Melayu ni secara amnya merujuk kepada penutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Merata-rata kat dunia ni sebenarnya bangsa melayu ada. Bangsa Melayu merupakan antara bangsa termuda di antara bangsa-bangsa lain di dunia. Sebab tu kita tak boleh lah bangga sangat yang kita ni ” TERISTIMEWA”.
Dinamakan Melayu atau Malay adalah berasal dari para pedagang Muslim yang juga para Mubaligh yang sebahagian besarnya berasal dari pesisir India barat bahagian utara (Gujarat) hingga kebahagian selatan (Malabar) dalam abad ke 13-15 M. Dimana orang orang Malabar mempunyai Bahasa Malayalam. Bahasa Malayalam hingga sekarang masih dipakai orang Malabar dan sekitarnya yang berada di Negara Bagian Kerala, India Selatan.
Kalau saudara semua ingat, permuafakatan melayu NUSANTARA pernah mengadakan perjumpaan dan dialog dengan umat melayu seluruh dunia pada tahun 2002 /2003 dulu. Kononnya untuk mengembalikan kegemilangan dan persaudaraan sesama melayu. Masa tu Tun Mahathir tak letak jawatan lagi. DSAI masih kat Sg. Buluh. Lepas tu senyap. Itulah melayu, “Hangat-hangat tahi ayam”.
Hal ini dapat dibuktikan dengan begitu banyaknya kosa-kata dalam bahasa Melayu termasuk Indonesia dan Malaysia yang berasal dari India dan Arab yang merupakan bahasa induk dari bahasa orang Muslim Malabar yaitu Malayalam.
Asal Usul Bangsa Melayu?
Dipercayai berasal dari golongan Austronesia di Yunnan. Kelompok pertama dikenal sebagai Melayu Proto. Mereka berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 SM). Keturunannya adalah penduduk Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak, Batak dan Komering di Sumatera. Herannya melayu malaysia sekarang “berlagak” seolah-olah kitalah TUAN PUNYA TANAH. Tapi tak pulak mengaku keturunan orang asli, malu, jatuh ’standard’.
Kumpulan kedua dikenal sebagai Melayu Deutero. Mereka berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 SM. Keturunannya orang Melayu di Malaysia dikatakan lebih pandai dan dan mahir daripada Melayu Proto, khususnya dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercocok tanam. Jumlah mereka lebih banyak daripada Melayu Proto. Mereka menghuni kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Masa itulah kita ‘claim’, tanah melayu ini kita yang empunya! Patut ke?
Kelompok etnik terdekat dengan melayu pula adalah Polynesian dan Micronesian. Populasi Melayu di seluruh dunia sekarang dianggarkan melebihi 300 juta. Ramai jugak kan? Dibandingkan dengan penduduk dunia yang berjumlah 8 billion.
Itu serba ringkas yang dapat diceritakan berkenaan asal usul melayu sekarang. Selebihnyanya, jika anda ada ‘input-input’ baru silalah kongsi.
Dan sejak dari zaman melayu kuno lagi, telah banyak diriwayatkan dan diceriterakan berkenaan sikap dan fe’il orang melayu. Selalunya tentang adat dan adab kesopanan Melayu dan tradisi warisan melayu. Cuma dalam banyak-banyak kelebihan melayu, ada satu yang tak ada pada bangsa lain.. malah dalam kamus mereka tak ada istilah ini… AMUK!!
MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani semua Melayu, Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya, Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya, Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya, Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal, Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali, Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keADILan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!
Allahyarham Sasterawan Negara USMAN AWANG
Itulah intrepitasi seorang sasterawan melayu tentang MELAYU. Hebat ke? Betul ke? Atau cuma “bias” seorang melayu pada bangsa sendiri? Betul ke melayu ni “ASSABIYAH”? Pantang dicabar? Apa kena mengena KERIS dengan orang melayu? Jadi nak tanya lah sikit..



Ryozo Askikaga












APA KATA ANDA