Archive for August, 2008

31
Aug
08

RAMADHAN YANG KURINDUI…

” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa.”
Surah Al Baqarah, ayat 183


Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…….”

Khutbah Rasulullah SAW sempena menyambut ketibaan Ramadhan

Wahai manusia!

Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah

dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah.

Bulan yang paling mulia disisi Allah.

Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.

Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama.

Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu ALLAH dan
dimuliakan oleh-Nya.

Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,

tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah.

Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci
agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.


Celakalah orang yang tidak mendapat keampunan Allah di bulan yang
agung ini.

Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan
di hari kiamat.

Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.

Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda,

sambungkanlah tali persaudaraanmu,

jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya

dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.


Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.

Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdo’a pada waktu shalatmu

karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla

memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih;

Dia menjawab mereka, ketika mereka menyeru-Nya,

menyambut mereka,ketika mereka memanggil-Nya

dan mengabulkan doa mereka, ketika mereka
berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu,

maka bebaskanlah dengan istighfar.

Punggung-punggungmu berat kerana beban (dosa) mu,

maka ringankanlah dengan memanjangkan sujudmu.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: “Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti.”

SEMPENA BULAN ALLAH, RAMADHAN YANG KURINDUI INI, AKU MENITIP KEAMPUNAN MU YA-RABB, AKU MOHON KEMAAFAN MU YA-RABB, AKU MINTA RAHMAN DAN RAHMAT MU YA-RABB. SEMOGA KAU LINDUNGI AKU, KELUARGAKU, SAHABAT-SAHABAT KU, SAUDARA SEAGAMA KU YA ALLAH DARI KEKOTORAN NAFSU DAN QALBU KAMI. BERILAH KAMI KEKUATAN DAN RESTUILAH KAMI UNTUK MAMPU MENGERJAKAN IBADAH PUASA INI SEBAGAIMANA YANG ENGKAU PERINTAHKAN YA-ALLAH. AMIN..YA RABBALALAMIN.

30
Aug
08

INTIPATI BAJET 2009

INTIPATI BAJET 2009

KONON-KONONNYA BEGINILAH WANG RAKYAT AKAN DIBELANJAKAN UNTUK TAHUN 2009. SAMAADA BELANJAWAN PERIHATIN ATAU TIDAK, YANG PASTI..TIDAK SEMUA YANG TERTULIS DI BAWAH INI AKHIRNYA DILAKSANAKAN. MALAH BUKAN SEMUANYA UNTUK RAKYAT, ADA YANG SPESIFIK UNTUK KRONI DAN ORANG TERTENTU SAHAJA..SAUDARA FIKIR YANG MANA?

Secara umum:

* EKONOMI MALAYSIA BERKEMBANG 6.3 PERATUS PADA SUKU KEDUA 2008

* EKONOMI MALAYSIA DIJANGKA TUMBUH 5.7 PERATUS PADA 2008

Cukai pendapatan:

* KIRA-KIRA 100,000 PEMBAYAR CUKAI DALAM GOLONGAN PENDAPATAN SEDERHANA TIDAK LAGI DIKENAKAN CUKAI SETELAH REBAT CUKAI RM35,000 DAN KE BAWAH AKAN DINAIKKAN KEPADA RM400 DARIPADA RM350

* PENGECUALIAN CUKAI UNTUK SEMUA PENDAPATAN FAEDAH BAGI INDIVIDU

* PENGURANGAN DUTI IMPORT BAGI BARANGAN PENGGUNA (CONTOH: MESIN PENGISAR, PERIUK NASI, KETUHAR GELOMBANG MIKRO DAN CEREK ELEKTRIK) KEPADA ANTARA 5 PERATUS DAN 30 PERATUS DARIPADA 10 PERATUS DAN 60 PERATUS

* PENGECUALIAN DUTI IMPORT KE ATAS BEBERAPA BARANGAN MAKANAN TERMASUK MIHUN, BISKUT, JUS BUAH-BUAHAN DAN JAGUNG MANIS DALAM TIN

* KADAR CUKAI JALAN KENDERAAN PENUMPANG PERSENDIRIAN BERENJIN DIESEL MILIK INDIVIDU DAN SYARIKAT SAMA DENGAN KADAR CUKAI JALAN KENDERAAN ENJIN PETROL BERKUAT KUASA 1 SEPTEMBE 2008

* PENGECUALIAN CUKAI DIBERIKAN KE ATAS MANFAAT YANG DINIKMATI PEKERJA SEPERTI BANTUAN KADAR FAEDAH BAGI PINJAMAN PERUMAHAN, KENDERAAN BERMOTOR DAN PENDIDIKAN

* TELEFON MUDAH ALIH SERTA BIL TELEKOMUNIKASI DAN LANGGANAN INTERNET YANG DIBAYAR OLEH MAJIKAN DIKECUALIKAN CUKAI

* PEMILIKAN RUMAH DI KALANGAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM DITINGKATKAN DENGAN LANJUTAN TEMPOH PINJAMAN PERUMAHAN DARIPADA 25 TAHUN KEPADA 30 TAHUN

* MEMBUKA PANEL INSURANS PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN KEPADA SEMUA SYARIKAT INSURANS YANG LAYAK DARIPADA HANYA LIMA SYARIKAT INSURANS SEKARANG INI

* DUTI EKSAIS ROKOK NAIK TIGA SEN KEPADA 18 SEN SEBATANG. CUKAI UNTUK SEKOTAK ROKOK 20 BATANG MENINGKAT SEBANYAK 60 SEN

* PETANI DAPAT FAEDAH DARIPADA CADANGAN PEMANSUHAN DUTI IMPORT KE ATAS BAJA DAN RACUN PEROSAK

* PEMILIKAN RUMAH DI KALANGAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM DITINGKATKAN DENGAN LANJUTAN TEMPOH PINJAMAN PERUMAHAN DARIPADA 25 TAHUN KEPADA 30 TAHUN

* MEMBUKA PANEL INSURANS PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN KEPADA SEMUA SYARIKAT INSURANS YANG LAYAK DARIPADA HANYA LIMA SYARIKAT INSURANS SEKARANG INI

* DUTI EKSAIS ROKOK NAIK TIGA SEN KEPADA 18 SEN SEBATANG. CUKAI UNTUK SEKOTAK ROKOK 20 BATANG MENINGKAT SEBANYAK 60 SEN

* KADAR CUKAI INDIVIDU MAKSIMUM DITURUNKAN KEPADA 27 PERATUS DARIPADA 28 PERATUS MULAI TAHUN TAKSIRAN 2009

* KUMPULAN BERPENDAPATAN SEDERHANA DAPAT MANFAAT DARIPADA PENGURANGAN KADAR CUKAI MARGINAL KEPADA 12 PERATUS DARIPADA 13 PERATUS

* ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN UNTUK PEMBELIAN PERALATAN ICT DITUNTUT SEPENUHNYA DALAM TEMPOH SETAHUN BERBANDING DUA TAHUN SEBELUM INI

* PEMANSUHAN LARANGAN IMPORT KE ATAS KREN DI PELABUHAN MANAKALA KADAR DUTI IMPORT DIKURANGKAN DARIPADA 20 PERATUS KEPADA LIMA PERATUS


Kesejahteraan rakyat:

* Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.

* Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.

* Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

* Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk Semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

* Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurangkurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

* Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

* Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuat kuasa mulai 1 September 2008.

* Kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada 2007.

* Kerajaan telah menyediakan RM50 juta di bawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaik pulih 1,000 buat rumah.

* Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

* Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu membayar bil elektrik berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Bermacam-macam janji telah dibuat dalam bajet-bajet yang lepas juga..

Kesudahannya tidak kelihatan ENTAH KEMANA .. peruntukan dalam bajet yang berbillion2 … seolah2 lenyap ditelan angin. DIMAKAN HANTU DAN JEMBALANG !!

Apakah bajet 2009 inipun akan berakhir begitu juga??

29
Aug
08

Terjemahan Snipet TUN!!

Tun Dr. Mahathir, mantan perdana menteri Malaysia ke-4..adalah antara blogger paling terkemuka di malaysia masakini. Laman blognya menitipkan bicara-bicara dan buah pemikirannya yang tidak lagi ingin digunakan oleh kerajaan yang memerintah.

Mungkin kerana sudah cukup lama masa 22 tahun buah fikirannya sahaja yang digunapakai dan menolak semua idea dan pendapat orang lain. Maka bertindak atas sikap yang sama, kerajaan sekarang juga tidak melayan lagi TDM.

Cuma yang menarik kali ini adalah apabila TDM mempertahankan kebebasan bersuara dalam internet dan menyelar kerajaan yang cuba membataskan dan menyekat kebebasan yang selama ini dikecapi oleh bloggers dan website di malaysia.

Apa yang pasti,TDM bukannya berjuang untuk semua tetapi hanya untuk kepentingan dirinya sahaja, kerana TDM tidak akan bersuara apabila sesuatu perkara itu tidak bersangkutan dengan dirinya mahupun kroni dan keluarganya.

Sila baca SNIPET nya dibawah yang telah saya terjemahkan sebaik mungkin, dan anda tentu faham apa maksud saya.

CHE DET :

Blocking Blogs

1. When a Government makes a promise to the country and then reneges on its promise, then not only will the Government lose credibility but also any respect that the public may have for it.

** Apabila kerajaan berjanji kepada seluruh negara dan kemudiannya ingkar janji, bukan sahaja kerajaan telah kehilangan kredibilitinya tetapi juga rasa hormat rakyat terhadap mereka.

2. I do not often agree with Malaysia-Today.net and Raja Petra Kamaruddin. He had been sometimes quite irresponsible. But court action had already been taken against him. He is not above the law and if he is found guilty there are already adequate punishment that can be passed against.

** Saya tidak selalunya bersetuju dengan Malaysia-Today.net dan Raja Petra Kamaruddin. Dia kadang2 tidak bertanggungjawab. Tetapi tindakan mahkamah telah diambil keatasnya. Beliau tidak mengatasi undang2 dan sekiranya didapati bersalah, peruntukan hukuman yang berpatutan boleh dikenakan terhadapnya.

3. But to break a promise and to openly show that you can meddle with the security of the internet is to expose a degree of oppressive arrogance worthy of a totalitarian state.

** Namun untuk kerajaan mengingkari janji dan secara terbuka menunjukkan yang mereka boleh campurtangan dalam”keselamatan” internet, hanya mendedahkan tahap kesombongan menekan yang selayaknya digunakan kerajaan “KUKU BESI”.

4. I had once before written to a Government Minister that Malaysia has become a police state because the Government instructed the police to call up people who invited me to give talks and coerce them into withdrawing their invitation. The police is not supposed to do that. When the Government makes use of the police for extralegal work then the Government is guilty of abuse of power.

** Saya pernah menulis kepada menteri kerajaan yang Malaysia sudah menjadi “negara polis” kerana kerajaan telah mengarahkan pihak polis memanggil sesiapa sahaja yang menjemput saya untuk berucap dan mendesak mereka menarik-balik jemputan berkenaan. Polis tidak sepatutnya bertindak demikian. Apabila kerajaan mempergunakan polis untuk bertindak bagi kepentingan mereka, bermakna kerajaan bersalah menyalahgunakan kuasa.

5. The Minister simply replied that I had retired and it was better for me to literally shut up.

** Menteri berkenaan secara ringkasnya menjawab, yang saya sudah bersara dan adalah lebih baik saya diam dari bercakap.

6. Now this blockage of the blog is another evidence that this has become an authoritarian state, elections notwithstanding.

** Sekarang “SEKATAN” terhadap blog adalah satu lagi bukti bahawasanya negara telah menjadi negara pemerintahan “kuku besi”, pilihanraya tidak lagi diterimapakai.

7. Where are we heading? The censorship of news in the mainstream media is known to the public. Certainly I know of the blackout on me and the spins on any news about me. Now this.

** Kemana hala tuju kita? “Penapisan” berita dalam ARUS MEDIA PERDANA ( MSM) telah diketahui umum. Sudah tentulah saya tahu dengan segala sekatan keatas saya dan putar-belit berita berkenaan ucapan saya. Sekarang ini pula..

8. I know that things have been engineered to ensure Khairy Jamaluddin will win as UMNO Youth leader and Dato Seri Abdullah Badawi as President. Democracy in UMNO is dead. And when democracy dies in UMNO, the party itself will die.

** Saya tahu yang inisemua direkayasa untuk memastikan kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO dan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden. Amalan demokrasi dalam UMNO sudah MATI. Dan apabila demokrasi dalam UMNO telah mati, parti itu sendiri sebenarnya akan mati.

9. I would like to say this to the Prime Minister and his minions. You may have the power now. But as in five States, you may lose power some day. And this will certainly happen because of your obsession to block all contrary opinion from being heard. It will blind you to the reality of the situation so that you will continue to do wrong things and the people will reject you totally.

** Kepada Perdana Menteri dan Menteri2nya, ingin saya katakan. Kamu mungkin punya kuasa sekarang. Tetapi sepertimana di 5 buah negeri sebelum ini, Kamu mungkin akan kehilangan kusa satu hari nanti. Dan ini adalah suatu kepastian kerana KEASYIKAN kamu untuk menyekat semua pandangan yang berbeza dari didengari. Ianya pasti akan membutakan kamu dari hakikat situasi yang sebenar dan menyebabkan kamu terus melakukan langkah yang salah dan akhirnya Rakyat akan menolak kamu sepenuhnya.

Sekarang dah faham? Boleh komen sikit?? Saja nak tahu apa yang anda faham.

KATAKAN TIDAK PADA SEKATAN INI !.. FREE SPEECH ONLINE !!.. NO TO INTERNET CENSORSHIP !!

29
Aug
08

Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008.

Ahli Parlimen ( MP ) Permatang Pauh, YB. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI), yang baru sahaja mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memulakan tugasnya sebagai MP tanpa membuang masa.

Beliau yang turut terpilih secara sebulat suara di kalangan MP Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk menjadi Ketua Pembangkang mempersoalkan kredibiliti kerajaan BN yang telah membentangkan Rang Undang-undang (RUU) DNA secara tergesa-gesa tanpa mendapat nasihat dari pihak pakar yang berkaitan dengan rang undang-undang tersebut.

“Apa yang dipersoalkan ialah kredibiliti kerajaan BN yang membentangkan Rang Undang-undang Identifikasi DNA untuk kali kedua tanpa konsultasi pakar-pakar berkenaan subjek ini,” katanya.

