Archive for September 19th, 2008

19
Sep
08

APA? UNDI TIDAK PERCAYA?.. SIAPA ITU BERANI BERKATA-KATA?!!

PM tolak gesaan Anwar sidang khas Parlimen bincang undi tidak percaya

KUALA LUMPUR: Kira-kira empat jam selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa diadakan sidang khas Parlimen sebelum 23 September ini bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata: “Tidak perlu.”

Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno berkata, sidang tergempar Parlimen tidak perlu diadakan memandangkan Dewan Rakyat akan bersidang tidak lama lagi.

Dewan Rakyat dijadual bersidang 13 Oktober ini.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak nampak sebab perlunya diadakan sidang khas Parlimen kerana Dewan Rakyat akan mula bersidang selepas Aidilfitri.

Kata Abdullah, Anwar boleh membangkitkan apa jua perkara sebaik sahaja Parlimen bersidang kelak.

Pada sidang media pukul 2 petang di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, pihaknya mahu Perdana Menteri memanggil sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan susana politik termasuk dakwaan kepercayaan ke atas Abdullah sudah terhakis.

Kelmarin, Abdullah telah menolak permintaan pertama Ketua Umum Pakatan Rakyat itu untuk membincangkan soal peralihan kuasa dan pembentukan kerajaan baru secara aman.

Anwar menjelaskan beliau tidak memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat kerana berdasarkan peraturan mesyuarat tersebut, ia hanya perlu dimaklum kepada Perdana Menteri yang akan memanjangkan kepada Speaker.

Kata Anwar, seandainya Perdana Menteri menolak permintaan tersebut beliau akan berbincang semula dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk tindakan lanjut.

Pihak pembangkang akan membawa usul yang berbunyi “bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya.”

Ini kerana, menurut beliau, Peraturan Mesyuarat 11(3) yang memerlukan Parlimen untuk bersidang dengan segera kerana keadaan politik yang kritikal dan berlanjutan.

Ditanya mengapa tidak tunggu 13 Oktober ini iaitu tarikh Dewan Rakyat bersidang semula, beliau berkata, ia tidak boleh ditangguhkan kerajaan sebab majoriti di Dewan Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.

“Saya ada cukup jumlah Ahli Parlimen. Ini bermakna kami ada suara majoriti untuk mengadakan undi tidak percaya kepada beliau dan kerajaannya,” kata beliau.

KALAU AKU PUN AKU TAK SETUJU JUMPA, NAK CARI NAHAS? UMPAMA ORANG KATA “MEH SINI KO.. AKU NAK PECAT!” BUKAN SETAKAT TAK NAK JUMPA, LARI TERUS!! .. SEKURANG2 KALAU TUNGGU PARLIMEN BERSIDANG, SEMPAT LAGI BUAT PLANNING BARU.. SAMADA NAK “EXIT” BERSAMA TDM KA, NAK LAWAN NGAN “DEFENCE” KA, NAK HUMBAN DALAM “IBLIS SETAN ACT” KA… BANYAK CARA LAGI. KALAU NAK JUMPA SEBAB NAK “BERHARI-RAYA” LAIN CERITA. APA LA HANGPA NI.. KESIAN KAT DIA.. DIA ANAK YATIM PIATU, AWAT HANG BUAT LAGU TU!


19
Sep
08

SAYA PUNYA PASAI LA..-DSAAB

Sama ada tanding atau tidak biar saya buat keputusan – Abdullah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, sebarang keputusan berkaitan kedudukannya sebagai Presiden Umno dan juga peralihan kuasa akan dibuat oleh beliau sendiri.

Perdana Menteri berkata, sebarang perubahan kepada pelan peralihan kuasa itu akan beliau bincangkan dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebab mesyuarat (bahagian) belum bermula lagi dan apa-apa yang perlu saya laksanakan, dan apa-apa tindakan yang akan saya buat sekali lagi ke, apa ke, itu terserah kepada sayalah.

“Saya akan cakap dengan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib, tak payah ulang-ulanglah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini.

Abdullah ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti kali ini yang dijadualkan pada Disember memandangkan persidangan Umno bahagian akan bermula 9 Oktober ini.

Perdana Menteri turut mengulangi kenyataannya bahawa sebarang perubahan yang mungkin berlaku dalam proses peralihan kuasa akan dibincangkan dengan Najib dan keputusan yang dibuat akan dibawa ke Majlis Tertinggi.

Abdullah juga berkata, isu pelan peralihan kuasa itu tidak dijelaskan semula dalam mesyuarat MT hari ini.

