Patuhi pelan peralihan: PM
bhnews@bharian.com.my

“Rakyat mahu kita memberi perhatian kepada keperluan mereka iaitu untuk kita mengatasi dan membantu menyelesaikan masalah mereka. Rakyat tak suka kita habiskan masa dengan politik, lepas satu… satu, seolah-olah tiada penyelesaian dan penentuan. ( Tahu pun hang!!.. habih yang hang duk timbulkan lepas satu.. satu masalah tu sebab apa?.. hang ni saja.. lempaq batu sembunyi tangan)
“Ini perkara yang perlu kita fikir bersama, semua orang perlu fikir perkara ini jika kita mahu keadaan tenteram dan membolehkan kita beri perhatian untuk rakyat. Kita perlu berfikir pasal rakyat bukan hanya berkaitan diri dan politik masing-masing,” katanya. ( Toksah berpura2 la pikiaq pasai rakyat! Hang la yang paling KUAT pikir berkaitan diri dan politik hang dan kaum kerabat hang.. ish..ish.. mengata dulang paku serpih la hang ni .Hang cuma pikir pasai diri sendiri dan menantu hang saja. Kalau hang TURUN.. tak jadik Ketua PEMUDA la KJ tu!! TUIH!!..cit…)
Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara seumpama itu hendaklah ditentukan oleh ahli parti melalui proses dalaman iaitu mesyuarat tahunan bahagian. (Dengan erti kata lain… mintak tolong ngan ketua bahagian supaya jangan bersetuju la dengan pelan hang tu Pak Dol ooiiiiii!!)
Rabu lalu, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Singapura berkata, Abdullah perlu memikirkan semula pelan peralihan kuasa kerana tempoh sehingga Jun 2010 disifatkannya sebagai terlalu lama. ( Memang la lama.. itupun kalau jadi.. buatnya sampai 2010.. tunda pulak sampai 2012?..mana tahu.. aku agak2 pun memang hang tadak niat)
Mengulas perkara itu, kelmarin, Abdullah menyatakan rasa terkejut kerana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu membuat kenyataan yang bertentangan dengan apa yang sudah dipersetujui sebelum ini. (La.. apa punya BLURRR.. la hang ni.. dia mana nak setuju, dah la dulu hang pi lantik najib jadi TPM, pas tu la ni hang sekat pulak peluang dia.. mana boleh..)
Pelan peralihan kuasa diputuskan Julai lalu oleh Perdana Menteri dan Timbalannya serta disahkan oleh MT serta Kabinet. (Disahkan la sebab maunya depa tak sah.. ko tentu penanya depa cukup2.. mana depa berani ngan hang..hang BIG BOSS!!)
Abdullah juga menjelaskan pelan peralihan kuasa dirumuskan bagi mententeramkan keadaan negara kerana situasi selepas pilihan raya umum lalu tidak stabil dan meresahkan semua pihak termasuk Umno. ( Aduhhhh Pak DOL.. tak percaya aku dengaq hang kata lagu tu.. maknanya hang mengaku la yang hang GELISAH lagi GELABAH dek penangan TSUNAMI PRU-12 tu?.. Kwang…kwang…kwang…)
Katanya, formula yang dipersetujui itu serta disokong parti dan kerajaan berjaya mententeramkan keadaan. (keadaan hati hang sorang ja Pak Dol kan?.. sebab sekurang2nya hang masih boleh jadi pm 2 tahun lagi..hahahahaha.. jahat sungguh politik hang nooo?)
“Apabila dimaklumkan perkara ini Kabinet pun setuju maka ia membawa kepada keadaan yang mententeramkan… maka saya tidak nampak apakah wajar untuk kita buka balik cerita ini,” katanya sambil menambah tindakan itu hanya akan menimbulkan semula ketidakstabilan politik. (Yang akan menyebabkan hang PANAS PUNGKOQ lagi sekali.. GELABAH lagi la hang Pak DOL!! PADAN MUKA HANG!!)



Ryozo Askikaga












APA KATA ANDA