“Semua orang kecuali ahli BN yang mempersoalkan Rang Undang-undang ini.” kata beliau lagi, sinis..

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian sebagai respon kepada soalan yang dibangkitkan oleh Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak).

MP BN itu mempersoalkan cadangan Bar Council ( Majlis Peguam) yang baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan membantah pembentangan rang undang-undang tersebut.

DSAI juga secara sinikal, sekali lagi mempersoalkan, ” mana yang lebih tidak berkredibiliti? Majlis Peguam, atau kerajaan yang korup..”.

Di Dewan Rakyat semalam, Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar pula mempersoalkan, apa perlu diambil DNA dari tahanan ISA yang tidak dibicarakan. ISA menghalalkan penahanan tanpa bicara. Apa perlunya diambil DNA jika tidak ada perbicaraan? Lainlah kalau ada perbicaraan dan DNA perlu dikemukakan kepada mahkamah sebagai barang bukti.

Mahfuz juga menyatakan Rang Undang-Undang itu menjadikan rakyat Malaysia seperti tikus makmal.Diantara kecacatan dan ‘manipulasi’ yang dipersoalkan oleh Pakatan adalah:

Fasal 13 (7): Seseorang pegawai polis boleh menggunakan segala cara yang perlu bagi maksud mengambil atau membantu dalam pengambilan suatu sampel bukan intim daripada seseorang.

Fasal 24: Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa maklumat daripada Bank Data DNA hendaklah diterima sebagai suatu bukti muktamad bagi identifikasi DNA dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah.

Fasal 25: Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap -

(a) Menteri;

(b) Ketua Bank Data DNA;

(c) Timbalan Ketua Bank Data DNA;

(d) pegawai Bank Data DNA;

(e) seseorang pegawai perubatan kerajaan; atau

(f) seseorang ahli kimia,

berkenaan apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan olehnya dengan suci hati dalam menjalankan kuasa, fungsi dan tanggungjawabnya di bawah Akta ini atas sifat yang sedemikian.

Sehubungan itu, semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan sebagai membantah keengganan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan untuk mengkaji “kecacatan” dalam rang undang-undang DNA.

Mereka yang diketuai oleh ketua pembangkang yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluar dewan selepas bertegang leher dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, selama 30 minit.

Menteri berkenaan berkeras bahawa jawatankuasa pilihan itu tidak perlu ditubuhkan untuk mengkaji rang undang-undang tersebut, yang didakwa oleh ahli parlimen pembangkang mengandungi kecacatan dan bermotifkan politik.

Bacaan kali ketiga rang undang-undang tersebut, yang akan membolehkannya menjadi undang-undang, akan hanya dibaca Disember depan apabila dewan bersidang semula selepas bulan puasa Ramadhan serta untuk membahaskan bajet 2009.

28
Aug
08

malaysia…

AKU CINTA KAMU, I LOVE YOU, WO AI NI, CHANG RAKK TERRK.

SELAMAT MENYAMBUT HARI

KEMERDEKAAN KE-51

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

28
Aug
08

Kisah Samy dengan puteri.

Samy Vellu menghadiri satu jemputan untuk merasmikan sebuah“TANDAS AWAM”. Majlis rasmi ini berlangsung di Perak, anjuran Puteri Umno.

Selepas perasmian, hidangan makan tengahari telah di sediakan, mengetahui yang Samy Vellu suka makan kari, maka juadah “Kari daging masak PUTERI” menjadi menu utama.

Melihatkan kari yang tersaji punya lah pekat dan aromanya yang menusuk jiwa, makan pula dengan nasi lembik panas-panas beserta dengan papodom dan sambal kelapa sekali..Samy Vellu apalagi pulun sampai 3 pinggan. Terkejut hadirin yang makan semeja dengan beliau termasuklah ketua puteri. Terbeliak biji mata melihat betapa “buruk lantak”nya Presiden MIC.

Pastu..dah masuk suapan terakhir. Dengan peluh meleleh didahi, tiba-tiba sahaja dia bertanyakan ketua puteri tersebut,”Ini kari kambing sapa masak? Banyak sedap..lama saya tara makan kari ini macam punya ‘KICK‘!!”, sambil mengesat peluhnya dengan lengan baju.

Maka terkejutlah Ketua puteri berkenaan, “Ayoyo machaa…Datuk Seri…I’m sooo..sooo..sorry, Itu bukan kari kambing….itu lembu jugak!!” jelas ketua puteri dengan muka pucat lesi.

“Haah!!!???… Apa you sudah buat??!!” tengking Samy. “Saya tara boleh makan sama itu lembu!!”, bentak Samy lagi sambil membeliakkan matanya kearah ketua puteri.

“Habis, macammana ni Datuk Seri??… I’m soo sorry, saya lupa.” rintih ketua puteri.

Tapi alangkah terkejutnya pula ketua puteri, mungkin disebabkan kari tu terlalu sedap, apabila Samy terus makan dan menghabiskan suapan yang terakhir malah menjilat-jilat jari nya, sambil tersengeh.

“Eh!!?.. Datuk Seri kata tak boleh makan lembu, jadi kenapa Datuk Seri teruskan makan juga? ” tanya ketua puteri yang terpinga-pinga kehairanan.

Dengan muka toya dan paling selamba, Samy menjawap,“Tarapa!!…Tarapa!!, saya baaaaru ada ingat…..saya HINDU HADHARI…boleh tukar sama itu LAW !!!!!

27
Aug
08

Yang tersirat disebalik yang tersurat..

Salam.

Aku memang “ada hati” nak jadi wartawan. Itu cita-cita aku masa kecil, sebab Clark Kent si SUPERMAN tu kan ke wartawan. Aku nengok macam ‘cool’ jer jadi REPORTER ni. Mana tahu boleh jumpa Lois Lane ‘melayu’? Masyukkkkk…

Namun masa merubah segalanya, cita-cita aku turut berubah dari wartawan ke lawyer, ke doktor, ke menteri, ke engineer..dan macam-macam lagi, sampai nak jadi PM pun pernah. Aku pun tak ingat berapa kali aku tukar cita-cita aku selama hidup nih. Aku yakin ramai yang macam aku gak kan? Tak nak mengaku, sudah….

Sejak zaman sekolah, aku ada hobi yang lain dari orang lain. Aku suka baca QUOTES. Aku juga suka ‘modified’ column atau articles..asalnya untuk improve ENGLISH aku. Alih-alih seronok pulak. Aku namakan hobby aku tu sebagai ” Yang Tersirat Dibalik Yang Tersurat”. Macam post aku yang lepas..”Buat Dulu..Kemudian Fikir”.

Disini aku ada satu lagi berita, kali ni dari “UTUSAN MELOYA”..sempena KEKALAHAN Barisan Nasional semalam di Permatang Pauh.

ENJOY!!..