“Saya tidak beri penjelasan semula. Saya hanya kata yang saya sedar, saya sentiasa mendengar, saya sedang memberi perhatian kepada apa yang berlaku mengenai situasi sekarang ini dalam parti.

“Apa-apa juga keputusan yang akan saya buat mengenai perkara ini akan saya bincang dulu dengan Datuk Seri Najib, kemudian keputusan itu akan dibawa untuk makluman Majlis Tertinggi,” katanya.

Semalam Abdullah dilapor berkata, walaupun beliau dan Najib komited dengan pelan peralihan kuasa yang dirancang pada tahun 2010, pengunduran beliau mungkin berlaku lebih awal. BERNAMA

APALAH KORANG NI PUN.. TAKDE KERJA LAIN KE? YANG KORANG PI “KEJUT”KAN ORANG TUA TU DARI “LENA” DIA SEBAB APA? TENGOK..ALIH2 DIA DAH “MELATAH”.. DIBERINYA 2ND BOSS JAGA “FINANCE”, DIA  JAGA “DEFENCE”!! LA NI DIA DAH ADA “PERTAHANAN” DARIPADA GANGGUAN DAN PENGACAU2 YANG NAK KEJUTKAN DIA DARI TIDURNYA YANG ASYIK-MASYUK DIBUAI JIN (BACA:JEANNE). DAH TU GATAI LAGI NAK TANYA DIA NAK PERTAHAN JAWATAN DIA KA TIDAK?! MANGKUK KA APA KORANG NI? “DEFENCE”.. TAK PAHAM LAGI? MAKSUDNYA… “TOBAT AKU AKAN PERTAHANKAN JAWATAN KERAMAT NI DENGAN SEGALA PERTAHANAN YANG ADA”. BLURRR LA KORANG NI (WARTAWAN).

19
Sep
08

4 KAMBING HITAM SAJA?.. YA KE?

Menyokong pembangkang 4 ahli Umno dipecat

KUALA LUMPUR: Empat anggota Umno dipecat setelah didapati menyokong dan menyertai parti pembangkang semasa pilihan raya umum Mac lepas.

Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Jawatankuasa Pengurusan Umno telah mengesahkan mereka yang terlibat itu terdiri daripada seorang anggota bahagian Beluran dan tiga lagi daripada bahagian Beaufort di Sabah.

“Surat akan dihantar kepada anggota berkenaan,” kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat MT Umno itu berkata, keempat-empat mereka itu telah dikenal pasti bertanding menentang anggota Barisan Nasional (BN) di Sabah pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

“Keempat-empat mereka akan dipecat kerana bertanding menentang anggota BN semasa pilihan raya ke-12,” katanya.

Abdullah berkata mesyuarat MT Umno hari ini turut membincangkan persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Pensiangan, Sabah.

Ditanya mengenai calon yang akan diketengahkan pada pilihan raya kecil itu, Abdullah berkata: “Belum lagi. Kita sedang membuat rayuan.”

Pada 8 September lepas, kerusi Parlimen Pensiangan dikosongkan selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan kemenangan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Seri Joseph Kurup pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, batal dan tidak sah.

Ditanya sama ada mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini membincangkan mengenai hasrat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno, Abdullah berkata: “Ia tak dibawa untuk dibincang.”

Tengku Adnan menjelaskan isu kemasukan semula Tun Mahathir Mohamad ke dalam Umno tidak dibincangkan pada mesyuarat itu memandangkan Umno belum lagi menerima borang pemohonan daripada Dr Mahathir.

“Permohonan masih belum diterima, jadi tidak bawa ke MT. Kalau terima kita bawalah,” katanya. BERNAMA

TAKKAN LAH KERANA 4 ORANG ITU SAHAJA UMNO “KALAH” DALAM PRU-12, MAC LEPAS? “PERTUBUHAN” YANG KONONNYA DIANGGOTAI LEBIH 3 JUTA WARGA MALAYSIA AKHIRNYA HANYA JUMPA 4 EKOR KAMBING HITAM? NAMPAKNYA LEBIH BANYAK “CLUE” HARUS DIBERI PADA PARTI YANG “BUTA” INI!!.. MEREKA BELUM SEDAR YANG MEREKA SEBENARNYA TELAH DIKHIANATI OLEH AHLI2 MEREKA YANG JUMLAHNYA JAUH LEBIH DARI ANGKA ITU!

19
Sep
08

AKTA HUBUNGAN KAUM SEJENIS 2008..?

