputusan, keputusan dibuat oleh ketua pengarang,” kata beliau yang juga anggota Kabinet dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Laporan The Starhari ini menyebut Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz dan anggota MT, Datuk Seri Shafie Apdal telah melahirkan pandangan adalah tidak baik bagi parti jika Abdullah kekal sebagai Presiden parti selepas Perhimpunan Agung Umno Disember ini.

Turut memberikan pandangan agar pelan berkenaan dipercepatkan ialah Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang akan bertanding jawatan Naib Presiden Disember ini.

Bagaimanapun hanya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, yang turut bercakap mengenai isu berkenaan, mengkritik mereka yang meminta Abdullah berundur segera.

Apabila lebih ramai anggota MT mula memberikan pandangan, Najib mencelah dan berkata, mereka yang bercakap telah pun menyatakan pendirian masing-masing dan oleh itu, beliau dan Abdullah akan membincangkan isu berkenaan secara mendalam sesama mereka – secara peribadi – kemudian.

Pada Disember ini, Umno akan mengadakan pemilihan bagi jawatan-jawatan tertinggi – Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan kerusi MT.

Abdullah sebelum ini telah pun menyatakan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Presiden parti dan akan menyerahkan kedudukannya kepada Najib pada Jun 2010.

Bulan depan persidangan bahagian akan berlangsung, turut menyaksikan proses pencalonan bagi jawatan-jawatan tertinggi pusat.

Dengan perkembangan semasa Abdullah dikatakan tidak akan memperoleh pencalonan yang secukupnya untuk mempertahankan kedudukan beliau.

Soal itu turut dibangkitkan dalam mesyuarat MT kelmarin.

Rafidah dikatakan telah memaklumkan Abdullah bahawa berdasarkan maklumat yang diterima Presiden parti itu tidak akan menerima pencalonan minimum daripada 58 bahagian bagi mempertahankan kedudukannya.

Kelmarin selepas mempengerusikan mesyuarat MT, Abdullah berkata, sebarang keputusan berkaitan kedudukannya sebagai Presiden Umno dan juga peralihan kuasa akan dibuat oleh beliau sendiri.

Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata, sebarang perubahan kepada pelan peralihan kuasa itu akan beliau bincangkan dengan Najib.

“Sebab mesyuarat (bahagian) belum bermula lagi dan apa-apa yang perlu saya laksanakan, dan apaapa tindakan yang akan saya buat sekali lagi ke, apa ke, itu terserah kepada sayalah.

“Saya akan cakap dengan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib, tak payah ulang-ulanglah,” kata beliaun dipetik Bernama.

Di sebalik senario semasa itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkuat kuasa Rabu lalu menjelaskan, beliau menangguhkan lawatannya selama dua hari ke Arab Saudi yang sepatutnya bermula semalam disebabkan beliau perlu menyusun semula jadualnya bagi membolehkannya memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan Isnin ini.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri berkata, penangguhan itu tidak ada kena-mengena dengan senario politik dalam negara.

Tekanan ke atas kepimpinan semasa meningkat selepas keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lepas.

Laporan The Star yang memetik anggota MT, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, Abdullah telah mendapatkan pandangan-pandangan yang diberikan dan meminta masa diberikan bagi membincangkan isu berkenaan dengan Najib.

“Beliau sedar tentang hasrat ahli-ahli akar umbi dan beliau mengatakan kesediaan untuk fleksibel dalam isu ini.

“Saya tidak lihat ada keperluan untuk bercakap mengenai keperluan mengenakan tekanan ke atas beliau. Biarkan beliau membuat keputusan,” katanya. Abdullah dan Najib telah pun mengadakan pertemuan dua kali iaitu pada Sabtu dan Isnin lalu berkaitan isu berkenaan, dan keluar dengan kenyataan bahawa komited untuk merealisasikan pelan berkenaan.

Kemudian isu berkenaan dibangkitkan semula dalam mesyuarat MT kelmarin.

