Assalamualaikum.
Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim;
Sekiranya Pakatan Rakyat memang sudah mempunyai bilangan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (katak-katak) yang mencukupi untuk melompat, seterusnya membolehkan KERAJAAN BARU ditubuhkan, TOLONG lah disegerakan. Selamatkanlah negara Malayasia tercinta ini dan warganya yang dikasihi. Semakin lama kita tunggu, walaupun sehari, semakin sukar matlamat itu untuk dicapai. Semakin ramai pula rakyat marhaen yang tersiksa dan menjadi mangsa, korban kerakusan dan kebebalan pemerintah “kuku besi” sekarang. Sampai bila kami mampu bertahan?

Khalayak umum menyifatkan kerajaan sekarang sedang menuju kehancuran. Mungkin hanya Pak Lah, kalaupun bukan UMNO secara keseluruhan. Tapi Datuk Seri, jangan lah pulak memandang rendah keupayaan golongan “TYRAN” ini. Mereka sudah pasti dengan segala cara dan kuasa yang ada akan memastikan PERALIHAN ini tidak menjadi realiti. Bilamana ‘anjing-anjing’ ini tersepit, pelbagai reaksi dan tindakan luar batasan pasti dan terbukti mereka gunakan. Terutamanya peranan luar jangka oleh Tun Dr Mahathir( TDM), yang senantisa tidak lekang dari kejutan demi kejutan. Yang di’geruni’ tindakan penyudah beliau selalunya.. PARAH!
Andaikata diibaratkan Datuk Seri sekarang bermain catur dengan Grandmaster, Bobby Fisher, dan Datuk Seri berpeluang untuk “check-mate” beliau dalam 2 langkah sahaja, jadi mengapa perlu ditunggu kesudahan permainan itu lebih lama? Pemain hebat seperti beliau yang licik dan berpengalaman tentunya akan mencari jalan “mematikan” langkah Datuk Seri akhirnya. Sebodoh-bodoh Pak Lah.. bab nak kekal berkuasa, dia cerdik juga. Macam orang gila.. bila ditanya nak kahwin?.. tetap dia mahu juga, bila diberi duit, tak pernah lagi jumpa yang koyakkan ‘kertas’ tu.
Umno dan juga TDM tidak boleh tidak akan cuba berbuat demikian. Saya tidak percaya yang manusia seperti TDM akan hanya duduk di depan komputernya dan cukup sekadar “berblog” sepanjang hari. Datuk Seri lebih kenal erti-budi TDM. Datuk Seri pernah berdepan dengan beliau dizaman Umno Datuk Seri dulu. Serangan Datuk Seri atas kepimpinan dan salahlaku beliau akhirnya dibalas dengan sebegitu licik dan kejam. Ini dapat dilihat pada persidangan Umno 1997, bilamana beliau dengan sengaja dan berniat jahat, mengedarkan satu risalah kononnya berisi ” Senarai nama KRONI” yang rata-ratanya terdiri daripada sahabat dan ahli keluarga Datuk Seri bersama beberapa kerat menteri yang ada pada waktu itu. Tindakan beliau itu tidak dijangka kerana beliau sebelumnya hanya berdiam diri dan ternyata ianya telah memusnahkan terus kredibiliti ancaman dan tuduhan Datuk Seri terhadap TDM. Malah lebih parah.. isu berkenaan akhirnya memakan diri Datuk Seri sendiri sehinggalah ke peristiwa Datuk Seri akhirnya dipecat.
Jadi Datuk Seri, Kalau benarlah bagai dikata, laksanakanlah PERALIHAN KUASA itu pada hari ini. Tanggal bersejarah 16 SEPTEMBER yang sekian lama kami nanti-nantikan. Usahlah bertangguh lagi. Yang menderita.. kami. Simbolik tarikh keramat itu terlalu besar untuk dibiarkan berlalu sebegitu sahaja. Perjuangan sedekad masa, sudah harus diRAIkan kemenangannya pada hari ini! REFORMASI! sudah terlalu matang untuk terus menunggu dalam kesamaran. BERIKAN KAMI HAK YANG TELAH KAMI AMANAHKAN PADA MU DATUK SERI ANWAR IBRAHIM. Harapan dan Impian yang tersemai sekian lama sudah terlalu subur, berbunga, berbuah dan kita telah ranum. Semoga ALLAH merahmati perjuangan kita yang Datuk Seri pelopori 10 tahun dulu. HIDUP REFORMASI!! UNTUK SEBUAH MALAYSIA BARU.
Raktamrittika (16/09′08- 12.15 tgh mlm)
::::::
Jam 11:52 tadi, terima berita daripada rakan bloger yang berada dilokasi perhimpunan di Kelana Jaya. DSAI buat sekian kalinya menegaskan peralihan kuasa akan tetap berlaku. DSAI mendakwa sudah mempunyai bilangan ahli yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru. Cuma yang perlu dilakukan kini adalah bertemu dengan PM untuk menyerahkan senarai MP yang dinyatakan itu. Ini bertujuan untuk memastikan satu transisi peralihan kuasa dalam keadaan aman. Diharapkan juga PM akan mengumumkannya sendiri. Tempoh peralihan mungkin akan mengambil masa beberapa hari lagi, malah mungkin beberapa minggu. Berkemungkinan menunggu tarikh bilamana PARLIMEN kembali bersidang pada 13 Oktober depan. Walau apapun, kita amat berharap ianya satu kenyataan yang benar dan bertanggungjawab daripada DSAI.

DSAI dilaporkan membuat pengumuman berkenaan dihadapan lebih 40,000 yang hadir di perhimpunan Menyambut Hari Malaysia anjuran PKR di Kelana jaya.




Ryozo Askikaga












APA KATA ANDA