BUKIT MERTAJAM 26 Ogos –

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, (kali ni tak boleh sumpah sebab memang betul, kalau tipu baru kena sumpah) kerajaan akan melakukan perubahan yang perlu ( sebaik-baiknya ubah kerajaan terus) bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.( Rakyat sememangnya yakin bahawa UMNO dan BN ni penipu dan gila kuasa, menjahanamkan negara dan mengamalkan rasuah tahap tertinggi, jadi kami kenalah cari jalan macamana nak tipu rakyat untuk kembali menyokong kerajaan)

Merujuk kepada kekalahan BN pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini, (yang mana saya merupakan Pengarah Pilihanraya kecil BN kali ni, ciss buat malu aku saja) Timbalan Perdana Menteri berkata, BN menghormati keputusan pengundi Permatang Pauh ( yang telah ambil semua duit dan “gula-gula” dari kami, tapi pi pangkah PKR juga) yang memberi kemenangan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. ( ini orang banyak celaka, nanti aku santau kau dengan santau hindu masterji)

Beliau berkata, keputusan pilihan raya kecil itu mencerminkan amalan demokrasi yang segar ( amalan demokrasi sebelum ni, memang busuk dan meloyakan) di negara ini dan jelas menunjukkan tiada unsur manipulasi.(oleh Pakatan Rakyat. BN toksah cerita la memang kami master bab memanipulasi ni)

Bagaimanapun, katanya, BN akan mengkaji dengan mendalam kelemahan jentera pilihan rayanya ( aku memang dah tahu lemah, sebab aku yang jadi pengarah, tapi takkan aku nakmengaku) walaupun ia sebenarnya berjalan dengan baik. (berdasarkan jumlah perbelanjaan dan nilai “suapan” kepada pengundi yang mampu dihabiskan)

‘‘Secara umum, jentera pilihan raya BN berjalan amat baik ( diulang sekali lagi, aku ni pengarah jentera pilihanraya BN kali ni, siapa berani kata tak berjalan dengan baik, nahas!!), tetapi satu kajian perlu dilakukan bagi mencari kelemahan dan faktor (faktor utama nya aku, khairy ngan Mat Ezam lah..awat la orang Permatang Pauh ni benci ngan kami) kenapa BN gagal menawan kerusi ini ( bak kata pepatah: sudah gaharu cendana pula, sudah tahu..tapi kalau dah bodoh bertanya juga) ,’’ katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Kata Najib lagi, walaupun BN kalah, namun segala janji ( dan sumpah-seranah) yang diumumkan untuk penduduk akan tetap dilaksanakan. (jangan haraplah..korang ingat kami BODOH!!..lantak lah apa nak jadi ngan Permatang Pauh..CELAKA!!)

‘‘(Apa pun) Kita akur (dengan berat hati dan semacam tak percaya) dengan keputusan pengundi Permatang Pauh yang mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkhidmat untuk mereka dan berharap dia akan memainkan peranan yang membawa kepada kesejahteraan ( dan bukan nya kesengsaraan kepada aku dan kroni-kroni aku) dan amalan demokrasi negara,( jangan la nanti dia serang aku habis-habisan dalam Parlimen..ampun..takut..)” katanya.

Penasihat PKR itu yang memperoleh 31,195 undi menewaskan ( dengan teruk sampai muntah darah dibuatnya) Datuk Arif Shah Omar Shah yang meraih 15,524 undi,( ini termasuklah undi HANTU, setan dan jembalang yang aku bawak ) manakala seorang lagi calon, Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hilang wang deposit (bukan duit dia pun..) apabila hanya meraih 92 undi.

Najib berkata, meskipun BN kalah, penghargaan ( berupa sumpah maki hamun dan kalau boleh aku nak c4 kan aje Permatang Pauh ni) masih perlu diberikan kepada penduduk Permatang Pauh yang mengundi Arif Shah. (mamat boroi ni pun satu..tak ada otak..cakap cina aje pandai dah tu tunjuk “alim” dia dengan taksub kat nombor..bangang punya calon)

‘‘Kita jangkakan dapat kurangkan majoriti Anwar,(alih-alih lebih lah pulak..) tapi nampaknya faktor sentimen masih kuat di Permatang Pauh kerana ini kubu kuatnya (alasan basi ni terpaksa aku cakap sebab otak aku dah tak boleh fikir alasan lain dah) hari tu ada yang cakap toksah bertanding, aku jugak yang degil, padan muka aku),” katanya.

Mengenai isu liwat melibatkan Anwar ( yang aku rekayasa mengikut tunjukajar bos lama aku), Timbalan Perdana Menteri berkata, ia mungkin relevan di peringkat nasional tetapi bukan di Permatang Pauh. (ehh..aku silap cakap ke?..minta-minta lah Penduduk Permatang Pauh tak perasan yang aku kata depa tu bodoh dan taksub gila kat DSAI )

*p/s: Dalam ( ) tu, cuma apa yang tersirat dan tak mungkin diucapkan.

Macam biasa,…Saudara fikirlah sendiri.

Wassalam.

26
Aug
08

HOK SENGOTI

Akhirnya DATUK SERI ANWAR IBRAHIM yang disayangi telah menang!!

Rakyat telah menyatakan dengan jelas, terang lagi bersuluh…

UMNO IS NOT RELEVANT ANYMORE.

SEJARAH MALAYSIA TERUKIR DENGAN INDAH HARI INI..26 OGOS 2008.

So..disini saya nak ajak rakan-rakan menghayati puisi dibawah, salah satu puisi dialek kelantan yang saya rasa ada maksud yang tepat dengan apa yang berlaku hari ini.

Puisi ini hasil garapan seorang penulis berbangsa cina, anak kelahiran kelantan..saudara Lim Swee Tim yang amat saya hormati dan kagumi hasil karyanya.

Sekiranya agak sukar difahami..bacalah sahaja dulu.

Nanti akan saya “terjemah”kan ke bahasa malaysia, sedaya yang termampu kerana ada dialek kelantan ni yang tak ada dalam kamus melayu..(kamus saya la..kamus anda saya tak tahu).

Please enjoy…:)

HOK SENGOTI

Laghe tok serupo denge suroh,

Hok comey bakpo duk pakat kato hudoh,

Saye sohh doh laeng denge beci,

Jerok mamey tok serupo denge jerok celagi.

Takot.. ado keno mengeno denge ketar gegar,

Serupo dahago ado sabit denge lapar,

Ngiga sebenarnyo ada sabit denge kemama,

Selok tak dok bezo denge tok kaba.

Sapo kato buluh tu galoh,

Sapo kato tekeng tu tok bekekoh,

Naka laeng sikit denge jahat,

Dawa pun oghe duk pangge krawak.

Kalu tunggo tok serupo turuh pagar,

Sengotilah tolo tok srupo denge panda,

Lagu mana gadoh, belah tu jugoklah lorat,

Toksohlah wak loloq tok kena hok mano dakak Hok mano krabak.

Demey tok keboh bezo denge leloh,

Senyung semeweh tok serupo denge sengeh,

Baling tu laen denge kipah angin,

Bereng.. abe sikit jah pado kerah keng.

Kito tok leh wak tok tetu kalu,

Oghe serabuk ngeleh kito tok tahu,

Kito duk ralit berembah badi cah keting,

Oghe laeng gi seruh-serah.. Kito duk pakat reboh teguling.

Ulat kekek jange wi tuka denge ulat belucah,

Jale bejeket jange kato srupo denge hungga derah,

Kalu karak buleh lagi kito peteri,

Hok gelonggong lagu mano pakat kato tokleh nok isi?