MAJLIS TERTINGGI UMNO PUN DAH TAK HORMAT PRESIDEN MEREKA. BUAT KE SEKIAN KALINYA MEREKA MENUNJUKKAN SIKAP ‘KERAS KEPALA’ DAN ‘LAWAN TOWKEY’. PENAT DAH PAK DOL ‘UGUT’ DAN KEKADANG MERAYU SUPAYA ISU PERALIHAN KUASA YANG DIPERSETUJUI (BACA:PAKSA) DENGAN NAJIB PADA JUN 2010, TIDAK DIBANGKITKAN LAGI. NAMUN BILA DAH ORANG TAK SUKA, NASIHAT (BACA:ARAHAN) ITU TIDAK DI ENDAHKAN LAGI. MAKA GELABAH LAGILAH PAK DOL!!. KALAU DIA ADA “HEART PROBLEM” MACAM BIG BOSS DIA DULU, MAHU JALAN (BACA:KOJOL) DAH PM KITA NI. MT TU PUN BUKAN APA, DIAORANG KENA LA BERSUARA DEMI MEMPERTONTONKAN PADA AHLI (BACA:KETUA BAHAGIAN) YANG MEREKA BERKALIBER! PEMILIHAN PARTI DISEMBER DEPAN NAMPAKNYA TELAH MELAHIRKAN RAMAI JAGUH(BACA:PENDERHAKA) DALAM UMNO,….TAK GITU?

20
Sep
08

MUKHRIZ AYAM BETINA!!

Mukhriz mahu Pak Lah undur secara terhormat sebelum 9 Okt

PETALING JAYA: Datuk Mukhriz Mahathir, antara mereka yang awal dan telah banyak kali menggesa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya ekoran prestasi pilihan raya umum Mac lalu berkata, Presiden parti itu perlu “berundur secara terhormat dengan segera” sebelum 9 Oktober ini.

Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, Abdullah perlu menerima hakikat yang ahli-ahli akar umbi Umno mahu perubahan dan justeru, wajar memutuskan untuk menyerahkan kepimpinan kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak agar perjalanan persidangan bahagian bulan depan tidak terganggu.

Kata Mukhriz, oleh kerana anggota-anggota Majlis Tertinggi (MT) parti sudah menyampaikan pandangan, kini “keputusan di tangan beliau” untuk menentukannya.

“Tidak lagi perlu menunggu untuk membuat keputusan… kita berharap Pak Lah sedar dan terima tentang hakikat dan membuat keputusan yang diminta dan kehendak ahli,” katanya.

Tambah beliau, perbincangan dalam mesyuarat MT Umno kelmarin membuktikan pandangan yang diberikan oleh beliau sejak enam bulan lalu sudah mula diterima oleh akar umbi dan anggota-anggota MT.

“Oleh kerana beliau (Abdullah) sudah mendapat maklum balas yang sama, saya berharap Presiden parti akan melepaskan kedudukan beliau dengan segera.

“Saya sangat berharap Pak Lah (Abdullah) sudah memahami akan kehendak akar umbi, menyerahkan kuasa,” katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Mukhriz mengulangi kemungkinan, jika Abdullah, yang juga Perdana Menteri tidak mengambil keputusan yang diharapkan ramai itu, tidak mustahil akan ada pihak yang mencabar beliau ataupun tidak mendapat pencalonan mencukupi untuk mempertahankan kedudukannya Disember ini.

Beliau yang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan The Star hari ini bahawa Abdullah kini berhadapan dengan tekanan yang semakin meningkat agar melepaskan jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Perkara itu telah ditekankan oleh sebahagian anggota MT pada mesyuarat majlis itu kelmarin.

Ia terus menjadi isu perbincangan MT meskipun Isnin dan Rabu lalu Abdullah dan Najib telah mengulangi komitmen mereka untuk merealisasikan pelan peralihan kuasa Jun 2010.

Ketika ditanya sama ada perlu ada usaha susulan meminta Abdullah, yang menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri sejak Oktober 2003 memikirkan semula pelaksanaan pelan peralihan kuasa itu, Mukhriz memberitahu, pelbagai pihak telah memberikan pandangan masing-masing kepada beliau.

Oleh itu, katanya, tidak perlu ada tindakan susulan kecuali Abdullah sendiri yang memutuskan untuk berundur segera sebelum 9 Oktober ini.