Syed Hamid: Akta hubungan kaum diwujudkan

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menggubal satu akta mengenai hubungan kaum bagi dijadikan panduan kepada rakyat untuk memelihara dan mengukuhkan hubungan kaum, kata MenteriDalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata, pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) akan membincangkan soal penggubalan undang-undang itu setelah ia dipersetujui oleh Kabinet.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini, Syed Hamid berkata bahawa setelah akta berkenaan diluluskan, KEKWA akan memainkan peranan yang penting bersesuaian dengan tnggungjawabnya menjaga hal-hal perpaduan.

“KDN hanya memberi input dalam usaha penguatkuasaan bagi menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara dapat dipelihara,” katanya.

Syed Hamid berkata, antara perkara yang akan diambil kira dalam penggubalan akta itu ialah soal integrasi, sistem pendidikan negara serta ekonomi.

“Sekiranya terdapat apaapa pelanggaran terhadap keharmonian kaum sehingga menjejaskan keadaan, tindakan boleh diambil (melalui akta ini) bagi mengelakkan konflik dan perselisihan kaum,” katanya.

Beliau berkata, rujukan akan dibuat dengan beberapa negara luar seperti United Kingdom yang mempunyai undang-undang sedemikian.

“Kita juga perlu mendapat maklumat balas pelbagai pihak kerana akhirnya yang akan jadi pengamal adalah rakyat. Ini undang-undang untuk rakyat,” katanya.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai pernah mencadangkan akta seperti itu digubal sebagai satu mekanisme untuk mengukuhkan hubungan antara rakyat Malaysia berbilang kaum memandangkan isu-isu perkauman sering berbangkit akhir-akhir ini. BERNAMA

Rupa2nya selama ini Menteri2 kita tak buat kerja.. PERPADUAN KAUM yang menjadi teras kemerdekaan negara dan penubuhan negara Malaysia baru hari ini DISEDARI kepentingannya. Maka bergegaslah mereka mewujudkan AKTA HUBUNGAN KAUM. Samaada aku sahaja yang rasa begini, atau secara tiba2 banyak pula akta baru yang nak digubal selepas PRU-12? Kenapa ya?..Bila pulak nak gubal AKTA HUBUNGAN KAUM SEJENIS?




HARI INI

  • 25,611 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • Kolonel Mat 28 November,2009
    Saya menerima banyak email yang bertanya saya sama ada saya tahu dan kenali Kolonel Mat? Biarlah saya mengambil kesempatan ini untuk mengakui bahawa memang saya kenal Kolonel Mat. Saya pernah dibesarkan dan dilatih soal disiplin, integriti dan kepimpinan oleh Kolonel Mat. Bahkan Kolonel Mat pernah melatih saya untuk menembak menggunakan peluru hidup. Kolonel […]
    Sheih
  • Surat Daripada Nik Amalina Nik Abdul Aziz 27 November,2009
    Isteri kepada Abdul Ariffahmi seperti yang tersiar di dalam blog YB Dr. Siti Mariah. Nik Amalina adalah anak perempuan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YAB. Menteri Besar Kelantan. Sila baca. Salam Ukhuwah, Hampir empat hari berlalu…ujian yang cukup mencabar bagi kami…InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Seh […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • The MCA’s Single EGM: Whose resolution to come first? 6 September,2009
    I don’t really care much about the MCA feud between Ong Tee Keat and Chua Soi Lek. However, I’ve been privy to corporate litigation and board tussles. I’ve seen directors and shareholders battle it out in board rooms. Every move is carefully planned and crafted, for a wrong move may spell disaster in favour of [...]
    Oscar the Grouch
  • Wear BLACK on August 31st! 24 August,2009
    ella-mae

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • Selamat Hari Raya Aidil Adha 26 November,2009
    Sloonepixs: Mosque @ Gelugor, Penang. Aidil Adha or Hari Raya Korban is the Festival of Sacrifice for Muslims world wide. It shows the willingness of Ibrahim to sacrifice his son as an act of obedience to God. I wish all my Muslims friends and family Selamat Hari Raya. May Allah bless you in peace and love. Happy [...]
    sloone
  • Give me back my RM100bil ! 26 November,2009
    Someone finally said it. Mahathir Mohammad squandered billions of money while he was Prime Minister. I am sure, without checking its merits, without even reading the book, Mahathir’s Machais (you know who you are), will denounce the soon to be launched ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’ by Barry Wain as a worthless piece of [...] […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

Untitled

high winds on Brighton seafront

I CAN SEE WHY THIS 10 STOP THING COULD BECOME ADDICTIVE

Untitled

Water's Edge

Untitled

Una mattina alla finestra

Tally and Felix

Night- Ghosts of Christmas yet to come!

2x2

More Photos
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project