HANTU “BIJAN”

Sejak dari mula-mula Datuk Seri Anwar Ibrahim MENGISYTIHARKAN akan membentuk kerajaan baru pada tanggal 16 September 2008, pelbagai persepsi negatif yang diwar-warkan oleh para pemimpin Barisan Nasional dan aparat-aparatnya. Pelbagai tuduhan dilemparkan kearah Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat itu, “gila-kuasa”, rakus, tidak demokratik, “suka main belakang”, angan-angan Mat Jenin dan yang sinikalnya pula menyifatkan diri sendiri bukan “katak” yang suka melompat!
Namun dalam masa yang sama, ( dalam tak percaya ini) mereka berterusan cuba mendapatkan keyakinan daripada ahli-ahli parlimen BN untuk terus mendokong KERAJAAN. Sampaikan MP mereka di Sabah dan Serawak DIPAKSA menandatangani IKRAR TAAT SETIA dan berjanji untuk tidak “melompat”. Setiap hari ada sahaja, komentar dan ulasan pemimpin BN berkenaan acara atau agenda lompat-melompat ini.
Diantara yang paling lantang dan awal menyatakan keraguan mereka berkenaan hasrat DSAI itu adalah KELAB PENYOKONG KERAJAAN BN (BNBBC). Kelab ini ditubuhkan pada 1990 untuk menjadi jaguh/ ayam sabung KERAJAAN dalam menangani isu-isu semasa. Pengerusi pertamanya Dato’ Seri Shahidan Kassim sememangnya terkenal kerana menerajui Kelab ini dan menggerakkannya selaras dengan nama kelab itu.
Perubahan ketara berlaku apabila kelab ini diterajui oleh Datuk Shahrir Samad pada 2004. Nama BNBBC begitu menyerlah semasa pimpinan Shahrir sehingga ada yang mengganggap ahli parlimen Barisan Nasional bersuara ‘lebih pembangkang dari pembangkang’. Shahrir akhirnya meletak jawatan kerana tekanan daripada ahli-ahlinya sendiri. Semenjak dari itu BNBBC, kembali menjadi jaguh kampung PARLIMEN. Ramai menyifatkannya sebagai KELAB AHLI-AHLI PARLIMEN BARISAN NASIONAL YANG TAK ADA JAWATAN DALAM KERAJAAN. Ini menjadi medan mereka asah bakat, tunjuk hebat dan ampu kerajaan sebelum di tawarkan jawatan yang patut.
Perbalahan BNBCC dengan Menteri di JPM, Datuk Nazri Aziz berkenaan sekatan keatas kebebasan wartawan di PARLIMEN masih segar. Cabar mencabar berlaku, sehinggakan Nazri menyifatkan BNBBC sebagai sebuah KELAB SAMSENG. Manakan tidak, ianya kini diterajui “jaguh-jaguh” dari Sabah, terutama Timbalan Pengerusinya BUNG MOKHTAR RADEN yang sememangnya paling “POYO” dikalangan MP BN yang ada sekarang.
Agak menarik apabila sekarang timbul cerita, BNBBC MENGARAHKAN semua MP untuk ‘retreat’ di AUSTRALIA dari 09 hingga 17 September. Kononnya atas alasan LAWATAN SAMBIL BELAJAR. “RETREAT” boleh juga ditafsirkan sebagai berundur!!. Eloklah kalau mereka “retreat” terus dan jangan balil-balik lagi ke Malaysia. Apa yang sebenarnya mereka TAKUTkan kita semua sedia maklum walau semuanya menidakkan. Cuma yang menghairankan kita…kenapa mereka ini TAK PERCAYA TAPI TAKUT?..macam takutkan HANTU?
Jadi silalah baca apa kata mereka berkenaan DSAI, sebab lepas ni mereka ini tak akan wujud lagi bila PAKATAN RAKYAT memerintah. Kalau ada pun kenalah tukar nama KELAB PENYOKONG PEMBANGKANG BN (BNBABI)..aku agak lah.
Anwar disifatkan sebagai ‘gila kuasa’-BNBBC
Friday, 25 April 2008
Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini seolah-olah dilanda sindrom ‘gila kuasa’ kerana sanggup melakukan pelbagai provokasi bagi tujuan melemahkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Pengerusinya, Datuk Bung Moktar Radin berkata, Anwar sepatutnya sedar dan akur bahawa pakatan pembangkang kalah dan tidak berjaya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum yang lalu.
Menurut beliau, Anwar dengan angkuh menjaja nama ahli-ahli Parlimen BN kononnya akan berpaling tadah menyokong pakatan pembangkang, sedangkan hakikatnya rakyat telah membuat pilihan dan memberi mandat kepada BN untuk memerintah.
‘‘Kita lihat Anwar sekarang seperti ‘orang gila’ kuasa kerana dia buat kenyataan tanpa fakta kononnya Ahli Parlimen BN sertai dia. Ini semua gimik politik dan provokasi.
“Sebetulnya, bila parti dia kalah, dia mahu cuba dengan cara lain untuk memerintah. Beginilah keadaan orang ‘gila kuasa’ sehingga lupa budaya berpolitik, dia akan mencari helah dan apa juga jalan untuk melemahkan kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Anwar semalam bahawa pakatan pembangkang dijangka dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru sebelum sambutan Hari Malaysia iaitu pada 16 September ini.
Anwar antara lain berkata, pakatan pembangkang telah mempunyai sebilangan Ahli Parlimen BN yang akan berpaling tadah tetapi tidak mahu tergesa-gesa membuat pengumuman secara terbuka.
Bung Mokhtar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, Ahli Parlimen BN di negeri ini adalah mereka yang mempunyai maruah, dan sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat, tidak mungkin akan melompat parti dengan begitu mudah. – Utusan



Ryozo Askikaga












APA KATA ANDA