KITA SEDIA MAKLUM, AHLI POLITIK PICISAN(BACA:TUMPANG TUI) MACAM MUKHRIZ INI CAKAPNYA LAIN, DIHATINYA LAIN. ANAK EMAS TDM INI SEBENARNYA BIMBANG SEKIRANYA PAK DOL TERUS BERKUASA SEHINGGA MESYUARAT BAHAGIAN NANTI, PELUANG BELIAU UNTUK MENDAPAT CUKUP PENCALONAN BAGI JAWATAN KETUA PEMUDA AMATLAH TIPIS SEKALI. KJ@”SIL”, PASTINYA DENGAN PENGARUH(?) BAPAK MERTUANYA ITU AKAN MEMONOPOLI PENCALONAN DAN AKHIRNYA MENANG DENGAN SELESA (BACA:PAKSARELA). BUKAN ANAK JANTAN, TAKUT MATI SEBELUM BERTEMPUR. DENGAN YANG DEMIKIAN, “DADDY’ NYA TIDAK MUNGKIN AKAN MASUK UMNO DAN DILANTIK SEBAGAI PENASIHAT PARTI. MULIA (BACA:AUTA) SUNGGUH MUKHRIZ NI, MACAM SESEORANG YANG PERNAH KU KENAL, TAPI DIMANA YA?

20
Sep
08

KICKdeFELLA!! WELCOME BACK!!

Penulis blog “Kickdefella” dibebaskan petang ini

KUALA LUMPUR: Penulis blog “Kickdefella”, Syed Azidi Syed Aziz yang ditahan reman untuk siasatan kes hasutan, dibebaskan hari ini.

Dia dibebaskan pukul 4.30 petang tadi.

Semalam Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas Syed Azidi sehingga 5 petang ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Syed Azidi, 38, Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan, ditahan di rumahnya di Demit, Kota Bahru mengikut Akta Hasutan pada 17 September. Menerusi blog Kickdefella, beliau dikatakan pernah mencadangkan agar bendera Malaysia dikibarkan terbalik semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

SELAMAT KEMBALI KE ARENA ‘SEPAK-TERAJANG’ SAUDARAKU POK SHEIH (KICKdeFELLA) !! SEMPAT BERBUKA PUASA DI RUMAH LA DEMO HARI INI. DAPAT AMBO BAYANGKAN KEGEMBIRAAN ISTERI DAN ANAK2 POK SHEIH MENYAMBUT KEPULANGAN “MAN OF THE HOUSE”. YOU’RE THE MAN KICK! YOU ARE THE MAN!

20
Sep
08

ANWAR ANCAM EKONOMI DAN SOSIAL UMNO!!

Pertumbuhan ekonomi Malaysia akan kekal pulih dan kekal tinggi

PULAU PINANG: Perkembangan ekonomi dunia terutama krisis kewangan yang berlaku di Amerika Syarikat akan memberi kesan jangka pendek kepada ekonomi negara dan tidak harus dilihat sebagai ancaman terhadap kestabilan ekonomi Malaysia.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata beliau yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia akan pulih dan kekal tinggi pada masa depan.

“Isu-isu berbangkit daripada krisis Amerika Syarikat nampaknya begitu mendalam dan menular menjadi satu krisis yang getir sehingga banyak bankbank termasyhur dan wujud sejak lama akhirnya jatuh dan tidak dapat bangun kembali.

“Walaupun perkara itu dilihat mengurangkan keyakinan pelabur terhadap pasaran antarabangsa namun dengan dana yang kukuh, ekonomi negara mampu berkembang dengan baik dan perkara itu (krisis kewangan) hanya sementara,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama anakanak yatim Wisma Yatim di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

Sebagai sebuah negara yang terlibat dalam industri global, Nor Mohamed berkata memang Malaysia akan menerima tempiasnya tetapi perkara itu hanya bersifat sementara kerana dana yang dimiliki negara begitu kukuh. Nor Mohamed berkata, pelabur mampu menilai kekuatan ekonomi negara secara lebih luas dengan mengambil kira kemampuan negara mempelbagaikan kekayaan sumber ekonominya serta kemudahan infrastruktur yang terdapat di sini.

Selain itu, katanya Malaysia juga mempunyai jaringan hubungan yang amat baik dengan China dan India yang merupakan antara negara membangun yang tidak terjejas dengan keadaan ekonomi dunia pada masa kini.

“Kita masih mempunyai banyak sumber untuk pertumbuhan dan daripada segi jangka panjang, pelabur tahu negara kita mempunyai ekonomi yang kukuh.

