Archive for September 4th, 2008

04
Sep
08

HIPOKRASI UMNO!!

Hipokrasi UMNO!..

Apa saja yang dibuat oleh PAKATAN RAKYAT mereka BANTAH dan PERSOAL.

Sedangkan sebelum inipun MENTERI mereka sendiri yang beria-ia benar mencadangkannya.

Apa yang PAKATAN RAKYAT cuba buat adalah MEREALISASIKAN sesuatu yang mereka berani cadang, tapi tak berani nak buat. Dibawah adalah artikel yang menjelaskan segala-galanya.

Ingati detik keramat 16 September

Utusan Malaysia, 10 September 2007

Hari ini berlangsung sambutan perayaan ‘Malaysia Merdeka’ di Stadium Negeri, Kuching. Program sempena Hari Kemerdekaan Ke-50 itu istimewa bagi rakyat Sarawak yang menyertai Malaysia pada 16 September 1963.

Apa yang lebih penting, perayaan itu membuktikan perayaan kemerdekaan tidak hanya dirai atau dikenang pada setiap tanggal 31 Ogos semata-mata.

Dalam hal ini, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perayaan Malaysia Merdeka di Kuching wajar dilihat dari sudut yang lebih luas.

Menurutnya, kemerdekaan negara membawa pengertian yang lebih luas iaitu mengambil kira kemerdekaan Sarawak dan Sabah menerusi penubuhan Malaysia 44 tahun lalu.

“Perayaan Malaysia Merdeka di Kuching menonjolkan Sarawak dan Sabah dalam gagasan Malaysia.

“Kita juga mahu erti kemerdekaan negara turut dirasakan oleh masyarakat Sarawak walaupun kemerdekaan Tanah Melayu terlebih dahulu dicapai,” katanya baru-baru ini.

Tidak syak lagi program Malaysia Merdeka di Kuching bakal menyemarakkan tarikh penubuhan Malaysia pada 16 September.

Detik keramat bagi Sarawak dan Sabah itu perlu dikenang kerana tarikh 16 September kurang disedari oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.

Ini kerana tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 lebih diingati. Tambahan pula di Sarawak tiada program sambutan secara besar-besaran yang dianjurkan di seluruh negara pada tarikh 16 September.

Ini menyebabkan hari bersejarah bagi Sarawak berlalu tanpa perbezaan dengan hari-hari biasa.

Senario ini jelas membuktikan betapa tarikh bersejarah 16 September 1963 tidak diendahkan lagi.

Tarikh terbentuknya Malaysia perlu lebih dihayati, dikenang dan dihargai bukan sahaja oleh rakyat Sarawak tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Pentingnya 16 September dikenang menyebabkan wujud cadangan supaya tarikh itu dijadikan hari cuti umum bagi Sarawak, Labuan dan Sabah untuk mengenang hari penubuhan Malaysia.

Tarikh itu wajar dikenang sebagai detik bersejarah kepada Malaysia kerana ia merupakan hari lahirnya sebuah negara baru di rantau ini.

Begitu pun sehingga kini ia belum menjadi kenyataan kerana tiada pihak yang secara rasmi membawa cadangan itu ke Kabinet.

Mengibas kembali kemerdekaan Sarawak atau ‘Bumi Kenyalang’ juga terkenal dengan sejarah perjuangan menentang penjajah.

Perjuangan para pahlawan di Sarawak yang menentang penjajah British dan kerajaan Brooke seperti Linggir, Rentap, Syarif Masahor, Datu Patinggi Abdul Gapur dan Banting masih dikenang sehingga hari ini.

Pada tahun 2006 juga Menteri UMNO ini menyatakan perkara yang sama semasa sambutan kemerdekaan ke-49 di Stadium Likas. Malah kononnya perkara cuti umum pada tanggal 16 September ini akan beliau kemukakan di Parlimen dan Kabinet. Kononnya juga beliau amat yakin ianya akan dipertimbangkan dan mendapat kelulusan jemaah menteri pada waktu itu..tapi macam biasa…HAMPEH!!!

Sekarang sepatutnya mereka berbangga kerana akhirnya impian rakyat Malaysia di Sabah dan Serawak akhirnya dilaksanakan oleh PAKATAN RAKYAT yang lebih BERANI dan BERTANGGUNGJAWAB. Walaupun hanya untuk 5 buah negeri dibawah ‘PAYUNG’ Pakatan Rakyat sahaja. Ini sekurang-kurangnya menunjukkan yang kita lebih menghormati rakan-rakan di Borneo itu berbanding UMNO/BN yang hanya pandai MENIPU…dan BERHIPOKRASI!!!!!!




HARI INI

  • 25,611 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

September 2008
S M T W T F S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • Kolonel Mat 28 November,2009
    Saya menerima banyak email yang bertanya saya sama ada saya tahu dan kenali Kolonel Mat? Biarlah saya mengambil kesempatan ini untuk mengakui bahawa memang saya kenal Kolonel Mat. Saya pernah dibesarkan dan dilatih soal disiplin, integriti dan kepimpinan oleh Kolonel Mat. Bahkan Kolonel Mat pernah melatih saya untuk menembak menggunakan peluru hidup. Kolonel […]
    Sheih
  • Surat Daripada Nik Amalina Nik Abdul Aziz 27 November,2009
    Isteri kepada Abdul Ariffahmi seperti yang tersiar di dalam blog YB Dr. Siti Mariah. Nik Amalina adalah anak perempuan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YAB. Menteri Besar Kelantan. Sila baca. Salam Ukhuwah, Hampir empat hari berlalu…ujian yang cukup mencabar bagi kami…InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Seh […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • The MCA’s Single EGM: Whose resolution to come first? 6 September,2009
    I don’t really care much about the MCA feud between Ong Tee Keat and Chua Soi Lek. However, I’ve been privy to corporate litigation and board tussles. I’ve seen directors and shareholders battle it out in board rooms. Every move is carefully planned and crafted, for a wrong move may spell disaster in favour of [...]
    Oscar the Grouch
  • Wear BLACK on August 31st! 24 August,2009
    ella-mae

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • Selamat Hari Raya Aidil Adha 26 November,2009
    Sloonepixs: Mosque @ Gelugor, Penang. Aidil Adha or Hari Raya Korban is the Festival of Sacrifice for Muslims world wide. It shows the willingness of Ibrahim to sacrifice his son as an act of obedience to God. I wish all my Muslims friends and family Selamat Hari Raya. May Allah bless you in peace and love. Happy [...]
    sloone
  • Give me back my RM100bil ! 26 November,2009
    Someone finally said it. Mahathir Mohammad squandered billions of money while he was Prime Minister. I am sure, without checking its merits, without even reading the book, Mahathir’s Machais (you know who you are), will denounce the soon to be launched ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’ by Barry Wain as a worthless piece of [...] […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

Untitled

high winds on Brighton seafront

I CAN SEE WHY THIS 10 STOP THING COULD BECOME ADDICTIVE

Untitled

Water's Edge

Untitled

Una mattina alla finestra

Tally and Felix

Night- Ghosts of Christmas yet to come!

2x2

More Photos
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project