16 September adalah hari yang ke-259 pada setiap tahun , ( ke-260 dalam tahun lompat) mengikut Gregorian calendar atau kalendar masehi. Ia juga bermaksud terdapat 106 hari lagi sebelum akhir tahun.

Tanggal 16 September 2008 kini adalah tarikh yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Rakyat disegenap lapisan dan pelosok negara tentunya memperkatakan berkenaan tarikh KERAMAT ini. Apa yang AKAN berlaku pada tarikh berkenaan tiada siapa boleh memastikan lagi. Walau banyak ramalan dan harapan yang berbeza-beza dalam menghadapi tarikh ini, kita harapkan yang terbaik.
Tarikh ini signifikan bagi kita sebagai tarikh tertubuhnya MALAYSIA yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak di BORNEO dalam tahun 1963.
Tarikh yang sama, walau berlainan tahun mempunyai sejarah dan signifikasi untuk masyarakat seluruh dunia. Mari kita imbas sejenak apa yang pernah berlaku di dunia pada tarikh istimewa ini.
Peristiwa :
- 1400 – Owain Glyndŵr di isytiharkan sebagai Prince of Wales oleh para pengikutnya.
- 1701 – James Francis Edward Stuart, juga dikenali sebagai “Old Pretender”, menjadi Jacobite claimant untuk takhta kerajaan England dan Scotland.
- 1776 – American Revolutionary War: The Battle of Harlem Heights berlaku.
- 1795 – United Kingdom menawan Cape Town, South Africa.
- 1810 – Dengan Grito de Dolores, Father Miguel Hidalgo memulakan perjuangan menuntut kemerdekaan Mexico daripada Spain
- 1812 – Russians ( rakyat russia) membakar kota Moscow sejurus selepas tengah malam -bandar itu musnah sama-sekali dalam beberapa hari.
- 1863 – Robert College dari Istanbul-Turkey, menjadi Institusi Pendidikan Amerika pertama diluar negara. Ianya dibiayai dan diasaskan oleh Christopher Robert, seorang philanthropist Amerika.
- 1887 – Softball buat pertama kali diperkenalkan dan dimainkan di Chicago, Illinois
- 1893 – Puak berhijrah berlumba-lumba di Oklahoma untuk mendapatkan tanah utama di Cherokee Strip.
- 1901 – Alturas, California, diperbadankan sebagai satu-satunya bandar di Modoc County.
- 1908 – General Motors ditubuhkan.
- 1919 – The American Legion di perbadankan.
- 1920 – The Wall Street bombing:sebiji bom dalam kereta kuda diletupkan dihadapan bangunan J.P.Morganbertempat di New York City – 38 terbunuh manakala 400 cedera dalam kejadian itu.
- 1940 – Sam Rayburn terpilih sebagai Speaker of the United States House of Representatives, beliau diiktiraf sebagai Speaker yang paling efektif di Parlimen dalam sejarah America .
- 1941 – Bimbang akan kemungkinan Reza Pahlavi, Shah atau raja Persia akan membawa negaranya yang kaya dengan hasil minyak bersekutu dengan Germany dalam World War II, kerajaan United Kingdom dan USSR memasuki Iran dan memaksanya bersara dan digantikan dengan anakandanya, Mohammad Reza Pahlavi.
- 1955 – Juan Perón ditumbangkan di Argentina.

- 1966 – The Metropolitan Opera House dibuka di Lincoln Center New York Cityuntuk tayangan perdana Samuel Barber’s opera, Antony and Cleopatra.
- 1970 – King Hussein dari Jordan menisytiharkan undang-undang tentera berikutan rampasan empat buah kapalterbang awam oleh the Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP). Ini kemudiannya mengakibatkan tertubuhnya Black September Palestinian paramilitary unit.
- 1975 – Papua New Guinea beroleh kemerdekaannya daripada penjajahan Australia.
- 1975 – Prototype pertama pesawat penangkis MiG-31diterbangkan buat julung kalinya.
- 1976 – Shavarsh Karapetyan menyelamatkan 20 orang daripada sebuah bas yang terjunam kedalam empangan simpanan air Erevan (reservoir)
- 1978 – Satu gempa bumi melanda kota Tabas, Iran berukuran 7.5-7.9 dalam Richter scale membunuh lebih kurang 25,000 orang.
- 1982 – Sabra and Shatila massacre / Pembunuhan etnik beramai-ramai oleh israeli di Lebanon.
- 1987 – Montreal Protocol ditandatangani untuk melindungi lapisan ozone dari penipisan/depletion.
- 1991 – Perbicaraan orang kuat Panama , Manuel Noriega bermula di Amerika/ United States.
- 1992 – Black Wednesday: Bilamana Pound Sterling dipaksa keluar dari European Exchange Rate Mechanism oleh currency speculators /spekulator matawang dan terpaksa tunduk kepada harga pasaran matawang Deutschmark.
- 2004 – Hurricane Ivan melanda Pensacola, Florida, menjadikannya taufan yang menelan kerugian keempat terbesar pernah melanda United States dalam sejarah.
- 2005 - Ketua Camorra , Paolo Di Lauro ditangkap di Naples.
- 2007 – One-Two-GO Airlines Flight 269 yang membawa 128 anak kapal dan penumpang terhempas di Thailand mengorbankan 89 nyawa.




Ryozo Askikaga












APA KATA ANDA