“Lagipun eksport dan pelaburan kita semakin banyak di keduadua negara itu yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang kukuh dengan India lapan peratus dan China dengan 10 peratus. Saya yakin ekonomi negara kita juga akan kekal tinggi pada masa akan datang,” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengumumkan penurunan harga minyak ekoran penurunan harga minyak mentah dunia di bawah paras AS$100, katanya: “Kita sudah ada formula berkaitan perkara itu. Kita ikut sajalah.”

Katanya setiap hujung bulan, kerajaan akan mengira purata harga minyak dan sebarang keputusan mengenainya akan dibuat pada setiap akhir bulan. Itu (harga minyak) kita tengok dulu. Kita akan tentukan pada hujung bulan ini. Mungkin sebelum raya (Aidilfitri) kita akan tahu keputusannya,” katanya.

Semalam harga minyak mentah dunia turun pada paras AS$92 setong iaitu di bawah paras AS$100. BERNAMA

BETUL KE? HABIS YANG BOSS KO KATA ANWAR TU MENGANCAM EKONOMI DAN KESELAMATAN SOSIAL SEMALAM TU TIPU AJE LA? KONON NYA FRONT INVESTOR DAN PENGURUS DANA SEMUA TAK BERANI NAK MELABUR DI MALAYSIA DEK PENANGAN ANWAR.. BLA..BLA..BLA.. TIPU LA TU? POODAH CITT.. KE KO YANG TIPU? SAPER TIPU NI? TOLONG!!..TIPAH TERTIPU..LAGI DAN LAGI DAN LAGI… KESIAN TIPAH! ATAU SAJA KO NAK PERSEDAP HATI DAN “JILAT BONTOT” NEW FINANCE MINISTER? SEMALAM EKONOMI KITA TERUK, HARI NI DAH PULIH BALIK DAH.. SEBAB NAJIB? WOIT!.. GEMPAK GAK TUH! SETAHU AKU, STOCK MARKET SEMALAM  “TERJUN TIRUK”! MAKNANYA ANWAR MEMANG TAKDE ANCAM SESIAPA LA KAN? SELAIN PAK LAH NGAN BOSS BARU KO DAN UMNO?.. CAKAP BIAR TERANGGGGGGG!!!

20
Sep
08

CHE DET YANG GILA TALAK.

Dr. M akan sertai Umno pada masa yang tepat

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau hanya akan kembali menyertai Umno pada suatu masa yang tepat.

Bercakap kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini malam ini, Mahathir yang juga bekas presiden parti itu berkata pelbagai pihak telah berusaha meyakinkan dan memujuknya agar kembali kepada Umno.

“Saya sedang memikirkan untuk menyertai semula Umno, tetapi saya akan menentukan sendiri masa yang sesuai.

“Permohonan (untuk menyertai semula Umno) adalah satu perkara, penerimaan mereka juga harus difikirkan. Jadi saya mahu waktu yang tepat (untuk menyertai semula),” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau didatangi oleh banyak pihak yang meyakinkan beliau bahawa beliau boleh membawa kebaikan kepada Umno, parti yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional, jika menyertainya semula.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berpendapat penulis blog Raja Petra Kamarudin dan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok tidak harus ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka tidak melakukan ketegangan.

Beliau berkata adalah tidak benar sekiranya kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.

Beliau mendakwa keadaan sekarang tidak begitu tegang jika dibandingkan pada 1987 yang menyaksikan 106 ahli politik ditahan dalam Operasi Lalang. BERNAMA

BAKAL (SELF-IMPOSE) “PENASIHAT” UMNO NI MEMANG FLIP-FLOPPER NOMBOR WAHID!! KEJAP KUAR, KEJAP NAK MASUK BALIK. GILA TALAK PUN KENA TUNGGU LA LEPAS BINI “BERCINA BUTA”, KAN KE TALAK 3 DULU? BILA UMNO DAH ‘KAWIN’ NGAN NAJIB.. KO MASUK LA BALIK. ITUPUN SEBAGAI “MACAI” JE AKU RASA. SAPER YANG BENGAP NAK LANTIK KO JADI PENASIHAT? MAU LAGI PARAH UMNO. OPSS LUPA NAJIB.. MUNGKIN LA KOT. MASA YANG SESUAI TU AGAK2 LEPAS KE SEBELUM MUKHRIZ BERTANDING KETUA PEMUDA UMNO? KALAU PAKATAN RAKYAT AMBIK ALIH KERAJAAN, MINAT LAGI KE NAK MASUK? ATAU SETAKAT JADI AHLI KELAB UMNO LUAR NEGARA? LAGI SATU.. SENDIRI MAU MASUK, TOKSAH WAT CITER KATA ORANG AJAK. MALU KE NAK MENGAKU CHE DET?