Payoh sengoti nok bekecek nok bekiro

Culah lagu laeng tok srupo denge celiko

Payoh jugk nok bezo mano lakoney mano sandiwaro

Hok sengotinyo, manih leting tu belung tetu ibu gulo!

Lim Swee Tim

Sah lah anda takkan faham. Kecuali anda ore kelate..itupun tak tentu juga. Saya sendiri pun tak reti sangat nak translate bahasa ibunda saya ni..kalau ada perkataan yang tak faham..sila beritahu diruang komen. Nanti saya akan cuba terjemahkan.

SENGOTI tu saja bermaksud SUNGGUH@BENAR@BETUL atau semua sekali tu dalam satu maksud…ambik kau!!:8

25
Aug
08

Bomoh dan PM…

Maaflah ye, disebabkan kebanyakan rakan-rakan blogger asyik tertumpu pada isu SUMPAH dan PRK PP, saya sengaja nak release TENSION sikit dengan lawak dibawah. Lawak ni rekaan semata-mata dan persamaan nama atau watak adalah disengajakan untuk menyedapkan ceritanya sahaja:

Once upon a time in MALAYSIA, when Dr. Mahathir was Prime Minister of Malaysia..

One lousy day in the middle of the economic crisis, PM Mahathir was feeling extremely frustrated and wondering how a neighboring country down south can be doing much better than Malaysia.

One of his aides said, I heard that the leaders consult Feng Shui masters to ensure prosperity for their country. Dr Mahathir thought if that was the case, Malaysian Bomoh also can, so he went to seek the top bomoh’s advice in the country. After reviewing the case, the bomoh told Dr M that there were 3 things that he must do :

Bomoh : Step 1- You must blame the crisis and your fault on misleading the country’s economy to the downfall, on SOROS.

Dr M : But Why ?

Bomoh: Because SOROS stands for Speculate On Ringgit Or Stocks’. You must blame him, and look at ways to control the ringgit and stock market. So the RAKYAT won’t blame you for what happened.

Bomoh : Step 2 - You must appoint an idiot call BADAWI as your predecessor/deputy.

Dr. M: Huh?? but he’s a dork!!

Bomoh : Well, BADAWI is Bad Ass Dude And Weirdly Incompetence’, so the RAKYAT will still sees you as the best PM’s ever. And he is too stupid too run the government all by himself and will consult you for everything..meaning..you will still be incharge!!

Bomoh : Step 3 - You must get rid of ANWAR.

Dr M: What! why him ? He’s a good man.

Bomoh: Because ANWAR stands for A Nation Without Any RASUAH’. He will haunt you like a dog after you step down.

Dr M: But how ? This is most difficult to do, he is very popular with the people.

Bomoh : Aiseyman!, you ni bodoh lah! Look at your name, you are??..

MAHATHIR !!…… Make Anwar Homosexual And Then Highlight It Repeatedly. Duhhhh!!!!

So, Mahathir is very grateful for the BOMOH’S advise and appoint him as the ruler of “KERAJAAN LANGIT”.

Selepas tu berlakulah apa yang kita ingat dalam tahun 1998!!..

Bomoh berkenaan pada hari ini telah menghilangkan diri dan dipercayai tak dapat turun kebumi selepas pengangkutannya ke langit di tarik oleh “REPOSESSOR”, akibat tak bayar ansuran bulanan.

Iktibarnya??…JANGAN MAIN BOMOH!!!

24
Aug
08

Buat dulu..kemudian fikir..

PASTI!! Kita semua tengah berfikir dan membicarakan tentang HARGA MINYAK kan? Tentulah sebab harga komoditi negara kita ini yang menentukan berapa pulak harga ikan , ayam, daging, bawang dan sayur di pasar.

Harga minyak ini jugalah yang menentukan berapa kali dalam seminggu nak kena naik motosikal pergi kerja, berapa bajet sehari untuk belanja makan dan…agak-agaklah sendiri..mungkin nak pergi bersolat jemaah kat masjid pun kena kira dulu.

Maka kerana PERIHATIN(??) nya kerajaan, harga minyak pun diturunkan..sebanyak 15 sen untuk petrol dan 8 sen untuk diesel bermula semalam.

Ada lagi berita baik hari ni!. Kerajaan akan kaji nak ganti sistem rebet tunai yang diberi kepada rakyat marhaen. Sistem ini akan dihapuskan dan diganti dengan penurunan harga minyak yang lebih besar lagi.

Wah ini sudah dikira bagus!!

Jom kita baca apa kata JURUCAKAP kerajaan dalam BERITA HARIAN hari ni.

BERITA HARIAN online 24 Ogos 2008

Kerajaan kaji ganti sistem rebat tunai

BUKIT MERTAJAM: Kerajaan akan mengkaji untuk menggantikan sistem rebat tunai subsidi petrol dan diesel untuk kenderaan persendirian dengan menurunkan lagi harga bahan api itu 40 sen seliter mengikut tahap penggunaan dalam negara pada Mac depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, (inilah jurucakap itu) berkata langkah yang akan dilaksanakan selepas tempoh pemberian rebat tamat Mac tahun depan itu bagi memastikan rakyat memperoleh manfaat sepenuhnya (manfaat sekarang tidak sepenuhnya untuk rakyat tetapi untuk POS MALAYSIA dibawah naungan KJ) daripada kaedah yang dilaksanakan sekarang.

Sistem rebat ini nampaknya tidak banyak kesan.(entah pakar ekonomi bangang mana yang buat entah) Jika kita terjemahkan rebat RM625 mengikut setiap liter minyak, ia lebih kurang 40 sen nilainya setiap liter.

“Maknanya, jika kaedah rebat itu tidak digunakan dan diganti dalam bentuk pengurangan harga di pam, harga minyak boleh turun antara 35 hingga 40 sen seliter lagi, (maknanya, kenaikan mendadak harga minyak sebelum ini tidak difikirkan terlebih dahulu kesan dan implikasi terhadap rakyat, kenaikan membabi-buta sebelum ini tidak sepatutnya berlaku sampai begitu tinggi, tetapi kerana kami kerajaan yang bodoh dan tidak mampu menguruskan kewangan negara dengan ampuh dan efisyen maka kami buat dulu fikir kemudian dalam semua urusan yang membabitkan rakyat!) ” katanya dalam pertemuan dengan Berita Minggu, semalam.

Kelmarin, kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 dan RON92, masing-masing 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter, manakala harga diesel sebanyak lapan sen kepada RM2.50 seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi( ketua jurucakap), berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet ( yang terdiri daripada pengampu-pengampu saya dan mereka yang saya dah bagi semua kesenangan hasil dari duit rakyat yang saya SONGLAP selama ini. Mereka ini hanya dengar saja apa yang saya kata sebab kalau ada bantahan maknanya mereka sengaja cari nahas. Dah tentu saya akan pastikan mereka tidak menang ketua bahagian.) selaras penurunan harga minyak dunia sejak beberapa minggu lalu ( saya sengaja buat tak tahu sebab ianya menguntungkan kerajaan) dan bagi mengimbangi kenaikan kadar inflasi( yang berlaku disebabkan kebahalolan saya dan menantu saya menguruskan negara).

