19
Aug
08

Islam & Al Quran

Ore Kelate Aug 19th, 2008 at 10:01 am

SALAM.

Kawe sudah agak lama tidak berkesempatan mengomel dalam laman ini. Agak ‘ralit’/ leka mengikuti perjalanan kempen pilihanraya KECIL? Permatang Pauh.

Disini kawe nak kongsi sedikit dengan rakan2 tentang ISLAM dan AL QURAN.

RENUNGKAN, perhalusi, fikir dengan akal, berguru dengan yang berilmu bukan dengan buku tanpa GURU (menghampiri SYAITAN):

Firman Allah: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang tulus, dan dia bukanlah daripada orang-orang yang musyrik.
Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku adalah orang yang awal bersegera menyerah diri kepada Allah.

Katakanlah: Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh seseorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain; kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.(Surah al-Am’am: 161-164).

ISLAM BUKAN PADA NAMA DAN JENAMA NYA SAHAJA,BUKAN PADA KULIT DAN RUPA DAN PENGAKUAN LIDAH SEMATA-MATA.

Apabila al-Quran dijadikan ALAT bukan MATLAMAT, maka kita dapati seseorang yang sepanjang hidupnya tidak pernah memperdulikan ajaran kitab agung itu, tiba-tiba apabila meninggal diupah orang untuk dibaca al-Quran di tepi mayatnya.

Adakah al-Quran memberikan manfaatkan kepadanya, padahal selama ini dia langsung tidak pernah menghiraukan ajaran dan titah Allah didalamnya?

Apakah jika mayatnya mendengar alunan al-Quran yang menyuruh dia bersolat, berpuasa, berzakat, menunaikan haji, amanah, adil, juga larangan berjudi, riba, arak, rasuah, khianat dan sebagainya, dia dapat bangun dari kematian yang telah datang kepadanya untuk melaksanakan semua arahan dan titah perintah itu?

Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w menyebut: “Al-Quran itu boleh menjadi hujah untuk membela kamu, atau untuk menentang kamu” (Riwayat Muslim).

Namun, oleh kerana ada pihak yang membuat bisnes dengan ‘melelong’agama, bersumpah fitnah dan seumpamanya, maka al-Quran menjadi alat untuk mengaut keuntungan, bukan pegangan kehidupan.

Lalu pahala pun boleh diniaga dan akhirat pun boleh dibeli. Justeru itu Nabi s.a.w. pernah memberi ingatan: “Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Allah menyebut tentang sikap manusia dalam al-Quran, firmanNya: (maksudnya) Dia lah Yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadanya semata-mata (sambil merayu dengan berkata):

“Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, Kami menjadi orang-orang yang bersyukur.

Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia!

Sesungguhnya perbuatan derhaka kamu itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia ; kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa Yang kamu telah lakukan. (Surah Yunus ayat 22-23)

Disini marilah kita BERIKTIBAR….

BANYAK YANG KITA LUPA DAN TIDAK TAHU..
BANYAK YANG KITA TAK TAHU DAN BUAT2 TAHU..
BANYAK YANG KITA BUAT2 TAHU AKHIRNYA KITA LUPA..

KERANA KITA MANUSIA.

*Kawe berpesan kepada kebenaran..terutama untuk diri kawe sendiri..
WASSALAM.


0 Responses to “Islam & Al Quran”



  1. No Comments Yet

Leave a Reply




HARI INI

  • 25,600 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

August 2008
S M T W T F S
    Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • Kolonel Mat 28 November,2009
    Saya menerima banyak email yang bertanya saya sama ada saya tahu dan kenali Kolonel Mat? Biarlah saya mengambil kesempatan ini untuk mengakui bahawa memang saya kenal Kolonel Mat. Saya pernah dibesarkan dan dilatih soal disiplin, integriti dan kepimpinan oleh Kolonel Mat. Bahkan Kolonel Mat pernah melatih saya untuk menembak menggunakan peluru hidup. Kolonel […]
    Sheih
  • Surat Daripada Nik Amalina Nik Abdul Aziz 27 November,2009
    Isteri kepada Abdul Ariffahmi seperti yang tersiar di dalam blog YB Dr. Siti Mariah. Nik Amalina adalah anak perempuan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YAB. Menteri Besar Kelantan. Sila baca. Salam Ukhuwah, Hampir empat hari berlalu…ujian yang cukup mencabar bagi kami…InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Seh […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • The MCA’s Single EGM: Whose resolution to come first? 6 September,2009
    I don’t really care much about the MCA feud between Ong Tee Keat and Chua Soi Lek. However, I’ve been privy to corporate litigation and board tussles. I’ve seen directors and shareholders battle it out in board rooms. Every move is carefully planned and crafted, for a wrong move may spell disaster in favour of [...]
    Oscar the Grouch
  • Wear BLACK on August 31st! 24 August,2009
    ella-mae

RSS PENYU KALER PINK

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • Selamat Hari Raya Aidil Adha 26 November,2009
    Sloonepixs: Mosque @ Gelugor, Penang. Aidil Adha or Hari Raya Korban is the Festival of Sacrifice for Muslims world wide. It shows the willingness of Ibrahim to sacrifice his son as an act of obedience to God. I wish all my Muslims friends and family Selamat Hari Raya. May Allah bless you in peace and love. Happy [...]
    sloone
  • Give me back my RM100bil ! 26 November,2009
    Someone finally said it. Mahathir Mohammad squandered billions of money while he was Prime Minister. I am sure, without checking its merits, without even reading the book, Mahathir’s Machais (you know who you are), will denounce the soon to be launched ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’ by Barry Wain as a worthless piece of [...] […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

Archana7

Detonate

Almost

Night - The Ice Maiden!

Thank You, all of you !

~Lovely Cuppa~

The Agora and the new Calatrava's bridge: Blue and Magenta series

skip's

Hat tip to friday

baby it's cold outside

More Photos
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project