20
Sep
08

SELAMAT TINGGAL C4 KU!!..

Najib sebak, ATM hilang pemimpin dedikasi

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebak ketika diraikan dalam majlis pepisahan sebagai Menteri Pertahanan di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Najib yang berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan selama 14 tahun kini menjadi Menteri Kewangan selepas bertukar portfolio dengan Perdanan Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal ketika ditemui berkata sepanjang Najib menerajui kementerian tersebut beliau telah banyak melakukan perubahan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Dalam jangka masa 14 tahun beliau bukan sahaja menumpukan kepada pembangunan ATM malah berusaha meningkatkan kualiti hidup serta memberi peluang kepada pegawai-pegawai dan anggota lain-lain pangkat untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Mengulas mengenai harapan ATM kepada Menteri Pertahanan yang baru beliau berkata sudah pasti ATM mengharapkan sesuatu yang lebih baik.

“Sudah tentu, lagipun Datuk Seri Abdullah bukan orang baru kepada ATM kerana beliau pernah menjadi Menteri Pertahanan.

“Saya pasti beliu akan membawa ATM ke puncak yang tertinggi,” katanya.

Dalam majlis tersebut kira-kira 2,000 warga Kementerian Pertahanan yang hadir bagi menyaksikan upacara perpisahan tersebut dilihat sebak apabila Najib bersalaman dengan mereka.

Upacara dimulakan dengan dengan Najib menerima tabik hormat sebelum memeriksa Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat Batalion 1, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Najib kemudian menaiki kenderaan istiadat dengan ditarik oleh 20 pegawai berpangkat Leftenan Kolonel dan setaraf daripada ketiga-tiga cabang ATM iaitu darat, laut dan udara.

Sementara itu Panglima Tentera Laut, laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar berkata warga ATM dan Kementerian Pertahanan telah kehilangan seorang pemimpin yang berdedikasi dan komited.

“Hari ini kami kehilangan tokoh pemimpin yang disanjungi, dihormati dan disayangi. Saya masih lagi berasa sedih kerana sukar memperolehi pemimpin seperti beliau,” katanya dengan nada sebak.

Menurut Abdul Aziz Najib adalah seorang pemimpin yang sangat mementingkan aspek kebajikan kakitangan di bawahnya.

“Beliau sanggup korbankan masa untuk bersama-sama anggota tentera. Kami akan rindukan beliau… saya sendiri akan merindunyinya kerana beliau adalah seorang pemimpin yang bijak, cerdas dan mempunyai visi serta berpandangan jauh,” katanya.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Wira Abu Seman Yusop.-mSTAR

KESIAN SUNGGUH AKU NGAN NAJIB!.. SEBAK DIA MENINGGALKAN MINDEF DAN SEGALA PEKUNG DAN SALAH URUS KEMENTERIAN ITU SELEPAS 14 TAHUN DIA “MAKAN-BERAK” KAT SANA. TAK DAPAT LA LAGI DIA MENGAKSES SEGALA C4, C5, CT NURHALIZA SEKALIPUN.  KAPAL2 SELAM, JET2 YANG DIA ORDER PUN BELUM SAMPAI2 LAGI. TAK MERASA LA DIA..NAK RASMIKAN BERSAMA ROSMAH, MAKAN ANGIN KAT RUSSIA. PAK DOL SEPATUTNYA BERILAH DIA MASA SIKIT.. BIAR SEMPAT DIA “PERBETUL”KAN APA2 YANG PATUT. FAIL2 YANG SULIT TU.. TAK SEMPAT NAK DI”LETUP”KAN LAGI! MENITIS AIR HIDUNG AKU MELIHATKAN MUKA ‘POYO’ NAJIB. YANG HERANNYA AWAT ROSMAH SENGIH MEMANJANG SAMPAI KE TELINGA?.. YE TAK YE.. TUKAR KE LUBUK DUIT PULAK. SHOPPING!! SHOPPING!!..BOTOX!!! PLASTIC SURGERY!!..TAHNIAH NAJIB.