Najib berkata,( dan bersumpah dengan nama bomoh hindu MASTERJI) langkah memperkenalkan sistem rebat itu sebenarnya ( itupun baru terfikir alasan ini tadi) untuk mengelak pemilik kenderaan mewah (kemewahan ini diukur oleh kapasiti kereta yang digunakan, sekalipun ada yang pakai kereta NISSAN, TOYOTA, BMW berharga ratusan ribu,asalkan kapasiti enjin kurang daripada 2000cc) turut memperoleh subsidi bahan api kerana mereka sememangnya tidak layak. (melainkan menteri, ahli koperat dan orang kaya-kaya yang mempunyai 20 biji kereta berkapasiti 2000cc kebawah, sebab itu kita tidak hadkan jumlah kereta bagi setiap individu untuk mendapatkan rebet.)

“Malangnya, ramai orang apabila memperoleh rebat berbentuk wang tunai itu, mereka gunakan untuk tujuan lain.(contohnya membeli beras, lauk-pauk, basikal dan membayar bil elektrik yang kita naikkan tariffnya baru-baru ini) Oleh itu, lebih baik kita turunkan harga minyak( lagipun harga minyak yang kita turunkan tu pun ciput aje dibandingkan dengan apa yang kita dah kebas sebelum ini dan kehilangan kuasa bila DSAI menarajui PUTRAJAYA),” katanya.

Beliau berkata, pandangan dan maklum balas semua pihak akan dipertimbangkan ( setelah ditimbang dengan dacing barisan nasional itu kita akan buang dalam tong sampah, sebab PAKAR ekonomi kita ditingkat 4 dah ada formulanya sendiri) sebelum keputusan mengenai cadangan itu dilaksanakan tahun depan.( itupun seandainya saya dan konco-konco saya masih memerintah dan tak lari ke luar negara selepas 16 Sept. ini)

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pameran Pendidikan dan Kerjaya Malaysia 2008, sempena Pekan Fest di Pekan, semalam, Najib berkata, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sebelum ini dilakukan selepas harga minyak dunia meningkat kepada AS$143 satu tong.( saya sengaja berbohong disini kerana hendak menghalalkan kebodohan saya sebelum ini, sedangkan saya tahu harga sebenar pada masa itu hanya AS$138 satu tong…tapi saja naikkan sikit biar relevan.)

“Secara perbandingan, Singapura menaikkan 11 kali harga minyak di negara itu tahun lalu ( kita tidak secerdik singapura dan tidak peduli dengan rakyat kita yang susah dan miskin, maka kita naikkan sekali sahaja dan jumlah kenaikan yang kita buat itu adalah 300% lebih tinggi dari kenaikan 11 kali oleh Singapura),” katanya.

Mengenai keputusan terbaru menurunkan harga minyak, Najib berkata, kerajaan menunaikan janji sebelum ini untuk memberi faedah kepada rakyat apabila mendapati kadar inflasi meningkat lebih tinggi berbanding biasa.( Walaupun semasa menaikkan harga minyak sebelum ini kita amat pasti yang kadar inflasi tidak meningkat, tapi nak buat macam mana sememangnya setiap kali rakyat lebih arif dari kita).

Najib berkata, penurunan harga minyak juga diharap turut membantu penurunan kadar inflasi apabila harga barangan yang tinggi berubah selepas ini.( Saya tak pasti macamana harga barang boleh turun, tetapi hentam ajelah..saya memang tidak peduli sebab saya ada banyak duit dan bini saya mampu buat pembedahan plastik dan rawatan BOTOX seminggu sekali.)

*** alangkah elok kalau ucapan dalam ( ) benar-benar berlaku..

Saudara fikirlah sendiri..WASSALAM

Berita Harian Online.

22
Aug
08

“QUOTES”…PART 1

( I was about to write this in english, but for us all to understand..i have to be realistic..we are malaysian)

Seringkali, samaada secara sedar atau tidak kita pasti ada terbaca, terdengar atau terlihat satu susunan ayat hasil ucapan, ungkapan atau nukilan tokoh-tokoh terkemuka dunia yang dicedok, digarap, diabadikan sebagai QUOTES…yang bermaksud ungkapan kata-kata yang tidak dipinda.

Quotes ini biasanya di ambil dari kata-kata Sejarawan, negarawan, politikus, usahawan,saintis, ahli koperat dan seumpamanya sementelah dari individu yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia.

Tentu sekali QUOTES ini diambil dengan aslahnya untuk dikongsi oleh semua kerana maksudnya yang membina dan beraspirasi, berinspirasi atau bersifat benar (walau masih boleh disangkal kerana tiada QUOTES yang lebih baik dari HADIS)

Disini saya ingin berkongsi dengan saudara sekelian beberapa QUOTES yang saya ingat(simpan) dan memberikan ulasan berkenaannya mengikut kefahaman saya dan senario politik semasa di negara kita.

Mungkin kemudiannya kita boleh berkongsi pendapat yang berbeza..cantikkkk…

Diantaranya:

The one pervading evil of democracy is the tyranny of the party that succeeds, by force or fraud, in carrying elections.

Lord Acton (1834-1902)

Demokrasi adalah sistem pemerintahan yang paling “popular” di dunia sekarang hanya kerana RAKYAT merasakan mereka berpeluang memilih dan menentukan kerajaan. “KUASA” yang kononnya ada pada rakyat inilah selalunya dipergunakan oleh pemerintah untuk dimanupulasi dengan apa yang kita kenali sebagai PROPAGANDA. Kekilafan dan muslihat mengendalikan Pilihanraya secara kekerasan atau penipuan adalah PASTI oleh parti yang memerintah. Barisan Nasional dan UMNO telah mempraktikkan manipulasi dan penipuan ini sekian lama. Fasiliti dan sistem perkhidmatan yang sepatutnya untuk RAKYAT dipergunakan sebagai JENTERA KERAJAAN. Maka lahirlah sistem PILIHANRAYA di Malaysia yang paling tidak telus didunia.

Power tends to corrupt; absolute power corrupts absolutely. Great men are almost always bad men.
Lord Acton

KUASA diibaratkan semacam dadah, semakin banyak kuasa bertambah rosak jatidiri dan akal fikiran. Godaan kuasa ini samalah seperti godaan isteri muda di malam pertama..tiada yang mampu menolak. Kekuatan Iman dan peribadi seseorang hanya teruji dengan memberikan mereka KUASA..walau sedikit. Di asbabkan itulah maka waima keturunan ulama’ sekalipun, pemimpin negara kita sudah ketagihan dengan kuasa yang tergenggam..dan KEBERATAN untuk menyerahkan kuasa dan kedudukan itu buat yang lebih berhak. Lantaran penangan KUASA yang memabukkan.

A vote is like a rifle; its usefulness depends upon the character of the user.

Theodore Roosevelt (1858-1919)

Ungkapan bekas Presiden Amerika ini menggambarkan betapa besar peranan PENGUNDI dan UNDI bagi sesebuah negara BERDEMOKRASI!!..Percaturan yang salah dan penyalahgunaan hak mengundi hanya akan memudaratkan lagi sesebuah negara dan masyarakatnya. Karektor dan sikap pengundi terhadap hak mengundi ini selalunya bergantung kepada apa yang telah berjaya di terapkan, diasimilasikan oleh pemerintah. Perbandingan yang adil adalah mustahil terhadap pembangkang di negara kita ini.

A small body of determined spirits fired by an unquenchable faith in their mission can alter the course of history.