20
Sep
08

MANA ADA LOMPAT?!! TARA! TARA!..-MIC+E

Tiada anggota Parlimen MIC sertai Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Ketua Penerangan MIC Datuk M. Saravanan hari ini menafikan laporan media bahawa beberapa anggota Parlimen MIC akan menyertai Pakatan Rakyat.

“Bertukar kem tidak pernah terlintas di fikiran mana-mana anggota Parlimen MIC. Kami tidak akan lompat ke pembangkang. Walau apa pun berlaku kami akan tetap bersama Barisan Nasional (BN) baik pada masa senang atau susah,” katanya.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Perak yang juga anggota jawatankuasa pusat Ahmad Awang dipetik oleh portal berita Malaysiakini, sebagai berkata beberapa anggota Parlimen dari MIC dan MCA akan menyertai Pakatan Rakyat, gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP.

MIC mempunyai tiga anggota Parlimen dan kesemua mereka memegang jawatan dalam kerajaan.

Mereka ialah Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri S.K. Devamany dan Saravanan.

“Jika mereka (pembangkang) terlalu yakin kami akan melompat, kenapa tidak umumkan senarai nama. Lepas itu kita boleh lihat sama ada senarai itu betul atau sebaliknya.

“Mengatakan kami akan meninggalkan BN adalah satu daripada cara pembangkang untuk menimbulkan keraguan di kalangan parti komponen BN,” kata Saravanan. Beliau berkata, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berhenti daripada menetapkan tarikh tertentu selepas gagal merealitikan tarikh yang ditetapkan sebelum ini untuk menumbangkan kerajaan BN.

“Mula-mula dia kata 16 Sept, tapi sekarang ia akan berlaku pada Selasa ini(23 Sept).

“Beliau mahu Parlimen bersidang bagi membolehkan beliau mengemukakan usul undi tidak percaya. Walaupun jika Parlimen bersidang, beliau hanya membahaskan usul tanpa mempunyai jumlah sokongan yang diperlukan.

“Beliau akan mula bercakap mengenai perkara lain untuk kepentingan politiknya sendiri. Saya tidak fikir beliau mempunyai walau seorang pun anggota Parlimen untuk dinamakan.

“Beliau mesti sedar rakyat telah bosan. Beliau sepatutnya mula bekerja untuk menjadi ketua pembangkang yang efektif. Beliau sepatutnya meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan politiknya,” kata Saravanan.

Semalam, Anwar pada sidang akhbarnya mahu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan sidang khas Parlimen bagi membolehkannya menamakan anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat dan meluluskan undi tidak percaya terhadap Abdullah dan kerajaan BN.Abdullah, sebaliknya menolak permintaan itu. BERNAMA

“TAK TUMBUH TAK MELATA.. TAK “BOHONG” ORANG TAK KATA!”.. APARAAA MACHA.. KO TAK NAK “LOMPAT” PUN LANTAK KO LA. PERSONALLY.. AKU LAGI SUKA KALAU TARAK PUAK M.I.C  + E  NI YANG JADI “KATAK”.. BURUK BEBENOR LAK RUPANYA NANTI.. DEY MACHA, KALAU KORANG PANDAI JAGA SAMA INDIA DI MALAYSIA NI, TAKDE LAHIRNYA PUAK HINDRAF YANG TERANIAYA SELAMA 51 TAHUN NI. KO TAK BUAT KERJA, ASYIK DUK AMPU BOS LAMA KO TU. KO PUN AKU TAK KENAL, SIBUK2 LAK KO NAK PERKENALKAN DIRI APAKEHEY NYA YOB? SAMY VELLU MELOMPAT? LAGI LAH KELAKOR.. (GELAK SAMPAI PECAH BIJI MATA).

20
Sep
08

NAJIB NAK BAIK-PULIH IMEJ!!.. errr..imej apa?

Najib harap pembebasan Teresa dapat redakan isu ISA

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berharap pembebasan anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dapat meredakan isu penahanan di bawah akta itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau menyambut baik pembebasan itu jika polis memikirkan ia sesuatu yang wajar dilakukan.