Mahatma GANDHI (1869-1948 )

Pegangan FALSAFAH sebeginilah yang seharusnya menjadi darah daging PEJUANG dalam PAKATAN RAKYAT. Kesungguhan dari jiwa, dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi terhadap MISI memerdekakan diri, rakyat dan tanahair tercinta ini dari kekejaman dan kerakusan BN/ UMNO akan menggarap SEJARAH dan menentukan halatuju baru MALAYSIA.

Whoever thinks of stopping the uprising before it achieves its goals, I will give him ten bullets in the chest.

Yasser Arafat (1929-2004)

Faktor yang menjadi asas kepada perjuangan jitu rakyat Palestin dalam perjuangan mereka adalah kerana ZAHIRnya seorang pemimpin yang komited dan berjiwa besar seperti Yasser Arafat. Tiada kompromi sebelum matlamat perjuangan tercapai dengan jayanya..Insya ALLAH, PR juga kan diterajui oleh DSAI secekal pejuang ulung palestin ini.

Saya mempunyai ratusan QUOTES untuk di bicarakan tetapi cukuplah dulu buat kali ini..kerana yang penting adalah PENGISIAN bukan KUANTITI.

Diharapkan rakan rakan semua dapat sama-sama memberikan pendapat berkenaan isu kali ini. Kesudian anda, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Info:

LORD ACTON.

British historian and liberal philosopher John Emerich Edward Dalberg, 1st Baron Acton, issued the famous statement “Power tends to corrupt; absolute power corrupts absolutely.” In 1895 he was appointed Regius Professor of Modern History at the University of Cambridge in England.

THEODORE ROOSEVELT

Theodore Roosevelt served as vice president under President William McKinley, and became president in 1901 when McKinley was assassinated. Roosevelt’s administration fought for the rights of workers and small businesses and for the conservation of natural resources. His active foreign policy led to the construction of the Panama Canal and to his winning the 1906 Nobel Peace Prize for his role in ending the Russo-Japanese War.

GANDHI

Indian nationalist leader Mohandas Gandhi spent his life campaigning for human rights in India. His strategy was to use a combination of passive resistance to and noncooperation with the British, who ruled India. Gandhi said his techniques were inspired by the Russian writer Leo Tolstoy, by American writer Henry David Thoreau, and by the teachings of Jesus Christ. In 1947 Gandhi’s pacifist efforts brought an end to British rule in India.

YASSER ARAFAT

Yasir Arafat, the leader of the Palestine Liberation Organization, rose from commando to Nobel laureate. After signing a historic peace agreement with Israel, Arafat was elected in 1996 as president of the Palestinian National Authority, which governs Palestinian-populated areas of the West Bank and Gaza Strip. Arafat died in 2004.

21
Aug
08

TIMBALAN PENIPU MASYARAKAT

:( Kenal kah anda dengan lelaki ini?

Sudah pasti anda kenal kerana dialah orangnya yang paling suka berkata BUKAN!

Diantara ucapan-ucapan BUKAN nya yang terkini dan paling kita ingati:

Turun harga minyak..BUKAN gimik politik katanya.

AKTA DNA 2008..BUKAN konspirasi..cuma KEBETULAN katanya.

Bantuan kewangan sekolah CINA..BUKAN agenda raih UNDI katanya.

Sumpah si Saiful..BUKAN strategi PilihanRaya kecil Permatang Pauh katanya.

YB Sabah melompat..DAKYAH pembangkang katanya.

Serta banyak lagilah yang BUKAN katanya.

Jadi bolehlah kita rumuskan disini bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah JAGUH dan PAKAR dalam hal tidak-menidak, bukan-membukan, nafi-menafi, sangkal-menyangkal dan seumpama dengannya.

Namun kita sudah sedia maklum sifat dan sahsiah diri TPM kita ini yang senantiasa berkata TIDAK tetapi kemudiannya PENAFIAN itulah yang sebenarnya telah dilakukan dan yang sebenar-benarnya BERLAKU. Contoh yang jelas dan nyata, diantaranya adalah:

* TIDAK AKAN ADA PILIHANRAYA DALAM MASA TERDEKAT. (februari 2008 )

* TIDAK AKAN NAIK HARGA MINYAK TAHUN INI.(sebelum PRU12)

* TIDAK AKAN TIMBUL ISU LIWAT DALAM PRK PERMATANG PAUH.

* TIDAK PERNAH JUMPA ANAK MUDA BERNAMA SAIFUL BUKHARI .

* TIDAK PERNAH KENAL ALTANTUYA SHAARIBU.

* TIDAK ADA KONSPIRASI DALAM TUDUHAN LIWAT.

* TIDAK AKAN CERAI ISTERI PERTAMANYA DULU.

Dan bertimbun- timbunlah lagi segala yang tidak sebelum ini rupa-rupanya..TIDAK BOLEH PAKAI!,

TIDAK BOLEH PERCAYA!!

Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya BERBANGGA mempunyai seorang pemimpin kerajaan berjawatan TIMBALAN PERDANA MENTERI yang ternyata HEBAT dan PAKAR…MENIPU!!

Kalau dah asyik menipu sahaja kerjanya, maka adalah lebih baik TPM itu ditukar namanya kepada TIMBALAN PENIPU MASYARAKAT.

sekian.

19
Aug
08

Marilah kita MERDEKA!!

19
Aug
08

Emas OLIMPIK??..mimpi di siang hari

Ore Kelate :( Aug 15th, 2008 at 2:41 am

SALAM.

KAWE PUN TAK BERKESEMPATAN LANGSUNG MENONTON OLYMPIC GAMES KALI NI. CUMA ADA LAH BACA TENTANG KEMARAAN CHONG WEI NI, SYABAS KAWE UCAPKAN JUGA KEPADA SKUAD BADMINTON NEGARA.

CUMA PERSOALANNYA, DALAM SUKAN BADMINTON INI SAJA KER KITA AKAN MAMPU MERAIH PINGAT BERPRESTIJ OLIMPIK NI?

SUKAN2 LAIN MACAMMANA?

KALAU NANTI SUKAN BADMINTON TIDAK TERSENARAI SEBAGAI ACARA OLEH TUAN RUMAH OLIMPIK, MAKA KEMPUNAN TERUS LAH SKUAD NEGARA KE “TEMASYA” OLIMPIK UNTUKI DAPATKAN SEBARANG PINGAT?

SENGAJA KAWE “EMPHASIS” PADA PERKATAAN TEMASYA, SEBAB NAMPAK SANGAT SKUAD/KONTINJEN NEGARA KE OLIMPIK UNTUK BERTEMASYA/PARTI/BERHIBUR/BERSERONOK/MELANCUNG PERCUMA…

ITULAH SEBABNYA, KONTINJEN KITA LEBIH SUDU DARI KUAH!!..LEBIH RAMAI PEGAWAI DARI ATLET!!

PADA PARA ATLET YANG BERTANDING, SEKADAR MENCUKUPKAN KORUM SESSI KELAYAKAN AJE..

SUKAN DI NEGARA KITA NI, LANGSUNG TAK ADA KEMAJUAN SELAMA 51 TAHUN! MENGAPA?

PERSATUAN,PERTUBUHAN,MAJLIS..APA2 AJELAH BADAN SUKAN YANG ADA DI MALAYSIA NI, CUMA MENGHABISKAN DUIT SEMATA!!

SALAH SATU PEMBAZIRAN KERAJAAN YANG PALING BESAR ADALAH DALAM BIDANG SUKAN. JUTAAN MALAH BERBILLION RINGGIT TELAH DILABURKAN UNTUK KEMAJUAN SUKAN MALAYSIA…TAPI TAK MAJU MAJU JUGA PUN. SEBAB UTAMA ADALAH SALAH PENGURUSAN..WAIMA DALAM PENTADBIRAN MAHUPUN KEWANGAN..(LEBIH2 LAGI KEWANGAN LAH!)

BADAN BADAN SUKAN DIJADIKAN ALAT OLEH PEMIMPIN KERAJAAN UNTUK MEMPEROLEH LABA DAN KEUNTUNGAN PERIBADI SAJA. SEBAB TU BERBALAH DAN BERCAKARAN MEREBUT JAWATAN DALAM PERSATUAN YANG MANA JELAS BOLEH BUAT DUIT! SEDANGKAN YANG EMPUNYA BADAN, LANGSUNG TAK TAHU SEBATANG HARAM MENGENAI SUKAN YANG DIWAKILINYA ITU!!

MACAMMANA NAK MAJU KALAU DAH PENGERUSI ASYIK MAIN GOLF DAN POLO SAHAJA SEDANGKAN BELIAU MEWAKILI/MENERAJUI SUKAN LAIN YANG BELIAU TAK TAHU MENAHU WAIMA BERKENAAN PERATURANNYA SEKALIPUN..APATAH LAGI TAHU NAK “MAIN’!

** SENGAJA KAWE TAK MAHU NYATAKAN DENGAN JELAS PERSATUAN SUKAN YANG KAWE MAKSUDKAN, SEBAB PADA UMUMNYA, MEMANG SAMA SAHAJA DIKALANGAN PERSATUAN2 SUKAN DI NEGARA KITA INI..DITERAJUI OLEH..MEREKA YANG BERKEPENTINGAN..BUKAN BERKEBOLEHAN.

JADI KAWE SYORKAN/CADANGKAN (LA NI CADANGAN PUN BOLEH JADI ISU WOI!!), BILA DSAI MENERAJUI PUTRAJAYA NANTI..GANTIKANLAH SEMUA “BADUT2″ SUKAN INI DENGAN JAGUH2 SUKAN YANG SEJATI!!

WASSALAM.

19
Aug
08

Sumpah Si Laknat..

Ore Kelate :) Aug 16th, 2008 at 10:50 am

Salam.

Apa “ceritera”-nya pulak kali ni?..ohh sumpah laknat..bagus lah tu.

Sumpah Laknat oleh siapa?..laa orang munafik rupanya..tak heran la kan?

Sumpah ke, junjung Quran ke, tak ada maknanya bagi munafikin macam budak Saiful tu..

Kalau sepanjang hayat sebagai “muslim” celup aje, baca quran tak reti, sembahyang 5 waktu pun tidak, puasa cuma depan orang, zakat fitrah harap mak bapak bayar( kalau bayar la), mengucap kalimah syahadah pun ingat2 lupa….

Hidup selama ni pun ala-ala Mat Salleh gitu…

Dah tu la ni, tup-tup jadi alim..menunaikan kewajipan sebagai umat islam (islam cara dia..hadhari la tu)..bersumpah keramat/laknat…menggunakan asma’ ALLAH SWT.

Tak payah bersumpah laknat la Saiful, sebab memang “manusia”(??) macam kau tu sememangnya dah tuhan laknat, dengan tidak membuka pintu hati untuk hidup secara islam (ADDIN).Jadi apa guna kau bersumpah!!..oh ye..kerana dah dibayar untuk bersumpah..tak gitu?

Laknat Allah dah lama keatas kau, cuma kau aje tak sedar.

Kau tak beriman kepada Allah, tak pula bersunahkan rasul, tidak juga berimankan AL-QURAN..
Jadi bersumpah kau tak takut..

Kau cuma Islam pada nama dan kulitnya sahaja..

Padan muka kau LAKNAT!!

Wassalam.




HARI INI

  • 25,762 PELAWAT

PROUDLY ACCLAIM:

All Malaysian Bloggers Project

KLIK DISINI UNTUK POST LAMA:

August 2008
S M T W T F S
    Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

HIJRIAH

PREVIOUS POSTS

Bebaskan Raja Petra dan Teresa Kok

RSS SEPAK AJE!!

  • Kes Tajaan Haji : Laporan Polis Oleh SUK 5 December,2009
    KOTA BAHARU, 5 Dis (Bernama) — Sekumpulan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggelar dirinya sebagai Suara Umum Rakyat Kelantan (SUK) pada Sabtu membuat laporan polis berhubung artikel dalam blog mendedahkan skandal punca pembatalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan keluarganya, mengerjakan haji ke Makkah atas tajaan […]
    Sheih
  • Penjelasan YB Dr Siti Mariah Berhubung Surat Nik Amalina 3 December,2009
    “Genap seminggu saya menyiarkan luahan hati Nik Amalina, puteri MB Kelantan. Saya berbuat demikian atas permintaan beliau dan suaminya sendiri.Saya dapat merasakan jiwanya tertekan dan beliau perlu meluahkan. She wants people to know her feelings. Dia mahu mengistiharkan perasaannya.” Memandangkan terdapat pembaca blog ini yang mempertikaikan tin […]
    Sheih

RSS THE BASHING SOCIETY

  • The MCA’s Single EGM: Whose resolution to come first? 6 September,2009
    I don’t really care much about the MCA feud between Ong Tee Keat and Chua Soi Lek. However, I’ve been privy to corporate litigation and board tussles. I’ve seen directors and shareholders battle it out in board rooms. Every move is carefully planned and crafted, for a wrong move may spell disaster in favour of [...]
    Oscar the Grouch
  • Wear BLACK on August 31st! 24 August,2009
    ella-mae

RSS PENYU KALER PINK

RSS WHAT SUSAN HAS TO SAY

  • “Msian court of appeal has no sense of justice” 6 December,2009
    I wonder what you think of this ruling? Is it fair? Is 12 years still too long for an employer who  struck her domestic worker with a hot iron on her chest, and abused her repeatedly? If you think it is too long for a first time offender, the Indonesians obviously does not think so: From [...]
    sloone
  • Frivolous? What about the SD, idiot! 5 December,2009
    Najib Razak on PI Bala’s damning claims that Najib knew murdered Mongolian model Altantuya Shaariibuu and his brother Nazim and a businessman linked to the prime minister’s wife made him retract a statutory declaration on the case. “I will not entertain any frivolous statement,” Najib said icily before asking reporters to move on to the next [...] […]
    sloone

KALAU ANDA BERBANGSA JEPUN:

Your Japanese Name Is...
Ryozo Askikaga

PHOTOS

On a lone winter evening, when the frost Has wrought a silence.

Tune Raider

Rainier snow fun

Exhale

Everyone has a photographic memory, but not everyone has film.

if the klompen fits wear it bench monday

The (2) Auchmithie Dog(s)...

bay area snow

Finlandia Hall

love lies bleeding

More Photos
Kelantan Bloggers
All Malaysian Bloggers Project