“Itu keputusan pihak polis, jadi kalau pihak polis memikir dia wajar dibebaskan, saya mengalu-alukan tindakan yang dibuat pihak polis, dan harap akan meredakan isu ISA, dan menunjukkan kerajaan amat mementingkan keselamatan negara kita dan keamanan negara kita,” katanya selepas menghadiri majlis penyampian zakat bagi Parlimen Pekan di sini.

Beliau mengulas pembebasan Teresa Kok, yang juga anggota exco kerajaan negeri Selangor itu pada pukul 1.30 tengah hari ini setelah ditahan lapan hari mengikut Seksyen 73 (1) ISA 1960 kerana didakwa mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan berkata polis berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh Kok semasa siasatan dijalankan, dan tiada lagi sebab untuk meneruskan penahanan. BERNAMA

LAWAK APA PULAK NI? NAK SOAL SIASAT AJE? HABIS AWAT KENA TAHAN UNDER “IBLIS SETAN ACT”? TERSALAH TANGKAP KE APA? UNDANG2 LAIN YANG BERLAMBAK TU TAKLEH PAKAI KE? APSAL KICKDAFELLA BOLEH LAK DITAHAN UNDER SEDITION ACT JER? OOOO.. BIAR GEMPAK!! , KASI TAKUT SIKIT SAMA PEMBANGKANG? NASIB KO LA TERESA.. RUPANYA KO NI EKSPERIMEN JE BAGI SYED HAMID “BOTAKROI” TU.BILA NAMPAK SETERU DAH GELABAH, KO LEPASKAN  LA, DENGAN HARAPAN.. REDA ISU I.S.A TU? APAPUN WELCOME BACK! TERESA. NAJIB!!.. TIMO KASIH AJO LA.. BAIK SUNGGUH HATI KO..ERK!! MOGA2 TER”BAIK-PULIH” LA IMEJ KO!




HARI INI

  • 25,611 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • Kolonel Mat 28 November,2009
    Saya menerima banyak email yang bertanya saya sama ada saya tahu dan kenali Kolonel Mat? Biarlah saya mengambil kesempatan ini untuk mengakui bahawa memang saya kenal Kolonel Mat. Saya pernah dibesarkan dan dilatih soal disiplin, integriti dan kepimpinan oleh Kolonel Mat. Bahkan Kolonel Mat pernah melatih saya untuk menembak menggunakan peluru hidup. Kolonel […]
    Sheih
  • Surat Daripada Nik Amalina Nik Abdul Aziz 27 November,2009
    Isteri kepada Abdul Ariffahmi seperti yang tersiar di dalam blog YB Dr. Siti Mariah. Nik Amalina adalah anak perempuan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YAB. Menteri Besar Kelantan. Sila baca. Salam Ukhuwah, Hampir empat hari berlalu…ujian yang cukup mencabar bagi kami…InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Seh […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • The MCA’s Single EGM: Whose resolution to come first? 6 September,2009
    I don’t really care much about the MCA feud between Ong Tee Keat and Chua Soi Lek. However, I’ve been privy to corporate litigation and board tussles. I’ve seen directors and shareholders battle it out in board rooms. Every move is carefully planned and crafted, for a wrong move may spell disaster in favour of [...]
    Oscar the Grouch
  • Wear BLACK on August 31st! 24 August,2009
    ella-mae

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • Selamat Hari Raya Aidil Adha 26 November,2009
    Sloonepixs: Mosque @ Gelugor, Penang. Aidil Adha or Hari Raya Korban is the Festival of Sacrifice for Muslims world wide. It shows the willingness of Ibrahim to sacrifice his son as an act of obedience to God. I wish all my Muslims friends and family Selamat Hari Raya. May Allah bless you in peace and love. Happy [...]
    sloone
  • Give me back my RM100bil ! 26 November,2009
    Someone finally said it. Mahathir Mohammad squandered billions of money while he was Prime Minister. I am sure, without checking its merits, without even reading the book, Mahathir’s Machais (you know who you are), will denounce the soon to be launched ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’ by Barry Wain as a worthless piece of [...] […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

Untitled

high winds on Brighton seafront

I CAN SEE WHY THIS 10 STOP THING COULD BECOME ADDICTIVE

Untitled

Water's Edge

Untitled

Una mattina alla finestra

Tally and Felix

Night- Ghosts of Christmas yet to come!

2x2

More Photos
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project